April 21, 2017

Suplemen Untuk Kurangkan Kesakitan Tulang

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi mudah rapuh dan risiko osteoporosis. Pengambilan suplemen kalsium yang betul dapat membantu mengatasi masalah kekurangan kalsium. Kalsium sangat penting untuk mengelakkan badan menjadi lenguh.

Jom kita tengok Kebaikan Ostematrix yang membantu masalah tulang yang rapuh.









Bagi mereka yang kurang atau tak suka minum susu, namun untuk mencukupkan keperluan kalsium harian boleh mengamalkan Ostematrix sebagai pengganti. Ini kerana 1 tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu. Ambil satu tablet setiap malam sebelum tidur boleh mengelakkan kekejangan kaki sewaktu tidur.

Pengambilan yang konsisten membantu dalam mengurangkan masalah osteoporosis dikalangan mereka yang sudah berumur.

Untuk mendapatkan suplemen Shaklee dan khidmat nasihat percuma boleh hubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 20, 2017

6 Manfaat Berbengkung Untuk Ibu Bersalin Supaya Kekal Sihat dan Kembali Cantik



Assalamuaikum semua.

Berbengkung semasa dalam pantang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu. Kini berbengkung bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Melayu malah kaum lain di Malaysia juga sudah celik tentang amalan berbengkung. 

Sekarang ini tak susah untuk mendapatkan bengkung yang sesuai untuk dipakai semasa dalam pantang sama ada bengkung moden atau tradisional.

Antara manfaat berbengkung ialah :-

1. Mempercepatkan proses pemulihan bentuk abdomen wanita secara selamat secara semulajadi.

2. Menjaga postur tubuh yang baik semasa menyusukan bayi.

3. Membantu memecahkan lemak dan mengelakkan selulit.

4. Melindungi organ dalaman serta membantu mengecutkan rahim kembali kepada kedudukan asal.

5. Meratakan dan mengempiskan perut supaya nampak lebih ramping.

6. Mengurangkan berat badan kerana berbengkung membantu mendisiplinkan diri dari terlebih makan.

Banyak lagi manfaat berbengkung sekiranya diamalkan dengan disiplin. Bukan sahaja mengembalikan bentuk badan yang cantik malah kesihatan dalaman juga terjaga. Jangan tinggalkan amalan berbengkung kerana hasilnya memang menberikan impak yang hebat untuk bentuk tubuh serta kesihatan.


5 CARA NUTRIWHITE BEKERJA UNTUK MENGEMBALIKAN KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK



NutriWhite adalah Produk Kecantikan Kulit yang selamat untuk digunakan sesuai untuk orang Asia. Dihasilkan daripada 16 ramuan botani yang mujarab untuk mencantikkan kulit dengan selamat.

Bagaimana NutriWhite bekerja ?

1. Menghalang daripada pancaran sinaran matahari serta melindungi kulit daripada menjadi gelap dan kusam.

2. Mengurangkan rupa pigmentasi dan mencegah jeragat jauh ke dalam lapisan kulit.

3. Menyekat pigmen gelap dari sel-sel kulit asa daripada memindahkan kepada lapisan atas, membantutkan kemunculan tompok-tompok hitam.

4. Mencerah kulit setelah membersih dan membuang sel-sel kulit mati. Menghasilkan kulit lebih cerah.

5. Memperbaharui sel-sel kulit untuk menjadikan kulit lebih sihat dan segar.

TESTIMONI NUTRIWHITE

1.  MELEMBABKAN KULIT



2. MENGURANGKAN KULIT BERMINYAK


 3. MENCANTIKKAN KULIT





4. MENGHILANGKAN BINTIK HITAM DAN PUTIH




5. MEMULIHKAN SUNBURN


 6. MENYEGARKAN KULIT



 

7. MENGECUTKAN JERAWAT 




Berbaloi sangat menggunakan SET NUTRIWHITE ni sebabnya boleh tahan sehingga hampir setahun ikut kegunaanlah. Mak Jemah guna sikit saja sebab letak sikit pun dah berbuih dengan banyak.

Penggunaan yang sungguh menjimatkan.

Jangan lupa hubungi Feni untuk dapatkan SET NUTRIWHITE anda.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 19, 2017

My Handsome Boys - Tak Pernah Tak Sayang


Bila rindu ku tatap gambarmu anak-anakku. Rindu seorang ummi yang tiada tandingannya. Namun demi tugas untuk mencari rezeki membesarkan kamu berdua ummi terpaksa tinggalkan kamu untuk sementara waktu.

Terasa jam begitu lambat sementara menunggu waktu pulang dari kerja. Hanya doa ummi kirimkan supaya kamu sentiasa sihat, selamat, bahagia dan ceria.

Beruntung kamu wahai anak kerana masih punya Opah yang sudi menjaga kamu ketika ummi kerja. Bersyukurlah dengan dengan segala nikmat yang Allah berikan.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara. 

Ummi sayang Abang Aus dan Adik Rayyan sampai syurga.

5 Tips Kurangkan Keletihan Dan Kembali Cergas Ketika Hamil


Wanita hamil mudah berasa letih dan penat disebabkan oleh aktiviti harian yang padat. Menguruskan urusan rumah tangga membuatkan ibu mula berasa letih dan penat.

Jom amalkan tips ini untuk kekal cergas sepanjang hari :-

1. Mengambil Sarapan

Jangan sesekali mengabaikan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk mengekalkan kecergasan. Pastikan sarapan pagi dengan makanan berkhasiat yang mengandungi zat besi. Untuk penyerapan zat beli yang baik ambil bersama makanan atau minuman yang yang kaya dengan vitamin C.

2. Minum Air Kosong

Air membantu melancarkan peredaran darah. Ia juga membantu tubuh kekal hidrat. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan mudah letih dan lesu.

3. Makan Sikit Dengan Kerap

Mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit secara berulang-ulang membantu tubuh untuk kekal cergas. Amalkan snek yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

4. Mandi dengan kerap

Mandi boleh menyegarkan badan. Gunakan air sejuk atau suam mengikut keadaan semasa. Mandi dapat mengembalikan kesegaran tubuh supaya kekal cergas dan bertenaga.

5. Rehat dan Tidur Secukupnya

Wanita hamil selalunya tidak dapat tidur dengan lena ketika tempoh akhir kehamilan. Gunakan bantal yang sesuai untuk tidur. Tinggikan kaki ketika tidur membantu melancarkan perjalanan darah.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 18, 2017

5 Cara Mencerahkan Kulit Gelap Dan Kusam Secara Semulajadi



1. Ambil satu sudu jus buah timun dan satu sudu susu. Dicampurkan sebati dan dibuat masker untuk disapu di wajah. Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit. Amalkan secara konsisten dan hasilnya kulit menjadi lebih cerah dan lebih segar.

2. Satu sudu jus lemon dan satu sudu jus tomato dicampurkan dan dilumurkan ke muka. Cara ini juga mampu mengatasi masalah pigmentasi kulit. Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.

3. Buah tomato dan sesudu yougurt dicampurkan untuk dibuat masker. Sapu di muka sehingga kering kemudian dibilas dengan air bersih.

4. Buah timun dihancurkan halus dan dilumurkan dimuka mampu membuatkan muka jadi lebih segar. Cara ini juga mampu menjadikan kulit lebih licin dan lembab.

5. Cara mudah untuk mencerahkan kulit ialah dengan mengamalkan suplemen seperti Vitamin C dan ESP secara konsisten. Bukan sahaja sihat dan cantik malah satu badan boleh putih gebu.

Bonus tips untuk buat masker wajah dengan suplemen Vitamin C dan ESP.


Selamat mencuba !

Jangan lupa untuk dapatkan ESP dan Vitamin C hari ini.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 16, 2017

7 Tanda Hormon Tidak Stabil Yang Menyebabkan Tidak Subur

Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah kesuburan untuk wanita yang ingin hamil. Masalah hormon tidak seimbang ini seringkali dikaitkan dengan gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda hormon yang tidak seimbang ialah :-

1. Berpeluh
Apabila hormon mengalami perubahan dan kita akan berpeluh lebih banyak dan cenderung berasa letih dan lelah. Hormon berperanan untuk berasa panas.

2. Haid yang tidak teratur
Kitaran haid bergantung pada perubahan hormon. Apabila hormon terganggu memberi kesan kepada kitaran haid. Masalah kitaran haid yang tidak teratur malah darah haid keluara terlalu banyak atau terlalu sikit mungkin disebabkan oleh hormon yang tidak teratur.

3. Tekanan dan emosi
Berasa tertekan, mudah marah dan emosi menyebabkan kemurungan.

4. Keguguran rambut
Rambut mudah gugur sekiranya hormon tidak stabil. Kestabilan hormon mempengaruhi kualiti rambut. Rambut yang sihat dan tidak mudah rapuh salah satu tanda hormon yang stabil.

5. Seksual menurun
Kualiti keghairahan seksual menurun disebabkan hormon yang tidak stabil.

6) Kenaikan berat badan mendadak
Petanda paling ketara ialah berat badan naik mendadak walaupun tidak makan banyak dan melakukan senaman dengan teratur.

7) Tidak subur
Wanita yang inginkan zuriat namun masih tidak berjaya mendapatkannya. Disarankan supaya menjalani pemeriksaan untuk memastikan sama ada mempunyai masalah hormon yang tidak seimbang.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...