October 21, 2018

KEBAS-KEBAS TANGAN DAN KAKI HILANG SETELAH MENGAMALKAN OSTEMATRIX

Minggu lepas Kak Nab (cleaner di pejabat Kak Feni) mengadu.

Feni, aku ni sakit sangat badan. Habis kebas-kebas tangan dan kaki aku ni. Nak buat macam mana ? Kalau pergi doktor di ceknya berapa kena ?

Kak Feni yang sedang sibuk di meja kerja pun berhenti dan fokus kepada masalah beliau. Macam doktor pulak Kak Feni ni kan. Kebetulan di meja Kak Feni ada Ostematrix. Kak feni pun bagi la sedikit untuk Kak Nab.

Kak Feni ambil ostematrix ni sejak kena kebas-kebas tangan 2 bulan sudah. Pergi jumpa doktor dan doktor cakap " kalau nak ambil suplemen, ambil suplemen kalsium. Ia boleh membantu dalam masalah kebas-kebas ni."

Alhamdulillah sejak Kak Feni amalkan Ostematrix ni, masalah kebas-kebas ni dah kurang. Lepas tu bila tidur malam pun dah jarang kena "tangkap mengkarung".



Boleh rujuk KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix adalah suplemen kalsium yang sesuai diamalkan oleh mereka yang kurang minum susu bagi mencukupkan keperluan kalsium setiap hari. Satu tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu atau 80 biji badam.

KEPERLUAN KALSIUM DALAM BADAN




KENAPA KITA PERLU AMALKAN OSTEMATRIX ?












TESTIMONI OSTEMATRIX 







Dipetik dari Harvard Health Publication

Jika anda sedang mencari supplement Kalsium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?

1. Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh.

2. Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di
dalam tubuh.

3. Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yang kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan).

4. Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yang lebih baik pada sistem cardiovascular anda.

5. Magnesium dan kalcium bergambung membantu mengatasi masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena.

6. Jangan lupa, lengkapilah kalcium supplemen anda dengan vitamin D! Kenapa?
>>Vit D memaksimakan penyerapan calcium didalam tubuh
>>Vit D juga membantu regulate calsium didalam peredaran darah

7. Carilah kalsium supplement dari sumber calcium citrate kerana kadar penyerapan kedalam tubuh lebih tinggi!!


Untuk mendapatkan SUPLEMEN KALSIUM atau produk Shaklee yang lain boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 19, 2018

Sekadar Berkongsi Cerita

Menjadi seorang wanita, isteri dan ibu kepada 2 orang anak lelaki bagi Kak Feni sememangnya mencabar juga. Kita yang kena uruskan semua kadang-kadang boleh stress dan hilang mood.



Tahun ni, Abang Aus dah 6 tahun dan Adik Rayyan 4 tahun. Suasana pagi agak kelam kabut pada mulanya sebab Kak Feni tak pandai nak uruskan masa dengan betul. Pagi-pagi nak gosok baju, nak mandi dan siapkan anak-anak. Rasa letih sangat dan Kak Feni akan mula mengamuk dekat suami dan anak-anak.

Dahlah kita nak cepat. Semua benda kita nak buat, boleh hilang mood. Pada pandangan Kak Feni masa tu mengharapkan bantuan suami untuk memandikan anak sementara Kak Feni menggosok baju. Bila anak-anak mula mengamuk dan taknak mandi dengan abahnya, mula lah Kak Feni naik angin. Cakap kuat-kuat dan ugut anak dengan macam-macam hal. Nak tinggal di rumah sorang-soranglah, rotanlah dan ada kalanya Kak Feni mengamuk tutup kipas, lampu dan pintu sebab nak suruh diorang bangun dari tidur. Kejam sangat masa tu. Sedih pulak bila ingat perbuatan sendiri.

Lama-lama Kak Feni datang keinsafan dalam diri. Anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya. Masa kanak-kanak ni lah anak-anak nak bermanja dengan kita. Esok bila diorang dah besar tak tahu masih ada peluang ke tak nak bermanja-manja dengan anak-anak. 

Sementara ada peluang ni. Kak Feni berusaha menjadi ibu yang baik. Pagi-pagi dah tak mengamuk macam dulu. Bangun awal dan siapkan anak-anak dengan bahagia. Biarlah diorang bangun dengan mood yang ceria. Tak rugi pun. Ummi yang kena berlembut dulu. Macam mana kita ajar diorang. Maca tu lah jadinya. Ummi yang kena banyak sabar. 

Alhamdulillah sejak 2 3 bulan ni, Kak Feni cuba taknak marah-marah waktu pagi. Kalau anak-anak buat perangai pun Kak Feni cuba bertenang dan kawal keadaan. Layan je kerenah diorang. Nak mandi dengan ummi, ok. Nak pakai baju dengan ummi , ok. Alhamdulillah mood anak-anak pun okay dan pergi sekolah dengan baik. Abang pakai kasut sendiri. Tak ada nak mengamuk-ngamuk lempar kasut dan stoking.

Bila semuanya baik-baik saja, kita pergi kerja pun dengan tenang dan aman. Kalau tak mesti timbul rasa kesal dan menyesal sebab pagi-pagi dah buat hal. Buat kerja pun dalam keadaan serba salah.dan ada yang tak kena.

Terima kasih ya Allah sebab menyedarkan aku sebelum aku terlambat. 

JANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE

Sekarang ni ramai orang yang mengalami masalah kewangan dan sibuk mencari peluang untuk menambah pendapatan. Yang banyak menjadi pilihan adalah dengan buat bisnes online. Feni pun tak kurang juga. 

Hanya dengan handphone yang ada khidmat internet kita dah mampu menjana pendapatan dimana sahaja. 

Selalunya yang mendaftar untuk menjadi ahli Shaklee adalah seseorang yang telah atau sedang mengamalkan suplemen Shaklee. Bila dah rasai sendiri perubahan yang berlaku setelah mengamalkan produk Shaklee barulah bersemangat nak berkongsi dengan orang lain.

Bagi Kak Feni yang selalu kena penat, letih dan kena demam ni. Memang perlukan suplemen untuk membantu dalam meningkatkan tenaga. Kalau dulu untuk hilangkan mengantuk, kena ambil kafein. Sekarang bila dah kenal dengan suplemen Shaklee. Perlahan-lahan meninggalkan kafein. Sekali sekala teringin tu bolehlah.

Antibodi badan pun semakin lama semakin kuat sejak amalkan suplemen ni. Kalau tak dulu dalam sebulan mesti 2 3 kali kena demam dan selsema. Macam imun badan semakin kuat lah. Suplemen ni macam dia tambah nutrisi yang kita kurang. Maklum sajalah kita ni kadang-kadang nak makan pun yang sedap-sedap je. Sayur dan buah kurang makan. Jadi macam mana nak dapat nutrisi yang cukup.

Macam Nak Daftar Sebagai Ahli Shaklee ?

Untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee mudah saja. Ada 2 pilihan sama ada bayar yuran keahlian sebanyak RM79.50 atau dengan membeli barangan Shaklee sebanyak 200uv atau lebih. 



200uv tu macam mana ?
Setiap produk Shaklee ada uv masing-masing. Contohnya Sebotol Vivix ialah 118uv. Kalau beli 2 botol Vivix dah 118x2=236uv. Kalau beli 2 botol Vivix dah layak mendapat keahlian percuma. Kemudian dapat pulak bonus yang dimasukkan ke dalam akaun bulan depan.

Penting untuk mendaftar dengan upline yang aktif supaya tidak terkapai-kapai dalam mendapatkan info. Ini untuk yang ingin buat bisnes dalam Shaklee. 

Ramai surirumah dan juga golongan profesional telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu menjana pendapatan yang lumayan hanya dengan menjalankan bisnes Shaklee.

Bisnes Shaklee ini tidak bermusim kerana permintaan terhadap suplimen memang sentiasa ada. Ramai orang yang membeli produk Shaklee kerana memang banyak bukti tentang keberkesanannya.

Produk Shaklee telah diuji secara klinikal dan siap ada LandMark study untuk produknya. Pengambilan suplimen secara berterusan mampu membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan.

Dalam masa yang sama membuka peluang kepada semua orang supaya menjana pendapatan mengikut keselesaan masing-masing. Sambil-sambil makan suplimen untuk diri sendiri dan share kebaikannya, dapat jugaklah hasilnya kan. Untung-untung dapat makan vitamin free. 

Perniagaan Shaklee sentiasa berkembang dan mendapat permintaan yang hangat kerana ramai yang dah celik tentang kepentingan nutrisi yang betul. Masalah kesihatan adalah salah satu punca ramai orang berusaha untuk mendapatkan khasiat dari suplimen bagi mencegah penyakit bahaya.

Menjadi ahli Shaklee anda layak untuk mendapatkan harga ahli yang lebih murah berbanding harga pasaran. 

Untuk yang ingin menjana pendapatan pula ada beberapa ganjaran lain yang boleh dimiliki kepada yang layak. Antara ganjaran yang ditawarkan ialah :
✔ Bonus setiap bulan
✔ Sibsidi pembelian kereta
✔ Umrah 
✔ Percutian

Semuanya ditanggung oleh Shaklee. Menarik kan ? Bukan itu sahaja. Kalau join group kami. Upline selalu bagi reward untuk sesiapa yang join task. Hadiahnya pula bukan yang biasa-biasa. Memang best sangat. Ops terbongkar rahsia pulak.

Okey, jangan lupa kontek Feni kalau berminat nak join ahli. Boleh pilih sama ada nak bayar RM79.50 atau buat belian 200uv ke atas.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 18, 2018

5 CARA TAMBAH SUSU IBU

Berpantang dan masalah susu badan yang sikit atau tidak keluar sering berlaku dikalangan ibu yang baru lepas bersalin. Masalah susu badan yang kurang serta anak yang menangis akibat kelaparanboleh mendatangkan tekanan kepada ibu.




Beberapa cara yang boleh ibu-ibu amalkan supaya susu ibu kembali meriah untuk si manja.

1. Banyakkan Minum Air Suam

Selalunya berpantang macam orang lama-lama, kita memang tidak dibenarkan minum air banyak. Namun kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan badan menjadi hidrat. Bila kita kurang air, perjalanan darah dan oksigen pun terbantut. Jadi banyakkan minum air suam atau air panas ketika dalam pantang.

2. Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayuran yang segar memang digalakkan ketika dalam pantang. Namun hendaklah dipilih juga jenis buah dan sayur itu. Sayuran dan buah-buahan yang sejuk dan gatal harus dielakkan untuk mengelakkan ibu dan bayi masuk angin dalam badan. 

3. Makan Makanan Yang Seimbang

Pilih makanan yang sihat ketika dalam pantang. Sekarang ni banyak resepi untuk menu orang pantang yang bukan sahaja menambahkan susu badan malah meningkatkan tenaga bagi ibu. Lebihkan serat dalam makanan supaya dapat mengelakkan sembelit dikalangan ibu berpantang.

4. Elakkan Stress Ketika Dalam Pantang

Stress boleh menyebabkan susu badan tidak keluar. Jadi ibu-ibu harus menjaga emosi supaya tidak terlalu tertekan dengan keadaan. Minta bantuan orang sekeliling untuk melakukan kerja-kerja berat dan dapatkan sokongan dari suami.

5. Amalkan suplemen atau vitamin untuk kekal cergas 

Pengambilan suplemen dan vitamin bagi mencukupkan nutrisi ibu berpantang sangat penting. Ia bukan sahaja membantu ibu kekal bertenaga sepanjang tempoh berpantang malah susu badan juga boleh meriah.

SUPLEMEN SHAKLEE TAMBAH SUSU IBU



Harga untuk set prenatal ini adalah seperti di bawah.



Dapatkan Harga Istimewa SET PRENATAL ini dengan Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 17, 2018

20 JENIS MAKANAN TAMBAH SUSU IBU


Berpantang dan menyusukan anak dalam satu masa kadang-kadang membuatkan ibu berasa penat dan letih. Bila penat dan letih, mula timbul stress dengan keadaan semasa. Stress boleh menyebabkan susu badan merudum. Penting untuk ibu menjaga emosi ketika proses menyusu. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk tambah susu badan ialah seperti di bawah.

20 makanan tambah susu ibu yang boleh ibu-ibu amalkan bagi tujuan menambah susu ibu.

🌻 Madu



Madu adalah makanan sunnah yang sering diamalkan bukan sahaja para ibu untuk tujuan mendapatkan susu yang banyak. Malah mengamalkan madu juga boleh menguatkan sistem imun badan ibu dan bayi. Selain menambahkan susu badan. Madu juga boleh meningkatkan kecergasan ibu menyusu. Maklum saja ibu menyusu ni perlukan tenaga yang banyak untuk menguruskan bayi yang baru lahir.

🌻 Pegaga


Khasiat pegaga untuk ibu menyusu ialah mengecutkan rahim, menganjalkan kulit, menjadi awet muda, melancar pengeluaran susu badan, membantu mengurangkan berat bdan serta membantu dalam meningkatkan tahap stamina. Mengamalkan pegaga sebagai ulaman sangat baik untuk ibu menyusu.

🌻 Oat



Oat sangat baik untuk ibu menyusu. Ia mengandungi serat yang sangat baik untuk proses menghasilkan susu badan. Ia juga mengenyangkan dan menjadikan ibu semakin sihat dan lebih ramping.

🌻 Halba


Halba sangat bagus ditambah dalam masakan sebgai herba bagi melazatkan lagi masakan. Amalkan minum air halba bagi meningkatkan tahan pengeluaran susu ibu.

🌻 Alfalfa


Yang ini memang terkenal sebagai milk booster. Namun nak dapatkan daun Alfalfa tidak mudah di Malaysia. Alfalfa boleh didapati dalam daun kering atau serbuk. Mengamalkan Alfalfa bukan sahaja memeriahkan susu badan malah rahim juga bertambah baik.

🌻 Habbatusauda


Mengamalkan habatusauda ketika menyusu boleh meningkatkan proses pengeluaran susu ibu. Ibu digalakkan mengambil habatusauda serta minum air kosong secukupnya untuk melancarkan lagi proses menghasilkan susu ibu.

🌻 Kurma


Vitamin D yang terdapat dalam buah kurma mampu menguatkan perkembangan bayi untuk membesar. Ibu menyusu yang keletihan akibat melakukan kerja harian juga akan lebih bertenaga dengan mengamalkan kurma sebagai makanan penggalak susu.

🌻 Delima


Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.

🌻 Soya


Soya adalah bijian kekacang yang sangat bagus untuk dijadikan sebagai MILK BOOSTER. Pengambilan soya yang sihat seperti ESP SHAKLEE bukan sahaja membantu ibu dalam menambah susu badan malah memberikan tenaga yang berpanjangan. Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

🌻 Betik


Buah betik memang terkenal sebagai milk booster terbaik. Boleh dimakan terus ataupun dibuat sayur.

🌻 Longan kering


Air rebusan longan membantu dalam meningkatkan penghasilan susu.

🌻 Susu


Susu adalah sumber kalsium terbaik untuk ibu menyusu. Amalkan susu sebagai hidangan harian ibu bagi meningkatkan tenaga dan membantu hasilkan susu badan yang banyak.

🌻 Sayur-sayuran hijau


Amalkan sayuran hijau yang memang terbukti sihat untuk ibu. Bayam, lobak swiss, dan brokoli adalah beberapa jenis sayuran berdaun hijau yang sangat cocok dikonsumsi oleh ibu menyusui. Kandungan vitamin A yang tinggi membuat nutrisi penting bagi ibu dan bayi dapat terpenuhi. Selain itu, sayuran-sayran tersebut juga merupakan sumber kalsium non-susu, juga memiliki kandungan zat besi dan vitamin C yang sangat bermanfaat. Selain itu, sayuran juga mengandung antioksidan yang baik untuk jantung. Lebih dari itu, sayuran hijau adalah sumber makanan rendah kalori.

🌻 Coklat gelap


Coklat gelap atau "dark chocolat" kaya dengan susu dan kurang manisnya berbanding dengan coklat biasa. Rasanya yang sedikit pahit sangat bagus untuk ibu menyusu bagi meningkatkan pengeluaran susu.

🌻 Ikan salmon


Ikan Salmon terkenal dengan kahsiatnya yang tinggi protein. Protein sangat penting dalam pembentukan tisu dan otot yang baru. Ikan salmon mengandung DHA tinggi yang penting dalam pertumbuhan sistem saraf bayi.

🌻 Lobak Putih


Anda boleh parutkan lobak putih tersebut dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja. Untuk lebih sedap boleh juga dibuat sup lobak putih. Lebih sedap dan berkhasiat.

🌻 Asparagus


Sayuran ini tidak mengandung kolesterol, rendah lemak dan sodium sehingga sangat bagus untuk kesehatan.

🌻 Badam


Badam sangat bagus untuk memberikan tenaga. Badam yang diambil bersama dengan makanan lain boleh membantu dalam meningkatkan tahap pengeluaran susu. Rasa badam yang lemak-lemak selalu menjadi snek untuk ibu bagi mengurangkan rasa lapar ketika menyusu.

🌻 Pisang


Pisang kaya dengan vitamin. Ia bagus untuk ibu menyusu kerana membantu ibu berasa kenyang berpanjangan.

🌻 Flaxseed


Antara kebaikan luar biasa Flax Seed adalah ia mengandungi Getah Mucilage yang tinggi. Mucilage ialah fiber dalam bentuk gel yang larut air dan kesan yang sangat baik untuk sistem organ gastrointestinal tract. Mucilage ini dapat mengekalkan makanan dalam perut daripada cepat larut ke usus, lalu meningkatkan penyerapan nutrisi. Flax juga sangat tinggi kandungan fiber larut dan tak larut yang turut membantu menyahtoksinkan kolon, mengurangkan berat dan mengurangkan ketagihan gula.

Anda perlu meningkatkan penyusuan secara terus kepada bayi dan melakukan power pumping untuk memperbanyakkan penghasilan susu ibu. Bebaskan fikiran untuk mendapatkan susu yang lebih banyak.

SUPLEMEN SHAKLEE YANG MEMBANTU MENAMBAHKAN SUSU IBU

ESP
Omega Guard
Vitalea
Vitamin C
B-Complex
Ostematrix


Harga untuk set prenatal ini adalah seperti di bawah.



Dapatkan Harga Istimewa SET PRENATAL ini dengan Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Just Be Yourself And Love YourSelf

Dalam hidup ini, kalau kita terlalu mengambil pusing dengan kata-kata orang, kita takkan mampu untuk terus maju. Kalau kita ikut je kata-kata orang yang nak menjatuhkan kita. Sampai bila pun kita akan macam tu juga.

Sebaiknya kita jalan je terus. Tak perlu nak puaskan hati semua orang. Sememangnya kita takkan mampu untuk puaskan hati semua orang. Jadilah diri sendiri. Tak perlu nak berusaha sungguh-sungguh untuk memuaskan hati orang. Hati kita yang sakit.

Nak berjaya kena hati kering. Benda remeh temeh ni abaikan jela. Bukan dema yang nak bagi kita makan. Contohnya, kalau kita asyik layan apa yang orang nak kata. Kita jadi kemurungan sampai sakit. Bila sakit kena ambil cuti untuk berehat. Cuti pulak kena potong gaji. Siapa nak tanggung kita dan family kita.

Jadi diri sendiri. Orang putih kata "just be yourself". Tak suka tak payah tunjuk muka. Hidup je dengan apa yang kita mampu. Jangan buat hal dengan orang lain. Jangan cari pasal. Jangan buat gaduh. Buat mudah je. Kita tahu orang tak suka kita, kita diam je.

Dalam hidup ini, belajar bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Nikmat syukur itu lebih mendekatkan diri kita dengan Allah. Allah bagi semua ujian ni sebab dia sayangkan kita. Alhamdulillah sebab Allah nak jauhkan kita dari orang-orang yang taguna. Haha

Menjadi diri sendiri buka lesen untuk kita bangga diri tapi untuk mencari kekuatan diri. Biarlah kita hidup dengan cara kita. Tak perlu try hard untuk menjadi terbaik di mata orang. Cukup membanggakan bila keluarga dan orang tersayang ada disisi. Jatuh ke bangun ke, mereka tetap ada bersama kita. Itu yang penting.

Satu lagi, bila musibah datang. Ambil masa untuk muhasabah diri. Mungkin aku kurang itu ini. Jadi sementara peluang ada untuk mengubahnya. Kita berusaha untuk baiki apa yang kurang.

Love yourself and just be yourself.


October 16, 2018

Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil


Wanita yang ingin hamil atau merancang untuk hamil seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mendapatkan bayi yang sihat dan cergas. Pemakanan yang diambil sebelum dan ketika hamil amatlah penting untuk menyokong perkembangan bayi ketika di dalam kandungan dan juga semasa menyusu.

Jom kita lihat perkembangan bayi ketika berada di dalam kandungan.


Pada awal kehamilan selalunya ibu akan mengalami alahan ataupun "morning sickness. Jadi pengambilan suplemen untuk ibu hamil sangat penting dalam membantu perkembangan bayi dan memberikan tenaga kepada ibu semasa proses kehamilan.

Antara suplemen yang diperlukan oleh ibu semasa hamil ialah protein, kalsium, omega 3, Zat besi, vitamin C dan juga vitamin B.




Suplemen yang membantu dalam memberikan nutrisi terbaik untuk ibu dan anak ialah ESP, Vitamin C, B-Complex, Vitalea, Omega Guard dan juga Ostematrix. Kesemua suplemen ini boleh diamalkan sejak awal kehamilan sehinggalah dalam pantang sehingga menyusukan. Jadi sangat berbaloi untuk ibu kerana manfaatnya bukan sahaja untuk ibu, malah bayi juga mendapat khasiatnya.




Untuk mendapatkan SET PRENATAL ini boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...