June 22, 2018

BEBAS SUNTIK INSULIN SETELAH MENGAMALKAN VIVIX SHAKLEE

Masih lagi dalam mood hari raya. Makan ketupat, lemang dan rendang memang seronok. Namun bagi orang-orang lama yang mempunyai penyakit kencing manis, sangat berhati-hati dalam memilih makanan. Buat makanan untuk hidangan hari raya bukan main tapi hanya mampu tengok sebab nak makan takut gula dalam darah naik.

Banyak cerita bila balik kampung untuk beraya ni kan. Mereka yang ada penyakit kencing manis atau diabetis ni sangat takut nak ambil suntikan insulin kerana sering dimomokkan dengan keburukan insulin.

Apa itu insulin ?


Insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas manusia. Ianya berfungsi untuk menukarkan glukos/gula yang terdapat dalam aliran darah menjadi tenaga. 

Pesakit kencing manis perlukan insulin jika tahap glukos terlalu tinggi. Perlu membuat ujian ketone dalam kencing untuk mengelakkan koma diabetik keoasidosis.

Kesan Sampingan Insulin


✿ Alahan tempatan dengan kemerahan
✿ Edema
✿ Tahap gula dalam darah rendah
✿ Gangguan penglihatan
✿ Bengkak
✿ Reaksi suntikan lokasi
✿ Retinopati

Macam-macam mitos yang kita dengar tentang suntikan insulin ni. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan apa-apa suplemen atau rawatan alternatif. Bagi orang kampung yang lebih percayakan alam semulajadi, mereka lebih suka mengamalkan herba-herba dari alam untuk memulihkan kencing manis.

Namun herba alam ini bukan senang nak dapat. Prosesnya juga sangat rumit sebab perlu dijemur kemudian direbus berjam-jam bagi menghasilkan hasil terbaik. 

KENAPA PERLU PILIH VIVIX SHAKLEE


Vivix adalah suplemen yang dihasilkan dari sumber alam semujadi yang diuji secara klinikal. Antara KEBAIKAN VIVIX  adalah membantu melambatkan sel-sel penuaan dan mengurangkan komplikasi kepada pesakit diabetis.


TESTIMONI PENGAMAL VIVIX 







Vivix adalah suplemen yang membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan. Untuk mendapatkan vivix boleh terus menghubungi Feni.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


June 21, 2018

Jom Kembali Bekerja Setelah Cuti Hari Raya !

Masih dalam mood hari raya ni haa. Tapi kerja kena buat jugak. Kalau tak macam mana nak isi perut sendiri dan keluarga di rumah kan. Kerja pun untuk kita juga.

Okey hari ni Feni ada sikit tips untuk menguatkan semangat bagi diri sendiri yang memang selalu down. Kadang-kadang bila kita share benda yang baik dengan orang lain. Secara tak langsung menaikkan juga semangat diri sendiri. Yang baik itu semuanya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari diri kita sendiri.

Jom Feni Share kata-kata Motivasi yang boleh kita cakap dengan diri kita sendiri.


Semoga hari ini, esok dan seterusnya lebih baik dari sebelum ini. Teruslah melangkah selagi kita diberi peluang. Jangan mudah putus asa. Allah bagi kita ujian sebab Dia sayangkan kita. InshaAllah pasti ada bahagian untuk kita.



June 12, 2018

Mood Raya Is ON !

Wahhh tajuk kemain semangat. Nak balik raya ni weiii. Baju raya dah siap semua. Esok hari terakhir kerja. Lusa lepas siap-siap beli barang nak balik kampung terus gerak. Harapnya perjalanan balik tidaklah sesak dengan kenderaan. 

Hari ni pergi shopping bawal di Jalan Tar. Punyalah sesak jalannya. Dengan panas dan dahaga semua ada. Minta izin dengan bos nak keluar awal sebab nak beli tudung di Jalan Tar. Alhamdulillah bos pun seakan memahami dan mengizinkan aku dengan kak Diana pergi.

Kami pergi dengan LRT. Tempat pertama ialah Sogo. Beli sikit-sikit barang. Kemudian beli kerongsang yang kecil-kecil tu sebab senang nak pakai shawl. Nak raya ni kalau takde kerongsang memang harulah. Tiap-tiap tahun mesti shopping kerongsang. Kali ni Feni beli yang 12 biji RM10 tu. Haa murah sangat kan. 

Dah siap membeli kerongsang baru kami pergi ke kedai tudung bawal tu. Kebanyakkan kedai dah taknak ambil borong sebab laku keras. Dia ambil yang loose je. Jual satu satu. Jadi harga gak mahal berbanding borong. Feni nak ambil borong jadi kena cari kedai yang boleh jual borong. Cari punya cari mujur lah jumpa satu kedai ni. Tu pun dah tak banyak pilihan. Nak tak nak ambil jela. Feni ambil 3 kodi. Satu kodi bersamaan 20 helai. Jadi 60 helai semuanya. Yang Kak Diana saja dah 7 helai.

InshaAllah semuanya mesti laku sebab kaler-kaler semua cantik belaka.

Belum raya lagi anak-anak dah dapat banyak duit raya dari mak sedara dengan bapak sedara depa. Alhamdulillah rezeki anak-anak memang tak pernah putus. Angah belanja baju raya sepasang sorang. Cikni dia belanja baju kurta untuk semua kami anak beranak. Ni dia beli siap-siap masa pergi Vietnam bulan empat hari tu. Syukur sangat rezeki memang tak pernah putus.

Semalam Abang Din sahabat ummi di pejabat bagi duit raya. Hari ni Kak Diana pula bagi buah tangan dengan duit raya untuk anak-anak. 


Haiii memang tak sabar sungguh nak balik kampung ni. Tunggu esok sehari je kerja. Lusa dah cuti dan balik kampung. Team raya mana tahun ni ? Kami macam biasa, balik Perak dulu kemudian baru balik Kelantan.

Tahun ni tak boleh raya sakan sebab cuti tak lama. Hubby pun 19 haribulan dah mula kerja. Lepas raya kena kerja keras pulak cari duit nak belanja hari-hari yang mendatang.


June 8, 2018

ABANG AUS BELAJAR SOLAT DI SCHOOL

Hari ni ummi tak hantar Abang Aus ke sekolah sebab kena keluar awal dengan Cikni. Selalu ummi dengan abah hantar sampai Abang masuk sekolah.

Abang Aus minta ummi siapkan sejadah dengan songkok sebab hari ni ada latihan amali solat di Sekolah. Cikgu hantar pesanan melalui Whatsapp tapi ummi takde internet semalam jadi lambat dapat info. Mujur Abang Aus ingat cikgu pesan suruh bawak. Ummi letak sejadah dalam beg dan pakaikan songkok terus di kepala Abang Aus.

Ummi masuk kerja agak lewat hari ini sebab nak hantar Cikni di Jalan Duta. Masuk pejabat Cikgu hantar gambar anak-anak buat latihan solat.









Alhamdulillah semoga Abang Aus menjadi anak yang soleh untuk ummi dengan abah. Menjadi anak yang baik untuk semua orang. Menjadi abang yang penyayang untuk Adik Rayyan.

Ummi simpan gambar Abang disini untuk kenangan bila abang besar nanti. Kejap je masa berlalu. Tahun depan abang dah nak masuk sekolah darjah satu. Lepas tu kena pergi sekolah agama. Mesti mula-mula terkejut sebab masa tabika pukul 12 dah boleh balik. Lepas tu makan minum semua disediakan.

Darjah satu nanti semua kena berdikari. Nak beli makanan dan minuman di kantin, semua kena buat sendiri sebab ummi takkan selalu ada dengan abang. Abang kena belajar berdikari. Ummi yakin abang mesti boleh buat sebab masa mula-mula masuk tabika dulu hari pertama je menangis. Tu pun sekejap je. Bila habis waktu sekolah, ummi dengan abah pergi ambil semuanya dah okey.

Hari kedua dan seterusnya berjalan dengan lancar. Hari-hari semangat nak pergi sekolah cuma sekarang ni je susah nak bangun pagi. Tambah-tambah lagi kalau malam tidur lambat. Bila dah bangun mandi, everythings gonna be okay. Pergi sekolah, salam tangan ummi, abah dan adik salam dia terus berlari masuk kelas.

Balik sekolah, kalau ada homework taknak ummi dengan abah tolong. Nak angah dia je yang tolong. Dia panggil angah dia cikgu paling garang. Haha sekarang dah pandai membaca. Kalau ummi nak sembang dengan abah hal-hal rahsia guna bahasa ejaan pun dah tak boleh sebab dia dah tahu apa yang kami eja. Lepas ni kena speaking English la pulak. Tu pun kadang-kadang dia faham.

Apapun ummi sentiasa doakan Abang bahagia dunia dengan akhirat. Menjadi insan yang berguna. Kawan ummi dengan abah ni.

June 7, 2018

Buku Rezeki Luar Biasa Suri Rumah

Alhamdulillah setelah beberapa kali tertangguh untuk mendapatkan buku REZEKI LUAR BIASA SURI RUMAH ni, akhirnya hari ni berjaya memegangnya. Dihantar sendiri oleh salah seorang penulis untuk kisah dalam buku ini iaitu Rapidah Ramli atau Rameda.


Panjang ceritanya kalau nak cerita macam mana boleh kenal dengan Rameda ni. Rameda atau lebih mesra Feni panggil Kak Dah ni. Hehe save nama di henpon pun dengan nama Kak Dah Vouge. Pasal apa panggil KDV sebab dia banyak cerita. Brandingkan diri di media sosial facebook. Banyak kisah #kdv yang dia share di dinding muka buku dia.

Mula-mula buku ni dibuka untuk Pre-Order tapi Feni tak sempat nak grab. Macam ni lah, kadang-kadang masa tak mengizinkan. Kali ni bila KDV offer nak ke tak nak buku nih ? Feni terus yaaa, aku nakkk. Kami berhubung melalui pesanan whatapps dan telegram je. Jarang sekali nak call. Sesekali jumpa untuk beberapa urusan.

Lepas ni tak tahulah bila boleh jumpa KDV lagi. Nanti dah habis baca buku ni Feni akan buat #review tentang isinya.


June 6, 2018

Adik Rayyan 3 Tahun 6 Bulan


Alhamdulillah hari ni pergi klinik sebab nak check up kesihatan Adik Rayyan. Adik Rayyan dah 3 tahun 6 bulan. Check up seterusnya bulan 12 nanti. Masa tu chekup untuk umur 4 tahun. Sehari selepas birthday Adik.

Hari ni ada masalah sikit dengan berat badan adik. Graf berat semakin menurun. Tak tahu dah ummi ni nak buat macam mana dik. Badan pun kecik je. Susu tak berapa nak minum. Dia nak susu yang ada coklat je. Ummi taknak bagi sangat sebab takut gula banyak dalam darah. Dia suka sangat minum air manis macam air kotak tu.


Tadi masa chekup, doktor hanya bagi ubat cacing. Nak kata dia tak makan, dia makan banyak. Nasi pun dah selera makan. Setakat ni hanya ikut jelah apa yang doktor cakap.

Lepas ni mungkin ummi kena buat sesuatu supaya berat badan adik kembali normal sesuai dengan umur dan tinggi dia. Sebelum ni ada jugak doktor bagi multivitamin supaya dia selera makan.

June 5, 2018

7 KELEBIHAN BISNES SHAKLEE YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

Feni bermula dengan online untuk buat bisnes Shaklee ni. Rugi kalau tak share dengan ramai orang supaya lebih ramai lagi akan mendapat manfaat dengan bisnes ni.

7 Kelebihan Bisnes Shaklee 


1. Modal Permulaan Yang Rendah

Untuk menjadi ahli Shaklee senang je. Samada dengan membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM75.60 atau pun keahlian PERCUMA dengan belian sebanyak melebihi 200UV untuk produk-produk Shaklee yang terpilih. 200UV ni lebih kurang dalam RM7++.++. Contohnya beli Vivix 2 botol atau 3 kotak Collagen Powder dah layak dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA.



2. Modal Kecil Perniagaan Besar

Sebenarnya nak mulakan bisnes Shaklee tidak memerlukan modal yang besar. Semuanya boleh dibuat secara ONLINE sahaja. Macam dropship jugak lah. Kita buat marketing, share produk di fb, instagram, blog atau medium online yang lain. Bila dapat order, customer buat bayaran dan kita log in shaklee2u. Kemudian boleh terus buat order. Segala urusan pos diuruskan oleh pihak Shaklee. Untuk menyemak tracking number semuanya hanya melalui shaklee2u.


3. Masa Yang Fleksibel

Yang ni paling best bagi Feni sebab bisnes ni boleh buat ikut masa kita. Nak buat bila dan dimana semuanya boleh. Yang penting ada liputan internet dan juga smartphone. Kalau takde 2 benda ni memang agak susah nak buat bisnes ni. Boleh jer buat secara offline tapi agak memerlukan modal sebab perlu buat demo dan tester kit. Jadi untuk yang baru mula nak berjinak-jinak dengan bisnes online boleh buat bisnes Shaklee ni.


4. Kos Operasi Yang Rendah

Semua orang kalau boleh nak meminimumkan kos operasi seperti sewa kedai, beli rak untuk display dan sebagainya. Untuk memulakan bisnes Shaklee tak perlu kos operasi yang banyak. Hanya kesabaran dan kesungguhan diperlukan. Untuk marketing secara online, kita boleh gunakan facebook, instagram dan juga blog sebagai kedai online kita. Ini sangat menjimatkan dan kos untuk memulakan bisnes Shaklee tidak membebankan.



5. Ilmu Perniagaan Yang Boleh Diwarisi 

Ilmu perniagaan yang boleh diwarisi untuk anak-anak. Perniagaan ni telah lama bertapak di Malaysia sejak tahun 1988 (sekarang sudah 30 tahun) selepas 2 tahun kematian pengasasnya iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Semakin hari semakin kukuh dan mendapat perhatian bukan sahaja untuk rakyat Malaysia malah seluruh dunia kerana ianya terkenal dengan kualiti dan terbukti berkesan.



6. Mendisiplinkan Diri

Bisnes Shaklee ni adalah bisnes sendiri. Jadi terpulang kepada diri sendiri untuk merebut peluang yang diberikan. Nak lebih kena usaha lebih. Nak biasa-biasa pun tiada siapa yang paksa. Namun bagi Feni bisnes ini mengajar diri untuk lebih berdisiplin terhadap apa yang kita lakukan.



7. Pendapatan Tanpa Batasan



Semuanya bergantung pada usaha masing-masing. Agak-agak berapa boleh dapat dengan bisnes Shaklee ni ? Terpulang pada diri sendiri. Takkan rugi orang yang banyak berusaha. Lebih baik letih berusaha dari letih untuk perkara yang sia-sia.

Untuk mendaftar sebagai ahli atau mendapatkan produk Shaklee, boleh terus menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...