Showing posts with label KANSER. Show all posts
Showing posts with label KANSER. Show all posts

October 26, 2017

TANDA-TANDA KANSER SERVIKS DAN CARA MENGURANGKAN KOMPLIKASINYA



Serviks berada di bahagian bawah rahim yang bersambung dengan faraj. Ada jugak yang panggil kanser serviks ni kanser pangkal rahim. Keduanya adalah perkara yang sama.


Punca-punca kanser serviks :-

✿ Seks rambang
✿ Berat badan berlebihan
✿ Penggunaan pil perancang
✿ Genetik
✿ Merokok
✿ Imuniti badan yang lemah
✿ Kehamilan pertama pada usia muda
✿ Kehamilan jarak dekat


Cara menjaga kebersihan :


✔ Kerap menukar seluar dalam
✔ Kerap tukar pantyliner
✔ Kerap tukar pad
✔ Cuci dengan air bersih

Tanda-tanda kanser serviks


♀ Pendarahan pada faraj secara tidak normal
♀ Faraj mengeluarkan sesuatu cecair pekat ataupunlendir yang berbau
♀ Berasa sakit ketika melakukan hubungan seks
♀ Kesakitan yang berlarutan pada pelvis ketika haid
♀ Sakit ketika buang air kecil
♀ Tempoh haid yang lama dan pendarahan yang pekat dan banyak
♀ Kehilangan berat badan secara mendadak
♀ Badan terasa lemah dan lesu

Suplemen yang membantu mengurangkan komplikasi kanser serviks :-


Vivix - membantu pesakit untuk meningkatkan imunisasi selepas buat kimo

ESP - Protein yang membantu untuk pembinaan sel dalam badan dengan baik.

Vitamin C - Membantu melawan sel-sel kanser dan imunkan badan.

Carotomax - Meningkatkan rintangan terhadap infection dan bahan-bahan yang menyebabkan kanser.

Garlic Complex - Merencatkan keupayaan kuman dan bakteria untuk membesar dan berkembang.

Alfalfa Complex -  Memperlahankan dan seterusnya menghentikan penyebaran sel kanser.

Nutriferon - Pelindung imunisasi badan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk Shaklee dan suplemen bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 5, 2017

AWAS SEKIRANYA TERDAPAT KETULAN DI PAYUDARA !

Kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita diikuti kanser selviks.



SIMPTOM-SIMPTOM KANSER PAYUDARA IALAH :-

  • Ketulan atau ketebalan pada bahagian payudara yang dirasai berbeza dengan bahagian lain.
  • Cecair seperti darah keluar daripada puting payudara.
  • Perubahan saiz atau bentuk payudara
  • Perubahan pada kulit sekeliling payudara seperti lekuk
  • Puting payudara masuk ke dalam
  • Kulit atau bahagian puting mengelupas atau bersisik
  • Kulit payudara kemerah-merahan atau berlekuk seperti kulit buah oren.

Buah-buahan yang boleh diamalkan untuk melawan dan mencegah kanser dari awal :-

1. Anggur
2. Manggis
3. Blueberry
4. Goji Bery
5. Avocado
6. Mengkudu
7. Buah Naga
8. Acai Bery
9. Durian Belanda
10. Apple
11. Lemon
12. Delima
13. Stawberi
14. Kiwi
15. Aprikot

Lakukan pemeriksaan sendiri terhadap payudara sebagai langkah pencegahan awal untuk mengelakkan kanser. 

Cadangan suplemen untuk mencegah kanser ialah :-

1. Vivix
2. Carotomax
3. Vitamin C
4. Vitamin E
5. GLA Complex
6. Omega Guard
7. ESP




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




June 2, 2017

4 BAHAN UTAMA VIVIX SHAKLEE

Seperti yang kita tahu, kandungan VIVIX 100% dari tumbuh-tumbuhan semulajadi. Jom kita tengok kandungan VIVIX :-

1- Anggur Muskat

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2- Elderberi

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

3- Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

4- Lobak Ungu

Lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.


Berminat untuk mendapatkan Vivix setelah mengetahui kehebatan bahan-bahan yang ada dalam Vivix. Anda boleh menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



BAGAIMANA KANSER TERJADI ?

Apa itu Kanser ?

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ianya berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak di rawat boleh menyebabkan penyakit yang serius dan kematian.

Bagaimana Kanser Bermula ?

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.

"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.

BAGAIMANA SEL BOLEH ROSAK ?

Punca kanser dipanggil ‘Carcinogen‘ (dalam Bahasa Melayu – karsinogen). Antara jenis-jenis karsinogen:

1. Rokok
2. Radikal bebas
3. Cahaya matahari
4. Diet yang tidak seimbang
5. Gaya hidup yang tak sihat
6. Genetik

Buah-buahan yang boleh diamalkan untuk melawan dan mencegah kanser dari awal 


1. Anggur
2. Manggis
3. Blueberry
4. Goji Bery
5. Avocado
6. Mengkudu
7. Buah Naga
8. Acai Bery
9. Durian Belanda
10. Apple
11. Lemon
12. Delima
13. Stawberi
14. Kiwi
15. Aprikot


Vivix mengandungi RESVERATROL yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan melawan kanser.

Resveratrol boleh merencatkan sel-sel kanser termasuklah daripada tisu payudara, prostat, perut, usus, pankreas dan tiriod.

Resrveratrol merencatkan pertumbuhan salur darah dalam sel kanser daripada merebak ke organ lain.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix sebagai suplemen kesihatan, bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


March 12, 2017

Cegah Kanser Ovari Sebelum Parah

Ovari ialah perkakas penting dalam peranakan wanita. Ia mempunyai tugas penting iaitu mengeluarkan telur/benih setiap bulan untuk kesuburan wanita dan mengeluarkan hormon-hormon 'estrogen' dan 'progestrone' yang penting untuk sifat-sifat kewanitaan, kejelitaan dan kegharahan seks.

Kanser ovari pula ialah salah satu kanser reproduktif wanita yang paling bahaya dan sukar dirawat. Ia juga adalah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku di negara kita.

Antara gejala kanser ovari ialah :
✿ Sakit perut dan ketidakselesaan pada perut.
✿ Perut semakin membesar ataupun terasa ketulan di perut.
✿ Sakit perut atau sakit senggugut tanpa mengira masa.
✿ Perut membesar tanpa hamil.
✿ Putus haid pada umur yang muda.
✿Gangguan kencing atau air besar.
Dalam kes kanser ovari di peringkat lewat - hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggan dan letih lesu.
✿ Sakit ulu hati dan kerap kencing.
✿ Gangguan dalam pusingan haid seperti lambat atau tidak datang pada waktu yang dijangkakan, haid tidak teratur seperti di luar waktu haid atau ia datang sedikit-sedikit tapi berpanjangan.
✿ Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.

Faktor-faktor berikut boleh menyebabkan seseorang wanita berisiko untuk mendapat kanser ovari :

✿ Pertengahan umur atau yang lebih 40 tahun.
✿ Mempunyai sejarah keluarga yang menderita kanser yang sama.
✿ Tidak pernah melahirkan anak.
✿ Mempunyai kanser payudara, kolektral atau kanser rahim.

Kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang simptom sehinggalah ketumbuhan tersebut membesar sehingga menyebabkan kesakitan di bawah bahagian abdomen ataupun menyebabkan pengumpulan air di dalam ruangan abdomen dan perut semakin membesar. Gejala lain termasuklah hilang selera makan dan berat badan semakin menyusut dengan cepatnya.

Kanser ovari ialah kanser yang sukar dikesan. Ini kerana selalunya pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal dan tiada pencegahan spesifik yang boleh dilakukan.

Kanser ini boleh boleh dirawat dengan baik sekiranya di kesan di peringkat awal. 

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser ovari ialah :
✿ Mengamalkan pil perancang keluarga.
✿ Melakukan tubal legasi.
✿ Melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.
✿ Mengandung dan melahirkan anak.

SUPLEMEN VIVIX MEMBANTU MELINDUNGI DNA



Vivix membantu melindungi dan memperbaiki DNA. Kerosakan pada DNA akan berlaku pada usia makin meningkat ditambah lagi dengan gaya hidup, persekitaran dan pencemaran. Apabila banyak DNA rosak, badan kita akan jadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Vivix mengandungi resveratol yang membantu proses pemulihan DNA. DNA yang rosak atas pelbagai punca dapat dipulihkan dengan cepat.

Merangsang mitochondria(penjana tenaga) untuk menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila mitochondria menurun jadi fungsi sel juga akan menurun. Vivix membantu merangsang pembentukan mitochondria.

Melambatkan pembentukan protein AGE (Advance `Glycation End Products). Apabila protein AGE bertambah di dalam badan, ia akan mengganggu sel dan fungsinya. Dengan adanya resveratol yang 10 kali lebih kuat di dalam Vivix protein AGE dapat dibendung.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

December 29, 2016

Bahan-bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik

SEBAGAIMANA kita sedia maklum, kanser telah menjadi penyebab utama kesakitan dan kematian di negara kita. Pada tahun 1970, jumlah yang dilaporkan ialah 6,254 kes, manakala pada tahun 1996, angkanya meningkat kepada 37,294 suatu jumlah yang amat membimbangkan iaitu pertambahan sebanyak 496%!

Oleh kerana itu pada Disember 1998, CAP telah membuat satu kajian asas untuk mendedahkan tentang bahan-bahan penyebab kanser dalam kosmetik dan produk kegunaan harian di war-warkan dalam Utusan Pengguna (akhbar bulanan CAP).

Di artikel tersebut pengguna dimaklumkan tentang jenis-jenis bahan kimia penyebab kanser yang terkandung dalam produk dan jenama berkenaan. Dimana isu ini menjadi satu topik hangat dan begitu popular sehingga diketengahkan dalam pelbagai rangkaian dan cara produk demi menyedarkan pengguna agar berhati-hati dan sentiasa bijak didalam memilih sesuatu produk yang hendak digunapakai.

Kajian tersebut dijalankan selama 1 1/2 tahun untuk melindungi terutama pengguna dari terus dimanipulasikan menggunakan produk yang boleh memudharatkan diri.

Satistik kajian tersebut mendapati kesemua bahan ramuan yang terkandung dalam 120 alatan kosmetik dan produk dandanan diri, cenderung mengandungi tidak kurang daripada 50 bahan penyebab kanser yang sering digunakan pengguna.

Tinjauan juga mendapati ancaman kanser terdapat dalam hampir semua jenis kosmetik dan bahan dadanan diri, antaranya buih mandian bayi, buih badan, krim cukur, gincu bibir, minyak wangi dan syampu. Dimana produk-produk tersebut boleh mengandungi sehingga 22 bahan yang berpotensi menyerapkan ratusan bahan kimia penyebab kanser menerusi kulit dan masuk ke dalam aliran darah.

Dalam tinjauan, kajian dan analisis yang dibuat keatas 120 alatan kosmetik dan barangan kegunaan harian, sekurang- kurangnya satu atau lebih daripada berikut :

* Bahan yang diketahui berkarsinogen (menyebabkan kanser) kepada manusia.

* Bahan yang mungkin dicemari bahan sampingan berkarsinogen.

* Bahan yang bertindak balas dengan kimia lain lalu membentuk karsinogen yang memudharatkan ketika penyimpanan dan penggunaan atau

* Bahan yang disyaki menyebabkan kanser di kalangan manusia atau yang dikaitkan dengan kanser melalui ujian makmal ke atas haiwan.

* Sekurang-kurangnya 60 bahan kimia berkarsinogen yang diketahui atau disyaki ditemui dalam tinjauan, kajian dan analisis terbabit.

Pemeriksaan yang dibuat ke atas 120 bahan ramuan barangan kosmetik didapati sekurang-kurangnya 50 bahan kimia berkasinogen didalamnya atau cenderung dikesan mengandunginya seperti :

* Pembayang mata boleh mengandungi sehingga 22 bahan karsinogen dan berkemungkinan karsinogen.

* Gincu bibir dan pembersih muka mengandungi 21 bahan karsinogen.

* Pewarna rambut dan syampu pula 20 bahan karsinogen.

* Losyen dan krim muka, 17 bahan karsinogen.

* Buih mandian bayi, 16 bahan karsinogen.

* Balm/pengilat bibir, 14 bahan karsinogen.

* Bedak asas dan topeng muka, 12 bahan karsinogen tiap satu.

* Krim/busa untuk pencukur dan penanggal mekap, mata, muka, 11 bahan karsinogen setiap satu produk.

* Pedandanan, 10 bahan karsinogen.

* Minyak wangi/cologne, 9 bahan karsinogen.

* Buih/krim mandian, skrub muka, ubat gigi dan gel/mousse rambut, 8 bahan.

* Losyen bayi dan pengilat kuku, 6 bahan karsinogen.

* Bedak kompak/debu,wangian selepas bercukur,sabun, 4 bahan karsinogen.

* Penyegar, pensil kening dan celak mata, 3 bahan berkasinogen.

* Maskara dan pelindung/penahan matahari, 2 bahan karsinogen tiap satu.

* Dan ubat kumur, 1 bahan karsinogen.

Kesemua bahan kimia yang menjejaskan kesihatan ini terkandung dalam barangan dan produk kegunaan harian kita. Apabila bergabung dengan pencemaran udara dan air, pengambilan ubat-ubatan dan bahan penambahan perisa makanan, pendedahan bahan kimia di tempat kerja maupun di rumah, kesemuanya faktor-faktor meningkatkan risiko kanser, selain kelemahan sistem ketahanan diri.

Menurut beberapa laporan karsinogen bahan kimia mungkin bertanggungjawab terhadap lebih banyak kes kanser berbanding radiasi.

Hasil tinjauan dan pemantauan dibuat mendapati tidak satu pun daripada label produk atau barangan yang mengandungi ramuan tersebut yang dijual, dipasarkan meletakkan jaminan keselamatan seumpamanya.

Menurut DORLAND'S Illustrated Medical Dictionary (Edisi 23) mentakrifkan karsinogen sebagai "apa juga bahan yang boleh menyebabkan kanser". Manakala The Merck Manual of Diagnosis and Therapy (Edisi ke 14, 1982) menjelaskan karsinogen sebagai "suatu bahan kimia atau agen fizikal yang berpotensi menghasilkan neoplasia, iaitu pembentukan sebarang pertumbuhan baru atau luar biasa".

Analisis, kajian dan tinjauan penyelidikan serta pemeriksaan yang dibuat bukan untuk menakut-nakutkan pengguna, malah bertujuan memberikan panduan keselamatan agar pengguna lebih teliti dan menyayangi diri sebelum terlambat, senantiasa menjadi pengguna yang berilmu, bijak dalam membuat pilihan sebelum membeli, memiliki dan menggunakan sesuatu produk atau barangan tersebut. Bak kata pepatah bijak membeli menang memakai, beringat sebelum kena dan mencegah itu lebih baik dari berubat.

Jangan kerana ingin menjaga status, mengikut trend dan gaya atau produk serta barangan itu berjenama paling gah dan mahal kesihatan kita tergadai. Tidak semestinya barangan atau produk yang berjemana dan mahal mempunyai kualiti yang tinggi dan terjamin.

Sebagai pengguna yang peka dan bijak dengan memeriksa label, tarikh luput kosmetik dan produk dandanan diri serta barangan yang hendak dibeli atau digunapakai samada berkualiti dan terjamin keselamatannya serta perlu pengetahuan serba sedikit tentang kandungan atau ramuan yang terkandung di dalamnya sebagai langkah berhati-hati dan tidak terjebak hanya kerana jenama terkemuka sesuatu produk atau barangan itu atau hanya sekadar terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan mengenai produk, barangan tersebut.

Pengguna yang tahu menilai haknya sedar keperluan diri dan percaya serta nyakin pada diri sendiri mampu untuk mengatasi kekeliruan untuk memilih hanya yang terbaik dari terus dimanipulasikan oleh produk atau barangan yang tidak terjamin kualiti serta keselamatannya.

Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com



KARSINOGEN


Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.

Bahan-bahan karsinogen banyak sekali digunakan dalam bidang industri. Aflatosin B1 merupakan bahan yang keluarkan oleh kapang. Aspergillus flavus yang digunakan dalam penyimpanan bijirin, kekacang dan juga mentega kacang merupakan contoh karsinogen mikrobial yang sangat kuat yang digunakan. Terdapat juga virus seperti hepatitis B dan virus papilloma manusia diketahui juga penyebabnya kanser kepada manusia. Bagi pemakai pewarna kuku, tanpa disedari peluntur bagi perwarna kuku tersebut merupakan bahan yang boleh menyebabkan kesan barah kepada pengguna. Di dalam peluntur tersebut terdapat suatu unsur organik yang merbahaya yang dipanggil sebatian acetone OC(CH3)2 yang dapat melunturkan warna tersebut.

Setelah badan yang terdedah dengan unsur kersinogen, tubuh akan mengalami tindak balas gadaptasi bahan toksik untuk menghilangkannya yang disebut proses biotransformasi. tujuan tindak balas tersebut adalah untuk menyingkirkan unsur kersinogen yang menjadi lebih larut dalam air sehingga badan boleh menyingkirkannya melalui air kencing mahupun peluh. Tindak balas biotransformasi ini juga boleh menukarkan karsinogen yang bertoksik kepada lebih bertoksik.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...