August 19, 2016

New Cover Photo Untuk FB 18/9/2016


Cantik tak ? Cover Photo untuk Fb personal.


Ini pulak untuk page Safeni Feni.

Semua ni Feni belajar buat sendiri je. Hihi. Selalunya bila stress dengan masalah ofis. Inilah terapinya.

August 17, 2016

5 Kunci Perkara Ghaib



5 Kunci Perkara Ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu :
====================================================

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim melainkan Allah.

2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.

3) Tiada seorang pun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah.

5) Tiada yang mengetahui bila KIAMAT akan terjadi melainkan ALLAH.

(Riwayat Bukhari)

Bila Sel-sel Otak Tak dapat Berhubung

Hari ni kan sungguh tak menarik nak cerita tapi nak cerita jugak. Pagi tadi datang ofis lif rosak. Begitu ramai manusia memenuhi ruangan lobby ofis. Jadi menapak naik tangga sehingga tingkat satu. Letih jugak la tapi tak sempat penat pun sebab ada banyak stamina. kehkehkeh.

Sampai tingkat satu pergi kat ruangan lif. Tekan butang turun. Ting lif terbuka. Tengok ramai orang tapi aku menyelit jugak masuk sebab aku rasa aku muat. Aku kan kecik je. Apa ada hal? 

Bila dah selamat masuk lif dan lif pun turun ke bawah. Sampai level G, yang penuh kat dalam lif keluar. Manusia yang kat luar lif pon berebut nak masuk. Fuh aku selamat dah ada kat dalam. Tekan butang 12A. Bijak tak aku ?

Bila sampai ofis riuh rendah settle kerja yang  menimbun. Nak tau bos plak jap helo-helo jap wassap. Pastu kan ekon plak tak berfungsi dengan baik hari ni. Tak berfungsi pon. Jadi jom lah aku berhuhu.

Bila dah hot macam ni aku pon feeling malas nak buat kerja. kohkohkoh.

Tapi tak boleh nak layan malas sangat sebab kena cari 7 fail purchaser yang phase 1 yang aku belum masuk kerja nun.

huhu k lah bai. 

August 16, 2016

6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh





Banyak kelebihan bila kita bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk solat subuh.

1) Melancarkan Peredaran darah
Peredaran darah yang lancar menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga. Kita boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2) Kulit lebih Lembut dan Halus
Elakkan memasang pemanas air sewaktu mandi pagi kerana mandi dengan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan bawah mata. Ia juga menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tidak mudah rapuh. Kulit pula menjadi lebih lembut dan rapuh.

3) Meningkatkan Sel Darah Putih
Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah dijangkiti penyakit.

4) Mengurangkan Risiko Darah Tinggi
Mandi awal pagi merupakan salah satu cara untuk mengurangkan penyakit darah tinggi. Jika diamalkan selalu penyakit akan pulih dengan izinNya.

5) Meningkatkan Kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

6) Mengurangkan Tekanan Serta Tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Untuk yang mengalami depresi, ini adalah satu cara terbaik untuk menghilangkannya. Jadi ubahlah tabiat untuk mandi pagi sebelum subuh.


Pencuci Muka Paling Jimat Dalam Pasaran


Hari ni nak share pasal pencuci muka paling best dan paling jimat dalam pasaran. Pencuci muka ni nama dia Gentle Deep Foaming Cleanser. Dikeluarkan oleh Shaklee. 

Ianya berfungsi untuk membersihkan dan menyegarkan kulit. Membersih hingga ke dalam untuk menghapuskan kotoran degil serta melembabkan kulit. 

Paling penting pencuci muka ni tiada bahan kimia terlarang dan selamat untuk digunakan. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Yang ada masalah kulit alergik dengan bahan kimia memang disarankan supaya menggunakan pencuci muka hebat ni.

Ia tidak menggalakkan kulit kering dan tidak menyebabkan kulit menggelupas. Membersih dan membuang sel-sel kulit mati untuk menjadikan kulit lebih segar dan tidak nampak kusam.

Satu tiub ni boleh tahan sehingga enam bulan (ikut penggunaan). Boleh share dengan suami supaya sama-sama nampak segar dan berseri. 

Cara guna hanya picitkan sedikit di tapak tangan dan gosok dengan air sehingga berbuih. Kemudian urut dengan lembut pada wajah. Elakkan kawasan mata. Bilas dengan air bersih. Gunakan dua kali sehari sebagai rutin untuk hasil yang lebih baik.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


August 15, 2016

Testimoni ESP Sebagai Milk Booster Terbaik Untuk Ibu Menyusu


Ibu-ibu yang menyusu dan bekerja selalu sangat merungut tentang masalah susu merudum. Bila banyak kerja badan kita akan penat dan stress. Stress ni boleh menyebabkan susu badan merudum dan anak pun kurang dapat susu. Bila susu dan drop ibu-ibu mulalah gelisah dan sedih. Macam-macam dah cuba tapi tak berkesan. 

Langkah terbaik untuk menambah susu badan adalah berfikiran positif dan elakkan stress. Lapangkan minda serta amalkan gaya hidup yang sihat.

Ambil makanan yang berkhasiat dan sihat sesuai untuk menambah susu badan. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijadikan penggalak susu semulajadi. Antara sayur-sayuran penggalak susu ialah kobis, pegaga, lobak putih, serta jantung pisang. Buah-buahan pula elok amalkan kurma dan betik muda yang dibuat sup.  

Minum air kosong atau suam yang banyak. Kalau boleh elakkan minum ais sebab boleh mengurangkan susu badan tapi terpulang pada diri masing-masing. Kalau rasa ok boleh aje teruskan.

Nak paling senang amalkan saja Set Milk Booster hebat ni. (ESP + Alfalfa). 




Testimoni ESP yang membantu ibu muda ini menambahkan susu badan. Ini testimoni hot from oven tau.



Hasil daripada asbab minum ESP, susu menjadi meriah dan pekat. Anak pun cepat kenyang. Dia bagitau sampai takut nak minum ESP sebab tak larat nak pam. Hihi. Jangan u ols plak jadi macam ibu muda ni dah la lepas minum ESP.

Jangan takut nak order ESP pulak tau.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




August 12, 2016

6 Petua Untuk Berjaya Dalam Hidup


1. Tenang – Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan.

2. Pandai Merancang – Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan.

3. Sentiasa Ingin Belajar – Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bila pun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan.

4. Suka Memberi – Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita.

5. Tidak Berlengah – Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga.

6. Personaliti Cemerlang – Perwatakan utuh itu adalah nadi kehormatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Seperti dalam pepatah Cina,” Waktu yang diperlukan untuk menanam dan memelihara sebatang pohon adalah 10 tahun, tetapi untuk membentuk watak yang utuh untuk sesuatu bangsa memerlukan waktu paling sedikit 100 tahun.”


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...