Bersawang penuh dengan segala debu. Perlu banyak masa untuk memulihkan kembali semak-semak ni.
Ya. Hidup ini perlukan banyak pengorbanan. Ada naik dan turunnya. Bila berada di atas, jangan lupa untuk tunduk ke bawah supaya sentiasa ingat bahawa hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah.
Setiap hari cari minimum 20 sebab kenapa aku perlu bersyukur hari ni ?
Jika aku listkan memang akan menjadi lebih. Jadi untuk apa lagi untuk aku tidak bersyukur. Perempuan memang dilahirkan serba kekurangan. Namun janganlah anggap kekurangan itu untuk tidak berusaha. Sekurang-kurangnya semasa hayat ada ini, kita telah berusaha sebaik mungkin.
Syurga itu bukan percuma. Nak dapat syurga perlu banyak pengorbanan.
Nak bangun tahajud tengah malam contohnya. Kena korbankan beberapa minit masa tidur untuk bangun solat tahajud. Masa tahajud adalah masa yang terbaik untuk berdoa.
Sebenarnya Allah dah bagi panduan untuk kita tapi kita yang selalu leka dan lupa. Bila gagal asyik salahkan takdir. Takdir juga yang dipersalahkan. Hihi.
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Jom kita join GA untuk sapot sahabat blogger kita ni. Untuk join just klik banner kat atas tu ye ? Hadiahnya nampak menarik iaitu ...
-
Hari ni dah 16 haribulan Januari 2020. Apa pencapaian yang dah aku capai? Tertanya pada diri sendiri. Mula mengambil buku nota dan mula menc...
-
Lambat nau nak share bulan ni. Dah 4 haribulan November baru boleh update pasal Promo Shaklee ni. Apa yang menarik bulan ni ? ...

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !