March 13, 2018

MAKAN-MAKAN SHELL OUT DI OCEAN HOUZ BANGI

Sabtu lepas, selepas puas bagi anak-anak mandi kolam di Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Kami pergi makan di Ocean Hauz di Bangi.

Kami pilih makanan untuk SET 4 orang makan. Harga dalam lebih kurang RM120.00 air kami pilih asing-asing sebab anak-anak ikut selera masing-masing. Air boleh pilih nak satu-satu atau jug. Semua bil termasuk air dalam RM15+.++.

Nak abadikan memori makan-makan disini dengan family. Esok-esok boleh tengok balik.














Sedikit #review makan dekat sini. Kami pilih tingkat atas yang lebih selesa dan tak bising. Susunan meja yang panjang dan luas sesuai untuk family berkumpul dan lepak.

Tingkat bawah pun ada. Boleh pilih untuk duduk indoor atau outdoor. Kami lebih selesa pilih indoor sebab tau sajalah bila ada anak-anak kecil yang boleh tahan lasak ni. Nak makan pun kena beringat. Kalau makan di luar belum tentu boleh enjoy dengan nikmat makanan itu. Hehehe

Makanan yang sedap dan kena dengan tekak Mak Jemah ni. Portion untuk setiap jenis bahan pun banyak. Puas makan sampai tak muat perut. Anak-anak pun boleh makan sebab rasanya yang tak berapa pedas.

Kalau dulu ada jugak dengar tentang #badreview tentang Ocean Hauz ni, mungkin dah di upgrade menjadi lebih baik. Apapun bagi kami service pun okay. Boleh datang lagi sebab harga pun berpatutan sesuai dengan poket sendiri. 




ORANG BERBUDI DAN KITA BERBAHASA

Bak kata pepatah Melayu "Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Orang Memberi, Kita Merasa". Maksudnya orang membuat baik kepada kita, kita membalasnya dengan baik. Orang bagi apa-apa dapat juga kita merasa.

Macam tu lah kehidupan kita hari ini. Namun manusia ni mudah lupa dengan kebaikan yang orang pernah buat dekat kita. Lupa yang nikmat yang Allah bagi. Dunia ni hanya sementara, pinjaman semata-mata. Bila-bila masa saja Allah nak tarik balik nikmat pun boleh.

Sebagai seorang muslim yang sentiasa dahagakan kasih sayang Allah akan sentiasa diuji untuk terus kuat dalam menghadapi dugaan darinya. Cuba muhasabah diri sendiri masih banyak yang perlu dilakukan sebelum tibanya hari kematian.

Masihkah punyai peluang untuk menikmati hidup ini esok hari ?

Entah, kerana aku pun tidak tahu bila akan dijemput pulang. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali. 

Semoga esok diberikan peluang untuk meneruskan hidup ini.

MINUMAN HALIA YANG MENENANGKAN DAN MEMBANTU BUANG ANGIN DALAM BADAN


Secawan teh halia yang ditambah sedikit madu menjadikannya lebih berperisa untuk dinikmati. Keadaan stress yang sungguh menegangkan otak dapat dilegakan dengan menikmati secawan teh halia.

Kadang-kadang sebu di perut sebab aktiviti makan yang tidak menentu. Bila perut sebu pon boleh amalkan teh halia sebagai rawatan remedi bagi membantu melegakan perut yang sebu.

Masa pergi beli goreng pisang dibawah pun terpaksa pilih pisang yang tak angin sebab bila kena angin memang masalah. Dahla kita ni datang balik kerja dengan motor. Buatnya sakit kepala masa tengah jalan mahu tak haru biru jadinya.

Bila cakap dengan pakcik tu, saya tak boleh makan pisang abu pakcik sebab nanti kena angin. Terus dia cakap nak buang angin dalam badan senang je. Balik rumah nak ambil halia, ketuk-ketuk dan panaskan hingga mendidih. Sejukkan air halia hingga suam, kemudian campur madu sikit. Minum dengan bahagia.

Masalahnya kita ni takde masa nak buat. Bila ada masa lapang bolehla buat. Sampai rumah sendiri pun dekat pukul 10 malam. Awal pagi dah nak keluar hantar anak sekolah kemudian terus ke pejabat. Bila masa nak buatnya hari-hari. Jadi kena tunggu hujung minggu baru boleh buat benda-benda macam ni dengan bahagia.

Alternatif nak senang dan mudah, Feni akan telan saja PEPPERMINT GINGER PLUS dari Shaklee ataupun kalau nak mudah Feni hanya bancuhkan dalam air suam dan minum. Kesan minum air halia ni memang best. Sakit kepala dan kembung perut mudah lega. Angin dalam badan pun tak segan-segan nak keluar. 

Antara khasiat halia untuk kesihatan

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
4. Pencegahan Demam dan Selesema.
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
6. Mencegah Barah Usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.
9. Rawatan Kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti.
11. Mengurangkan Morning Sickness. 


Nak mudah nak senang buang angin dalam badan boleh dapatkan stok Peppermint Ginger Plus sebagai alternatif untuk buang angin dalam badan.

Boleh hubungi Feni untuk buat pesanan dan pertanyaan.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 12, 2018

ESP UNTUK SENTIASA BERTENAGA SEPANJANG HARI

Menjalani kehidupan seorang isteri, ibu dan juga pekerja sangat-sangat memerlukan tenaga yang banyak. Protein soya dapat membantu malah ia juga memberikan zat-zat yang diperlukan sepanjang hari. 


ESP MEMBERIKAN TENAGA BERTERUSAN

Karbohidrat terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah naik mendadak dan kemudiannya turun dengan pantas., menjadikan kita mudah letih dan mudah rasa terganggu dan mudah lapar. Manakala protein soya memberikan kesan yang berlainan. Ia adalah makanan dengan indeks glisemik (GI) rendah yang dapat membantu mengekalkan tahap insulin dan gula darah yang sihat. Mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan memberikan tenaga berterusan sepanjang hari.


PROTEIN SANGAT PENTING UNTUK MERANGSANG PENGHASILAN DAN PERKEMBANGAN OTOT YANG SIHAT

Protein mengekalkan penghasilan dan perkembangan otot yang sihat, pengambilan protein yang mencukupi turut membantu memelihara kesihatan tendon, ligamen dan tisu-tisu badan yang lain. Protein soya mengandungi kompaun osiflavon semulajadi yang membantu meningkatkan jisim otot, penambahbaikan komposisi badan dan menggalakkan pengurangan berat badan.


KELEBIHAN ESP SHAKLEE

✿ ESP dihasilkan daripada kacang soya NON-GMO yang tidak diubah genetiknya.
✿ Pengambilan ESP sebanyak 3 sudu besar bersamaan 14gram protein (105 kcal).
✿ Proses penyerapan protein untuk setiap individu adalah berbeza-beza sekitar 5-9gram setiap jam.

✿ Jadi dalam masa 3 - 4 jam sudah berasa lapar jika hanya minum esp semata-mata.
✿ Anda dinasihatkan makan makanan yang rendah kalori ditambah bersama esp seperti oat, roti gandum, biskut dan lain-lain.
✿ ESP juga mengandungi 500mg kalsium untuk setiap hidangan.

Berminat untuk mencuba ESP sebagai hidangan sampingan yang sihat bolehlah menghubungi Feni atau klik link wasap di bawah.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 9, 2018

KEPENTINGAN PROTEIN UNTUK KANAK-KANAK

Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Bayi dan kanak-kanak memerlukan proetin yang lebih tinggi berbanding orang dewasa untuk proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Kekurangan protein kepada kanak-kanak boleh menyebabkan pertumbuhan tulang dan otot  terbantut, badan cepat letih dan kurang fokus.

KEPENTINGAN PROTEIN UNTUK KANAK-KANAK

Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot

Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja, oleh itu pengambilan protein dalat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot. Bersama-sama dengan gaya hidup aktif dan pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot, pada masa yang sama, mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga lebih lama.


Menyokong Pertumbuhan Tulang yang Lebih Kuat dan Sihat

Isoflavon soya yang terdapat dalam protein soya membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat disamping menyokong proses metabolisme tulang. Soya mengandungi kalsium semulajadi yang diperlukan oleh tulang untuk tumbesaran yang sihat.

Antara sumber protein ialah :

  • Ayam
  • Ikan
  • Daging
  • Kekacang
  • Telur
  • Sayuran Hijau
  • Produk tenusu


Berikan anak-anak makanan yang terbaik untuk mencukupkan keperluan protein harian mereka. Berikan mereka MealShakes sebagai hidangan sampingan yang menyihatkan bagi memenuhi keperluan nutrisi mereka.


MealShakes sesuai untuk seisi keluarga terutamanya untuk kanak-kanak. Hubungi Feni untuk dapatkan Mealshakes.



Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



5 KEBAIKAN ESP SHAKLEE UNTUK WANITA

Tanggungjawab yang berat sebagai seorang ibu, isteri dan pekerja adalah sangat berat dan memerlukan tenaga yang banyak. Pengambilan makanan yang seimbang sangat-sangat diperlukan oleh ibu bagi menjalankan rutin harian yang padat. Namun masa sering mencemburui. Mengambil minuman soya yang berkhasiat ini sangat begus untuk ibu.

KEBAIKAN ESP SHAKLEE UNTUK WANITA


1. MENINGKATKAN SERI KULIT

Berikan protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua asid amino perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.

2. MENGUATKAN RAMBUT DAN KUKU

Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat serta kurang nutrien, terutamanya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.

3. MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN PERUT

Komitemen dan jadual yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung, dan gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, dimana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut sihat.

4. MENYOKONG KEHAMILAN YANG SIHAT

Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembanganbayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

5. MENGGALAKKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.


Berminat untuk mendapat protein ESP ini bolehlah menghubungi Feni atau klik sahaja ORDER SINI.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 8, 2018

KESAN KEKURANGAN PROTEIN DALAM BADAN



Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang membantu proses pembaharuan sel dan penjanaan semula kerana ia membanu dalam memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Ia juga menyokong penghasilan antibodi yang melawan jangkitan serta penghasilan kolagen yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan luka. Kekurangan protein dalam badan boleh menyebabkan proses petumbuhan badan terbantut.

Kesan kekurangan protein dalam badan 

1. KWASIORKOR
Gejala - pertumbuhan lambat, otot-otot berkurang dan lemah, edema, muka bulat seperti bulan(moonface) gangguan psikomotor.

2. MARAMUS
Gejala - tidak ada pembesaran hati (hepatomegalia), kadar lemak serta kolesterol di dalam darah menurun, suhu badan juga lebih rendah dari suhu anak yang sihat, dan anak yang hiperaktif.

3. Mudah sakit.

4. Gangguan metabolisme tubuh.

5. Busung lapar.

Kepentingan protein untuk badan 

1. Memperbaiki tisu badan yang rosak dan membina sel baru untuk pertumbuhan.

2. Penghasilan bahan kimia seperti enzim dan hormon.

3. Membekalkan tenaga apabila diperlukan.

4. Sangat penting untuk pembentukan tulang dan otot.

Khasiat Protein ESP Yang Lengkap Untuk Seisi Keluarga

  • Menggalakkan perkembangan otot yang sihat.
  • Mengekalkan kekuatan otot.
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan licin berseri-seri.
  • Kehamilan yang sihat dan penyusuan susu ibu yang lancar.
  • Menyokong penyelenggaraan tulang.
  • Memberikan dan membekalkan tenaga sepanjang hari.
  • Menyokong pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat.
  • Mempercepatkan pembaikan dan pembaharuan sel.
  • Menyokong peredaran darah yang sihat untuk fungsi jantung yang optimum.


KeISTIMEWAAN Shaklee

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.


Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Berminat untuk mendapat protein ESP ini bolehlah menghubungi Feni atau klik sahaja ORDER SINI.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...