Showing posts with label SET GOUT. Show all posts
Showing posts with label SET GOUT. Show all posts

December 17, 2018

SAKIT GOUT DAN SUPLEMEN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN SAKIT

Pernah tak bila bangun pagi dan tengok kaki tiba-tiba bengkak. Ingatkan kena sengat dengan serangga tapi bila pergi jumpa doktor dan doktor sahkan kemungkinan terkena GOUT ? Ah! Macam tak percaya sebab bila berjalan tak sakit pun. Doktor bekalkan ubat untuk kurangkan masalah bengkak. Bila makan, tak lama kemudian bengkak yang lain pula timbul. Terasa gatal habis di bahagian mata. Bangun dan tengok cermin, nampak bahagian mata dah mula bengkak. Hah ! Sah alergik ubat. Terus berkejaran ke klinik jumpa doktor kembali. Bila sampai je klinik, doktor tengok terus cakap ini alahan ubat. Kena suntik pula dengan ubat lain. Ubat-ubat yang sebelumnya doktor ambil balik sebab dah tahu dah tak sesuai.

Itu adalah yang terjadi kepada pesakit gout. Dia akan menyerang sesiapa sahaja tak mengira umur.

Antara faktor penyebab gout adalah :-

1. Pemakanan
2. Genetik
3.  Masalah buah pinggang

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Elakkan makanan yang tinggi protein seperti makanan laut, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

CARA MENGATASI GOUT


1. Banyakkan minum air kosong untuk membantu proses penyingkiran urate.
2. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
3. Bersenam untuk meningkatkan tahap kesihatan. 


Ada juga rawatan gout yang boleh diamalkan secara semulajadi menggunakan bahan-bahan yang hanya terdapat di dapur sahaja. Boleh rujuk : 12 Cara Rawatan Gout Secara Semulajadi yang Berkesan


 SUPLEMEN SHAKLEE YANG MEMBANTU MASALAH GOUT



1. B-COMPLEX

Yang paling bagus ialah yang mengandungi 8 jenis vitamin B penting yang diperlukan badan dan ada Asid Folik. Vitamin B ialah viamin yang penting untuk tindakbalas kimia dihati(untuk buang sel asid urik yang rosak dan tua)

2. GARLIC COMPLEX

Pengambilan Garlic Complex sebanyak 2 biji sehari membantu dalam menghalang formasi radikal bebas yang mampu merosakkan sendi.

3. OSTEMATRIX

Nutrisi seperti kalsium dan magnesium diperlukukan untuk mengelakkan sendi pesakit gout daripada menjadi lebih teruk

4 VITAMIN E

Merupakan vitamin yang sangat kaya dengan anti-oksida yang mampu melawan penuaan sel-sel dari cepat tua dan merosot.

5. ALFALFA COMPLEX

Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox.

6. VITAMIN C

Penting untuk kurangkan penghasilan asid urik(menghalang enzim Xantine daripada teroksida. Vitamin C adalah uricosuric semulajadi yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik.

7. VIVIX

Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel).


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 3, 2017

SUPLEMEN UNTUK GOUT

Apa itu Gout ?

Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.


Punca gout antaranya ialah:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dgn kuantiti yg banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Stress yg tak terkawal.
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dan sebagainya.


Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.

Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi mengelakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout.

Antara cadangan suplemen untuk gout ialah :-



Suplemen ini bukanlah ubat namun makanan tambahan yang membantu dalam menigkatkan tahap kesihatan untuk hidup lebih sihat dan ceria. 

Sebarang pertanyaan atau untuk membuat pesanan boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 21, 2016

SET GOUT SHAKLEE

Apakah Gout?


Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout


Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi:


Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
Bersenam


Supplemen yang dicadangkan:



Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)

OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

Gout dan Vitamin C


Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut. 

Vitamin C adalah uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.


Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...