Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
November 18, 2019
Jalan-jalan KLIA2 Hantar Angah
Semalam bangun awal pagi sebab nak pergi jalan KLIA2 nak hantar Angah pergi JB je pun. Nak berjalan punya pasal mesti bersemangat waja.
Angah naik flight pukul 12.30 tengahari. Jadi nak kena ada di sana 2 jam sebelum untuk check-in luggage. Kami keluar dari Langat dalam pukul 9.15 pagi macam tu. Perjalanan dari Langat nak sampai ke KLIA2 mengambil masa dalam sejam kalau tak jem. Kalau jem akan bertambah-tambahlah masanya.
Kami sampai di KLIA2 dalam pukul 10.30 pagi. Kami masuk parking di Block A sebabnya nampak yang tu dulu. Haha kalau tanya Kak Feni. 10 kali pergi 10 kali Kak Feni lupa macam nak tuju. Mau aku berpusing-pusing 2 3 kali macam pergi TBS. Tapi sekarang TBS dah terror sebab tunggu jer di bawah tak payah naik atas.
Pukul 11.30 pagi Angah kena masuk tempat check-in tu. Jadi kami pun beramai-ramai gerak pulang tapi sempat singgah di Mitsui Premium Outlet. Cuci mata dan makan-makan.
Kalau ada banyak duit boleh shopping sini. Oleh kerana kami pergi di tengah bulan dan semuanya hanya nak cuci mata. Makanya kami just window shopping dan makan-makan jelah sambil berangan-rangan kalau aku ada duit aku nak ni aku nak tu. Hahaha.
Di Mitsui Premium Outlet ni, kami habiskan waktu selama 2 jam jugaklah. Lepas jalan-jalan dan makan-makan kami gerak balik. Sebelum sampai rumah kami singgah lagi makan cendol di Batu 10, Cheras. Lama dah tak layan cendol kat sini.
Macam ni lah kalau anak-beranak ramai. Sekali keluar penuh meja. Kalau lepak mamak, suka mamak sebab banyak untung. Kami ni perut dah kenyang, jadi layan cendol jelah. Anak-anak sedikit moody sebab baru bangun tidur. Semuanya masih mamai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...



Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteSeronok berkumpul reramai anak-beranak. Tak kisahlah sekadar cuci mata, yang penting happy..hehe
Waalaikumussalam. Alhamdulillah dapat kumpul ramai2 pun rezeki jugak. Semoga kita semua pun baik-baik saja. InshaAllah.
DeleteBaru 2 kali jejak KLIA ni, masa pergi ke Indonesia dan masa hantar abah pergi Umrah.. Tak sempat pun melawat dalam tu..
ReplyDeleteKak Feni dah banyak kali pergi hantar orang. Orang have2 bolehlah shopping dan lepak sini.
Deletemeriah la ramai2 gini hehehe... yelah mitsui tu kalau datang time gaji memang best la, semua rasa nk beli
ReplyDeleteKannn Mitsui tempat bina impian nak beli tu nak beli ni.
DeleteMeriah jalan ramai-ramai itu yang nikmat kak.
ReplyDeleteBetul ramai banyak kepala tapi bukan selalu dapat macam ni. Kita layan jelah. Seronok pun kita juga.
Deletepi KLIA ni boleh sesat gak kan nak cai parkir kereta hehe :)
ReplyDelete