May 2, 2017

5 CARA ATASI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

Sembelit dikalangan ibu hamil, bersalin dan berpantang memang tidak boleh dinafikan.

Berikut adalah faktor-faktor masalah sembelit terjadi kepada kalangan ibu-ibu selepas bersalin:

Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormone progesterone yang tinggi semasa hamil.
Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka epistomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Cara atasi sembelit selepas bersalin:

1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.

2. Terus ke tandas jika rasa mahu 'membuang' walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C yang memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomy ataupun luka caesarean.

5. Amalkan suplemen yang sesuai semasa berpantang kerana bukan sahaja membantu mengatasi masalah sembelit malah mempercepatkan proses penyembuhan. Antara suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk ibu bersalin bagi mengelakkan sembelit ialah Alfalfa, Ostematrix dan Vitamin C. Kesemua vitamin ini terdapat dalam Set Berpantang Shaklee.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


May 1, 2017

Pencuci Muka Paling Best Yang Bebas Kimia Bahaya

Assalamualaikum.

Dua tiga hari ni dok try macam-macam produk kecantikan sampai muka naik terbakar macam hangus gitu. Ala-ala dok kat tepian pantai yang panas.

Konon nak cuba pulihkan kulit. Alih-alih makin teruk. Habis duit dan hasilnya mengecewakan. Last-last berpatah balik guna Deep Cleansing Facial Foam.

Bila guna pencuci muka ni rasa macam best dan segar je. Tak rasa pedih terbakar pun.

Salah satu kesan apabila produk skin care tu ada bahan terlarang ialah rasa pedih terbakar. Fresh je bila lepas cuci dengan NW.

NW ni dihasilkan daripada bahan semula jadi yang bebas bahan kimia. Tiada paraben. Paraben ni banyak terdapat dalam produk skin care untuk mengekalkan keadaan produk tu supaya tahan lama.

Bagi NW pulak tiada paraben. Selesa dan selamat digunakan. Yang penting ia sangat bagus untuk kulit.

Testimoni NutriWhite :



Safeni Feni
Sms| Telegram | Whatapps : +601115672780
Email : feni8683@gmail.com

April 29, 2017

20 Kebaikan Alfalfa Shaklee Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Alfalfa adalah tumbuhan terbaik yang mengandungi segala keperluan harian tubuh manusia. 

Antara kebaikan Alfalfa Shaklee ialah :
1. Alfalfa mengandungi Galactagouge yang sangat bagus untuk ibu menyusukan anak kerana ianya merangsang penghasilan susu ibu (terkenal sebagai milk booster).

2. Membantu perkhumuhan menjadi lebih lawas. Melembutkan najis. Sesuai diamalkan dalam pantang untuk mengelakkan sembelit dikalangan ibu berpantang.

3. Membantu membuang angin dalam badan.

4. Alfalfa termasuk dalam katogori fiber yang mengenyangkan.

5. Membantu melegakan masalah sakit sendi dan belakang.

6. Membantu mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan serta mengurangkan tekanan.

7. Alfalfal Shaklee mengandungi minyak peppermint yang membantu memberi rasa sejuk.

8. Membantu melegakan pms semasa haid.

9. Membantu masalah arthiris.

10. Sesuai untuk mereka yang menghidap asma, resdung, alergi dan ekzema.

11. Membantu mencuci usus untuk membuang toksin.

12. Membantu merawat masalah kencing kotor disebabkan oleh jangkitan dalam buah pinggang.

13. Meneutral asid dalam badan.

14. Membantu wanita yang mengalami masalah dalaman seperti keputihan dan mengecutkan rahim.

15. Membesar dan menegangkan payudara wanita.

16. Mengetatkan rahim kerana dianggap seperti kacip fatimah kepada wanita yang dah berkahwin.

17. Membantu melancarkan peredaran darah.

18. Untuk lelaki pula, membantu meningkatkan stamina dan memberi tenaga.

19. Memulihkan urat untuk ibu lepas bersalin.

20. Membantu melegakan masalah resdung.

*Pesakit SLE tidak boleh mengamalkan Alfalfa.

TESTIMONI ALFALFA





Safeni Feni
Sms| Telegram | Whatapps : +601115672780
Emel : feni8683@gmail.com

April 28, 2017

8 Manfaat Detoks Untuk Hidup Yang Lebih Baik

Seperti yang anda sedia maklum detoks merupakan cara untuk anda boleh mengurangkan toksik berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam badan anda. Namun bagaimana cara untuk anda memastikan bahawa detoks ini betul-betul berkesan?

KESAN POSITIF DETOKS 

Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu. Ia mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya anda mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok boleh memberikan anda berbagai kesan positif dan antara yang terpenting seperti:


1. PENGURANGAN BERAT BADAN

Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak anda adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul. Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.


2. MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT) 

Anda rasai seperti telah duduk di tandas selama seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar anda kerana perut anda sakit? Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan anda, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahanlahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem anda. Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah diturunkan dan anda akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan anda mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum. Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan anda dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, anda boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh anda.



3. MEMBERI TENAGA 

Tubuh anda mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan anda cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh anda dipenuhi oleh toksin. Melalui detoks ua membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh anda lebih tenaga dan stamina untuk anda melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!



4. MENGURANGKAN NAFSU MAKAN

Membersihkan tubuh anda dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Ucapkan “selamat tinggal” kepada kafein, gula dan lemak! (Atau sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginan tinggi kepada pilihan makanan yang lebih sihat!).



5. KULIT LEBIH CANTIK 

Kulit merupakan organ luaran anda yang terbesar dan ia melambangkan keihatan dalaman anda. Kulit anda membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh anda dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah anda. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan anda dan apabila ia tidak lagi terkumpul, anda akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit anda. Cuba bayangkan: Kulit yang bersih, dan bersinar. Siapa sahaja yang tidak menginginkannya.




6. MENGURANGKAN TEKANAN 

Tertekan? Adakan toksin benar-benar mempunyai kaitan? Ya: apabila tubuh anda dipenuhi toksin, minda anda akan turut sama tertekan. Apabila toksin terbina dalam tubuh anda, kebolehannya untuk menyerap nutruen juga akan menurun dan tubuh badan anda semestinya tidak gembira dengan perkara seperti ini – ia benar-benar menakutkan apabila ia mengeluarkan hormon yang digelar Kortisol untuk memberitahu “Apa masalah dengan badan ni?”. Jadi, jika telah mengeluarkan toksin, anda boleh beritahu semula kepada Kortisol untuk bertenang dan biarkan tubuh anda untuk hilangkan tekanan. Pembersihan dapat memperbaiki ketajaman minda dan membolehkan anda untuk mendapat tiduk yang lebih berkualiti.



7. MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI 

Radikal secara percuma! TIDAK! Ya, kotoran radikal yang percuma itu sering sahaja mencuba untuk mendekati kita serta merosakkan sel, dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal yang jelik ini berusaha keras untuk membinasakan sistem imunisasi anda dan mengakibatkan keradangan. Detoks dapat membantu anda untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal yang boleh didapati secara percuma ini, malah badan anda akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya.



8. TIDUR LEBIH LENA 

Toksin, terutamanya besi berat, menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikan secara percuma. Radikan percuma, juga mengakibatkan hormone tidur anda meningkat dan mengganggu corak tidur anda dan kadangkala mendorong kepada masalah insomnia. Sokong aktiviti membuang besi berat dari sistem anda ini dengan mendetoks dapat membantu badan anda untuk set semula corak tidur anda lihat sahaja bagaimana anda dapat menikmati tidur yang lena dan rehat yang lebih berkualiti.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Sakitnya Tuh Di Sini

Kepala ni asyik sakitnya dari semalam. Macam-macam ubat dah telan. Hari ni macam kalah je dengan sakit ni terpaksa juga telan panadol sebiji. Selang 3 jam sakit datang lagi. Buka laci tengok ada ubat tahan sakit. Telan pulak sebiji ubat tahan sakit. Tak tahulah kenapa hari ni.

Maybe hormon tak betul ni. Makan macam-macam sampai tak ingat dunia. Ni lah akibatnya.

Kalau jaga makan mesti tak jadi macam ni. Ni kes nak datang bulan la nih. Bulan lepas lancar je. Bulan ni banyak sangat kerja sampai stress. Ermm kalau nak kira pasal stress sampai bila-bila pun ada stress.

Mungkin agak banyak sikit kot stress bulan ni. Hahaha. Sabar jela.


Lepas rehat nak tido jap pasni. Rasa macam teruk bebenor nih. Huhuhu

April 27, 2017

Minuman Yang Berkhasiat, Memberikan Tenaga Dan Mencantikan Kulit


Assalamualaikum semua. 

Rasa berdosa pulak kalau tak share pasal minuman yang paling best kat dunia ni. Minuman ni dihasilkan daripada soya non-GMO yang bebas bahan kimia.

30kg soya diperlukan untuk menghasilkan ESP. Jadi harganya memang berbaloi. Ia dibancuh dengan air dan bukannya dengan alkohol.

Apa yang best minum ESP ni ?

Sejak Feni amalkan ESP ni. Feni perasan kulit nampak lebih halus dan gebu. Ramai kawan tegur muka nampak lebih moist. Punca terjebak dengan ESP ni sebab nak menyusukan Adik Rayyan sebenarnya. Cari milk booster untuk produce susu. Maklum saja bila dah kerja ni macam-macam hal.

Tak sempat nak pam susu la. Stress dan letih la. Bila dok merungut kat FB adalah kawan suggest suruh ambil suplemen. Memang sebelum ni ambil suplemen untuk milk booster tapi macam tak sehebat ESP.

Mula dengan ESP dan Alfalfa lepas tu Feni add on Vitamin C, Vitalea dan B-complex memang sangat-sangat membantu memeriahkan susu. Feni perasan badan pun rasa lebih cergas dan sihat. Bertenaga untuk sepanjang hari.

Masa mengandung kan badan macam naik bam-bam gitu. Berat semasa melahirkan Adik Rayyan 65 kg. ESP memang membantu dalam mengembalikan bentuk badan normal.

ESP membantu Feni rasa kenyang. Walaupun tak makan sampai tengahari badan rasa segar dan bertenaga. Susu pulak masih meriah. Paling penting Feni kena minum air kosong atau air suam banyak. Minimum 3 liter setiap hari.

3 sudu ESP setiap hari dah mencukupi untuk keperluan protein harian kita. Kalau Feni kan, satu can ESP ni boleh tahan sampai 2 bulan. Jadi tak perlu pun nak beli tiap-tiap bulan. Berbaloi kan dan memang jimat.

Haaa ada banyak lagi khasiat ESP ni boleh rujuk SINI.

Berminat dan nak cuba ESP ? Boleh order dengan Feni. Feni pengamal ESP dan pengedar sah Shaklee.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




5 TIPS WAJAH SIHAT

Jom tengok Video untuk tips penjagaan wajah untuk kekal sihat dan cantik.






Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...