June 9, 2017

5 Cara Hilangkan Bau Badan

Tak seronok kan bila ada rakan-rakan kita yang badannya berbau. Bau pulak sangat kuat. Nak ditegur takut merajuk 40 hari pulak. So, tahan jela hidung tu.

Ni haaa nak share pasal cara menghilangkan bau badan supaya kawan-kawan pun tak segan nak dekat.

1. Pastikan mandi 2 kali sehari

Kalau dah kerja sepanjang hari tu, nak-nak pulak di waktu tengahari panas-panas cheng. Make sure korang mandi dulu sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja. Masa kerja tu nak buat macam mana kan. So bila dah mandi tu barulah wangi.

2. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan bau badan

Makanan yang boleh menyebabkan badan berbau seperti kopi, rempah ratus dan mee segera. Makanan ni kalau boleh dielakkan supaya badan tak berbau.

3. Makan buah-buahan segar

Amalkan buah-buahan segar seperti lemon, epal, dan anggur kerana buah-buahan ini mengandungi serat yang baik untuk proses penghadaman. Bila sistem penghadaman sihat secara tak langsung badan pun sihat dan segar.

4. Lakukan senaman

Senaman membantu untuk mengekalkan kesihatan di samping mendapat bentuk tubuh yang ideal. Berbadan gempal boleh menyebabkan pengeluaran peluh yang lebih banyak berbanding orang kurus.

5. Amalkan suplemen yang betul

Antara suplemen yang disarankan untuk mereka yang badannya berbau ialah ALFALFA COMPLEX. Alfalfa ni membantu untuk proses detox untuk tubuh.


Untuk mendapatkan Alfalfa ni bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


14 RAMADHAN 1438 HIJRAH

Alhamdulillah dah 14 Ramadhan dah hari ni. Persiapan raya satu habuk tak prepare lagi. Baju anak-anak pun tak beli lagi. Minggu depan bos cuti seminggu. Yey.. Berhari raya awal la aku. Walaupun wassap akan sentiasa berbunyi. Tapi ok la kan. Chill sikit sebab dia takde depan mato. Kehkehkeh.

Orang lain berpuasa orang lain yang bercuti lebih. Ceh kutuk bos lagi. Kalau dia baca nih kompom naya. " i knock your head" hahahahaha. Whatever.

Hari-hari dalam bulan puasa ni nak kata berat badan kurus ? tak tahulah sebab tak timbang lagi. Kalau timbang kang takut terlebih berat pulak. Hohhohoho.

Enjoy sajalah nak buat macam mana dah badan memang nak naik masa ni. Ikut dio lah. Makan nasi dah memang tak banyak macam selalu. Sekepal je. 

Bila berbuka tu makan kuih-kuih dan minum air jer. Lepas berbuka terus solat maghrib. Kalau tak terus buat, lepas berbuka duduk memang susahlah nak bangun solat. So lepas berbuka basuh tangan terus ambil wuduk dan solat. Lepas solat boleh rehat jap sementara tunggu waktu i'sya. Lepas waktu i'sya boleh buat terawih minimum 8 rakaat. 


June 8, 2017

RAHSIA KULIT CANTIK, CERAH DAN GEBU DENGAN SUPLEMEN

Inginkan kulit yang cerah gebu dan cantik macam artis ? 

Bolehlah mengamalkan suplemen hebat dari Shaklee ni. Produk selamat yang halal dan ada Land Mark Study.

 TESTIMONI PENGAMAL SET CANTIK








*Produk ini hanyalah suplemen dan bukan ubat.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin bertanyakan tentang produk Shaklee bolehlah menghubungi saya melalui salah satu saluran medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 7, 2017

Lirik Doa Solat Dhuha – Unic


Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka
Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Simpan doa ni untuk dihafal dan diamalkan setiap hari. Nak ajak Abang Aus dan Adik Rayyan hafal sekali la doa ni. Semoga kita semua sentiasa murah rezeki. Tak kiralah rezeki apa pun. Alhamdulillah.


KINI KULIT SAYA TIDAK SUNBURN LAGI. MALAH LIANG PORI SAYA JUGA MENGECIL



.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.
.

Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek. Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.
.

Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya. Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.
.

Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia. Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.
.

Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!
.

Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!

KREDIT TO :- Supermom Shaklee Story

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi saya melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 6, 2017

Apa Tema Baju Raya Tahun Ni ?

Pening kepala mak nak pikir pasal baju raya anak-anak dan suami ni. Bab anak-anak mungkin ummi boleh pilih jer. Suami tersayang pulak tahun ni ummi tak tahu nak pilih macam mana. Dia cakap taknak sebab baju sebelum ni masih okay dan tak pakai pun. Memang betul pun dia pakai sekali time raya je. Pastu masuk almari dan gantung. Sadis kan ?

Tiap tahun kami raya ala kadar je. Beli apa yang mampu je. Syukur dengan apa yang ada. Nak kata kaya benor-benor tu idok ler. Cukuplah makan pakai. Al-maklumler banyak benda nak settle lagi. Bersyukur dengan nikmat Allah bagi. Ada rumah untuk berteduh, ada pakaian nak pakai dan ada makanan untuk ditelan.

Bila difikirkan banyak benor nikmat Allah bagi tapi terpulang pada kita je sama ada nak bersyukur atau tidak. Semua orang banyak ujian dan ujian sesama kita tak sama. Miskin itu ujian. Kaya juga ujian. Jadi bersabarlah dengan setiap ujian yang Alah bagi ni. Allah uji sebab dia sayang. Dia rindu kita merayu pada dia. Sebab dia yang MAHA berkuasa atas sesuatu.

Okey dah melalut ke ujian bagai dah. Berbalik kepada baju raya tahun ni ? Mak Jemah pakai baju yang murah-murah jer sebab tak mampu. Huhu. Sejak berumur 30an ni badan naik bam bam tapi idok ler melebihi 60kg. Alhamdulillah. So baju saiz M masih boleh pakai tapi Mak Jemah dah tak selesa pakai baju ketat-ketat. So pilih saiz L u olss. Hahaha.

Baju pilihan Mak Jemah ialah baju kurung moden jer sebab senang boleh pakai untuk buat kerja. Tak payah nak beli baju blink-blink diva sangat sebab bukan ada event orang nak jemput pun. Kalau ada event pon pinjam atau sewa jela baju. Hahahah sebab bukan nak pakai selalu. Kihkihkih.


RAHSIA KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI

Bagaimana untuk kekal cergas sepanjang bulan ramadhan ni ? Maklumlah cuaca pun tidak menentu. Sekejap hujan sekejap panas. Hujan pun kadang-kadang lebat kadang-kadang renyai je. Faktor cuaca pun boleh buat badan jadi letih dan kurang sihat. Tambah-tambah lagi puasa sepanjang hari.

Bulan puasa ni janganlah skip sahur sebab sahur boleh buat kita kekal cergas sepanjang hari. Sahur juga boleh buat kita sihat dan kurus tapi kenalah makan makanan yang sihat dab berkhasiat. 

SET MIGHTY 3 GEM adalah produk Shaklee yang paling glemer ketika bulan ramadhan sebab ianya membantu pengamalnya kekal cergas sepanjang hari.


Memang berbeza bila kita amalkan Mighty 3 Gem ketika berpuasa. 

Jom tengok testimoni pengamal tegar SET MIGHTY 3 GEM ni.










Sekiranya anda berminat untuk mendapat SET SAHUR iaitu MIGHTY 3 GEM ini bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...