November 25, 2016

5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

Ini merupakan 5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan berpandukan kepada Prinsip 'law of attraction' iaitu apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.


1. Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif.

Tak percaya? lihat contoh ini..
anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..".Jika minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"


2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari.

Setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.

3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda.

Jika anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.

4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.

Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."

5. Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya.

Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya . Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

November 22, 2016

CYST KECUT DENGAN VIVIX

Cyst sering menyerang wanita. Cyst menyebabkan wanita tidak boleh hamil disebabkan cyst itu memakan telur untuk disenyawakan bersama sperma. Begitu lah yang Feni faham tentang cyst ni. 

Penghidap cyst ini akan mengalami tekanan emosi kerana takut tak dapat hamil untuk melahirkan zuriat. Alhamdulillah dengan amalkan Vivix secara konsisten setiap hari, akhirnya berjaya merawat masalah Cyst  dan berjaya hamil setelah 6 tahun menanti.

Ini adalah testimoni seorang customer yang menghidap cyst dan berikhtiar dengan vivix. Tak habis sebotol dah disahkan hamil. Alhamdulillah.


Peringatan !

Wanita hamil tak digalakkan amalkan vivix. Dapatkan khidmat nasihat daripada pengedar sah Shaklee untuk maklumat lanjut.

Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Darah Haid Lebih 15 Hari. Apa Ikhtiar ?

Tak pernah seumur hidup saya darah haid berlarutan lebih dari 15 hari.

Tiba-tiba bulan lepas darah saya tak mahu berhenti. Bahkan pada hari ke - 18, darah yang sepatutnya kering menjadi banyak semula.

Saya mula risau, ada fibroid ke? Atau cyst ke?
Atau, penyakit yang ramai wanita takut. Tak berani nak sebut
Lantas saya jumpa pakar sakit puan.

Alhamdulillah doktor check semua ok. Cuma mungkin ada masalah hormon, jadi darah tiba-tiba keluar berlarutan.

Doktor bagi ubat untuk hentikan darah. Doktor bagitau keadaan saya ini mungkin ambil masa lebih 3 bulan untuk pulih kembali.
Stress rasa.

Saya sangat tak selesa bila setiap kali mahu solat, saya perlu bersihkan darah dan tukar pad.
Takkan kena hadap selama lebih 3 bulan?

Saya Google nama ubat tersebut untuk baca side effect ubat.
Long story cut short, saya decide untuk detoks dengan Set Detoks Shaklee terlebih dahulu, ubat hold kejap.

Saya tahu pemakanan saya setakat ini dah tak berapa clean, dan kebanyakan penyakit adalah sebab toksin banyak sangat dalam badan.

Kalau seminggu tiada perubahan, baru saya akan cuba ubat doktor.

Saya mulakan dengan ESP yang dibancuh bersama Nutriferon dan Performance Drink, makan sekali GLA, DTX, Peppermint Ginger, Alfalfa.

Kemudian saya tambah Vitamin C dan Omega Guard.
Saya juga elak makanan bergula, roti putih dan kafein.

Mula-mula bantai je, tapi bila ambil benda-benda tu, nampak darah banyak balik. So saya pause.

Alhamdulillah hari pertama saya makan, darah berkurangan sehingga dah tidak perlu pakai pad.
Hari-hari seterusnya darah semakin sedikit dan akhirnya hanya discharge jernih yang keluar.
Terkini, selepas seminggu konsisten Set Detoks versi saya ini, saya hampir bersih dari darah.

Keputihan petanda darah kering, telah mula muncul.
Syukur alhamdulillah. Syukur.
Tak perlu dah hadap darah tak berhenti 3 bulan.


Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Masa Dengan Family

Rezeki untuk bersama dengan family dan anak-anak adalah yang terindah dan tidak ternilai harganya.

Terima kasih ya Allah dengan nikmat ini. Sesungguhnya hanya ucapan alhamdulillah yang mampu. 


Antara gambar kenangan yang kami sempat rakamkan untuk tatapan di kemudian hari. feeling nak jadi rabbit gigi 2 je semua. Haha










NILAI DUIT



Renungan untuk hari ini...NILAI DUIT.............

-..Duit .. tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.

-..Duit .. tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit.

-..Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena

-..Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.

-..Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.

-..Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.

-..Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

..D-don't.

..U-use.

.. I-intelligence.

..T-the wrong way.


Kata orang-orang bijak pandai, jika :

1. ..Ingin bahagia ...................... - Sembahyang awal waktu

2. ..Ingin sihat ............................ - Berpuasa

3. ..Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran

4. ..Ingin wajah berseri................. - Jaga sembahyang Tahjud

5. ..Ingin kaya................................. - Sembahyang Dhuha

6. ..Dihimpit masalah..................... - Beristghfarlah

7. ..Berdukacita................................ - Berdoalah

8. ..Mahukan keberkatan................- Berselawatlah.





Yg membaca, tak untung
Yg brcakap, pun tak untung
Yg mndengar, pun tak untung
Yg untung, orang yang mempratikkannya, insyaAllah.




Mari kita amalkan..
" DUIT "
D - DOA
U - USAHA
I - ISTIQAMAH
T - TAWAKAL



In shaa allah, kita semua jadi KAYA RAYA dan BERJAYA

November 21, 2016

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 6

Pejam celik pejam celik dah 6 tahun hidup bersama. Susah senang bersama. Gaduh baik gaduh baik. Hahaha. Syukur alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan.

Dikurniakan dengan 2 cahaya mata lelaki setakat ni. Tak tahulah ke depan hari. Kalau Allah nak bagi kami terima saja.

Abang Aus nak masuk 5 tahun dan adik Rayyan nak masuk 2 tahun 2hb Disember nanti.
Tak tahu nak cakap macam mana. Syukur syukur dan syukur alhamdulillah. Hanya Allah tempat memohon dan meminta. Terima kasih dengan nikmat yang Allah bagi.


Kami tak kaya dan banyak harta tapi alhamdulillah makan tak pernah tak cukup. Rezeki anak-anak tetap ada. Kami sebagai ummi dan abah tumpang sekali. Bahagia dengan cara kami. Belajar sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Dalam masa yang sama masih berusaha untuk memajukan diri dan meningkatkan tahap ekonomi rumah tangga.

Rezeki tahun ni dapat jalan-jalan dengan Cikni dan Achik Manjung di KL Central sambil tunggu ETS Achik. Achik nak balik Manjung dengan ETS sampai Batu Gajah. Sampai Batu Gajah Pakcik Radhi ambil.


Cikni pulak balik naik bas di Jalan Duta. Lepas lepak-lepak makan di KL Central terus hantar Cikni naik bas. 


Rakam kenangan dulu sebelum makan. Makan selera Korea masa ni. Makan sedap sampai kenyang tahap nak muntah. Kihkihkih.





SET GOUT SHAKLEE

Apakah Gout?


Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout


Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi:


Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
Bersenam


Supplemen yang dicadangkan:



Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)

OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

Gout dan Vitamin C


Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut. 

Vitamin C adalah uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.


Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...