July 12, 2018

Coretan Merapu Raban Hari ni

Alhamdulillah masih lagi berpijak di bumi yang nyata. Masih mencari-cari hala tuju kehidupan. Masih berusaha untuk mencapai kejayaan. Rasa susahnya nak capai satu-satu kejayaan. Rasa susahnya nak capai apa yang diimpikan tapi alhamdulillah Allah sentiasa bagi jalan.

Tiba-tiba hilang fokus dan tak tahu apa yang aku nak buat sebenarnya. melihat kejayaan orang lain terbit rasa cemburu. Bila agaknya aku nak capai macam mereka. Padahal aku boleh saja tapi entahlah. Tak tahu nak mula dari mana.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Entry kali ni just nak share perasaan down je. Aku manusia biasa yang kadang-kadang motivasinya tinggi menggunung. Kadang-kadang rasa nak sorok je muka ni dalam tanah. Allahuakbar.

Mengenangkan nasib diri, anak-anak, suami dan juga keluarga, Aku tak boleh nak terus mengalah. Aku kena kuat semangat. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Sekurang-kurangnya aku tidak susah sangat. Masih punyai semuanya cuma tidak semewah orang lain. Nafsu semuanya. Ikutkan hati memang nak semua. Nak pulak nak dengan segera. Tengok orang senang kita pun nak senang padahal orang lain pun sama je. Nak senang kena usaha.

Hari ni last day berpuasa. Alhamdulillah berjaya puasa 6 tahun ni. Puasa ganti pun dah setel. Syukur ya Allah. Lepas ni kita banyakkan amal dengan berpuasa sunat di hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat bulan Rejab & sebagainya. Semoga segala ibadahku diterima oleh Allah.

Nak buat benda baik memang banyak halangan. Kalau kita istiqamah inshaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.


10 TIPS PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN KULIT



Meskipun kita boleh menggunakan pelbagai krim dan losyen untuk mengekalkan seri wajah, itu adalah sementara dan tiada jaminan. Jom kita amalkan 10 tips penting ini untuk kekalkan kesihatan kulit :-

1. JAGA PEMAKANAN

Apa yang kita makan adalah penting. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida seperti beta-carotena dan Vitamin C, E, dan A yang boleh menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Apabila kita tidak boleh atau tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan, kita boleh mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.



2. BERIKAN SAYA H20

Mungkina ianya benar, apabila dikatakan pengambilan air yang dapat memberikan kulit yang lebih sihat, memandangkan 64% kulit terdiri daripada air. Dengan pengambilan air yang cukup, kulit akan jadi gebu, kedutan menjadi kurang dan liang pori lebih kecil. Tambahan lagi, pelbagai struktur kulit memerlukan air untuk berfungsi secara efektif termasuklah kolagen untuk kulit yang berseri, lembab dan lebih sihat.



3. POSISI TIDUR

Sebenarnya cara tidur kita memberi kesan kepada kulit. Tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal boleh menyebabkan kedutan di permukaan dahi atau pipi. Namun tidur dengan keadaan posisi mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh mengurangkan kedutan tersebut.


4. ADAKAH SINARAN MATAHARI BAIK UNTUK KULIT SAYA

Sedikit pancaran sinaran matahari penting untuk penghasilan vitamin D tetapi untuk pendedahan yang terlalu tinggi akan merosakan elastin kulit menjadikan kulit lebih kendur, regang serta lebih mudah terluka. Jika perlu keluar, gunakan krim perlindungan matahari. Peningkatan pengambilan karatenoid juga boleh melindungi kulit kita daripada dirosakkan oleh sinaran matahari.



5. MELEMBAB, MELEMBAB, DAN MELEMBAB

Tingkatkan penggunaan pelembab dan ianya perlu digunakan selepas membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembab. Ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.


6. TIDUR YANG BERKUALITI

Dapatkan tidur yang berkualiti dengan tidur yang nyenyak kerana paras hormon pertumbuhan akan meningkat untuk memperbaiki sel-sel yang rosak manakala lebihan air di dalam tubuh diproses untuk disingkirkan dari tubuh. Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti menghasilkan sel yang tidak berkualiti menyebabkan berlakunya lebam di bawah mata, kulit kering dan garis-garis halus terbentuk.


7. SINGKIRKAN STRESS

Tekanan atau stress menyebabkan tubuh bertindak balas dengan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan reaktif. Jadikan senaman sebagai amalan harian untuk mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan cara semulajadi tubuh untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, senaman secara teratur dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat, memberikan kita kulit yang yang berseri dengan pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu sebarang solekan.


8. HINDARI SENTUHAN TANGAN

Tangan sentiasa membawa berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Kita digalakkan membasuh tangan sebelum menggunakan barang penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila kita menggosok mata, mengusap dagu atau di saat menekup pipi.


9. MELAMPAUI USIA SEBENAR

Urutan merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang menyingkirkan toksin dalam tubuh. Tambahan lagi, teknik urutan yang teratur merangsang fibrolas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan untuk meningkatkan seri wajah dan memperbaiki keanjalan kulit.



10. SENAMAN MUKA

Wajah kita mengandungi lebih daripada 50 jenis otot berlainan dan ia memerlukan senaman sama seperti bahagian tubuh yang lain. Ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan kulit yang lebih tegang, anjal dan gebu. 
i) Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
ii) Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
iii) Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
iv) Buka mata dan mulut sebesar yang kita mampu, tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
v) Ulanginya 3 kali sehari.

July 10, 2018

Suplemen Untuk Mata Rabun Jauh

Hujung bulan sudah Feni dah pun selamat membuat cermin mata baru. Agak pening sehingga seminggu lamanya untuk menyesuaikan mata ini dengan cermin mata baru. Lepas ni memang kena jaga mata betul-betul sebab mata ni masih lama nak guna seandainya umur panjang. InshaAllah.

Kajian menunjukkan bahawa melihat skrin selama berjam-jam setiap hari boleh memberikan kesan yang serius untuk kesihatan dan mental, terutamanya mata. Melihat terlalu lama pada skrin telefon pintar, ipods, tablet, komputer dan juga televisyen boleh menyebabkan ketegangan mata digital, ketidak selesaan mata selepas melihat skrin pada jangka panjang iaitu melebih 2 jam.

Antara ketidakselesaan ialah :-

✿ Ketegangan mata
✿ Mata kering
✿ Kesukaran untuk fokus pada jarak jauh
✿ Pandangan kabur
✿ Sakit kepala
✿ Sakit tengkuk, belakang dan bahu

Gejala ini memang Feni rasa semasa guna cermin mata lama. Senak otak rasa. Lepas tu nak tenyeh-tenyeh mata sebab tak selesa. Kepala pula kejap-kejap sakit. Bila sakit mula rasa nak baring nak tidur. Semua kerja boleh berjalan dengan lancar.


SUPELMEN UNTUK MATA DARI DALAM KE LUAR


ALPHA KAROTENA

Ia berfungsi sebagai antioksidan yang kuat :-
✿ Melindungi dari kerosakan sel akibat radikal bebas termasuk sel retina.
✿ Menghasilkan vitamin A yang diperlukan untuk penglihatan pada waktu malam, kesihatan mata dan mengurangkan risiko gangguan kronik pada mata akibat peningkatan umur.

BETA KAROTENA

Beta karotena adalah pigmentasi oren biasanya dijumpai dalam buah dan sayuran. Ia membantu untuk :-
✿Melindungi permukaan mata dan memainkan peranan dalam mengurangkan risikko kehilangan penglihatan akibat gangguan kronik pada mata.
✿ Kajian awal juga mencadangkan beta karotena boleh melindungi mata dari katarak.


ASTAXANTHIN

Ia adalah pigmen utama pada retina. Dikenali sebagai nutrien hebat serta luar biasa untuk karotenoid kerana sifat antioksidannya yang kuat. Kajian membuktikan bahawa :-
✿ Ia mempunyai aktiviti pembasmian radikal bebas yang tinggi untuk melindungi dari kerosakan oksidatif.
✿ Bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi.

ZEAXANTHIN

Ianya membantu di bahagian tengah makula. Ia membantu untuk :-
✿ Menghalang cahaya biru dari sampai kepada struktur asas dalam retina, mengurangkan risiko kerosakan oksidatif akibat cahaya yang membawa kepada penurunan kemampuan penglihatan atau degenerasi macula.
✿ Memberikan kesan antioksidan yang kuat berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang bertanggungjawab merosakkan sel mata dalam tempoh masa dan melindungi retina dari oksidasi sinar UV.

LYCOPEE

Memiliki kedua-dua sifat antioksidan dan anti keradangan, ia membantu untuk:-
✿ Memperlahankan reaksi diantara sel amta yang diakibatkan oleh degenerasi macular.
✿ Melindungi mata dari tekanan oksidatif yang menyebabkan penyakit mata biasa dialami termasuk degenerasi macular dan katarak.

LUTEIN

Kaya antioksidan, ia membantu untuk:-
✿ Melindungi mata dengan menapis peratusan kerosakan gelombang pendek sinaran UV yang memberi kesan kepada retina.
✿ Melindungi sel yang sihat untuk mengekalkan penglihatan yang sihat. Para penyelidik di Universiti Harvard mendapati bahawa dengan pengambilan 6mg suplemen lutein setiap hari boleh mengurangkan risiko degenerasi makular dengan kadar 43 peratus.

PILIH CAROTOMAX SHAKLEE UNTUK MATA




Dapatkan dos karotenoid anda untuk mengoptimumkan perlindungan antioksidan dari bahagian dalam untuk mengekalkan penglihatan yang sihat.
✿ Membekalkan lebih daripada 1.5 kali ganda kadar purata anggaran pengambilan harian karetonoid bermanfaat.
✿ Memberi lebih daripada 13mg ekstrak pekat dari enam karetonoid utama termasuk astaxanthin, alpha dan beta karotena, lycopene, lutein dan zeaxanthin.

FAKTA MATA


✿ Persatuan optimitris Malaysia menyatakan separuh dari penduduk Malaysia menggunakan beberapa bentuk pembetulan penglihatan.

✿ Orang ramai biasanya membaca 25% lebih perlahan dskrin komputer berbanding  kertas.

✿ Seseorang berkelip 15 - 20 kali setiap minit, 1,200 kali setiap jam dan 28,800 kali satu hari.

✿ Mata kita mengandungi 107 juta sel yang mana sensitif kepada cahaya.

✿ Mata terdiri lebih dari 2 juta bahagian yang bekerja.

✿ 80% ingatan kita ditentukan oleh apa yang kita lihat.

CARA PENJAGAAN MATA SIHAT


✿ Amalkan peraturan 20-20-20
Selepas 20 minit menatap skrin, lihat objek sekurang-kurangnya 20 kaki jauhnya selama 20 saat.



✿ Amalkan ujian high-Five
Posisikan diri anda dengan jarak selengan dari skrin komputer. Jika anda tidak boleh hing-five pada skrin komputer dengan betul, anda duduk terlalu rapat.

Semoga bermanfaat kepada kita semua. Untuk mendapatkan suplemen Carotomax boleh terus menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




July 9, 2018

JALAN-JALAN KE PLAZA GM KLANG 08/07/2018

Sebenarnya Feni tidak pernah sampai ke Klang. Semalam bila Encik Husband cakap jomlah kita ke GM Klang. Laju je Feni dengan anak-anak bersiap. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Plaza GM mengambil masa dalam sejam juga sebab jalan yang agak jem. Musim raya ni open house masih berleluasa jadi terpaksalah menghadap jem. Nak tak nak kena hadap juga lah.

Kami sampai sana dalam pukul 4.00 petang. Keadaan parking yang sesak dah penuh dengan kenderaan. Kami masuk parking di kawasan lapang depan GM Klang tu. Bangunanan GM agak besar. Tak larat nak jalan semua. Kami hanya jalan-jalan cuci mata. At least lepas ni bila orang tanya pernah pergi tak GM Klang. Dahhh. Hehehe.

Kat bahagian bawah blok A, ada jual barangan pengantin. Kami singgah situ kejap. Seronok tengok barang-barang nak kenduri. Bila bawak anak-anak kecil ni memang kena banyak sabar. Diorang mesti ada agenda sendiri iaitu nak beli mainan. Di sini memang banyak sangat kedai mainan. Ummi nasihatkan anak-anak kita datang sini nak jalan-jalan je. Alhamdulillah dua-dua mengerti.

Feni tak sempat nak snap picture banyak-banyak sebab dok kalut dengan anak-anak. Biasalah ummi anak dua kan. 


Perbezaan antara harga ahli dengan harga biasa agak jauh juga. Jadi kalau sesiapa yang berada di area Klang selalu pergi GM boleh terus sign up member.


Tergoda tengok wallpaper yang cantik-cantik dan harga mampu milik. Tunggu rumah kami siap kami shopping wallpaper di sini. Amin Ya Allah Ya Mujib.



Sementara menunggu beli ayam gunting di kaki 5 dekat Plaza GM ni. Kami berwefie dulu sebagai kenangan.






#review Feni tentang GM Klang.

Tempatnya agak besar dan luas. Terdapat banyak blok di sini. Perlu tengok map untuk tujuan masing-masing. Kalau nak santai-santai macam kami boleh je terjah. Kalau ada tujuan ke sana lebih baik fokus sebab kalau masa tu nak mencari memang agak kelam kabut dan memenatkan.

Bahagian bawah G (Ground Floor) banyak restoran, jadi nak makan tak susah. Boleh pilih je nak makan apa.

Masa nak masuk ke dalam Plaza GM ni. Bahagian pintu agak sesak dan ramai orang sampaikan penghawa dingin pun tak terasa. Rasa sesak nafas sikit di sini. Feni cepat-cepat keluar untuk mengambil angin.

Kami pergi sekejap aje. Pusing-pusing dan tengok-tengok tak sampai 2 jam. Mungkin yang dah biasa memang seronok. Bagi Feni Plaza GM di Kuala Lumpur lebih flexsible sebab senang dan mudah. Bagi Feni lah terpulang pada masing-masing.

Balik dari GM Klang, kami lepak rumah Cik Idah di Kampung Baru. Macam biasa bila berkunjung ke rumah Cik Idah, kalau tak makan tak sah. Kami di jamu dengan hidangan makan malam yang enak-enak. Ada nasi putih, sayur kacang digoreng bersama dengan udang, telur dadar, ayam goreng dan sup daging. Wahhh memang meletops habis makanannya. Dari perut yang dah kenyang pun rasa nak makan lagi.

Alhamdulillah murah rezeki kami semua. Selepas makan kami minta izin nak pulang. Ada rezeki boleh berjalan lagi ke sana.

July 6, 2018

Sambutan Hari Raya Di Sekolah Abang Aus

Alhamdulillah hari ni Abang Aus menyambut hari raya di sekolah. Balik kerja malam semalam Abang cakap cikgu suruh masak bubur kacang. Adeiii dahlah ummi ni terer bebenor memasak. Terus cakap dengan abah jom kita pergi beli barang-barang nak buat bubur. Bila tengok surat dari cikgu rupanya kuah kacang. 

Bersyukur panjang ummi sebab memang ada 1 kilo kuah kacang ready made di dalam freezer di rumah. Alhamdulillah mudah kerja ummi. Kisahnya kuah kacang tu ummi beli untuk bawak balik kampung tapi terlupa dan kekal di dalam freezer. Memang berguna sangat lah masa ni kan.

Balik dari rumah opah siap-siap mandi baru nak mula memasak. 1kg kuah kacang di tambah dengan 3 liter air. Masak sampai naik minyak. Ummi guna api yang kecil supaya kacang masak dengan sempurna. Pukul 10.00 malam ummi mula masak. Pukul 11.30 siap. Tinggal atas dapur sebab pagi ni sebelum bawa ke sekolah ummi panaskan sekali lagi.

Majlis hari ni bermula pukul 10.00 pagi, ummi tak dapat nak temankan Abang sebab kena msuk kerja hari ni. Tak ada orang nak jaga pejabat. Kalau tahu awal-awal ummi boleh minta cuti.



Berphoto sebelum ke sekolah hari ni. "Selamat hari raya". Adik pun tak ketinggalan untuk menggayakan baju Melayu sebagai tanda sokongan kepada abang. Dia pun semangat nak pergi sekolah. Siap-siap kuah kacang masukkan dalam tupperware dan terus pergi sekolah.

Hari ni kami pergi sekolah lambat. dekat pukul 9.00 pagi baru sampai. Beg sekolah pun tak bawak hari ni. Sampai di sekolah terus bagi kuah kacang dekat pembantu sekolah. Tengok di depan sekolah dah siap ada khemah untuk majlis hari ni. Memang seronoklah anak-anak hari ni. Rasa menyesal pula tak apply cuti awal. 

Sebelum tinggalkan abang di sekolah, abah ambil gambar anak-anak.


 








Tahun depan Abang Aus dah darjah satu. Adik pula yang akan sekolah di sini. Ummi minta maaf sebab tak dapat teman abang hari ini.  

Pukul 1.00 lebih tadi ummi call abang. Tanya abang seronok ke hari ni ? Dia cakap seronok. Bukan abang seorang je yang ummi abah takde. Ada lagi kawan-kawan yang ibu bapa tak dapat hadir. Kesian anak ummi. InshaAllah lepas ni, kalau ada rezeki ummi akan temankan abang. Abang good boy !. Boleh bawa diri bila ummi dengan abah tak ada. Balik sekolah tokyah ambil.

Baju raya warna ungu ni sebenarnya untuk 2 tahun lepas. Ummi beli satu seorang tapi agak besar. Tahun ni baru semua orang ngam-ngam boleh pakai. Tahun ni baju raya suami dengan anak-anak kurta warta pink belacan. Abang taknak pakai kurta untuk majlis hari ini. Nak pakai baju kaler oren raya tahun lepas. Abah cakap kan dah pakai tahun lepas. Nanti nak flash back tertukar dengan tahun lepas. Hehe

Apapun semoga Abang sentiasa menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Abang yang penyayang untuk adik dan sepupu sepapat semua. Abang Aus sentiasa menjadi hero dan boyfriend ummi selamanya. 

July 5, 2018

Amalkan 10 Teknik 'Powerful Words' Ni Di Dalam DOA Anda Untuk Rasakan Sendiri Perubahan Yang Sangat Dasyat!


Amalkan 10 Teknik 'Powerful Words' Ni Di Dalam DOA Anda Untuk Rasakan Sendiri Perubahan Yang Sangat Dasyat!
.
#TEKNIK1
=====
.
Sebelum ni kita selalu berdoa, 
“Ya Allah berikanlah aku kekuatan”.
.
Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita. 
.
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.”





.
#TEKNIK2
=====
.
Sebelum ni kita selalu berdoa, 
“Ya Allah BERILAH aku..”
.
Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”
.
Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah.
.



#TEKNIK3
=====
.
Sebelum ni kita selalu berdoa, 
“semoga DIMURAHKAN rezeki.” 
.
Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah,
“semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
.
Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja.


.
#TEKNIK4
=====
.
1 lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.
.
“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
.

#TEKNIK5
=====
.
Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini, 
“Amin Ya Rabbal Al-Amin.”
.
Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah,
“Amin Ya Allah Ya Mujib”.
.
Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib. 
.


#TEKNIK6
=====
.
Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi.
.
Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini,
.
“Allah.. Allahu Robbunaa.. Laa Nusyriku Bihii Syai’a”, 
.
(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun)
.
Baca 100x, doa ketika beramai-ramai. 
.
“Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”,
.
(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun)
.
Baca 100x, doa apabila seorang diri.
.
Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhawatiran dan keresahan. 
.
Sekaligus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka. 


.
#TEKNIK7
=====
.
Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu.
.
Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,
.
“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernahku duga.”


.
#TEKNIK8
=====
.
Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak ‘spend time’ bersama dengan keluarga tersayang. 
.
Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak ‘specific’ minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga.
.
“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan <nama perniagaan> ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.” 


.
#TEKNIK9
=====
.
Sebelum ni kita selalu berdoa, 
“Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”.
.
Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah,
.
“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”


.
#TEKNIK10
=====
.
Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu.
.
Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini,
.
“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..
aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”
.
Nampakkan 10 teknik di atas ini, hanya dengan tukar sikit je ayat doa dan cara kita berdoa, kesannya sangat dasyat. 




Feni dapat dari sumber facebook. Disimpan dan tak tahu daripada siapa. Feni doakan semoga beliau dilimpahkan rezeki berpanjangan dengan perkongsian yang baik ini. Alhamdulillah.

July 4, 2018

DUNIA SEMAKIN TENAT

Pagi tadi bangun bersiap untuk pergi kerja. Hari ni kami agak santai sebab Abang Aus tak sekolah. Semalam cikgu hantar wasap dalam group tak sekolah hari ini. Ada masa santai sikit suami Feni sempat scroll handphone. 

Alangkah terkejutnya bila mendapat berita Adik Adam yang semalam ditularkan di media sosial tentang kehilangannya. Dikatakan diculik oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya. Ibu bapa Adam mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan akhirnya membawa kepada penemuan mayat adik Adam dalam peti ais rumah pengasuh tersebut.

Allahuakbar ! Apa yang sebenarnya telah berlaku ni ? Tak boleh nak memikir lah Mak Jemah. Senak otak dan sakit dada. Menangis mengenangkan adik Adam. Aku ada anak, jadi aku tahu perasaan seorang ibu. Masa hantar sihat walafiat tiba-tiba pergi ambil dah jadi arwah. Allahuakbar, semoga ibu dan bapa serta keluarga Adik Adam tabah menghadapi semua dugaan ini. Kami semua turut merasakan kesedihan itu.

Bila baca komen-komen di muka buku pulak memang sedih. Ada juga netizen yang buat status atau komen "sebab tu aku berhenti kerja". Tolong ! Tolong hormati perasaan orang lain okey. Memang rezeki awak dapat jadi suri rumah. Boleh jaga anak depan mata. Itu rezeki awak. Tapi jangan terlalu bangga sehingga mengguris hati orang lain yang terpaksa bekerja untuk berkhidmat kepada orang lain.

Kami yang bekerja ni pun kalau boleh nak duduk rumah. Nak membesarkan anak-anak depan mata. Nak hantar ambil anak sekolah sendiri tapi ada yang lebih memerlukan. Dengan niat nak tolong suami dan juga memberi khidmat kepada orang lain. Ibu Adam contohnya seorang jururawat yang tugasnya membantu pesakit di hospital. Jadi nak tak nak terpaksa hantar anak kepada pengasuh. 

Tak tahu nak cakap macam mana pasal pengasuh itu. Kenapa sanggup buat macam tu kepada anak kecil yang berumur 5 bulan. 5 bulan masih bayi lagi. Syurga buatmu anak. Tunggu ibu dan ayahmu di syurga. 

-Al-fatihah untuk adik Adam-

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...