April 7, 2017

8 Tips Untuk Mengelakkan Kencing Kotor Semasa Mengandung

Semasa hamil anak pertama Feni pernah kena tahan wad dan dimasukkan air sebanyak 21 botol disebabkan kencing kotor. Masa tu stress sangat sebab kena tahan wad. Maklum sajalah baru hamil anak pertama dan kurang pengalaman tentang kehamilan.

Kencing kotor adalah jangkitan kuman di saluran kencing atau Urinary Tract Infection (UTI). Jangkitan kuman melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh).

Wanita yang mengandung lebih mudah mendapat jangkitan berbanding wanita tidak mengandung kerana sebab-sebab berikut :-

1) Perubahan hormon ketika mengandung. Hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah, seterusnya merenggan dan melambatkan pengaliran kencing.

2) Saiz rahim yang membesar menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.

3) Air kencing wanita mengandung lebih berasid dan lebih pekat kandungan gula disebabkan perubahan hormon menyebabkan bakteria mudah membiak.


Amalkan tips berikut untuk mencegah kencing kotor daripada lebih teruk :-

1) Minum air kosong yang banyak bagi membantu mengeluarkan kuman yang ada dalam pundi kencing.

2) Jangan menahan kencing sekiranya ingin membuang air kecil. Perbuatan menahan kencing menggalakkan pembiakan bakteria pada pundi kencing.

3) Menjaga kebersihan diri. Lap kawasan vagina dari depan ke belakang untuk mengelakkan bakeria merebak dari kawasan dubur ke uretra setiap kali membuang air kecil.

4) Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar. Elakkan memakai pakaian yang ketat atau kain yang diperbuat daripada nylon ketika mengandung.

5) Buang air kecil sebelum dan selepas bersama suami.

6) Menukar pantiliner atau seluar dalam lebih kerap jika berpeluh atau kotor.

7) Kurangkan pengambilan makanan yang manis atau berkafein.

8) Mengamalkan Vitamin C ( antara 250 - 500mg), Beta-carotene (25,000-50,000 IU) dan Zinc (30-50mg) sehari untuk melawan jangkitan kuman kalau daya tahan badan sangat lemah.



Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

April 6, 2017

5 CABARAN IBU BEKERJAYA SEBAGAI ISTERI, IBU DAN PEKERJA


Menjadi seorang isteri dan ibu yang bekerjaya memang sangat memenatkan dan boleh membuatkan hidup stress. 

Namun segala cabaran yang timbul ini pasti dapat diatasi dengan mudah sekiranya pandai menguruskan waktu.

Antara cabaran yang sering di alami oleh wanita ketika keluar bekerja demi mencari rezeki untuk menampung ekonomi rumah tangga :


1) Risau keadaan anak

Semua ibu yang terpaksa meninggalkan anak demi kerja tetap risau keadaan anak kerana jauh dari pandangan mata. Masalah ini terutama kepada ibu yang terpaksa menghantar kepada pengasuh.

2) Masa yang berkualiti dengan anak

Bebanan kerja kadang-kadang mengurangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Bila balik rumah dah penat dan letih untuk melayan karenah anak-anak.

3) Penyediaaan makanan yang berkhasiat

Masa sangat penting untuk ibu bekerja. Makanan yang berkhasiat sangat penting untuk anak-anak yang sedang membesar. Jadi sebagai ibu perlu bersedia untuk peruntukkan masa bagi menyediakan makanan untuk keluarga terutamanya anak-anak.

4) Masa bersama suami

Kadang-kadang tidak sempat untuk bersama suami kerana badan terlalu penat dengan kerja harian, melayan anak-anak dan kerja rumah.

5) Keletihan dan kelesuan

Masalah ini memang tidak dapat lari dengan wanita kerana wanita dilahirkan sebagai insan yang lemah. Bila terpaksa bekerja melebihi had sebagai wanita. Wanita perlu lebih bertenaga untuk menghadapi hari-hari mendatang.




Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com



Kesayangan Ummi Sampai Syurga


Hari ni belek-belek gambar lama terjumpa la gambar ni. Abang Aus kecik lagi masa ni. Sekarang kasut tu dah tak muat. Membesar dengan jayanya.

Adik pun dah boleh pakai kasut Abang Aus. Gambar ni diambil masa main bowling di IOI Mall.

Rindunya kat Abang Aus masa ni. Abang Aus akan sentiasa comel dan manja untuk ummi. Ummi sayang Abang Aus. Walaupun kadang-kadang menguji kesabaran tapi Abang Aus tetap menjadi penawar dalam hidup ummi.

Ummi sayang semua anak-anak ummi. Bila ummi cakap ummi sayang abang. Adik pun "sayang adik". Mestilah ummi sayang semua anak-anak ummi. Melahirkan dan membesarkan kamu berdua adalah perkara yang terindah dalam hidup ini.

Setiap hari ummi berdoa agar Allah sentiasa melindungi anak-anak ummi. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah.

Semoga menjadi anak-anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kita orang susah dan perlu berusaha kuat untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Tiada siapa boleh tolong diri kita melainkan kita sendiri.

Setinggi mana pun kita berada jangan lupa diri. Sentiasa tunduk pada yang maha ESA. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Berdoalah memohon dan meminta pada yang ESA. Kerana Dia yang maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Semoga masih ada esok untuk kita terus bahagia.

Love, 

Ummi Abang Aus & Adik Rayyan


Set Kesuburan Shaklee

Produk Shaklee yang boleh diamalkan untuk tujuan hamil ialah :


1) B-Complex

Mengandungi gabunagn 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan, lengkap dengan asid folik untuk membina saraf tunjang bayi. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan tumbesaran bayi menjadi cacat. Membantu dalam proses kesuburan lelaki dan wanita. Suami dan isteri disarankan supaya mengamalkan B-Complex dalam tempoh kesuburan.


2) GLA Complex

GLA atau Gamma Linolenik Asid (GLA) merupakan sejenis lemak Omega 6 yang sangat membantu dalam menyeimbangkan hormon. Dihasilkan daripada minyak borage iaitu sumber GLA yang paling pekat dan minyak bunga matahari yang mengandungi vitamin E yang bertindak membantu penyerapannya. 

GLA ini digalakkan diambil oleh wanita dan gadis remaja yang mengalami masalah PMS seperti senggugut, sakit buah dada, sakit pinggang dan perubahan mood atau mood swing. Apabila hormon prostaglandin diseimbangkan terhasilah kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat dan cantik.


3) ESP

ESP terkenal dengan soya NON GMO iatu soya yang tidak diubah genetiknya. Merupakan sumber protein penting dalam membekalkan nutrisi kepada tubuh badan. Mengandungi sumber phytoestrogen dan isoflavones yang menghalan hormon-dependent cancers seperti kanser payudara dan prostat. 


4) Omega Guard

Merupakan minyak ikan terbaik dunia yang mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu menyeimbangkan pengeluaran hormon dan memperbaiki respon selular terhadap insulin. Membantu dalam pembentukan otak yang lebih bijak untuk bayi dalam kandungan.

Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com


April 5, 2017

SET CANTIK SHAKLEE PALING LARIS



Alhamdulillah ini adalah stok yang paling laris. Sebabnya ia mampu menjadi kulit lebih cantik.

Kombo yang sangat menarik untuk yang sangat pentingkan kecantikan dan kesihatan.

🌸 Produk yang diyakini selamat
🌸 Sangat baik untuk kesihatan
🌸 Menggebukan, mencerah dan menghaluskan kulit.
🌸 Anti-oksidan yang bagus untuk menghalang kedutan dan penuaan. 

🌸 Awet muda kerana struktur kulit dibaiki dari dalam sel.

ESp boleh buat perut jadi kenyang dan mengembalikan bentuk badan kepada ideal.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Surah Bacaan Semasa Mengandung


Disahkan hamil adalah satu berita yang sungguh menggembirakan tidak kira untuk pasangan pengantin baru atau lama. Anak adalah anugerah yang terindah untuk kita. Penyambung zuriat untuk generasi masa depan.

Antara surah yang boleh diamalkan ketika mengandung ialah : -


Ibu dan bapa juga boleh mengamalkan doa untuk kesihatan dan keselamatan ibu dan bayi. Antaranya ialah :-

Doa agar kandungan dilindungi :
- Surah Al-fatihah
- 3 Qul
- Ayat Qursi

Doa dapat zuriat yang soleh /solehah :
- Surah Al-Imran ayat 38

Doa memohon rahmat Allah:
- Surah Al-Imran ayat 8-9

Doa diberikan zuriat yang menyenangkan hati :
- Surah Al-Furan ayat 74

Doa anak patuh kepada perintah Allah :
- Surah Al-Baqarah ayat 128

Doa anak dilahirkan bersifat rajin dan berdisiplin :
- Surah An- Nahl ayat 78

Doa memohon keampunan Allah
- Surah Al- Imran ayat 192-194

Doa anak mengerjakan solat
- Surah Ibrahim ayat 40-41

April 4, 2017

Perbezaan MLM Shaklee Dan MLM Haram Jadah

Alhamdulillah setakat ni Feni belum lagi terjebak dengan MLM haram jadah. Sebabnya modal yang rendah dan tidak perlu membuat pinjaman untuk membuat stok.

Modal bermula hanya RM79.50 termasuk kos postage. Sekarang Feni mampu menjana pendapatan sehingga 4 5 angka sebulan. Bonus pula akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan seterusnya. 

Untung juga buat bisnes part time ni. Sebabnya bila tengah-tengah bulan bonus masuk akaun. Jadi bolehlah tampung perbelanjaan sementara nak  tunggu gaji tu.

Jom tengok video Kak Adibah Noor ni. 

Beza MLM Shaklee Dgn MLM Haram Jadah from iReach HD on Vimeo.


Love,

Safeni Feni
SID 1193591
Contact : +601115672780
Email : feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...