October 10, 2016

Tips Berjaya Dalam Perniagaan



Tips Berjaya Dalam Perniagaan

Orang Islam sebenarnya hebat dalam bidang perniagaan. Malah Rasullullah sendiri adalah usahawan. Rahsia kejayaan usahawan Islam sebenarnya berkait rapat dengan tatacara hidup kita sendiri sebagai seorang Muslim. Sedikit perkongsian tentang tips berjaya dalam perniagaan.

1. Mempunyai sikap yang bagus


2. Sentiasa berfikiran positif walaupun orang lain negatif

3. Sentiasa yakin dengan kekuatan produk/perkhidmatan yang ditawarkan

4. Berjiwa besar dan tebal muka

5. Mempunyai mentor

6. Tidak cepat putus asa

7. Menjaga sedekah dan zakat

8. Sentiasa memperbaiki kesilapan diri

Semoga tips ringkas ini membantu anda semua. Semua orang boleh berjaya dengan syarat yakin dengan rezeki Allah, yakin dengan diri, yakin dengan bidang yang dipilih dan berusaha tanpa jemu.

October 7, 2016

Vitamin Untuk Pesakit Apendiks

Antara cadangan vitamin untuk pesakit apendiks samada yang mengalami radang atau selepas pembedahan Appendictomy, vitamin vitamin ni sesuai untuk anda 

1) ESP :Membantu memberikan tenaga dan rasa kenyang. Sesuai diminum untuk pesakit yang baru dibedah

2) Vitamin C  : Meningkatkan sistem imunasi badan dan melawan jangkitan kuman.

3) Garlic Complex : Antibiotik semulajadi.

4)Lecithin : Untuk  memecahkan lemak 

5) Zinc Complex : Menguatkan sistem imunasi dan penyembuhan luka dengan cepat.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




Backstreet Boys - Drowning Layannnn


Waaaa.. Petang-petang cenggini feeling layan lagu BSB macam back to school je. Zaman gila-gila dulu. Rinduuuu.

Kawan-kawan semuanya dah dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing. Aku pun dah beranak 2. Alhamdulillah untuk hidup ini. Syukur sangat-sangat masih bernafas dibumi Allah ini. Masih diberikan peluang untuk menyedut udara dan hidup bahagia.

Setiap orang ada masalah sendiri dan cara sendiri untuk selesaikannya.

Apapun kembalilah pada yang satu. Hiburan hanya sementara. Yang disana juga kekal abadi.

By the way mereka yang menyanyi ni pun dah berumur dan anak-anak pun dah remaja macam aku dulu. kohkohkoh.


7 Tips Berani Berniaga

Hari ni saya terbaca 7 Tips Berani Berniaga untuk orang yang masih tercari-cari kekuatan untuk berniaga.

1) Tahu apa matlamat dengan jelas mana halatuju nak pergi.

2) Bila berjumpa mentor, sedut ilmu dia dalam-dalam.

3) Tidak akan berlaku sesuatu pun tanpa izin Allah S.W.T.

4) Tingkatkan fokus.

5) Gunakan teknologi sebaiknya.

6) Komited.

7) Berani bertindak dengan ilmu.


October 6, 2016

Makan Apa Hari Ini ? Dubuyo Urban Korean Food

Alhamdulillah, hari ni dapat makan free bila ada BFF tersayang offer nak lunch sebab semalam tak dapat lunch sekali. Mujur Mak Jemah tak buat drama kuch-kuch hota hai kat depan lif dengan menagis guling-guling semalam. Kohkohkoh.

Hari ni mula-mula dia tanya akak nak makan kat mana ? Aku jawab tak kisahlah diknon. Aku malas nak pikir. Ikut suka u la.

Ok dah naik kereta pergilah nak lepak Yusuf Haslam la kononnya. Pergi-pergi parking semuanya FULL. Tak dapat nak lepak Yusuf Haslam. Second choice is Sunway Putra. Ok jela. Mak Jemah jadi mem je duduk sebelah. Hoho ko hade ?

Pusing-pusing dalam mall tak tahu nak mamam apa. Why not kita try Korean Food. Aku la yang perokkk tak pernah rase. Maklumlah orang kampung. Kekeke

Jadi Tadaaaa sampailah kami di sini.


We are here okay ?




Menunya dipilih oleh tukang velanjerrr.


Selfie satu kali sebelum makanan sampai



Nyum nyum nyum


Kimchi maknanya sayur jeruk tau. Haha Mak Jemah malu la sebab baru tahu. 


Harga untuk 2 orang makan. 



Muka orang kenyang dan happy terutamanya yang pakai spek tu. Jom balik sambung kerja !


Thanks my BFF sebab belanja hari ni. Lainkali belanja lagi ya. So korang yang berada di sekitar Sunway Putra yang nak rasa makanan Korea boleh cuba kat sini. Harganya berpatutan terutamanya kalau ada orang nak belanja. 





October 5, 2016

Entry Pertama Untuk Bulan Oktober

Cak !!!

Baru nak warming up. Maklumlah lama tak menulis di blog. Selalu dok mengarut post kat FB je. Fokus nak kumpul duit banyak-banyak. Huhu. Memang dasar mata duitan kan ?

Sejak akhir-akhir ni macam lost control je. Entah apa yang lost tak tahu. Padahal ok saje. Bab makan itu memang tak boleh tinggal. Hentam je selagi mahu selagi boleh. Kohkohkoh.

Tapi kan hati-hati jugak la. Takut penyakit mudah singgah. Mujurlah terjebak dalam bisnes suplemen. Secara tak langsung membuka minda yang tak berapa nak cerdik pasal suplemen bagai ni. Haha

Alhamdulillah setakat ni boleh handle semua customer. Rileks dan chill saja. Teruskan dan teruskan. Allah kan ada. Apa-apapun kena berbalik pada Allah.

Oklah nak study sikit pasal suplemen ni. Ilmu kene sentiasa topup. Lagi banyak yang kita tahu. Lagi banyak yang kita tak tahu sebenarnya.




September 30, 2016

JURNAL KESYUKURAN SAFENI FENI


Tadaaa siap satu cover buku untuk jurnal kesyukuran Feni. Maklumlah selalu lost control. Selalu tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Harap-harap dengan adanya buku jurnal kesyukuran ni dapat membantu muhasabah diri. 

Manusia memang selalu lupa dan leka dengan keseronokan dunia. Aku seorang darinya. Jadi untuk terus istiqamah dalam memperbetulkan diri. Cuba buat ini sendiri. Bukan senang nak jadi baik tapi sekurang-kurangnya ada semangat nak cuba. 

InshaAllah Allah pasti tolong. Yang penting teruskan usaha untuk jadi lebih baik dan baik. Bukan senang dan senang tapi kalau tak cuba tak jadi kan. 

Tulis yang baik-baik, buat yang baik-baik inshaAllah semuanya baik-baik saja.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...