January 17, 2018

PENCUCI MUKA BARU UNTUK KULIT KERING

Sejak dua tiga minggu ni. Kulit kering menjadi-jadi. Mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca dan juga penghawa dingin yang terlalu sejuk di pejabat. Nak kata tak minum air, memang bergelen-gelan minum air kosong dan juga air manis setiap hari.

Feni akan pastikan mesti minum air kosong/suam lebih dari 2 botol yang 350ml tu. Jadi minimum untuk air kosong setiap hari ialah 700ml. Alhamdulillah memang tak fail sejak kerja di CSSB ni.

Kurang air boleh menyebabkan kulit Feni jadi kering dan bersisik. Bukan sahaja di bahagian muka malah di seluruh badan. Tapak kaki pun jadi lebih kasar dan kesat. Mudah merekah dan tak cantik. Feni memang paling benci kalau kulit kering terutama di kaki.

Disebabkan kulit kering ni, muka Feni jadi kusam dan mudah naik jerawat. tau jela bila naik jerawat ni tangan mula gatal nak kutis-kutis jerawat. Bila dah kutis berdarah dan tinggal parut hitam yang susah nak hilang parutnya.

Feni scrol-scrol fb ternampak satu seller kosmetik yang muka dia breakout teruk sebab produk muka ni. Jadi dia suggest suruh cuba Rosken Dry Skin Wash. Alhamdulillah muka dia kembali pulih dan nampak lebih sihat.


Feni ni kan biasalah pantang orang promot barang baik. Yang penting organik. Mesti nak cuba. Cari-cari punya cari last-last jumpa dekat farmasi. Harga dia dalam RM35.00 ke atas. Terpulang pada farmasi. Feni tengok dekat online shop macam Lazada dan Shopee harganya lebih kurang tu jugak. Oleh kerana nak segera, Feni survery je farmasi yang dekat-dekat. Alhamdulillah jumpa dan terus grab.

Sebotol ni 400ml you olss. Jadi memang jimat sangat. Tak tahulah sampai berapa bulan Feni nak pakai ni. Hehehe sebab Feni hanya gunakan untuk muka. Ia sesuai untuk muka dan badan. Jadi untuk mereka yang ada masalah kulit seperti eczema atau kulit sensitif bolehlah cuba Dry Skin Wash ni.

Perubahan yang Feni rasa lepas cuba Rosken Dry Skin Wash ni, kulit jadi lebih lembut dan tak kering macam pencuci muka biasa tu. Ia lebih lembab dan kulit lebih segar. Bila kulit lembab, muka tak nampak berkedut. Kedut adalah salah tanda penuaan, jadi untuk mengelakkan kedutan dengan melembabkan kulit.


Muka Feni nampak lebih bersih dan segar serta bebas jerawat. Selain menggunakan produk skin care yang selamat. Feni juga akan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. (PHOTO TANPA MEKAP)

Suplemen yang sangat sesuai untuk kulit ialah Vitamin C, ESP, dan juga Vitamin E. Jom cantik secara semula jadi. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Di usia hampir 32 tahun ni, Feni masih jarang mengenakan mekap kecuali ada majlis-majlis tertentu. Kalau di pejabat pun lebih senang dengan muka macam ni. Bukan nak puji diri sendiri sebab Feni memang sangat-sangat malas nak mekap. Sebab leceh nak mencuci terutamanya bila nak solat.

Kalau tak betul cucinya, wuduk akan jadi tidak sah. Jadi Feni memang lebih suka macam ni. 


Assalamualaikum Januari

Bersawang penuh dengan segala debu. Perlu banyak masa untuk memulihkan kembali semak-semak ni.



Ya. Hidup ini perlukan banyak pengorbanan. Ada naik dan turunnya. Bila berada di atas, jangan lupa untuk tunduk ke bawah supaya sentiasa ingat bahawa hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di  atas dan kadang-kadang kita di bawah.

Setiap hari cari minimum 20 sebab kenapa aku perlu bersyukur hari ni ?

Jika aku listkan memang akan menjadi lebih. Jadi untuk apa lagi untuk aku tidak bersyukur. Perempuan memang dilahirkan serba kekurangan. Namun janganlah anggap kekurangan itu untuk tidak berusaha. Sekurang-kurangnya semasa hayat ada ini, kita telah berusaha sebaik mungkin.

Syurga itu bukan percuma. Nak dapat syurga perlu banyak pengorbanan.

Nak bangun tahajud tengah malam contohnya. Kena korbankan beberapa minit masa tidur untuk bangun solat tahajud. Masa tahajud adalah masa yang terbaik untuk berdoa.

Sebenarnya Allah dah bagi panduan untuk kita tapi kita yang selalu leka dan lupa. Bila gagal asyik salahkan takdir. Takdir juga yang dipersalahkan. Hihi.


January 11, 2018

Darah Rendah dan Suplemen Yang Mambantu Untuk Mengatasinya

Semalam Feni blast promo CoQ-Trol Plus di wasap. Alhamdulillah banyak yang respon walaupun sekadar tanda 👍 dan 👌 pun dah syukur sangat sebab ada respon kan.

Alhamdulillah.

#kitageng sebab Feni pun memang mengalami masalah yang sama sejak dari dulu lagi. Nak-nak pulak sebelum datang bulan.




Antara simptom-simpton low blood presure ni :

✿ Selalu rasa pening-pening macam nak pitam.
✿ Muka pucat sebab perjalanan darah tak betul.
✿ Letih dan lesu.
✿ Cepat lapar.
✿ Berpeluh walaupun sejuk.

Bila kena tekanan darah rendah ni, memang kerja pun akan tergendala. Tak boleh nak buat. Mesti rasa nak rehat dan baring je.

Sejak amalkan suplemen dengan konsisten. Alhamdulillah masalah darah rendah dah lama tak menyerang. Feni juga ada terbaca satu artikel untuk mengelakkan darah rendah dengan melakukan senaman bagi menguatkan lagi jantung kita supaya mengepam dengan lebih laju. Secara tak langsung melancarkan lagi penjalanan darah.

Kalau macam buat kerja-kerja rumah seperti mengemop lantai atau sidai baju itu bukanlah katogeri bersenam sebab ianya terlalu santai. Jadi lakukan senaman yang agak berat sikit macam berlari setempat atau joging sehingga nafas kita sampai tercungap-cungap. Jangan pulak sampai penat sampai boleh pengsan. Hihi seeloknya lakukan senaman yang betul la.

Boleh juga rujuk sini untuk tau makanan yang boleh menaikkan hb.

Suplemen yang disyorkan untuk Tekanan Darah Rendah.


Jadi untuk mendapatkan suplemen bagi tekanan darah rendah seperti yang Feni amalkan bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Atau terus klik : www.wasap.my/601115672780


January 10, 2018

Shaklee CoQ-Trol Plus Yang Diperbaharui

Tahun baru dengan mood dan wajah baru. Tahun ni dengar cerita makin banyak produk-produk baru yang akan dikeluarkan. Ura-ura tentang produk Skin Care pun dah makin nyata. Dengar cerita bulan Mac ni nak lancarkan.

Kembali kepada CoQ-Trol Plus ni. Dulu dah ada dah produk ni tapi dihentikan sebab nak perbaharui dengan formula baru. Jadi ianya lebih baik dari yang dulu.

Jom kita tengok apa formula baru yang telah diperbaharui tersebut.


Jadi jom kita amalkan CoQ-Trol Plus ini untuk menyokong kesihatan kita untuk lebih baik.


KEBAIKAN CoQ-Trol Plus

✔ Membantu penghasilan tenaga di dalam organ jantung.
✔ CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga di dalam otot jantung, menambah kekuatan untuk mengepam. Penyelidikan juga menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah, mengurangkan episod sengan angin dan mengurangkan palpilasi jantung.
✔ Menggalakan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL.
✔ Membantu menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 di dalam darah.
✔ Meningkatkan tenaga.
✔ Meningkatkan kecergasan mental.
✔ Menjadikan kulit lebih muda (awet muda).
✔ Juga membantu dalam meningkatkan kesuburan (sesuai untuk lelaki dan wanita).


PERBEZAAN SHAKLEE 

✿ Mengandungi campuran proprietari CoQ10 dan resveratrol, ramuan-ramuan yang membantu menjana jantung anda.
✿ Bagi jantung,- satu sistem penghantaran dengan menggunakan minyak zaitun.
✿ Ianya semulajadi


SIAPA YANG DISYORKAN UNTUK MENGAMALKAN CoQ-Trol PLUS ?

✿ Mereka yang sihat berumur 18 tahun ke atas yang mementingkan kesihatan jantung dan arteri mereka.
✿ Lelaki dan wanita  yang mengambil perubatan, mungkin akan mengurangkan tahap CoQ10 di dalam darah mereka.
✿ Wanita hamil atau mereka yang mengambil ubatan untuk mencairkan darah perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan CoQ-Trol Plus ini.

"Anda dinasihatkan supaya merujuk doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan apa-apa suplemen kerana suplemen bukan ubat."


Sekiranya ada pertanyaan atau ingin membuat pesanan bolehlah terus menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

January 5, 2018

KEKASIH PAKSA RELA - 2018 THE BEST DRAMA




Walaweh tak sabor nak tunggu pukul 7. Walaupun masa tu aku tengah atas moto nak balik rumah. Nak tengok cerita nih. Berhantu betol weh.
.
.
Series mula2 tengok dulu aku cakap musti 'tak best sebab pelakon baru'. Haha kejam khennnn ?
.
.
Hari ni aku tak sabor nak tengok next dan next. Hannan dah kawen wei si budak kecik yang comel. Tu si Remy ishak pulak jadi hero. Adeiii lagi tak sabor. Hahaha sejak bila aku jadi gila kat retis ni ? Entahlah. Ni punca nak buat modal nak lap ayaq mato pulok la ni.
.
.
Dulu patahnya sayap. Pastu 7 hari mencintaiku. Hat ni memang aku sedu sedan sampai bengkak mato. 
.
.
Ni dok gilo tengok cito ni pulokla haiii. Apo nak dikato. 

December 26, 2017

TONTON WAYANG JUMANJI 2017

Kemana kita hujung minggu? Kami sekeluarga penuh dengan aktiviti bersama keluarga. Ahad bermula tengah hari pergi kenduri. Balik rehat di rumah. Malam pergi tonton wayang bersama family. Kami pilih MBO di Viva Home sebab lebih murah dan senang nak parking. Kalau pergi tempat lain belum tentu senang nak parking. hihi



Ummi bersama 2 ketul sebelum masuk panggung. Ini adalah filem kedua adik dengan abang tengok. First dulu tengok cerita boboboy. Masa tu adik kecik lagi. Siap main naik turun tangga. Kami 4 beranak tengok boboboy. Yang lain tengok cerita Munafik. Munafik kami tak boleh tengok sebab anak-anak bawah umur. So layan jela Boboboy the movie. Abang Aus sampai menangis sebab opocot nak mati. Hahahaha.

Sedikit review untuk #jumanji2017 ni, boleh tahan best. Ada segmen kelakar bila Bethanie yang diluarnya wanita bertukar menjadi watak lelaki. 

Kisah 4 orang remaja yang terperangkap dalam permainan zaman dahulu. Diberikan 3 nyawa sahaja untuk hidup. Lebih 3 nyawa digunakan bermakna akan mati. 

Jadi mereka harus menamatkan permainan tersebut dengan memulangkan batu permata ke tempat asalnya iaitu di mata harimau. Kesemua watak diberikan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sangat-sangat berbeza dengan dunia realiti.

So, berbaloi jugaklah tengok cerita ni. Namun pada Feni yang no 1 lagi best sebab ada monyet bawak motor. Nanti nak tengok jumanji dulu la. Ada kat astro malam ni. 




Lepas tengok wayang. Perut dah berbunyi minta diisi. Kami akhirnya memilih Old Town White Coffee sebab kedai banyak dah tutup. Lepak bersama beramai-ramai memang best. Lepas makan balik rumah terus tidur. Esoknya hari cuti hari Cristmas. Abah dengan Pakwe kerja jadi tak boleh nak berpoya-poya lama-lama.







Selfie sikit ummi dengan abang. Guna henpon Paksu. Abang kata abang taknak senyum. huhuhu



December 22, 2017

BILA KITA BETULKAN NIAT, ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA


Niat atau naiwaitu perlu dibetulkan bila nak buat bisnes online. Memang nak buat bisnes online orang kata sangat mudah sebab tak perlu sewa kedai yang mahal, modal yang banyak dan sebagainya. Namun kalau tiada keyakinan dalam diri semuanya hanya sia-sia.

Macam aku dulu. Start bisnes online sebab nak kaya weh ! hahahaha ingat sekali memang insaf. Namun bila aku buat dan buat aku rasa down gila. Aku rasa aku dah buat semua. Bayangkan nak dapat satu jualan pun susah. Bila dapat jual 1 tube herbal blend rasa macam dah bagus gila babas da. Dah bagus macam 7 petala langit dan bumi.

Orang lain dapat sales berjuta sehari rileks je aku dapat untung RM5 pun syukur ya rabbi. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kenapa aku buat bisnes online ? Niat aku sama je macam korang. Nak banyak duit.

Hehehehe sebab apa nak banyak duit ? Duit beb. Duit ! macam-macam boleh buat dengan duit. Nak masuk toilet pun kena bayar 30sen sakarang ni. No free free.

Bila aku betulkan niat, doa betul-betul pada Allah dan set target. Banyak benda yang Allah tunaikan impian aku. Perlahan-lahan Allah tolong aku. Ketika aku rasa aku lah manusia paling tak guna dalam hidup ni sampai tahap tak nak jumpa sapa2. Aku rasa down sangat. Bila semua kecam dan menjauh.

Aku tak ada ramai kawan masa aku susah tapi aku ada ramai sahabat yang selalu support aku masa aku susah. Adik beradik dan keluarga yang sentiasa support bila aku perlukan bantuan. Syukur sangat aku tidak sampai ke tahap depresi. Macam penyanyi Korea yang bunuh diri tu.

Bila kita dekatkan diri kita dengan Allah, inshaAllah segalanya dipermudahkan. Macam mana Allah nak bagi itu semua kerja Dia. Kita ni hamba ikut saja.

Dulu aku pernah kerja macam dan pengalaman itu sangat berharga untuk aku. Kini aku tak perlu lagi untuk bersusah payah untuk buka tutup payung. Guna je medium online yang ada. Ikut je cakap mentor dan yakin dengan apa yang kita buat ni betul.

Bila kita yakin. InshaAllah rezeki itu akan datang dengan mudah kepada kita. Yakin akan sentiasa ada orang nak beli dengan kita. Bila masuk group motivasi kena aktif dan buat apa yang mentor suruh buat. Antara amalan yang mentor suruh buat adalah Menjemput Rezeki.

Buat bisnes ni Allah adalah bos kita. Bila kita dekat dengan Allah. Allah akan permudahkan segala urusan kita.

Betulkan niat dulu untuk mengubah diri sendiri dan juga membantu orang lain. Bila kita bantu orang lain. Allah akan bantu kita. Allah sayang sangat dengan kita. Apa yang buruk itu semuanya dari kita dan yang baik itu semuanya dari Allah.

Catatan Jumaat,
Safeni Feni

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...