March 16, 2018

5 TIPS PEKATKAN SUSU BADAN SUPAYA ANAK KENYANG DAN IBU TIDAK STRESS


Susu ibu cair atau tidak pekat sering meresahkan ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan bayi tidak kenyang dan mudah meragam. Bila perut lapar bayi akan mudah meragam.

Jadi untuk pekatkan susu ibu, jom amalkan beberapa tips di bawah :-

1. Makan Makanan Yang Berkhasiat

Untuk mendapatkan susu yang pekat dan berkualiti, ibu haruslah mengamalkan makanan yang sihat seperti lebhkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Makan ikut piramid makanan. Antara makanan yang terkenal sebagai penggalak susu ialah lobak putih, kurma, sawi, halba, biskut bijirin, roti gandum dan banyak lagi.


2. Minum air kosong/suam

Untuk menghasilkan susu yang banyak, air sangat penting untuk proses pengeluaran susu. Ibu harus banyakkan minum air. Banyakkan minum air ketika menyusu atau mengepam kerana semasa menyusukan ibu akan mudah berasa penat dan haus. Jadi air boleh mengurangkan tekanan kepada ibu.

3. Jaga Emosi

Emosi juga sangat penting dalam proses penyusuan. Emosi yang tidak stabil boleh menyebabkan pengluaran susu terganggu. Oleh itu ibu perlu bertenang dan rehatkan minda ketika proses menyusu atau mengumpul stok EBM.

4. Kosongkan Payudara Bila Mengepam

Pastikan payudara kosong setelah mengepam. Ini akan menghasilkan susu yang lebih pekat. Bila susu sentiasa dipam. Ia akan menghasilkan lebih banyak susu mengikut keperluan bayi.


5. Amalkan Suplemen Penggalak Susu "Milk Booster"

Kadang-kadang suplemen juga boleh membantu dalam menghasilkan susu ibu yang lebih pekat. ESP adalah salah satu suplemen penggalak susu yang berkhasiat untuk ibu menyusu. Ia dihasilkan daripada soya NON-GMO yang selamat bukan sahaja untuk ibu malah bayi juga boleh merasai khasiatnya.

Untuk mendapatkan suplemen ESP boleh terus klik sini.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 15, 2018

MUDAHNYA BERNIAGA ONLINE


Bismillahirahmanirahim. 

Hari ni ramai yang memilih untuk buat 2 kerja bagi menampung perbelanjaan yang semakin hari semakin sesak dada. Kalau betul-betul tak buat bajet boleh menyebabkan kepala sakit dan stress. Tekanan perasaan sebab seringkali memikirkan tentang perbelanjaan harian. Tambah-tambah lagi bila hidup di kota macam Kuala Lumpur ni.

Sekarang ni banyak peluang-peluang perniagaan yang melibatkan online di media sosial. Antara media sosial yang paling popular di Malaysia ialah melalui Facebook, Instagram, Blog dan juga beberapa media sosial lain yang berbayar seperti Lazada, Shopee, 11Street dan banyak lagi yang tumbuh bagaikan cendawan.  

Bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak boleh mulakan perniagaan online yang "zero modal" seperti Dropship yang banyak ditawarkan di group-group iklan di Facebook. Mulakan dengan mengumpul modal untuk mendaftar sebagai dropship. Keuntungan dropship dalam RM5 hingga RM10 untuk setiap produk. Tugas dropship adalah hanya mempromosikan produk di medium-medium sosial. InshaAllah bila marketing berjalan dan orang mula kenal, akan ada sales yang masuk. 


Untuk memulakan perniagaan secara dropship, modal yang diperlukan ialah handphone dan juga internet. Bila ada liputan internet mudahlah bagi kita untuk mempromosikan produk yang kita tawarkan.



5 Medium Pemasaran Sosial Yang boleh di Cuba


1. Facebook

Bagi yang baru nak memulakan perniagaan dan tidak mempunyai banyak modal boleh gunakan face dengan menggunakan Facebook personal. Bina hubungan dengan rakan-rakan dan sentiasa 'branding'kan diri untuk menimbulkan kepercayaan orang lain bagi mendapatkan produk dengan kita. Maklum saja sekarang ni ramai yang buat akaun palsu bagi menipu pengguna. Ini adalah percuma dan hanya perlu menonjolkan diri selalu.

2. Instagram

Instagram juga satu medium yang tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia. Adakalanya #instafemes boleh menjana pendapatan melebih RM10K sebulan hanya dengan memuatnaik video dan photo di instagram. Gambar yang dimuatnaik di intagram haruslah cantik kerana instagram lebih menitikberatkan gambar yang menarik. Penggunaan #tag yang sesuai juga penting bagi menarik minat followers.

3. Blog

Medium yang sangat penting untuk menulis segala kebaikan dan juga kelemahan sesuatu produk. Melalui blog juga kita boleh menerangkan lebih panjang lebar tentang produk atau servis yang kita buat. Blog sangat penting sebab ia boleh dicari melalui "Google Search Engine". Bila orang taip je terus keluar gi google. Jadi jangan lupakan medium blog sebagai satu medium pemasaran yang penting.

4. Youtube

Semakin hari semakin ramai yang menjana pendapatan melalui Youtube. Bagi mereka yang suka travel dan suka share pengalaman dengan rakan-rakan. Kadang-kadang susah nak update tentang aktiviti mereka. Jadi dengan hanya merakam aktiviti mereka semasa travel sudah boleh di muat naik ke Youtube. Hasilkan video-video yang dicari-cari oleh pengguna.

5. Whatsapp

Whatsapp adalah medium chat yang percuma. Sesuai untuk merekan yang menjalankan bisnes online. Ini memudahkan pembeli dan juga pengedar berhubung. Bagi mendapatkan produk pembeli akan menghubungi pengedar melalui Whatsapp.



March 13, 2018

MAKAN-MAKAN SHELL OUT DI OCEAN HOUZ BANGI

Sabtu lepas, selepas puas bagi anak-anak mandi kolam di Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Kami pergi makan di Ocean Hauz di Bangi.

Kami pilih makanan untuk SET 4 orang makan. Harga dalam lebih kurang RM120.00 air kami pilih asing-asing sebab anak-anak ikut selera masing-masing. Air boleh pilih nak satu-satu atau jug. Semua bil termasuk air dalam RM15+.++.

Nak abadikan memori makan-makan disini dengan family. Esok-esok boleh tengok balik.














Sedikit #review makan dekat sini. Kami pilih tingkat atas yang lebih selesa dan tak bising. Susunan meja yang panjang dan luas sesuai untuk family berkumpul dan lepak.

Tingkat bawah pun ada. Boleh pilih untuk duduk indoor atau outdoor. Kami lebih selesa pilih indoor sebab tau sajalah bila ada anak-anak kecil yang boleh tahan lasak ni. Nak makan pun kena beringat. Kalau makan di luar belum tentu boleh enjoy dengan nikmat makanan itu. Hehehe

Makanan yang sedap dan kena dengan tekak Mak Jemah ni. Portion untuk setiap jenis bahan pun banyak. Puas makan sampai tak muat perut. Anak-anak pun boleh makan sebab rasanya yang tak berapa pedas.

Kalau dulu ada jugak dengar tentang #badreview tentang Ocean Hauz ni, mungkin dah di upgrade menjadi lebih baik. Apapun bagi kami service pun okay. Boleh datang lagi sebab harga pun berpatutan sesuai dengan poket sendiri. 




ORANG BERBUDI DAN KITA BERBAHASA

Bak kata pepatah Melayu "Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Orang Memberi, Kita Merasa". Maksudnya orang membuat baik kepada kita, kita membalasnya dengan baik. Orang bagi apa-apa dapat juga kita merasa.

Macam tu lah kehidupan kita hari ini. Namun manusia ni mudah lupa dengan kebaikan yang orang pernah buat dekat kita. Lupa yang nikmat yang Allah bagi. Dunia ni hanya sementara, pinjaman semata-mata. Bila-bila masa saja Allah nak tarik balik nikmat pun boleh.

Sebagai seorang muslim yang sentiasa dahagakan kasih sayang Allah akan sentiasa diuji untuk terus kuat dalam menghadapi dugaan darinya. Cuba muhasabah diri sendiri masih banyak yang perlu dilakukan sebelum tibanya hari kematian.

Masihkah punyai peluang untuk menikmati hidup ini esok hari ?

Entah, kerana aku pun tidak tahu bila akan dijemput pulang. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali. 

Semoga esok diberikan peluang untuk meneruskan hidup ini.

MINUMAN HALIA YANG MENENANGKAN DAN MEMBANTU BUANG ANGIN DALAM BADAN


Secawan teh halia yang ditambah sedikit madu menjadikannya lebih berperisa untuk dinikmati. Keadaan stress yang sungguh menegangkan otak dapat dilegakan dengan menikmati secawan teh halia.

Kadang-kadang sebu di perut sebab aktiviti makan yang tidak menentu. Bila perut sebu pon boleh amalkan teh halia sebagai rawatan remedi bagi membantu melegakan perut yang sebu.

Masa pergi beli goreng pisang dibawah pun terpaksa pilih pisang yang tak angin sebab bila kena angin memang masalah. Dahla kita ni datang balik kerja dengan motor. Buatnya sakit kepala masa tengah jalan mahu tak haru biru jadinya.

Bila cakap dengan pakcik tu, saya tak boleh makan pisang abu pakcik sebab nanti kena angin. Terus dia cakap nak buang angin dalam badan senang je. Balik rumah nak ambil halia, ketuk-ketuk dan panaskan hingga mendidih. Sejukkan air halia hingga suam, kemudian campur madu sikit. Minum dengan bahagia.

Masalahnya kita ni takde masa nak buat. Bila ada masa lapang bolehla buat. Sampai rumah sendiri pun dekat pukul 10 malam. Awal pagi dah nak keluar hantar anak sekolah kemudian terus ke pejabat. Bila masa nak buatnya hari-hari. Jadi kena tunggu hujung minggu baru boleh buat benda-benda macam ni dengan bahagia.

Alternatif nak senang dan mudah, Feni akan telan saja PEPPERMINT GINGER PLUS dari Shaklee ataupun kalau nak mudah Feni hanya bancuhkan dalam air suam dan minum. Kesan minum air halia ni memang best. Sakit kepala dan kembung perut mudah lega. Angin dalam badan pun tak segan-segan nak keluar. 

Antara khasiat halia untuk kesihatan

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
4. Pencegahan Demam dan Selesema.
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
6. Mencegah Barah Usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.
9. Rawatan Kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti.
11. Mengurangkan Morning Sickness. 


Nak mudah nak senang buang angin dalam badan boleh dapatkan stok Peppermint Ginger Plus sebagai alternatif untuk buang angin dalam badan.

Boleh hubungi Feni untuk buat pesanan dan pertanyaan.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 12, 2018

ESP UNTUK SENTIASA BERTENAGA SEPANJANG HARI

Menjalani kehidupan seorang isteri, ibu dan juga pekerja sangat-sangat memerlukan tenaga yang banyak. Protein soya dapat membantu malah ia juga memberikan zat-zat yang diperlukan sepanjang hari. 


ESP MEMBERIKAN TENAGA BERTERUSAN

Karbohidrat terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah naik mendadak dan kemudiannya turun dengan pantas., menjadikan kita mudah letih dan mudah rasa terganggu dan mudah lapar. Manakala protein soya memberikan kesan yang berlainan. Ia adalah makanan dengan indeks glisemik (GI) rendah yang dapat membantu mengekalkan tahap insulin dan gula darah yang sihat. Mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan memberikan tenaga berterusan sepanjang hari.


PROTEIN SANGAT PENTING UNTUK MERANGSANG PENGHASILAN DAN PERKEMBANGAN OTOT YANG SIHAT

Protein mengekalkan penghasilan dan perkembangan otot yang sihat, pengambilan protein yang mencukupi turut membantu memelihara kesihatan tendon, ligamen dan tisu-tisu badan yang lain. Protein soya mengandungi kompaun osiflavon semulajadi yang membantu meningkatkan jisim otot, penambahbaikan komposisi badan dan menggalakkan pengurangan berat badan.


KELEBIHAN ESP SHAKLEE

✿ ESP dihasilkan daripada kacang soya NON-GMO yang tidak diubah genetiknya.
✿ Pengambilan ESP sebanyak 3 sudu besar bersamaan 14gram protein (105 kcal).
✿ Proses penyerapan protein untuk setiap individu adalah berbeza-beza sekitar 5-9gram setiap jam.

✿ Jadi dalam masa 3 - 4 jam sudah berasa lapar jika hanya minum esp semata-mata.
✿ Anda dinasihatkan makan makanan yang rendah kalori ditambah bersama esp seperti oat, roti gandum, biskut dan lain-lain.
✿ ESP juga mengandungi 500mg kalsium untuk setiap hidangan.

Berminat untuk mencuba ESP sebagai hidangan sampingan yang sihat bolehlah menghubungi Feni atau klik link wasap di bawah.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 9, 2018

KEPENTINGAN PROTEIN UNTUK KANAK-KANAK

Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Bayi dan kanak-kanak memerlukan proetin yang lebih tinggi berbanding orang dewasa untuk proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Kekurangan protein kepada kanak-kanak boleh menyebabkan pertumbuhan tulang dan otot  terbantut, badan cepat letih dan kurang fokus.

KEPENTINGAN PROTEIN UNTUK KANAK-KANAK

Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot

Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja, oleh itu pengambilan protein dalat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot. Bersama-sama dengan gaya hidup aktif dan pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot, pada masa yang sama, mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga lebih lama.


Menyokong Pertumbuhan Tulang yang Lebih Kuat dan Sihat

Isoflavon soya yang terdapat dalam protein soya membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat disamping menyokong proses metabolisme tulang. Soya mengandungi kalsium semulajadi yang diperlukan oleh tulang untuk tumbesaran yang sihat.

Antara sumber protein ialah :

  • Ayam
  • Ikan
  • Daging
  • Kekacang
  • Telur
  • Sayuran Hijau
  • Produk tenusu


Berikan anak-anak makanan yang terbaik untuk mencukupkan keperluan protein harian mereka. Berikan mereka MealShakes sebagai hidangan sampingan yang menyihatkan bagi memenuhi keperluan nutrisi mereka.


MealShakes sesuai untuk seisi keluarga terutamanya untuk kanak-kanak. Hubungi Feni untuk dapatkan Mealshakes.



Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...