April 19, 2017

My Handsome Boys - Tak Pernah Tak Sayang


Bila rindu ku tatap gambarmu anak-anakku. Rindu seorang ummi yang tiada tandingannya. Namun demi tugas untuk mencari rezeki membesarkan kamu berdua ummi terpaksa tinggalkan kamu untuk sementara waktu.

Terasa jam begitu lambat sementara menunggu waktu pulang dari kerja. Hanya doa ummi kirimkan supaya kamu sentiasa sihat, selamat, bahagia dan ceria.

Beruntung kamu wahai anak kerana masih punya Opah yang sudi menjaga kamu ketika ummi kerja. Bersyukurlah dengan dengan segala nikmat yang Allah berikan.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara. 

Ummi sayang Abang Aus dan Adik Rayyan sampai syurga.

5 Tips Kurangkan Keletihan Dan Kembali Cergas Ketika Hamil


Wanita hamil mudah berasa letih dan penat disebabkan oleh aktiviti harian yang padat. Menguruskan urusan rumah tangga membuatkan ibu mula berasa letih dan penat.

Jom amalkan tips ini untuk kekal cergas sepanjang hari :-

1. Mengambil Sarapan

Jangan sesekali mengabaikan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk mengekalkan kecergasan. Pastikan sarapan pagi dengan makanan berkhasiat yang mengandungi zat besi. Untuk penyerapan zat beli yang baik ambil bersama makanan atau minuman yang yang kaya dengan vitamin C.

2. Minum Air Kosong

Air membantu melancarkan peredaran darah. Ia juga membantu tubuh kekal hidrat. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan mudah letih dan lesu.

3. Makan Sikit Dengan Kerap

Mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit secara berulang-ulang membantu tubuh untuk kekal cergas. Amalkan snek yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

4. Mandi dengan kerap

Mandi boleh menyegarkan badan. Gunakan air sejuk atau suam mengikut keadaan semasa. Mandi dapat mengembalikan kesegaran tubuh supaya kekal cergas dan bertenaga.

5. Rehat dan Tidur Secukupnya

Wanita hamil selalunya tidak dapat tidur dengan lena ketika tempoh akhir kehamilan. Gunakan bantal yang sesuai untuk tidur. Tinggikan kaki ketika tidur membantu melancarkan perjalanan darah.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 18, 2017

5 Cara Mencerahkan Kulit Gelap Dan Kusam Secara Semulajadi



1. Ambil satu sudu jus buah timun dan satu sudu susu. Dicampurkan sebati dan dibuat masker untuk disapu di wajah. Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit. Amalkan secara konsisten dan hasilnya kulit menjadi lebih cerah dan lebih segar.

2. Satu sudu jus lemon dan satu sudu jus tomato dicampurkan dan dilumurkan ke muka. Cara ini juga mampu mengatasi masalah pigmentasi kulit. Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.

3. Buah tomato dan sesudu yougurt dicampurkan untuk dibuat masker. Sapu di muka sehingga kering kemudian dibilas dengan air bersih.

4. Buah timun dihancurkan halus dan dilumurkan dimuka mampu membuatkan muka jadi lebih segar. Cara ini juga mampu menjadikan kulit lebih licin dan lembab.

5. Cara mudah untuk mencerahkan kulit ialah dengan mengamalkan suplemen seperti Vitamin C dan ESP secara konsisten. Bukan sahaja sihat dan cantik malah satu badan boleh putih gebu.

Bonus tips untuk buat masker wajah dengan suplemen Vitamin C dan ESP.


Selamat mencuba !

Jangan lupa untuk dapatkan ESP dan Vitamin C hari ini.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 16, 2017

7 Tanda Hormon Tidak Stabil Yang Menyebabkan Tidak Subur

Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah kesuburan untuk wanita yang ingin hamil. Masalah hormon tidak seimbang ini seringkali dikaitkan dengan gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda hormon yang tidak seimbang ialah :-

1. Berpeluh
Apabila hormon mengalami perubahan dan kita akan berpeluh lebih banyak dan cenderung berasa letih dan lelah. Hormon berperanan untuk berasa panas.

2. Haid yang tidak teratur
Kitaran haid bergantung pada perubahan hormon. Apabila hormon terganggu memberi kesan kepada kitaran haid. Masalah kitaran haid yang tidak teratur malah darah haid keluara terlalu banyak atau terlalu sikit mungkin disebabkan oleh hormon yang tidak teratur.

3. Tekanan dan emosi
Berasa tertekan, mudah marah dan emosi menyebabkan kemurungan.

4. Keguguran rambut
Rambut mudah gugur sekiranya hormon tidak stabil. Kestabilan hormon mempengaruhi kualiti rambut. Rambut yang sihat dan tidak mudah rapuh salah satu tanda hormon yang stabil.

5. Seksual menurun
Kualiti keghairahan seksual menurun disebabkan hormon yang tidak stabil.

6) Kenaikan berat badan mendadak
Petanda paling ketara ialah berat badan naik mendadak walaupun tidak makan banyak dan melakukan senaman dengan teratur.

7) Tidak subur
Wanita yang inginkan zuriat namun masih tidak berjaya mendapatkannya. Disarankan supaya menjalani pemeriksaan untuk memastikan sama ada mempunyai masalah hormon yang tidak seimbang.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 15, 2017

SET RESDUNG SHAKLEE

Sejak akhir akhir ni selalu sangat bersin dan gatal hidung bila makan makanan yang mengandungi udang. Ala-ala seafood gitula.

Cuaca pun tak menentu juga menyumbang kepada alahan. Bila selalu bersin dan gatal-gatal hidung mulalah nak selsema. Kalau dah kena selsema makin melarat pula ke sakit kepala dan demam.

Bila check stok vitamin mujur ada semua Set Resdung ni. Apa lagi terus telan sebagai suplemen untuk mengurangkan resdung.

Antara vitamin yang sangat baik untuk resdung ialah :-

1) Omega Guard
2) Alfalfa
3) B-Complex 
4) Vitamin C


Kebaikan SET RESDUNG ini ialah :-

1) Mengurangkan alahan terhadap debu dan habuk

2) Dapat menikmati makanan laut dengan senang hati

3) Mengimunkan diri dari pelbagai penyakit seperti selsema, batuk dan demam

4) Membantu merawat dan memulihan kulit bermula dari dalam

5) Menyihatkan kulit dan mengelakkan jerawat dan jeragat

6) Membantu wanita yang mengalami masalah keputihan

7) Memberikan tenaga kerana mengandungi Alfalfa yang membantu masalah keletihan

8) Melancarkan peredaran darah

9) Melancarkan proses pencernaan dan membantu badan untuk detoks membuang toksin 


Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

April 14, 2017

9 Manfaat Baking Soda Untuk Kecantikan



1. Merawat Masalah Jerawat

Cara merawat jerawat dengan baking soda ialah dengan mencampurkan sedikit baking soda dengan air dan disapu ke muka sebagai masker. Biarkan seketika sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

2. Terkenal sebagai pemutih kulit

Baking soda mampu menghilangkan sel-sel kulit mati dan menghilangkan kulit yang kusam. Bila sel-sel kulit mati dah hilang maka sel-sel kulit yang baru dan segar akan tumbuh. Kulit nampak lebih cantik, putih dan bersih.

3. Mencerahkan ketiak

Baking soda bersifat sebagai antiperspirant yang dianggap bisa membuat kulit ketiak lebih cerah. Penggunaan baking soda sebagai deodorant mampu mencerahkan kulit serta menghilangkan bau.


4. Menghilangkan parut 

Menggunakan baking soda dan ditonyoh kepada tempat berparut mampu mengurangkan kesan parut. Parut akan semakin pudar dan hilang sekiranya diamalkan secara berulang kali.

5. Scrub badan

Menggunakan baking soda sebagai scrub mandian untuk dilumurkan diseluruh tubuh mampu memberikan kesegaran pada kulit. Disamping itu juga menghilangkan sel-sel kulit mati.

6. Menghilangkan minyak pada wajah

Muka yang berminyak elok dibersihkan dengan baking soda untuk mengelakkan kekeringan pada kulit. 

7) Pemutih gigi

Gigi yang cantik membantu mencantikkan penampilan. Gunakan baking soda untuk membersihkan gigi yang kuning .

8) Melembutkan kulit kaki

Membasuh kaki dengan rendaman air suam bersama baking soda mampu melembutkan kulit yang kasar untuk memudahkan membuang sel-sel kulit mati. Ia juga mampu melegakan kaki yang letih.

9) Menghilangkan bau

Selain mencerahkan kulit, baking soda juga mampu menghilangkan bau mulut. Caranya dengan memasukkan sedikit baking soda ke dalam air suam untuk dibuat kumur. Kumur beberapa kali sehari untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.

April 13, 2017

11 KHASIAT BUAH TEMBIKAI UNTUK IBU HAMIL


Buah tembikai memang enak dinikmati. Malah ibu mengandung memang disaran untuk mengamalkan buah tembikai kerana dipercayai akan melahirkan anak yang bijak.

Antara khasiat buah tembikai untuk ibu hamil ialah :-

1) Menjaga kesihatan jantung


Buah tembikai kaya akan kandungan likopen yang amat baik untuk kesihatan jantung ibu dan bayi.

2) Kaya dengan antioksidan dan vitamin A

Vitamin A yang terkandung dalam buah tembikai membantu menjaga organ penglihatan bayi. Selain itu, karotenoid vitamin A berfungsi sebagai antioksidan melindungi badan daripada radikal bebas.

3) Melancarkan penghadaman

Tembikai sangat bagus untuk kecantikkan dan membantu melancarkan aliran air kencing dalam badan. 


4) Menyokong pembentukan tulang bayi

Buah tembikai kaya dengan kalium yang berfungsi untuk mempertahankan kalsium dalam badan. Ia sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dan menguatkan sendi pada badan ibu supaya lebih sihat dan kuat.

5) Meningkatkan sistem imun

Buah tembikai mengandungi vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun untuk ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selsema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.

6) Mengurangkan pembengkakan

Kandungan air dalam tembikai mampu mengurangkan pembuluh darah dan otot yang tersumbat. Ia dapat mengurangkan masalah bengkak yang sering dialami oleh ibu hamil.

7) Mencegah pigmentasi

Buah tembikai dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dan menjaga pergerakan usus kecil yang mana ia mempengaruhi keadaan kulit. Masalah pigmentasi dapat dikurangkan dengan memakan tembikai lebih kerap.

8) Mengelakkan kejang otot

Perubahan hormon ketika mengandung menyebabkan peningkatan berat badan. Ini membuatkan tulang dan otot menjadi kejang. Buah tembikai dapat mengurangkan kejang otot dan tulang.


9) Mengatasi masalah 'morning sickness'

Mengambil tembikai sebagai sarapan pagi membantu mengurangkan simptom morning sickness. Buah tembikai mengandungi tenaga dan khasiat yang baik untuk badan terutama ibu hamil yang letih dan lesu.

10) Mengelakkan dehidrasi

90% daripada tembikai terdiri daripada air. Makan tembikai membantu ibu untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi dikalangan ibu hamil boleh menyebabkan kesan buruk kepada kandungan seperti kontrasi pramatang atau kelahiran pramatang.

11) Menyingkirkan lemak


Buah tembikai adalah pilihan yang tepat untuk membantu menyingkirkan lemak dalam badan anda. Kerana buah tembikai mengandungi citruline yang membantu mengurangi lemak berlebih yang ada dalam tubuh.



Sangat rugi kalau tak amalkan tembikai ketika hamil. Kalau tak hamil pun memang bagus sangat tembikai ni. Nak-nak pula di bulan puasa, memang sangat-sangat membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Tembikai kaya dengan air dan sangat enak dimakan.

Dipercayai kalau amalkan tembikai anak yang bakal lahir akan menjadi cantik dan bijak.


Rasulullah SAW bersabda: "Setiap wanita hamil yang makan buah tembikai maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya." 

Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda: “Semangka (Tembikai) adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung, membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi) Sabda Rasulullah SAW. 

Dari Ibnu Abbas berkata: “Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.” 

Dari ‘Aisyah R.A, ia berkata, "Nabi s.a.w menyukai makanan-makanan manis dan madu." 

(Shahih Bukhari : 5614)

Bagi ibu hamil yang sedang dalam trimister pertama dan mengalami masalah morning sicknes boleh amalkan tembikai bagi mengelakkan dehidrasi. Teringat masa Kak Feni hamil anak pertama dan mengalami alahan yang sangat teruk sampai kena masuk wad sebab badan terlalu kurang air. Masalah ini boleh membahayakan nyawa bayi dalam kandungan sebab tak cukup air. Air kencing pun sangat-sangat pekat dan warnanya kekuningan.

Bila dah masuk wad ni, memang berbotol-botol air dimasukkan ke dalam badan. Sebanyak 21 botol air dimasukkan ke dalam badan Kak Feni bagi membolehkan badan stabil. Kak Feni terpaksa berada di hospital 3 hari 2 malam. Terasa memang azab bila kena duduk di hospital. Bila diingatkan kembali memang takkan nak duduk di hospital lagi disebabkan oleh masalah ini.

Selepas keluar dari hospital memang terus cari buah-buahan yang banyak air macam tembikai, tembikai susu, air kelapa dan juga air barli sebagai snek harian. Air suam dan air kosong memang minum banyak sangat sampai muntah. Nak buat macam mana demi anak dalam kandungan memang tak boleh ikut selera sendiri. 

Alhamdulillah setelah bersusah payah 9 bulan 10 hari lahirlah seorang anak lelaki yang comel yang menjadi penyeri hidup kami suami isteri. Walaupun ada sedikit komplikasi semasa melahirkan anak pertama tapi itu adalah kenangan yang terindah dalam hidup ini. 

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...