June 15, 2017

Kebaikan Vivix Untuk Kesihatan

Alhamdulillah, hari ini diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini. Salah satu tanggungjawab kita sebagai khalifah adalah dengan menyebarkan kebaikan.

Jadi hari ni Feni nak share tentang amalan pengambilan suplemen yang boleh membantu tubuh supaya kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Kalau boleh cegah kita cegah awal-awal.

Bila badan dah kena penyakit, wang ringgit dah tiada nilai. Betul tak ? Alhamdulillah sejak Feni kenal produk Shaklee ni dah makin jatuh cinta dengan semua produk-produknya. Kalau dulu selalu sangat sakit-sakit badan terutamanya angin. Sekarang dah semakin berkurang dah.

Vivix merupakan suplemen terbaik Shaklee. Dihasilkan daripada buah anggur muscadine yang besarnya macam sebiji bola golf. Nak dapat buah anggur ni susah. Anggur muscadine ditanam dalam satu kawasan kecil di dunia, ini menjadi perhatian dari Ketua Pegawai Eksekutif kami, Roger Barnett. Penyelesaian adalah untuk kontrak mengunci seluruh tanaman vinyards muscadine terbesar dan terbaik di dunia. Dengan itu Ladang anggur muscadine terkemuka ketika ini menanam tanaman mereka secara eksklusif hanya untuk Vivix.

Kelebihan anggur muscadine ini :-


1. Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom ( extra 1 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mempunyai 19 kromosom), dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi, membekalkan sejenis antipenuaan khas dan antioksidan terbaik.

2. Anggur ini mempunyai buah yang besar, lebih kurang 5cm diameternya. Seakan-akan sebiji plum atau bola golf dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandung asid ellagik, sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria. kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah.

3. Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).

4. Ia mempunyai 6 kali ganda kandungan resvaratrol lebih tinggi daripada anggur merah biasa. Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.

5. Anggur muscadine mempunyai lebih banyak serat diet berbanding nasi atau bran oat.

6. Aggur muskat tinggi dalam Quercetin iaitu flavanoid yang sangat sihat.




Sekiranya anda berminat untuk mendapat Vivix dengan khidmat nasihat percuma bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-



Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Alfalfa Shaklee Boleh Buat Masker Wajah

Wahh ilmu baru lagi. Dalam dok godek-godek en google hari ni terjumpa la satu info pasal alfalfa boleh buat masker wajah. Yang memang tak pernah cuba lagi. Selalunya mak jemah buat masker guna ESP tambah vitamin c dan vitamin e ajer. Ni ada pulak yang share pasal masker ESP dengan alfalfa.

Campuran alfalfa dan esp yang agak kasar boleh menyental blackhead dan whitehead yang ada di muka tu. Balik ni nak cuba lah. Kompom meletop gebu gebas. 

Alfalfa ni memang best bukan sahaja untuk wanita malah lelaki pun boleh amalkan alfalfa ni. Yang mana ada banyak jerawat kat muka atau badan tu elok sangat amal Alfalfa. Ia membantu mencuci darah. Kira macam detox la. Bila darah kita bersih. Secara tak langsung kulit pun bersih.


BONUS SHAKLEE DAH MASUK SEMALAM

Pagi semalam kan. Tangan kanan dok gatai-gatai jer. Cakap dengan en. hubby. Abah ummi gatai tangan kanan lah. Ermm duit nak masuk le tew. Alhamdulillah.

Sampai ofis. Terus terkam mesin fotostate sebab takut dapat kat orang. Dari pagi sampai tengahari buat kerja tak berhenti. Cek buku, fotostate, buka binding tu. Berulang-ulang mak jemah buat. 

Kadang-kadang geram dengan bos. Dah yang original tu blur suruh kita buat bagi terang. Siap terjerit-jerit lagi. Sabor jela. Buat jugak la sampai siap. Masa rehat tak rehat pun dok buat benda tu. Tengah dok buat tu dia datang. Feni, u rest la. pergi sembahyang. Alhamdulillah walaupun bos aku ni dia gak cerewet tapi paham jugak la. Nak wat macam mana dah dia bos dan kita ni kuli. Kena lah ikut arahan.

Bila dah sibuk handphone semua tak sempat nak tengok. Petang dah settle baru boleh ushar handphone. Tengok beribu wasap dan telegram. Buka meben2u. Ada la sikit bonus Shaklee masuk meben. Alhamdulillah terubat hati bila tengok ada duit masuk.

Tak gembira kau ? Tengah-tengah bulan ni orang sibuk dok cari baju raya anak-anak. Aku tak beli lagi. Minggu depan dah nak raya dah. Baju anak-anak je yang penting. Baju sendiri pun penting jugak sebab badan dah bam-bam.

Apapun alhamdulillah. Ada jugak pendapatan sampingan sambil-sambil dok saja ni. 

20 Ramadhan 1438H

Waaa kenapa tetiba jadi blur tak tau nak tulis apa ni. Allahuakbar. Banyak benda nak capai ni tapi tak tahu nak buat apa. MasyaAllah. Apa dah jadi ni kan.

Pernah tak bila kita dok jalan-jalan macam-macam idea datang. Bercabang-cabang dalam kepala. Bila duduk je depan pc. Harem satu habuk tak keluar. Sabarrr. Itu namanya dugaan untuk orang yang beriman. Allahuakbar.

Ni tulis je apa yang tangan nak tulis. Pagi tadi bangun siap-siap anak pergi sekolah. Abang Aus bawak towel kecil sebab cikgu tegur dia batuk. Tak boleh batuk dekat kawan-kawan. Jadi hari ni ummi bekalkan abang aus dengan towel kecil supaya bila rasa nak batuk cepat-cepat tekup muka dengan towel.

Anak ummi tu manja orangnya. Kalau orang tegur sikit mula la dia buat muka. Huhuhu. Manja dengan ummi dan abah. Tapi kalau ummi dengan abah takde pandai pulak dia bawak diri. huhu.

Abang aus sayang adik rayyan. Tapi bila di rumah selalu gaduh. Abang kadang-kadang takmo mengalah. Tapi bila ummi selalu pujuk cakap abang kan abang kenalah mengalah dengan adik sebab adik kecik lagi. Kadang-kadang dia paham. Kadang-kadang dia buat jugak adik dia. Hahaha ummi kena banyak-banyak sabar naaa.

Seorang ibu harus menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya. Ummi kalau boleh nak bagi semua yang terbaik untuk anak-anak. Ibu mana yang taknak tengok anak-anak bahagia dunia akhirat kan. Ummi sentiasa doakan anak-anak ummi jadi anak yang soleh.

Bila ummi dengan abah takde nanti. Abang dengan adik jangan lupa doakan kami. Ajar anak-anak cucu supaya terus berdoa untuk umat Islam di dunia ni. Pahala berganda-ganda Allah bagi. InshaAllah.


SET BERPANTANG SHAKLEE UNTUK BERPANTANG LEPAS PEMBEDAHAN

Rezeki bersalin setiap orang tak sama. Ada yang nak bersalin normal tapi sampai masa kena operate.

Orang kata luka bersalin normal dengan czer tak sama. Terpulang pada pandangan masing-masing. Namun kita sebagai wanita harus pantang betul-betul ketika pantang.

Penting sangat pantang ni sebab badan nak guna lama. Masa muda tak terasa takut bila dah berumur mulalah sakit itu sakit ini. Jadi berpantangla betul-betul.

Istimewanya Set Berpantang Shaklee ni boleh diamalkan bermula dari awal kehamilan lagi sehinggalah ke berpantang menyusu. Namun hendaklah mendapatkan nasihat yang betul untuk setiap produk. Ada produk yang tidak boleh di amalkan ketika hamil seperti alfalfa. 

Alfalfa ni boleh dianggap sebagai jamu kerana mampu mengecutkan rahim. Tidak sesuai untuk ibu hamil. Vitamin lain seperti ESP, Vitamin C, B-Complex, Ostematrix dan Vitalea memang digalakkan amalkan bermula dari awal kehamilan lagi.

Vitamin ini boleh menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk ibu dan janin. Ibu dan anak sihat semasa hamil, berpantang dan menyusu. Suplemen ini sikit sebanyak membantu ibu-ibu untuk kekal cergas sepanjang tempoh berpantang. Susu badan juga meriah.

Jom tengok testimoni SET BERPANTANG SHAKLEE.




Sekiranya ingin mencuba set berpantang shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 14, 2017

Allah Bagi Ujian Sebab Dia Sayang

Setiap ujian itu adalah rahmat dari Allah. Siap kita nak pertikaikan percaturan yang Allah berikan. Selalu ingatkan diri bahawa setiap ujian yang Allah hantar sebenarnya menjadikan kita lebih kuat dan tabah.

Kadang-kadang bila ditimpa masalah sikit kita dah rasa down sampai tak boleh nak move on. Padahal masa tu, Allah tengah uji tentang kemampuan kita sama ada kita ni sabar atau tidak. Allah itu maha penyayang terhadap hamba-hambanya.

Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara. Pinjaman semata-mata. Jauh lagi perjalanan hidup yang kita kena hadapi. Hidup di alam dunia, alam barzakh, hinggalah alam akhirat.

Raya tahun ni tak tahu nak balik mana dulu. Tiap-tiap tahun asyik berdrama nak balik mana dulu. Entahlah malas nak fikir rasanya. Ikutkan hati memang lah nak balik rumah mak kita kan. Selagi mak kita ada. Selagi tu kita nak balik rumah kita. Tapi bila dah berkahwin beranak pinak ni kena juga ikut cakap suami. Ye dok. 

Mak kita nak jugak main dengan cucunya tapi nak buat macam mana bertabahlah. Cakap lebih-lebih orang tak suka. Nasib jadi orang menumpang kan. Tapi apa pun bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Ni semua ujian. Yang mana boleh kita betulkan kita betulkan. Yang mana tak boleh betulkan kita redha. Doa yang baik-baik saja. Mintak Allah bukakan pintu hati. Semua orang tak sempurna dan aku pun tak sempurna. Banyak khilaf aku ni.

Hamba yang hina dimata Allah. Ya Allah, aku tiada daya upaya selain memohon pertolonganMu. Aku tiada daya upaya melawan segala takdirMu. Aku isteri dan syurgaku di bawah tapak kaki suami. Semoga kau berikan hidayahMu kepada kami semua.

Sementara mak kita ada ni, masa ni lah nak buat baik dengan mak. Nak jaga mak sementara umur masih ada. Jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya di tangan tuhan. Semoga raya tahun ni tiada drama swasta lagi. Hahahaha.

5 CARA MENGHILANGKAN WHITEHEAD DAN BLACKHEAD DENGAN MUDAH



Whitehead dan blackhead di muka memang boleh mendatangkan stress. Silap hari bulan boleh menyebabkan kemurungan tau. Bab cantik untuk perempuan ni bukan boleh ambil mudah. Ada yang sanggup berhabis beribuan ringgit semata-mata nak cantik. Sanggup ikat perut sebab nak cantik nak lawa di mata manusia.

Ni Mak Jemah nak share 5 cara menghilangkan whitehead dan blackhead secara mudah :-


1) Cuci muka dengan scrub

Gunakan scrub muka yang agak kasar sikit supaya ketika menyental muka tu. Whitehead dan blackhead turut tanggal.

2) Gunakan soda bikarbonat dan cuka

Campuran soda bikarbonat dan cuka boleh dijadikan sebagai scrub untuk menghilangkan whitehead dan blackhead. 

3) Garam dan ubat gigi

Ini paling best sebab selalu buat. Ambil ubat gigi dan garam. Sebatikan keduanya dan tonyoh di sekitar muka yang banyak whitehead dan blackhead tu. Area yang selalu banyak naik benda alah tu kat area hidung, sekitar hidung dan dagu. Haa bila da buat tu tonyoh kuat-kuat, Jangan sampai luka berdarah sudah !

4) Stim muka dengan air panas suam

Tengok keadaan air panas tu. Kalau boleh janganlah terlalu panas. Suam-suam gitew. Masukkan dalam besen yang agak-agak besar boleh memenuhi ruangan wajah kita. Wapkan muka kita dengan towel besar di atas kepala kita. Ala macam buat hantu-hantu tu.

5) Gunakan mekap remover dari Shaklee

Yang ni paling mudah sebab hanya buka je penutup mekap remover. Picit sikit kemudian tonyohlah di muka. Bila dah tonyoh-tonyoh muka tu tengoklah hasilnya. Mesti sangat banyak hasil yang dapatnya. Hihi


Ini adalah SET ASAS NUTRIWHITE  untuk mereka yang pentingkan kecantikan kulit muka. Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang bebas bahan kimia yang boleh merosakkan kulit. Ianya selamat untuk digunakan sesuai dengan orang Asia. 


TESTIMONI NUTRIWHITE







Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah. Khidmat nasihat adalah percuma sekiranya anda buat belian denga Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...