Showing posts with label TIPS PERNIAGAAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS PERNIAGAAN. Show all posts

November 8, 2019

7 Tips Buat Vision Board Untuk Capai Impian

Semua orang ada impian termasuklah Kak Feni. Ada banyakkkkk sangat impian sampai tak tahu macam mana nak capai. Semalam Kak Feni ada kongsikan di entry sebelum ni tentang AZAM 2019 dah capai ke belum ? Dalam banyak-banyak yang Kak Feni tulis adalah yang berjaya capai. Jadi hari ni Kak Feni nak kongsikan dengan semua orang TIPS BUAT VISION BOARD UNTUK CAPAI IMPIAN.

Apa Itu Vision Board ?


Apa benda Vision Board ni ? Kak Feni lebih suka panggil VB lah senang. Vision Board macam panjang nau nak sebut. Vision Board ni adalah satu PAPAN VISI. Satu papan dimana kita tampal segala impian yang kita nak capai disitu. Itulah dinamakan Vision Board.



Macam Mana Nak Buat Vision Board ni ? Jom Kak Feni share.

1. TULIS SEMUA IMPIAN KITA DENGAN JELAS DAN SPESIFIK


Pertama sekali kita tulis segala benda yang kita nak. Tulis jer apa yang kita nak. Tulis dengan jelas dan spesifik. Jangan umum kena spesifik. Contohnya macam Kak Feni buat tahun lepas;-


  • Nak beli televisyen baru - Januari 2019.
  • Duit belanja Raya 2019 iala RM3,000 - Jun 2019.
Macam tu lah. Tulis jer selagi boleh. Capai ke tak capai jangan serabutkan kepala otak nak fikir dulu.

2. SETIAP IMPIAN KITA KENA NIAT DARI HATI


Nombor 2 kena ada niat dari hati. Mesti yakin yang aku boleh capai. Serahkan segalanya pada Allah bagi muslim. Kalau niat kita baik-baik belaka, inshaAllah Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, Dia pasti tolong. Yakin dengan pertolongan Allah. Hanya Allah tempat kita bergantung harap.

3. TENTUKAN TUJUAN KITA BUAT VISION BOARD


Kenapa kita nak buat Vision Board ni ? Tulis dan tulis kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? 
Contohnya : - "Aku nak beli televisyen baru seab televisyen yang lama dah rosak. Tak bole guna. Jadi aku kena beli televisyen baru untuk kemudahan mak aku. Bila dia datang rumah aku, aku pergi kerja dia bosan tiada apa nak hiburkan hati dia. "

Lagi contoh. "aku nak beli laptop supaya memudahkan kerja aku sebagai penulis dan juga peniaga online nak buat marketing". 

Lain-lain boleh fikir sendiri ikut kemampuan diri.

4. BRAINSTORM ! APA YANG KITA KENA BUAT UNTUK CAPAI VISION BOARD KITA ?


Yang ni memang susah memang payah namun struggle is real. Kita buat sampai jadi. Nak capai satu-satu impian itu bukan mudah. Banyak perngorbanan yang kita kena buat. 
Contohnya;-
Kak Feni nak capai komisyen travel agent sebanyak 4angka dalam masa sebulan. Nak capai tu kena usaha, follow up customer setiap minggu, lepas tu selang 3 hari, nak due tu sehari sekali. Hahahahaha nampak tak effort nak capai tu? Usahalah kan kalau kau nak dapat. Duduk saja tanpa keluar dari Comfort Zone memang tak akan dapat apa-apa. Ewah !

5. VISUALKAN IMPIAN KITA DALAM VISION BOARD


Macam mana nak visualkan VB kita ni ? Cari atau google lah gambar apa yang kita mahu. Contohnya, Kak Feni nak beli mesin jahit mini. Harga dalam RM300.00. Jadi google mesin jahit, simpan dan print. Lepas tu tampalkan di VB kita.

6. SUSUN GAMBAR CANTIK-CANTIK


Susun cantik-cantik dalam VB kita. Biar nampak terang dan sedap mata memandang. Kalau serabut dan caca marba, kita pun tak lalu nak tengok. Jadi susun dan hias cantik-cantik. Bukan untuk orang lain. Untuk kita juga kan ?

7. TAMPAL VISION BOARD


Kat mana nak tampal VB kita ni ?

Tampal tempat yang selalu kita tengok. Bilik tidur, SOHO, work place, atau hatta dapur sekali pun tak kisah asalkan kita mudah nampak.

Image result for vision board ideas
Photo : Google


KENAPA PERLU VISION BOARD ?


VISION BOARD ni penting bila kita rasa down, taknak buat, malas dan sebagainya. Kita tengok balik segala impian yang kita pernah bina. Tanya diri sendiri adakah aku patut berhenti sampai sini ?
Ia berfungsi sebagai penguat semangat untuk terus berusaha dan tak putus asa. Banyak benda yang kita kena lakukan bagi mencapai segala impian. Jadi VB adalah salah satu #Motivasi diri untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

Jadi sempena tahun 2020 ni, jom kita mulakan sekali lagi buat vision board agar apa yang kita impikan, yang kita harapkan dapat dicapai tahun depan. InshaAllah semuanya akan jadi dengan izin Allah.

November 4, 2019

Tips Bersedekah Setiap Hari Meningkatkan Ketakwaan Kepada Allah



Antara #tipssedekah yang boleh kita buat ialah sedekah rm1 setiap hari. Sediakan satu tabung khas atau tabung subuh. Kak Feni dah ada 1 tabung sedekah di opis.
.
Bila sahabat-sahabat share atau repost pasal minta bantuan, derma, rayuan nak duit etc. Kak Feni akan screenshoot dulu nombor akaun pihak berkenaan.
.
Bila dah free and easy, ada masa lebih dan duit lebih dalam akaun. Jangan ragu-ragu untuk transfer kepada mereka. Tips ni juga Kak Feni banyak share dengan adik-adik dan sahabat-sahabat yang suka berkongsi cerita dengan Kak Feni.
.
Allahuakbar... Subahanallah..
.
Only you can feel it. Ajaibnya sedekah. Allah uji kita dengan, macam-macam cara.
.
Rezeki sempit, ubatnya bersedekah. Jangan takut bersedekah dengan ikhlas. Biar Allah jadi tempat kita bergantung.
.
Hanya Allah penyelamat kita. Kalau kita tak bergantung pada Allah, pada siapa lagi kita nak harapkan?

Kak Feni sambung sini macam biasa.

Sedekah ni ada 2 cara.

1 - Terang-terangan.

2 -  Sembunyi-sembunyi.

Cara 1 iaitu terang-terang.

“ Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al Baqarah: 271)

Dalam konsep yang Kak Feni share dalam ig dan blog ni, Kak Feni macam terang-terangan. Biar Allah saja yang menilainya. Keikhlasan itu juga perlu dicari. Kalau tak buat kita tak dapat. Kalau kita buat secara konsisten inshaAllah ikhlas itu akan datang dengan sendirinya.

Kenapa kita kena sedekah terang-terang ? Share-share di segalam media sosial ?
Perbetulkan niat. Semoga kita bersedekah ni akan turut diikuti oleh orang lain. Kadang-kadang orang tak tahu pun macam mana nak bersedekah. Nak tunggu banyak duit dulu baru nak sedekah. Bila ada kalangan kita share pasal tips sedekah, secara tak langsung memberi idea atau ispirasi kepada yang lain.

Cara 2 iaitu sembunyi-sembunyi.

“Sesungguhnya sedekah dengan sembunyi-sembunyi memadamkan murka Rabb Yang Mahasuci lagi Mahatinggi.” (riwayat Tabrani dari sahabat Muawiyah bin Haidah, darjat hasai lighairi dipetik dari Sahih Targhib wa Tarhib)

Antara hikmah menyembunyikan sedekah ialah untuk menjaga niat agar ikhlas hanya kerana Allah.

Selain itu juga ia demi menjaga maruah dan kehormatan mereka yang menerima sedekah tersebut. Wallahuaklam.

Apapun niat kita tentang bersedekah ni, berbaliklah pada Allah sebab apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata. 


September 4, 2019

35 Tabiat Boss Wanita Untuk Maju Bermula Dari Sekarang


1. Bangun awal pagi pada waktu yang sama setiap hari.

Rutin bangun awal pagi sangat membantu dalam menjalani rutin harian. Mula dengan bangun awal untuk memulakan tugas. Bagi umat Islam, seeloknya bangun awal pagi sebelum subuh untuk menunaikan solat sunat seterusnya solat subuh.


2. Bermuhasabah diri.

Bagun awal membolehkan kita ada masa untuk bermuhasabah diri. Masa ni kita akan fikir dimana kekurangan kita sebagai hamba. Harus sentiasa meminta dengan Allah untuk mendapatkan apa yang kita mahu di dunia dan akhirat.


3. Minum banyak air.

Banyakkan minum air kosong untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Air diperlukan untuk menghantar oksigen ke otak. Bila otak dapat berfikir dengan baik, kita pun dapat menghasilkan idea-idea yang lebih bernas.

4. Melafaz ikrar (affirmation) setiap hari.

Tulis ikrar untuk diri sendiri. Hafal dan cakap dengan diri sendiri. Kalau boleh cakap dengan cermin seolah-olah cakap dengan seseorang tapi diri sendiri. Cakap benda yang baik-baik dan hasilnya pasti akan baik-baik sahaja.

5. Buat kenyataan misi secara profesional.

Tulis misi hidup secara profesional. Misi ini kita akan gunakan untuk mencapai apa yang kita nak capat dalam hidup ni.

6. Bina SMART action plan untuk mencapai matlamat.

S - Specific
M - Measurable
A - Achievable
R - Relevant
T - Time-Bound

Nanti ada masa update kemudian tentang SMART ni.


7. Mula menyimpan jurnal.

Mula simpan jurnal untuk rujukan di kemudian hari. Kalau boleh catatkan apa isi penting. 

8. Plan aktiviti harian lebih awal.

Kalau boleh plan awal apa yang nak dibuat esok hari. Siap-siap rancang malam sebelum hari baru bermula. Plan ini membantu melancarkan perjalanan aktiviti harian dan tidak membuang masa begitu sahaja.

9. Pilih waktu yang sesuai untuk menyemak dan menjawab segala e-mail.

Pilih waktu yang sesuai dan tepat untuk menyemak dan menjawab e-mail. Kalau boleh awal pagi semak e-mail penting dan balas segala e-mail yang perlu dijawab segera.


10. Gunakan aplikasi yang sesuai untuk menghalang website yang tidak berfaedah.

Yang ni penting untuk mengelakkan kita membuang masa melayari website-website yang tidak berfaedah. Untuk komputer peribadi eloklah pasang aplikasi yang sesuai.

11. Masak lebih untuk makan sendiri.

Masak makanan untuk makan sendiri bagi mengelakkan membuang masa beratur membeli makanan di kedai makan.

12. Makan makanan yang tidak menggunakan daging sehari dalam seminggu (vegetarian).

Elakkan makan daging setiap hari. Tetapkan sehari dalam seminggu untuk ambil makanan yang tidak mempunyai daging.

13. Buat plan makanan untuk seminggu.

Sediakan jadual makanan untuk seminggu bagi memudahkan urusan. Bila dah plan siap-siap untuk seminggu, kita tak akan ada masalah untuk masak apa setiap hari.

14. Cari kawan untuk bersenam.

Bersenam dengan kawan adalah lebih baik dari bersenam sendirian. Kita akan saling memberikan motivasi untuk sama-sama sihat dan mendapat berat badan idaman.

15. Keluar berjalan selama 15 minit setiap hari.

Pastikan luang masa selama 15 minit sehari untuk berjalan bagi mendapatkan ketenangan emosi. Berjalan dapat mengurangkan tekanan yang sedang dihadapi.

16. Buat keutamaan sosial.

Terlalu banyak aplikasi media sosial yang kadang-kadang membuatkan kita berasa tertekan. Jadi buang atau hapuskan aplikasi yang kita tak guna. Kurangkan menggunakan media sosial untuk tujuan yang tidak bermanfaat.


17. Berhubung atau berkenalan dengan orang yang tidak sama dengan industri sendiri.

Berkenalan dengan orang baru dapat bertukar pendapat. Kadang-kadang berada dalam persekitaran yang sama membuatkan kita rasa bosan dan jemu sebab asyik buat benda yang sama. Bila kita cuba sesuatu yang baru memberikan kita satu pengalaman yang baru.

18. Tulis banyak nota tangan.

Ya, zaman sekarang zaman menggunakan telefon pintar. Namun menulis menggunakan tangan adalah lebih efektif. Menulis guna tangan lebih menguatkan ingatan. Nak hafal dan nak rujuk balik pun senang berbanding guna telefon pintar. Cahaya dari telefon pintar boleh merosakkan mata. Banyakkan menggunakan pen dan buku nota lebih bagus.

19. Jauhi penggunaan telefon bimbit sebelum tidur.

Tidurlah dalam keadaan yang selesa dan tenang. Elakkan melihat telefon sebelum tidur untuk dapat kualiti tidur yang lebih baik.


20. Tukarkan televisyen kepada buku yang lebih bagus.

Daripada menonton televisyen untuk perkara yang kurang bermanfaat lebih baik baca buku-buku yang dapat memberikan motivasi.

21. Dapatkan tidur yang mencukupi.

Pastikan tidur yang mencukupi untuk menjalani rutin harian yang padat. Tak cukup tidur boleh membuatkan kita moody dan stress sepanjang hari. Bila stress boleh membuatkan kita hilang daya tumpuan untuk lebih fokus.

22. Melabur untuk rumah.

Jangan lepaskan peluang untuk melabur dalam memiliki rumah sendiri. Bila kita ada perancangan untuk melabur. Rumah adalah aset yang sangat berguna di masa depan.

23. Semak penyata bank dengan kerap.

Semak penyata bank setiap kali wang keluar masuk. Ini dapat membantu kita tahu kemana aliran wang tunai kita keluar.

24. Kumpul barangan terpakai untuk didermakan.

Wanita dan membeli belah tidak boleh dipisahkan. Jadi untuk mengelakkan lambakan barang terpakai di rumah. Apa kata kumpul barangan terpakai itu untuk didermakan kepada mereka yang lebih memerlukan. Amalan ini bukan sahaja boleh mententeramkan jiwa. 

25. Daftarkan automatik debit untuk akaun simpanan.

Elakkan menggunakan kad kredit ketika membeli belah. Sebaiknya gunakan debit kad untuk membeli kerana ini boleh mengelakkan penambahan hutang.

26. Amalkan menerima pujian dengan ucapan "Terima Kasih".

Bila mendapat pujian ucapkanlah "Terima Kasih". Kembang hati orang yang memuji. Jangan bangga diri dan sombong. Tunjukkan jati diri yang baik-baik.

27. Ambil waktu untuk cas semula.

Luangkan waktu untuk recharge semula. Penat dan letih boleh menurunkan kualiti kerja. Kalau komputer pun kena refresh inikan manusia. Bukan robot, jadi ambillah waktu untuk berehat dan cas semula.

28. Belajar perkataan baru.

Sentiasa belajar benda baru. Belajar perkataan baru boleh meningkatkan ilmu pengetahuan.

29. Kenal pasti contoh idola profesional dan cuba untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Cari idola yang boleh kita ikuti untuk menjadi contoh. 

30. Tonton banyak rancangan bual bicara.

Rancangan bual bicara selalunya membincangkan tentang isu-isu semasa yang sedang melanda sekitar kita. Jadi pilihlah rancangan yang boleh menambah ilmu pengetahuan kita.

31. Sentiasa ada senarai idea-idea yang hebat di dalam telefon pintar.

Bila terlintas idea-idea menarik, terus catat di telefon pintar. Bila tak ada idea nak buat boleh rujuk balik senarai idea-idea yang telah kita catat di telefon. Ciri-ciri orang berjaya adalah membawa buku nota kemana sahaja dia pergi. Zaman ni, kalau tak ada buku nota pun, boleh guna telefon untuk mencatat.

32. Cipta Vision Board dan pamerkan dengan bangga.

Vision Board dalam bahasa Melayu ialah Papan Misi. Di sini kita gambarkan impian kita. Print dan tampalkan apa impian kita di VB. Hari-hari kita tengok dan usaha. InshaAllah sampai masa semuanya akan tercapai dengan izin Allah. Semuanya akan berlaku dengan hasil usaha kita sendiri.

33. Meraikan peristiwa penting dengan orang yang tersayang.

Dalam hidup ini, jangan lupakan orang-orang yang selalu bersama kita. Jika ada peristiwa penting berlaku, raikan bersama insan tersayang.

34. Cari mentor terdekat.

Untuk lebih berjaya, selalunya kita perlukan mentor untuk memberi tunjuk ajar. Cari mentor yang boleh mendorong kita untuk menuju kejayaan dan lebih berjaya.

35. Hapuskan pengaruh toksik.

Yang ni sangat penting. Hapuskan pengaruh toksik dan segala benda yang bertoksik. Toksik ni yang selalunya membunuh kejayaan kita. Ubah persekitaran yang lebih positif dan berada di kalangan positif boleh menjadikan kita insan yang lebih berjaya.




February 26, 2018

Tukar Cover Facebook Dengan Canva

Canva adalah salah satu medium untuk edit photo secara percuma. Feni suka gunakan Canva ni sebab boleh guna PC. Tak suka sangat guna handphone sebab jem tangan-tangan dok edit. Senak mata sebab screen kecik. Jadi Feni lebih bahagia dengan Canva. Gambar pun nampak lebih class dan cantik.



Nak guna Canva ni mudah je. Mesti ada internet. Kalau takde internet tak boleh tapi kalau guna handphone tak tahu sebab belum cuba. Kena signup dulu. Feni just signup terus melalui FB je.

Signup di sini dan mulakan explorasi mencipta dan memecahkan otak mengikut kreativiti masing-masing. Feni pernah juga buat sharing dalam group-group untuk memudahkan mereka faham dan enjoy dengan Canva ni.

Kebanyakan sahabat-sahabat Feni yang dah cuba gunakan Canva ni memang puas hati sebab boleh save gambar dalam bentuk JPEG atau PNG. Bagi Feni yang suka gambar nampak real ni lebih suka save PNG. 

Dalam Canva ni, macam-macam kita boleh buat. Poster untuk instagram, cover fb, blog grafik dll. Nak tahu lanjut korang explore lah di Canva ya. 

Gambar cantik boleh buat modal orang tertarik nak beli. Hehehe boleh gunakan Canva ni untuk buat poster cantik-cantik. Ianya percuma sahaja.

October 30, 2017

CARA BROADCAST WHATAPPS TERUS KEPADA CUSTOMER

Alhamdulillah hari ni 27/10/2017 berjaya blast wassap kepada semua kenalan di list wassap. Sebelum ni leceh sebab dok pm sorang-sorang.

Benda ni dah belajar lama dah tapi tak apply pun. Sangat rugi sebab ilmu yang bermanfaat tidak digunakan. So, hari ni buat ayat untuk promo ESP dan terus send ke dalam broadcast ni. So, nama-nama contact yang ada dalam broadcast tu akan terima la wassap kita. Dengan syarat contact nama tu dia pun save contact nama kita.

Tak penat la kita nak pm sorang-sorang. Sekali send 20 orang dapat. Samada dapat respon atau tidak itu terpulang. Yang penting, kita dah buat kerja kita.

Sebagai peniaga online yang sentiasa kena bersaing dengan orang lain. Kita perlu pantas dalam bab-bab teknologi ni. Kalau lambat kena tinggal.

Jadi sentiasalah berusaha untuk menjadi yang lebih kedepan dan terbaik. InsyaAllah tidak akan sia-sia segala usaha kita. Mana tahu dalam 20 orang contact nama yang kita blast promo tadi berminat. Bukan ke masyuk tu.

Mudah je nak buat broadcast ni. Sebelah kiri atas kan ada titik 3 titik. Klik situ akan keluar list macam dalam gambar.



Kemudian pilih New broadcast. Kemudian pilihlah nama contact dalam list tu. Kemudian bila ada promosi untuk produk yang kita jual tu bolehlah terus blast. Semudah abc kan.

Selamat mencuba !


November 3, 2016

Guna Aplikasi Gamblr Untuk Update Instagram Melalui PC

Teruja bila setiap kali buat sesuatu nampak hasilnya. Hanya diri sendiri je rasa kepuasannya. Tak mengapa bila ada yang tak suka dan komen itu ini. Biarlah mereka. This is the proses. Nak berjaya kena terai banyakkkk kali.

Sign up dengan email ig masing-masing.


Bila dah masuk emel dan password ia akan jadi macam di bawah.


Di sini, kita dah boleh upload gambar yang kita nak. Satu-satu je yang gambar yang boleh. Kat sini kita dah boleh edit gambar. Kak Feni suka tambah nama atau no telefon untuk setiap gambar yang nak di update di instagram. Senang sangat sebab tak lenguh jari menaip menggunakan handphone.



Bila dah siap edit. Tambah nama atau no telefon. Klik butang apply yang warna biru tu. Kemudian akan jadi seperti di bawah.




Dalam ruangan Upload detail tu. Kita bolehlah buat karangan storytelling atau what so ever. hahaha. Kak Feni suka guna benda ni sebab handphone selalu jamm bila taip banyak-banyak.

Bila kita dah siap buat karangan. Klik butang send yang warna hijau tu. Selesai. Boleh semak di ig masing-masing untuk memastikan post kita keluar. Selalunya bila kita dah post. Beberapa saat selepas itu. Post kita akan muncul di ig kita.

Dan antara hasilnya ialah seperti di bawah. Jom layan poster yang baru di adjust menggunakan aplikasGamblr untuk instagram.



Alhamdulillah berjaya dengan jayanya. Kak Feni suka guna Gamblr ni sebab ia memang memudahkan. Kadang-kadang copy paste je info-info yang kita pernah taip sebelum ni.

Semoga bermanfaat untuk kita semuanya.

October 10, 2016

Tips Berjaya Dalam Perniagaan



Tips Berjaya Dalam Perniagaan

Orang Islam sebenarnya hebat dalam bidang perniagaan. Malah Rasullullah sendiri adalah usahawan. Rahsia kejayaan usahawan Islam sebenarnya berkait rapat dengan tatacara hidup kita sendiri sebagai seorang Muslim. Sedikit perkongsian tentang tips berjaya dalam perniagaan.

1. Mempunyai sikap yang bagus


2. Sentiasa berfikiran positif walaupun orang lain negatif

3. Sentiasa yakin dengan kekuatan produk/perkhidmatan yang ditawarkan

4. Berjiwa besar dan tebal muka

5. Mempunyai mentor

6. Tidak cepat putus asa

7. Menjaga sedekah dan zakat

8. Sentiasa memperbaiki kesilapan diri

Semoga tips ringkas ini membantu anda semua. Semua orang boleh berjaya dengan syarat yakin dengan rezeki Allah, yakin dengan diri, yakin dengan bidang yang dipilih dan berusaha tanpa jemu.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...