Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
Inginkan kulit yang cerah gebu dan cantik macam artis ?
Bolehlah mengamalkan suplemen hebat dari Shaklee ni. Produk selamat yang halal dan ada Land Mark Study.
TESTIMONI PENGAMAL SET CANTIK
*Produk ini hanyalah suplemen dan bukan ubat.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin bertanyakan tentang produk Shaklee bolehlah menghubungi saya melalui salah satu saluran medium di bawah :-
Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin
Ya Allah Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU Kecantikannya KecantikanMU Keindahannya KeindahanMU Kekuatannya KekuatanMU Kekuasaannya KekuasaanMU Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah Jika rezeki masih di langit, turunkanlah Jika di bumi, keluarkanlah Jika sukar, permudahkanlah Jika haram, sucikanlah Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha KecantikanMU, keindahanMU KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hambaMU yang soleh
Simpan doa ni untuk dihafal dan diamalkan setiap hari. Nak ajak Abang Aus dan Adik Rayyan hafal sekali la doa ni. Semoga kita semua sentiasa murah rezeki. Tak kiralah rezeki apa pun. Alhamdulillah.
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.
.
Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek. Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.
.
Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya. Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.
.
Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia. Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.
.
Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!
.
Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!
Pening kepala mak nak pikir pasal baju raya anak-anak dan suami ni. Bab anak-anak mungkin ummi boleh pilih jer. Suami tersayang pulak tahun ni ummi tak tahu nak pilih macam mana. Dia cakap taknak sebab baju sebelum ni masih okay dan tak pakai pun. Memang betul pun dia pakai sekali time raya je. Pastu masuk almari dan gantung. Sadis kan ?
Tiap tahun kami raya ala kadar je. Beli apa yang mampu je. Syukur dengan apa yang ada. Nak kata kaya benor-benor tu idok ler. Cukuplah makan pakai. Al-maklumler banyak benda nak settle lagi. Bersyukur dengan nikmat Allah bagi. Ada rumah untuk berteduh, ada pakaian nak pakai dan ada makanan untuk ditelan.
Bila difikirkan banyak benor nikmat Allah bagi tapi terpulang pada kita je sama ada nak bersyukur atau tidak. Semua orang banyak ujian dan ujian sesama kita tak sama. Miskin itu ujian. Kaya juga ujian. Jadi bersabarlah dengan setiap ujian yang Alah bagi ni. Allah uji sebab dia sayang. Dia rindu kita merayu pada dia. Sebab dia yang MAHA berkuasa atas sesuatu.
Okey dah melalut ke ujian bagai dah. Berbalik kepada baju raya tahun ni ? Mak Jemah pakai baju yang murah-murah jer sebab tak mampu. Huhu. Sejak berumur 30an ni badan naik bam bam tapi idok ler melebihi 60kg. Alhamdulillah. So baju saiz M masih boleh pakai tapi Mak Jemah dah tak selesa pakai baju ketat-ketat. So pilih saiz L u olss. Hahaha.
Baju pilihan Mak Jemah ialah baju kurung moden jer sebab senang boleh pakai untuk buat kerja. Tak payah nak beli baju blink-blink diva sangat sebab bukan ada event orang nak jemput pun. Kalau ada event pon pinjam atau sewa jela baju. Hahahah sebab bukan nak pakai selalu. Kihkihkih.
Bagaimana untuk kekal cergas sepanjang bulan ramadhan ni ? Maklumlah cuaca pun tidak menentu. Sekejap hujan sekejap panas. Hujan pun kadang-kadang lebat kadang-kadang renyai je. Faktor cuaca pun boleh buat badan jadi letih dan kurang sihat. Tambah-tambah lagi puasa sepanjang hari.
Bulan puasa ni janganlah skip sahur sebab sahur boleh buat kita kekal cergas sepanjang hari. Sahur juga boleh buat kita sihat dan kurus tapi kenalah makan makanan yang sihat dab berkhasiat.
SET MIGHTY 3 GEM adalah produk Shaklee yang paling glemer ketika bulan ramadhan sebab ianya membantu pengamalnya kekal cergas sepanjang hari.
Memang berbeza bila kita amalkan Mighty 3 Gem ketika berpuasa. Jom tengok testimoni pengamal tegar SET MIGHTY 3 GEM ni.
Sekiranya anda berminat untuk mendapat SET SAHUR iaitu MIGHTY 3 GEM ini bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-
Saya mula menggunakan Set Menyusu Shaklee sejak Julai 2013. Waktu itu saya menyusukan bayi sepenuhnya sehingga berusia 9 bulan. Sewaktu anak pertama, saya cuma dapat menyusukan 4 bulan sahaja. Oleh itu apabila mengandung kali ke dua, saya berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan mula mencari info mengenai penyusuan.
.
Pada mulanya saya ingatkan hanya mampu menyusukan bayi begitu sahaja dan tidak berniat untuk mengambil sebarang supplement. Masalah timbul bila susu mula kurang dan Maira menolak sepenuhnya susu formula. Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, saya akan menyusukan bayi terlebih dahulu. Ini kerana Maira taknak menyusu lagi apabila petang melalui susu botol.
.
Bayangkan sebaik saja pulang dari rumah pengasuh,terpaksa menyusukan Maira lebih dari 2 jam. Adakalanya pukul 10 malam baru dapat mandi dan makan malam. Begitu juga di tengah-tengah malam, Maira terjaga dan akan menyusu sehingga pagi. Saya membuat order yang pertama pada seorang rakan iaitu Set Menyusu Bajet, Alfalfa dan ESP. Dalam masa yang sama, saya tetap pam susu seperti biasa kerana stok semakin berkurangan.
.
Pada minggu pertama saya amalkan set menyusu ini, saya tetap pam seperti biasa. Agak kecewa apabila susu yang dipam tidak begitu menggalakkan juga. Mungkin masih terlalu awal. Saya makan Alfalfa mengikut dos dan ESP 2 kali sehari. Masuk minggu kedua, Maira nampak kenyang bila menyusu. Tidak perlu lagi menyusu sehingga 2 jam seperti sebelum ini. Malah tidur malam juga lebih lena.
.
Alhamdulillah, syukur dan lega. Setelah hujung bulan, saya tambah Set Menyusu fullset seperti Vitalea, Vitamin C, Vitamin B dan Ostematrix dan terus daftar ahli untuk mendapat harga yang lebih murah. Saya juga rasa kurang penat dengan rutin kerja harian. Kebiasaannya saya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan balik kerja pukul 6.30 ptg. Saya tinggal di rumah flat tingkat 5 yang tidak berlift. Mujur juga pengasuh anak berada di tingkat yang sama.
.
Sebaik saja mengambil anak di rumah pengasuh, susukan Maira sehingga kenyang ataupun dia tertidur. Kemudian akan masak untuk makan malam. Waktu dulu juga menggunakan mesin basuh manual. Memang sejak amalkan Set Menyusu Shaklee ni memberikan satu tenaga yang saya rasa rugi pula hanya duduk tanpa membuat kerja rumah kerana tidak berasa penat.
.
Dalam 2-3 bulan kemudian ramai yang menegur kulit wajah semakin berseri. Ya, muka saya memang kusam sebelum ini tetapi saya jarang mengambil berat mengenai maslah kulit wajah kerana sibuk menguruskan urusan seharian. Tak sempat nak belek-belek muka. Rupa-rupanya Set Menyusu Shaklee ini bertindak dengan memberikan pelbagai kebaikan kesihatan dan kecantikan juga. Kerana apabila tubuh cukup vitamin, kulit juga akan cantik. Semakin berseri.
.
Apa lagi Shaklee Effect pada saya yer? Selepas 3 bulan mengamalkan Shaklee, period kembali stabil. Sebelum ni memang sudah lama tak period. Dan tidak lama kemudian rupa-rupanya saya mengandung lagi tanpa saya sedari. Ini membuatkan saya cukup kagum apabila langsung tidak mengalami alahan malah saya tidak sedar sehingga perut mula nampak besar.
.
Saya begitu teruja kerana pengalaman mengandung sebelum ini, alahan teruk sehingga hampir bersalin. Jadi saya sebenarnya tidak menjangka akan mengandung kerana ingatkan masalah hormon yang membuatkan period tidak datang semula. Dengan kandungan yang ke 3 ini juga berbeza kerana tidak mengalami banyak masalah. Malah boleh lagi mendukung anak ke 2 untuk naik tangga sehingga ke tingkat 5. Malah lebih bertenaga berbanding tidak mengandung.
.
Saya terus mengamalkan Set Vitamin Lengkap Shaklee sehingga mengandung kali yang ke 4 ini. Sedar tak sedar sudah masuk 4 tahun saya mengamalkan Produk Shaklee dan sangat berpuas hati! Kredit to :- Supermom Shaklee Story
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk shaklee bolehlah menghubungi saya melalui salah satu medium di bawah :-