October 11, 2018

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM


Nampak menarik. Bila GA ada hadiah planner. Hopefully ada rezeki Kak Feni.

Klik banner untuk join. 

Birthday giveaway by Mazuriah Mohamed


Pagi ni Kak Feni blogwalking sahabat blogger yang lain. Ternampak satu post pasal Giveaway ni. Kak Feni pun klik la banner diorang tu. Kak Feni ucapkan selamat maju jaya.

Klik banner untuk join. GA ni akan tamat pada 31/10/2018.

October 10, 2018

TEKANAN DARAH RENDAH MENYERANG LAGI


Semalam Kak Feni terpaksa ambik mc sebab kepala pening dan berpusing. Mula terasa sejak hari Ahad lagi. Isnin tu Kak Feni balik kena hujan pula. Tak larat sangat nak datang kerja.

Pergi jumpa doktor untuk ambil ubat dan sakit yang sama. Kalau doktor refer dengan sakit yang lama pun mesti masalah sama. Bila cek tekanan darah memang rendah sangat. 70/90. Doktor tanya juga dada berdebar-debar tak ? Kak Feni jawab tak ada. Kalau dada berdebar, doktor nak bagi iron sebab bila darah tak cukup. Jantung akan letih dan tak dapat mengepam dengan baik. 

Dia tanya lagi, kalau berak najis macam mana ? Kalau najis keras memang ada masalah. Sebabnya kadang-kadang darah keluar melalui najis. Kita takkan nampak dengan mata kasar. Kena guna mikroskop.

Macam tulah bila dah sakit kan. Kene jumpa doktor. Walaupun Kak Feni amalkan suplemen. Nasihat doktor memang Kak Feni tak tinggal. Ikut juga nasihat doktor. Dia suruh banyakkan makan daging merah, kerang, dan ikan bilis. Makanan yang banyak iron untuk membantu menambah darah. Dia cakap lagi, iron ni tak ada dalam sayur. Kena ambil makanan seperti yang dia sebut tadi.

BACAAN TEKANAN DARAH NORMAL

Dah siap jumpa doktor, dia bagi 2 jenis ubat. 1 jenis ubat pening dan satu lagi ubat sakit kepala. Kak Feni bagitahu doktor yang paling teruk bila keluar dari lif  memang pening sangat. Rasa macam nak pitam. Kak Feni ambil ubat panadol 2 biji untuk legakan pening ni. Rupanya tak jalan pun. Mungkin ubat tak sesuai.


Jadi hari ni hari kedua Kak Feni ambil ubat ni. Pening ni kadang-kadang dia datang. Kadang-kadang dia hilang. 

Doktor cakap simptom biasa lepas datang bulan ialah pening, rasa nak pitam dan badan rasa sangat letih. Kebanyakan simptom ini akan terjadi dalam seminggu atau 2 minggu lepas datang bulan. 

So wanita kena jaga. Kalau rasa pening-pening sampai tak tertahan tu lebih baik lah jumpa doktor untuk mendapat nasihat yang sepatutnya. 

Sakit ni ujian sebenarnya. Untuk kita lebih dekat dengan Allah. Kalau tak sakit kita akan sombong dengan kesihatan kita. Alhamdulillah Kak Feni tetap bersyukur dengan nikmat sakit ni. Ramai orang yang lebih teruk sakitnya dari Kak Feni.

Hari ni dah kembalik kerja macam biasa.

October 8, 2018

POKLI MEE CELOP & COCONUT SHAKES

https://lobakmerah.com/7-mee-celup-terbaik-di-sekitar-lembah-klang/


Semalam kami berkesempatan untuk menjamu selera dengan makan bihun celup dan mee celup di kedai Pokli Mee Celup. Lama dah abah cakap nak bawa kami anak beranak ke sini.

Alhamdulillah memang berbaloi kami jalan jauh dari Hulu Langat. Ummi pilih bihun celup special (ada teluk gedik) dan teh vanilla. Abah pula minta megi celup special (ada telur gedik) dan coconut shakes. Anak-anak taknak order makan sebab masih kenyang makan nasi goreng yang ummi masak pagi tu. Mereka hanya minta air merah (air sirap).

Bila dah sampai makanan yang kami pesan. Ummi memang tak sabar nak rasa. Maklumlah memang sangat-sangat sukakan makanan yang bersup-sup ni. Bila dah rasa memang sedap sangat. Ditambah dengan bahan-bahan yang ada di atas meja seperti cili jeruk, serbuk cili dan juga cili kisar.

Oleh kerana ummi share je dengan adik rayyan. Ummi hanya letak cili jeruk je. Adik mula-mula taknak makan bila dah rasa sekali memang nak lagi. Abang aus pun sama. Kongsi megi celup dengan abahnya. Air pun sedap dan harganya murah.



Jumlah semua sekali apa yang kami makan semalam ialah RM16.00 sahaja. Lain kali boleh datang lagi. Owner pun baik dan peramah. 

Masa kami sampai tu, kedai baru nak beroperasi sebab nasi pun belum masak lagi. Yang siap hanya bahagian mee. Masa kami nak balik dah penuh dengan orang yang datang untuk menikmati makanan di sini.

Lepas makan, kami mula bergerak tanpa arah tujuan. Mulanya plan nak pergi UTC sebab nak renew SSM dan juga lesen memandu dan GDL abah, tak jadi sebab dokumen tak lengkap. Kami pun menuju ke MyTown untuk jalan-jalan sambil cuci mata.



Kebaikan Zinc Plus Shaklee


Zink adalah mineral surih yang penting dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh. Ia dijumpai di dalam setiap sel dan komponen badan serta di dalam lebih daripada 200 enzim yang penting untuk memastikan tubuh kita bekerja secara optimum termasuk berikut :-

1. Mengekalkan sistem imun dalam keadaan terbaik

2. Menyokong pertumbuhan  normal.

3. Perlu dalam perkembangan sel, metabolisma, perkembangan seksual dan penyembuhan luka.

4. Mengawalatur pengeluaran sel dan pemulihan, membentuk kulit yang lebih sihat.

5. Menyokong kesihatan sistem reproduktif.

6. Menghasilkan sperma matang dengan bentuk, fungsi dan kualiti sperma yang sihat.

7. Meningkatkan selera dan menghasilkan air liur kerana ia mengangkut bahan kimia dalam mulut untuk membezakan jenis rasa.

Tanda Badan Memerlukan Suplemen Zink Plus


1. Selalu demam dan selsema.

2. Jerawat tumbuh dengan banyak.

3. Mengalami kehilangan rasa dan bau.

4. Hilang selera makan.

5. Luka lambat sembuh.

6. Selalu mengalami cirit birit.

7. Kurang keinginan seks.

8. Bilangan sperma yang kurang dan lebih cair.

9. Kuku yang berbintik putih.

10. Banyak tompok botak di kepala.

Zink Plus ini boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita. Bagi lelaki, Zink Plus ini sangat bagus untuk meningkatkan tahap kelelakiannya kerana sangat-sangat membantu dalam meningkatkan tahap pengeluaran sperma yang berkualiti. Kepenatan dengan urusan harian menyebabkan lelaki banyak menghadapi masalah kesuburan seperti air mani yang cair dan tidak pekat. Dengan mengamalkan Zink Plus ini, ia sangat membantu. Dalam SET KESIHATAN LELAKI, zink plus adalah salah satu suplemen penting untuk lelaki.


Manakala bagi wanita pula, zink plus sangat membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka terutamanya selepas bersalin. Kebanyakan wanita yang bersalin mengamalkan zink plus bagi membantu dalam proses mempercepatkan penyembuhan luka. SET BERSALIN SHAKLEE sentiasa dilengkapi dengan zink plus/complex.


TESTIMONI ZINC PLUS SHAKLEE



BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN ZINC PLUS SHAKLEE ?

Hubungi Kak Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com












JADUAL QADHA SOLAT

Kak Feni taktahu mana Kak Feni dapat poster ni kat mana. Kak Feni doakan orang yang buat poster ni sentiasa diberikan pahala yang berganda-ganda. Terima kasih kerana berkongsi kebaikan.


Semoga memberi manfaat kepada kita semua. 





October 4, 2018

SUPLEMEN UNTUK LELAKI



SUPLEMEN UNTUK LELAKI SEJATI selalu menjadi pilihan lelaki yang mementingkan kesihatan. Lelaki sekarang terbuka untuk menjaga kesihatan seiring dengan golongan wanita.

APA YANG PENTING UNTUK LELAKI ?

Zink Plus - untuk keperluan lelaki

Zink adalah mineral yang kuat untuk menyokong kesejahteraan optimun merangkumi pertumbuhan sel, penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun. Walaupun zink didapati  dalam jumlah yang kecil dalam tubuh, ia adalah komponen di dalam lebih daripada 200 enzim yang mana menyokong mekanisme badan.

Zink penting untuk :
✔ Menguatkan daya ingatan.
✔ Mengekalkan kesihatan reproduktif supaya kekal subur.
✔ Mengekalkan kekuatan otot untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
✔ Menyokong pengeluaran tenaga untuk memastikan kekal aktif.

Omega-3 Asid Lemak - untuk kekal bijaksana

✔ Meningkatkan prestasi mental.
✔ Secara positif meningkatkan emosi dan mood.
✔ Mengekalkan fungsi kognitif sihat apabila semakin berumur.

Vitamin E - untuk kekal produktif

✔ Melindungi sperma dari serangan radikal bebas.
✔ Memastikan sperma sihat supaya mereka berenang ke arah yang betul.
✔ Mengekalkan paras testosteron yang sihat untuk penghasilan sperma yang sihat.

Coenzyme Q10 - untuk Kekal Bertenaga dan Aktif

✔ Meningkatkan kekuatan otot.
✔ Meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel, tisu dan organ.
✔ Meningkatkan peredaran darah.


Untuk pertanyaan dan pesanan boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...