March 19, 2018

MEWANGI SELAMANYA DENGAN ESSENTIAL OIL - YOUNG LIVING

Sebelum ni memang teringin sangat nak beli air purifier tu. Bila ushar di pasaraya harga dia mak aiii boleh tahan juga.

Akhir tahun lepas, ada buat demostrasi di opis tentang Young Living ni. Best sangat sebab boleh guna essential oil untuk masalah kesihatan. Bau pun wangi je. Bila diberi peluang untuk mencuba sendiri buat produk dengan minyak Essential Oil Young Living ni, memang tak lepaskan peluang untuk share dengan orang lain supaya dapat rasa bau dan faedah daripada produk YL ni.


Untuk permulaan, bos kami beli satu set untuk dipasangkan di pejabat. Bila stress-stress ke dan tertekan dengan keadaan pejabat dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan macam bau rokok ke, sampah ke. Memang YL ni sangat-sangat membantu.


Harga untuk satu set ialah RM756.00 sahaja. Keahlian adalah percuma dengan belian SET PREMIUM STARTER KIT ni. Sangat-sangat berbaloi kerana boleh jimat sangat banyak berbanding beli satu-satu.


Kebaikan setiap minyak Essential Oil















KESAN MENGAMALKAN SHAKLEE

Feedback demi feedback Feni terima setelah buat keputusan untuk buat sharing pasal Shaklee. Alhamdulillah banyak feedback yang positif yang memang patut di share supaya lebih ramai lagi orang kat luar pun dapat rasa apa yang telah kami rasa.

Untuk mendapatkan kesihatan yang baik kita perlu mengamalkan makanan yang sihat, buat senaman dan juga boleh amalkan suplemen atau makanan tambahan bagi meningkatkan kualiti kesihatan. Suplemen hanya membantu dalam mencegah dari awal bukannya setelah terkena penyakit. 

KEISTIMEWAAN SHAKLEE












SELAMAT MENYAMBUT SATU REJAB 1439 HIJRAH

Assalamualaikum.

Ada yang berpuasa ke hari ni ? Alhamdulillah hari ni setakat pukul 12.30 ni, Mak Jemah masih lagi dalam puasa. Harapnya sempurnalah puasa Mak Jemah hari ini. Berkat bulan Rejab yang mulia ini.

Jom kita sama-sama berdoa dengan doan di bawah :

Photo by : shafiqolbu

Dulu-dulu masa sekolah bila tiba je bulan Rejab, kami ramai-ramai akan berpakat dengan sahabat-sahabat untuk mengumpul pahala dengan menunaikan ibadat puasa ganti dan sunat serentak. Seronok bila dapat tunaikan bersama-sama. Share nak berbuka puasa apa nanti dan paling best bila masa rehat tak makan sama-sama.

Masa sekolah bila tak keluar untuk makan. Masa tu lah boleh gunakan untuk ulangkaji atau pun buat kerja sekolah yang tak siap. Hehe. Bila masa rehat yang sangat terhada dan nak makan pun susah sebab kena beratur panjang nak beli makanan. Bila puasa memang banyak sangat kelebihannya.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

✿ Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

✿ Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

✿ Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

✿ Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

✿ Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

✿ Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

✿ Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

✿ Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)

✿ Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

✿ Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

✿ Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

✿ Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

✿Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Amatlah beruntung bagi mereka yang berlumba-lumba dalam menunaikan ibadah dalam menuntut keredhaan Allah.

Semoga segala amalan kebaikan kita di dunia ini diterima oleh Allah.


March 16, 2018

5 TIPS PEKATKAN SUSU BADAN SUPAYA ANAK KENYANG DAN IBU TIDAK STRESS


Susu ibu cair atau tidak pekat sering meresahkan ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan bayi tidak kenyang dan mudah meragam. Bila perut lapar bayi akan mudah meragam.

Jadi untuk pekatkan susu ibu, jom amalkan beberapa tips di bawah :-

1. Makan Makanan Yang Berkhasiat

Untuk mendapatkan susu yang pekat dan berkualiti, ibu haruslah mengamalkan makanan yang sihat seperti lebhkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Makan ikut piramid makanan. Antara makanan yang terkenal sebagai penggalak susu ialah lobak putih, kurma, sawi, halba, biskut bijirin, roti gandum dan banyak lagi.


2. Minum air kosong/suam

Untuk menghasilkan susu yang banyak, air sangat penting untuk proses pengeluaran susu. Ibu harus banyakkan minum air. Banyakkan minum air ketika menyusu atau mengepam kerana semasa menyusukan ibu akan mudah berasa penat dan haus. Jadi air boleh mengurangkan tekanan kepada ibu.

3. Jaga Emosi

Emosi juga sangat penting dalam proses penyusuan. Emosi yang tidak stabil boleh menyebabkan pengluaran susu terganggu. Oleh itu ibu perlu bertenang dan rehatkan minda ketika proses menyusu atau mengumpul stok EBM.

4. Kosongkan Payudara Bila Mengepam

Pastikan payudara kosong setelah mengepam. Ini akan menghasilkan susu yang lebih pekat. Bila susu sentiasa dipam. Ia akan menghasilkan lebih banyak susu mengikut keperluan bayi.


5. Amalkan Suplemen Penggalak Susu "Milk Booster"

Kadang-kadang suplemen juga boleh membantu dalam menghasilkan susu ibu yang lebih pekat. ESP adalah salah satu suplemen penggalak susu yang berkhasiat untuk ibu menyusu. Ia dihasilkan daripada soya NON-GMO yang selamat bukan sahaja untuk ibu malah bayi juga boleh merasai khasiatnya.

Untuk mendapatkan suplemen ESP boleh terus klik sini.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 15, 2018

MUDAHNYA BERNIAGA ONLINE


Bismillahirahmanirahim. 

Hari ni ramai yang memilih untuk buat 2 kerja bagi menampung perbelanjaan yang semakin hari semakin sesak dada. Kalau betul-betul tak buat bajet boleh menyebabkan kepala sakit dan stress. Tekanan perasaan sebab seringkali memikirkan tentang perbelanjaan harian. Tambah-tambah lagi bila hidup di kota macam Kuala Lumpur ni.

Sekarang ni banyak peluang-peluang perniagaan yang melibatkan online di media sosial. Antara media sosial yang paling popular di Malaysia ialah melalui Facebook, Instagram, Blog dan juga beberapa media sosial lain yang berbayar seperti Lazada, Shopee, 11Street dan banyak lagi yang tumbuh bagaikan cendawan.  

Bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak boleh mulakan perniagaan online yang "zero modal" seperti Dropship yang banyak ditawarkan di group-group iklan di Facebook. Mulakan dengan mengumpul modal untuk mendaftar sebagai dropship. Keuntungan dropship dalam RM5 hingga RM10 untuk setiap produk. Tugas dropship adalah hanya mempromosikan produk di medium-medium sosial. InshaAllah bila marketing berjalan dan orang mula kenal, akan ada sales yang masuk. 


Untuk memulakan perniagaan secara dropship, modal yang diperlukan ialah handphone dan juga internet. Bila ada liputan internet mudahlah bagi kita untuk mempromosikan produk yang kita tawarkan.



5 Medium Pemasaran Sosial Yang boleh di Cuba


1. Facebook

Bagi yang baru nak memulakan perniagaan dan tidak mempunyai banyak modal boleh gunakan face dengan menggunakan Facebook personal. Bina hubungan dengan rakan-rakan dan sentiasa 'branding'kan diri untuk menimbulkan kepercayaan orang lain bagi mendapatkan produk dengan kita. Maklum saja sekarang ni ramai yang buat akaun palsu bagi menipu pengguna. Ini adalah percuma dan hanya perlu menonjolkan diri selalu.

2. Instagram

Instagram juga satu medium yang tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia. Adakalanya #instafemes boleh menjana pendapatan melebih RM10K sebulan hanya dengan memuatnaik video dan photo di instagram. Gambar yang dimuatnaik di intagram haruslah cantik kerana instagram lebih menitikberatkan gambar yang menarik. Penggunaan #tag yang sesuai juga penting bagi menarik minat followers.

3. Blog

Medium yang sangat penting untuk menulis segala kebaikan dan juga kelemahan sesuatu produk. Melalui blog juga kita boleh menerangkan lebih panjang lebar tentang produk atau servis yang kita buat. Blog sangat penting sebab ia boleh dicari melalui "Google Search Engine". Bila orang taip je terus keluar gi google. Jadi jangan lupakan medium blog sebagai satu medium pemasaran yang penting.

4. Youtube

Semakin hari semakin ramai yang menjana pendapatan melalui Youtube. Bagi mereka yang suka travel dan suka share pengalaman dengan rakan-rakan. Kadang-kadang susah nak update tentang aktiviti mereka. Jadi dengan hanya merakam aktiviti mereka semasa travel sudah boleh di muat naik ke Youtube. Hasilkan video-video yang dicari-cari oleh pengguna.

5. Whatsapp

Whatsapp adalah medium chat yang percuma. Sesuai untuk merekan yang menjalankan bisnes online. Ini memudahkan pembeli dan juga pengedar berhubung. Bagi mendapatkan produk pembeli akan menghubungi pengedar melalui Whatsapp.



March 13, 2018

MAKAN-MAKAN SHELL OUT DI OCEAN HOUZ BANGI

Sabtu lepas, selepas puas bagi anak-anak mandi kolam di Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Kami pergi makan di Ocean Hauz di Bangi.

Kami pilih makanan untuk SET 4 orang makan. Harga dalam lebih kurang RM120.00 air kami pilih asing-asing sebab anak-anak ikut selera masing-masing. Air boleh pilih nak satu-satu atau jug. Semua bil termasuk air dalam RM15+.++.

Nak abadikan memori makan-makan disini dengan family. Esok-esok boleh tengok balik.














Sedikit #review makan dekat sini. Kami pilih tingkat atas yang lebih selesa dan tak bising. Susunan meja yang panjang dan luas sesuai untuk family berkumpul dan lepak.

Tingkat bawah pun ada. Boleh pilih untuk duduk indoor atau outdoor. Kami lebih selesa pilih indoor sebab tau sajalah bila ada anak-anak kecil yang boleh tahan lasak ni. Nak makan pun kena beringat. Kalau makan di luar belum tentu boleh enjoy dengan nikmat makanan itu. Hehehe

Makanan yang sedap dan kena dengan tekak Mak Jemah ni. Portion untuk setiap jenis bahan pun banyak. Puas makan sampai tak muat perut. Anak-anak pun boleh makan sebab rasanya yang tak berapa pedas.

Kalau dulu ada jugak dengar tentang #badreview tentang Ocean Hauz ni, mungkin dah di upgrade menjadi lebih baik. Apapun bagi kami service pun okay. Boleh datang lagi sebab harga pun berpatutan sesuai dengan poket sendiri. 




ORANG BERBUDI DAN KITA BERBAHASA

Bak kata pepatah Melayu "Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Orang Memberi, Kita Merasa". Maksudnya orang membuat baik kepada kita, kita membalasnya dengan baik. Orang bagi apa-apa dapat juga kita merasa.

Macam tu lah kehidupan kita hari ini. Namun manusia ni mudah lupa dengan kebaikan yang orang pernah buat dekat kita. Lupa yang nikmat yang Allah bagi. Dunia ni hanya sementara, pinjaman semata-mata. Bila-bila masa saja Allah nak tarik balik nikmat pun boleh.

Sebagai seorang muslim yang sentiasa dahagakan kasih sayang Allah akan sentiasa diuji untuk terus kuat dalam menghadapi dugaan darinya. Cuba muhasabah diri sendiri masih banyak yang perlu dilakukan sebelum tibanya hari kematian.

Masihkah punyai peluang untuk menikmati hidup ini esok hari ?

Entah, kerana aku pun tidak tahu bila akan dijemput pulang. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali. 

Semoga esok diberikan peluang untuk meneruskan hidup ini.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...