August 22, 2016

Vitamin C Paling Laris Dalam Pasaran



Vitamin C paling jimat dalam pasaran.

Kenapa saya cakap paling jimat ?

Sebab tak perlu beli tiap-tiap bulan. Kalau sorang makan. Setengah tahun baru habis. Kalau ambil sebiji sehari la. Kalau ambil 2 biji sehari pun masih tahan sehingga 3 bulan. Kalau share 2 orang dapat tahan sebulan setengah. Jadi buat pilihan yang bijak.

Kalau nak tahu suplemen shaklee ada landmark study tau. Yang pastinya selamat untuk dimakan. Mengambil suplemen secara berterusan membantu kita lebih sihat dan cergas.

Memang berbaloi dengan suplemen s ni.

Jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan suplemen anda.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 19, 2016

ESP Boleh Buat Perut Kenyang


Ibu muda ini hubungi saya untuk cari suplemen bagi menambahkan susu badan. Biasalah masalah yang sering ibu menyusu dan bekerja alami. Jadi setelah berbincang dengan beliau. Dia decide nak ambil ESP.

Bila saya followup balik dia bagitahu susu memang meriah la sampai takut nak minum ESP. Dia minum ESP dicampur dengan milo 2 kali sehari. Pagi dan malam. Satu can ESP boleh tahan 2 bulan jadi memang berbaloi la kan.

Menyusukan anak kadang-kadang membuatkan kita rasa lapar. Jadi dia ambil ESP sebagai sarapan dan rasa kenyang boleh tahan sampai petang. Tengok testimoni dibawah.



Harga pun sangat mampu milik. Sama dengan produk-produk milk booster yang ada dalam pasaran. Tapi rasanya ESP lagi best dan murah kot. Hihi


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




New Cover Photo Untuk FB 18/9/2016


Cantik tak ? Cover Photo untuk Fb personal.


Ini pulak untuk page Safeni Feni.

Semua ni Feni belajar buat sendiri je. Hihi. Selalunya bila stress dengan masalah ofis. Inilah terapinya.

August 17, 2016

5 Kunci Perkara Ghaib



5 Kunci Perkara Ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu :
====================================================

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim melainkan Allah.

2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.

3) Tiada seorang pun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah.

5) Tiada yang mengetahui bila KIAMAT akan terjadi melainkan ALLAH.

(Riwayat Bukhari)

Bila Sel-sel Otak Tak dapat Berhubung

Hari ni kan sungguh tak menarik nak cerita tapi nak cerita jugak. Pagi tadi datang ofis lif rosak. Begitu ramai manusia memenuhi ruangan lobby ofis. Jadi menapak naik tangga sehingga tingkat satu. Letih jugak la tapi tak sempat penat pun sebab ada banyak stamina. kehkehkeh.

Sampai tingkat satu pergi kat ruangan lif. Tekan butang turun. Ting lif terbuka. Tengok ramai orang tapi aku menyelit jugak masuk sebab aku rasa aku muat. Aku kan kecik je. Apa ada hal? 

Bila dah selamat masuk lif dan lif pun turun ke bawah. Sampai level G, yang penuh kat dalam lif keluar. Manusia yang kat luar lif pon berebut nak masuk. Fuh aku selamat dah ada kat dalam. Tekan butang 12A. Bijak tak aku ?

Bila sampai ofis riuh rendah settle kerja yang  menimbun. Nak tau bos plak jap helo-helo jap wassap. Pastu kan ekon plak tak berfungsi dengan baik hari ni. Tak berfungsi pon. Jadi jom lah aku berhuhu.

Bila dah hot macam ni aku pon feeling malas nak buat kerja. kohkohkoh.

Tapi tak boleh nak layan malas sangat sebab kena cari 7 fail purchaser yang phase 1 yang aku belum masuk kerja nun.

huhu k lah bai. 

August 16, 2016

6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh





Banyak kelebihan bila kita bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk solat subuh.

1) Melancarkan Peredaran darah
Peredaran darah yang lancar menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga. Kita boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2) Kulit lebih Lembut dan Halus
Elakkan memasang pemanas air sewaktu mandi pagi kerana mandi dengan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan bawah mata. Ia juga menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tidak mudah rapuh. Kulit pula menjadi lebih lembut dan rapuh.

3) Meningkatkan Sel Darah Putih
Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah dijangkiti penyakit.

4) Mengurangkan Risiko Darah Tinggi
Mandi awal pagi merupakan salah satu cara untuk mengurangkan penyakit darah tinggi. Jika diamalkan selalu penyakit akan pulih dengan izinNya.

5) Meningkatkan Kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

6) Mengurangkan Tekanan Serta Tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Untuk yang mengalami depresi, ini adalah satu cara terbaik untuk menghilangkannya. Jadi ubahlah tabiat untuk mandi pagi sebelum subuh.


Pencuci Muka Paling Jimat Dalam Pasaran


Hari ni nak share pasal pencuci muka paling best dan paling jimat dalam pasaran. Pencuci muka ni nama dia Gentle Deep Foaming Cleanser. Dikeluarkan oleh Shaklee. 

Ianya berfungsi untuk membersihkan dan menyegarkan kulit. Membersih hingga ke dalam untuk menghapuskan kotoran degil serta melembabkan kulit. 

Paling penting pencuci muka ni tiada bahan kimia terlarang dan selamat untuk digunakan. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Yang ada masalah kulit alergik dengan bahan kimia memang disarankan supaya menggunakan pencuci muka hebat ni.

Ia tidak menggalakkan kulit kering dan tidak menyebabkan kulit menggelupas. Membersih dan membuang sel-sel kulit mati untuk menjadikan kulit lebih segar dan tidak nampak kusam.

Satu tiub ni boleh tahan sehingga enam bulan (ikut penggunaan). Boleh share dengan suami supaya sama-sama nampak segar dan berseri. 

Cara guna hanya picitkan sedikit di tapak tangan dan gosok dengan air sehingga berbuih. Kemudian urut dengan lembut pada wajah. Elakkan kawasan mata. Bilas dengan air bersih. Gunakan dua kali sehari sebagai rutin untuk hasil yang lebih baik.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...