June 7, 2018

Buku Rezeki Luar Biasa Suri Rumah

Alhamdulillah setelah beberapa kali tertangguh untuk mendapatkan buku REZEKI LUAR BIASA SURI RUMAH ni, akhirnya hari ni berjaya memegangnya. Dihantar sendiri oleh salah seorang penulis untuk kisah dalam buku ini iaitu Rapidah Ramli atau Rameda.


Panjang ceritanya kalau nak cerita macam mana boleh kenal dengan Rameda ni. Rameda atau lebih mesra Feni panggil Kak Dah ni. Hehe save nama di henpon pun dengan nama Kak Dah Vouge. Pasal apa panggil KDV sebab dia banyak cerita. Brandingkan diri di media sosial facebook. Banyak kisah #kdv yang dia share di dinding muka buku dia.

Mula-mula buku ni dibuka untuk Pre-Order tapi Feni tak sempat nak grab. Macam ni lah, kadang-kadang masa tak mengizinkan. Kali ni bila KDV offer nak ke tak nak buku nih ? Feni terus yaaa, aku nakkk. Kami berhubung melalui pesanan whatapps dan telegram je. Jarang sekali nak call. Sesekali jumpa untuk beberapa urusan.

Lepas ni tak tahulah bila boleh jumpa KDV lagi. Nanti dah habis baca buku ni Feni akan buat #review tentang isinya.


June 6, 2018

Adik Rayyan 3 Tahun 6 Bulan


Alhamdulillah hari ni pergi klinik sebab nak check up kesihatan Adik Rayyan. Adik Rayyan dah 3 tahun 6 bulan. Check up seterusnya bulan 12 nanti. Masa tu chekup untuk umur 4 tahun. Sehari selepas birthday Adik.

Hari ni ada masalah sikit dengan berat badan adik. Graf berat semakin menurun. Tak tahu dah ummi ni nak buat macam mana dik. Badan pun kecik je. Susu tak berapa nak minum. Dia nak susu yang ada coklat je. Ummi taknak bagi sangat sebab takut gula banyak dalam darah. Dia suka sangat minum air manis macam air kotak tu.


Tadi masa chekup, doktor hanya bagi ubat cacing. Nak kata dia tak makan, dia makan banyak. Nasi pun dah selera makan. Setakat ni hanya ikut jelah apa yang doktor cakap.

Lepas ni mungkin ummi kena buat sesuatu supaya berat badan adik kembali normal sesuai dengan umur dan tinggi dia. Sebelum ni ada jugak doktor bagi multivitamin supaya dia selera makan.

June 5, 2018

7 KELEBIHAN BISNES SHAKLEE YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

Feni bermula dengan online untuk buat bisnes Shaklee ni. Rugi kalau tak share dengan ramai orang supaya lebih ramai lagi akan mendapat manfaat dengan bisnes ni.

7 Kelebihan Bisnes Shaklee 


1. Modal Permulaan Yang Rendah

Untuk menjadi ahli Shaklee senang je. Samada dengan membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM75.60 atau pun keahlian PERCUMA dengan belian sebanyak melebihi 200UV untuk produk-produk Shaklee yang terpilih. 200UV ni lebih kurang dalam RM7++.++. Contohnya beli Vivix 2 botol atau 3 kotak Collagen Powder dah layak dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA.



2. Modal Kecil Perniagaan Besar

Sebenarnya nak mulakan bisnes Shaklee tidak memerlukan modal yang besar. Semuanya boleh dibuat secara ONLINE sahaja. Macam dropship jugak lah. Kita buat marketing, share produk di fb, instagram, blog atau medium online yang lain. Bila dapat order, customer buat bayaran dan kita log in shaklee2u. Kemudian boleh terus buat order. Segala urusan pos diuruskan oleh pihak Shaklee. Untuk menyemak tracking number semuanya hanya melalui shaklee2u.


3. Masa Yang Fleksibel

Yang ni paling best bagi Feni sebab bisnes ni boleh buat ikut masa kita. Nak buat bila dan dimana semuanya boleh. Yang penting ada liputan internet dan juga smartphone. Kalau takde 2 benda ni memang agak susah nak buat bisnes ni. Boleh jer buat secara offline tapi agak memerlukan modal sebab perlu buat demo dan tester kit. Jadi untuk yang baru mula nak berjinak-jinak dengan bisnes online boleh buat bisnes Shaklee ni.


4. Kos Operasi Yang Rendah

Semua orang kalau boleh nak meminimumkan kos operasi seperti sewa kedai, beli rak untuk display dan sebagainya. Untuk memulakan bisnes Shaklee tak perlu kos operasi yang banyak. Hanya kesabaran dan kesungguhan diperlukan. Untuk marketing secara online, kita boleh gunakan facebook, instagram dan juga blog sebagai kedai online kita. Ini sangat menjimatkan dan kos untuk memulakan bisnes Shaklee tidak membebankan.



5. Ilmu Perniagaan Yang Boleh Diwarisi 

Ilmu perniagaan yang boleh diwarisi untuk anak-anak. Perniagaan ni telah lama bertapak di Malaysia sejak tahun 1988 (sekarang sudah 30 tahun) selepas 2 tahun kematian pengasasnya iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Semakin hari semakin kukuh dan mendapat perhatian bukan sahaja untuk rakyat Malaysia malah seluruh dunia kerana ianya terkenal dengan kualiti dan terbukti berkesan.



6. Mendisiplinkan Diri

Bisnes Shaklee ni adalah bisnes sendiri. Jadi terpulang kepada diri sendiri untuk merebut peluang yang diberikan. Nak lebih kena usaha lebih. Nak biasa-biasa pun tiada siapa yang paksa. Namun bagi Feni bisnes ini mengajar diri untuk lebih berdisiplin terhadap apa yang kita lakukan.



7. Pendapatan Tanpa Batasan



Semuanya bergantung pada usaha masing-masing. Agak-agak berapa boleh dapat dengan bisnes Shaklee ni ? Terpulang pada diri sendiri. Takkan rugi orang yang banyak berusaha. Lebih baik letih berusaha dari letih untuk perkara yang sia-sia.

Untuk mendaftar sebagai ahli atau mendapatkan produk Shaklee, boleh terus menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 1, 2018

Welcome June !


Welcome June. Setiap awal bulan set target baru dan azam baru. Tak sangka bila ada target ni hidup lebih tenang dan tenteram. Ewah !

Alhamdulillah sudah 16 Ramadhan hari ni. Apa yang berlaku hari ni. Aku kena tolak kurma sampai bawah untuk diagih-agihkan kepada anak-anak yatim di Kelantan sana.





Kita ni rasa susah dah tapi ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Apapun kena bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Rasa seronok pula bila buat kerja-kerja amalk begini sebabnya membuatkan aku lebih rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

Kalau sebelum ini aku tak kisah pun dengan apa yang berlaku di sekeliling aku. Lebih fokus kepada diri sendiri. Bila aku melibatkan diri dengan program-program macam ni rasa lebih bersyukur. "ohh aku lebih baik dari mereka". Bukan nak mendabik dada dengan kelebihan diri malah rasa lebih hamba. 

Jika berada di atas (senang) jangan lupa orang yang memerlukan. Kita duduk atas muka bumi ni hanyalah pinjaman semata-mata. Kalau boleh buatlah baik kepada semua orang. Kita tak tahu bila Allah nak bagi.

Lepas angkut semua kurma ni, aku dengan Kak Diana pergi Sunway Putra untuk cuci mata. Semalam baru dapat gaji kan. Jadi bolehlah reward diri sendiri dengan menyoping 2 helai baju. Hehe.



Semoga bulan June ni lebih bahagia. Balik ni nak berbuka puasa dengan apa tak tahu. Semalam makan nasi sikit je jadi hari ni macam tak bertenaga sangat tapi masih kuat untuk berpuasa. Malu lah dekat anak-anak kalau ummi tak puasa.



Tips Mengendalikan Masalah Ekzema Anak

Semalam dalam sesi blogwalking, Feni terjumpa satu entry yang menceritakan tentang anaknya yang mengalami ekzema teruk hingga menyebabkan kulit berdarah. Hati seorang ibu akan berasa risau dengan masalah ini dan akan cuba berikhtiar untuk memulihkan anaknya.

APA ITU EKZEMA

Ekzema adalah penyakit kulit yang boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira umur, jantina dan kaum. Nisbah manusia yang menghidap ekzema ini adalah 1:5. Antara simptom ekzema ialah kulit kering, berair, berdarah dan bernanah. Penyakit ini pernlu ditanggung seumur hidup dimana tiada rawatan khusus untuk menyembuhkannya..

Antara cara rawatan untuk mengurangkan masalah ekzema ini ialah dengan menggunakan ubat steroid yang bukan sahaja secara krim malam secara oral juga untuk penyakit ekzema yang lebih serius.

Ekzema biasa dikaitkan dengan alahan kepada susu formula, sabun, makanan laut, air berklorin tinggi dan sebagainya.


TIPS UNTUK MENGENDALIKAN MASALAH EKZEMA 


1. Menyapu losyen pelembab dengan kerap setiap hari bagi mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah menjadi kering.

2. Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan atau alahan pada kulit.

3. Menggunakan pakaian yang menyerap peluh serta mempunyai pengaliran udara yang baik seperti kain kapas.

3. Mengunakan tuala yang lembut. Ketika mengelap badan, hanya dap-dap saja pada kulit yang sensitif untuk mengelakkan kerengsaan kulit bertambah teruk.

4. Gunakan sabun yang bebas bahan kimia bahaya. Pilih sabun yang tiada bau dan bebas paraben. Selalunya sabun untuk kulit yang sensitif ini tidak berbau wangi.

5. Jangan letakkan bedak pada kulit yang mengalami ekzema kerana boleh menyebabkan kulit bertambah teruk.

6. Dapatkan nasihat doktor untuk masalah ekzema yang dialami.

HERBAL BLEND UNTUK MASALAH EKZEMA

Herbal Blend dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang bebas bahan kimia bahaya. Ianya selamat untuk digunakan untuk kulit. 


TESTIMONI HERBAL BLEND
 






Herbal blend hanya krim yang boleh disapu untuk luaran kulit sahaja. Sebaiknya jagalah pemakanan yang boleh mengelakkan alahan pada kulit.

Untuk mendapatkan Herbal Blend boleh menghubungi Feni. Pos ke seluruh Malaysia.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 31, 2018

10 Step For Charging Your Life

Hari ni rasa macam down sangat sebab kurang motivasi kot. Lebih-lebih lagi badan rasa cepat penat. Stress dengan kerja yang menimbun dan alasan paling tak best puasa. Huhu.

Bila puasa ni badan memang macam lemah je. Nak-nak pulak lepas berbuka memang hentam makanan banyak-banyak. Bila makan banyak badan jadi letih dan lemau. Nak buat amal ibadat pun penat. Adeiii.

Sempena bulan Ramadhan yang dah tinggal setengah bulan je lagi ni belum terlambat untuk mulakan hidup baru.



Sebenarnya motivasi ni kita sendiri yang kena cari. Buat dan terus buat. Nak melawan perasaan malas tu memang susah sangat. Lebih baik letih dengan buat kerja daripada letih dari tak buat apa-apa. Contohnya macam kalau cuti. Kerja membongkang je. Rumah bersepah. Kain baju tak berlipat dan akhirnya aku yang sesak sendiri. Haha

Jadi lebih baik lah aku buat kerja. Bila dah penat betol-betol baru tidur. Tidur pun boleh lena dan nyenyak. Rasa masa tu berlalu dengan pelbagai kerja yang berfaedah. Paling best aku takde masa nak membawang pasal orang lain. Membawang benda yang baik okey lah. Kalau membawang buat ketupat memang dapat dosa free.

Memanglah hidup ni bukan tentang kita saja tapi kalau diri sendiri pun tak boleh nak jaga macam mana kita nak jaga orang lain. Adeiii ni sekadar pandangan sendiri saja okey. Sekarang ni bukan boleh main tulis je. Salah tulis kena kecam. Apapun teruskan berbuat baik untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara.


May 30, 2018

BERBUKA PUASA DI HOTEL SHANGRI LA

Alhamdulillah Ahad 27/05/2018, aku berpeluang memenuhi jemputan untuk menghadiri Majlis Iftar bersama keluarga besar NRSB di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Berbuka puasa bersama keluarga besar kami memang seronok. Salah satu tanda bos nak ucapkan terima kasih dan mengeratkan hubungan antara bos dan majikan.

Feni sampai agak lewat dalam pukul 7.00 malam baru sampai. Masa masuk dekat lobby hotel dah nampak dah semua staff NRSB tengah bersantai menunggu yang lain-lain sampai. Alhamdulillah aku tak sampai awal. Kalau tak mesti tercongok sorang-sorang di situ.

Sampai terus kami ke dewan makan. Register nama dan di tunjukkan tempat khas untuk kami. Ambil tempat dan kami pun survey makanan yang nak dijamah sementara menunggu waktu berbuka. Mula-mula ambil makanan untuk berbuka sahaja sebab kami nak solat maghrib dulu.

Terdapat banyak hidangan yan disediakan di sini tapi lebih kepada masakan Timur Tengah.




Tak sempat nak berphoto banyak-banyak sebab masa memang terhad. Sibuk dok punggah makanan. Haha. Kali ni makan sampai kenyang. Perut padat dengan semua makanan tapi nasi sebutir pun tak masuk perut.

Hidangan secara buffet ni jadi kita bebas nak pilih nak makan apa. Kami siap plan awal-awal taknak minum air banyak sebab nak rasa semua makanan kat sini. Bukan senang bos nak bayor. Kita belasah habis-habisan. Keh keh keh.

Bos tengok pun puas hati sebab cakap kat kami tak rugi bawak u all makan. Haha. Kami ambil semua tapi dalam kuantiti yang sikit. Rasa semua makanan yang tak pernah rasa.

Mula-mula masuk dewan terdapat ruangan dessert di sebelah kiri. Terdapat berbagai jenis dessert di sini. Ada kek, kuih muih, puding, ais kacang dan juga ais krim. Di sepanjang ruangan ada sup-sup. Ada makanana Timur tengah. 

Untuk bahagian bakar pulak di luar dewan makan. Ada macam-macam jenis makanan yang digrill seperti daging, ayam, udang, tiram dll.

Memang puas hati lah kalau jenis yang memang hantu makan. Kami ni sebab berbuka puasa rasa sikit-sikit pun dah okey. Makan banyak-banyak kang tak boleh jalan balik pulak.

Pukul 9.00 malam, aku dah bersedia untuk pulang. Walaupun majlis sampai pukul 10.00 malam. Minta izin dengan bos dan maklumkan nak pulang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...