October 17, 2016

TESTIMONI SET DETOX SHAKLEE


Testimoni Set Detoks Shaklee. Badan makin kurus malah warna kulit pun makin sekata.

Pernah tak terasa badan macam belon ? Bam-bam dan tak larat nak buat kerja ? Ini adalah salah satu faktor banyak toksin dalam badan. Apabila toksin tidak keluar dari badan, banyak penakit akan mula singgah. Obesiti, kencing manis dan darah tinggi adalah penyakit yang berpunca dari makanan yang kita makan.

Kebanyakan makanan yang kita makan hari ini mengandungi banyak sangat bahan-bahan yang tidak baik terutamanya yang sering makan di luar. Jarang masak sendiri. Antara kandungan bahan perisa MSG. MSG ini sering terdapat dalam makanan segera seperti mee, bihun, makanan dalam tin dan sebagainya.

Jadi untuk melakukan detoks secara sihat. Kita perlu mengamalkan makanan yang terdiri daripada sayuran dan buah-buahan. Antara suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk proses detoks ialah Vivix, Herba-lax, Garlic Complex, Alfalfa dan Peppermint Ginger plus. 

Amalan detoks yang sempurna membantu bukan sahaja menurunkan berat badan malah bonus apabila warna kulit menjadi sekata. Kulit kusam dan tidak bermaya dapat diatasi sekiranya mengamalkan makanan yang sihat serta melakukan gaya hidup yang sihat seperti bersenam setiap hari.

Lakukan aktiviti kegemaran setiap hari mampu menghasilkan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Untuk dapatkan set detoks terlajak laris dalam pasaran ini boleh hubungi Feni untuk maklumat lanjut.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




October 14, 2016

Alfalfa Complex Shaklee Membantu Merawat Keputihan

*Produk ini bukan bertujuan untuk mengdiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Ini adalah antar suplemen wajib untuk Feni. Feni suka share pasal alfalfa ni sebab ianya sangat sesuai untuk wanita terutamanya macam Feni yang kuat kerja ni. Sebagai seorang ibu dan isteri yang bekerjaya ni memang mencabar. 

Pernah fikir tak macam mana nak kekalkan bentuk badan ? Macam mana nak dapatkan body macam dulu-dulu sebelum kahwin. Macam masa anak dara. Cabaran untuk wanita hari ini memang besar.

Jadi pengambilan suplemen sangat penting. Suplemen ni bukan untuk dapatkan bentuk badan yang sihat sahaja malah membantu dalam memberikan tenaga.

Feni suka anggap alfalfa ni macam jamu walaupun khasiatnya jauh lebih hebat dari jamu sebenar. Hihi. 

Alfalfa ni sejenis tumbuhan yang dianggap sebagai bapa segala tumbuhan. Antara khasiat Alfalfa ialah merawat masalah resdung, keputihan, kegatalan, jerawat dan jeragat. Paling best ianya boleh merawat dan mengetatkan rahim. 

Wanita yang suka amalkan minum ais dan tidak berpantang makanan selalunya akan mengalami masalah keputihan yang melampau. Keputihan ini  disebabkan oleh rahim yang kembang dan longgar. Makan makanan yang tidak sihat seperti selalu minum ais dan tidak makan makan yang seimbang menyebabkan keadaan rahim bertambah teruk.

Penjagaan rahim sangat penting untuk wanita terutama untuk wanita. Rahim yang sihat dapat membantu melahirkan anak yang sihat dan cergas. Anak juga lebih tahan lasak untuk melawan penyakit berbanding anak yang lahir dari rahim yang kurang sihat.

Jadi amalkan alfalfa untuk masalah dalaman wanita. Ops bukan wanita sahaja boleh amalkan alfalfa ni. Lelaki pun boleh amalkan. Untuk dijadikan detoks sesuai untuk perokok tegar. Membantu mencuci darah yang kotor tu. Bila darah dah bersih sistem peredaran darah pun lancar. Migrain dan sakit kepala juga boleh dikurangkan. 

Semuanya dengan izin Allah. 


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com



7 Manfaat Utama Vitamin C Shaklee





Jom kita tengok apa manfaat VITAMIN C Shaklee nie.

MANFAAT UTAMA

✿Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.


✿Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

✿Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

✿Memerangi kanser
- Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh
dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

✿Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama
kejadian jeragat.

✿Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

✿Mengekalkan kolestrol sihat
ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

SID Safeni Feni
01115672780
www.sweethealthy86.blogspot.com

#safeni_feni
#pengedarshakleeMalaysia

October 13, 2016

ESP Boleh Banyakkan Susu Badan



Feni suka sangat share pasal ESP. ESP ni suplemen yang sangat penting untuk semua golongan terutamanya wanita. Terjebak dan jatuh cinta dengan Shaklee melalui ESP la. 

Kenapa Feni ambil ESP sebab susu badan merudum. 2 bulan cuti bersalin memang best. Anak pun direct breast feeding. Bila start kerja, susu badan kena pam. Mula-mula memang meriah susu badan. Bila dah banyak kerja, stress dan kadang-kadang makan pun tak ikut waktu, susu mula merudum. 

Cuba google apa yang boleh buat milk booster dengan mudah dan cepat. Maklumlah kita kan kerja mana ada masa sangat nak sediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri. Ada juga post status kat FB tentang masalah susu merudum. Ramai yang suggest macam-macam. Pernah juga cuba beberapa produk yang banyak kat pasaran tu. Harga pun lebih kurang je.

Last-last cuba 1 can ESP ditambah dengan Alfalfa. Alhamdulillah susu pun semakin banyak. Sekali pam dapat hampir 2 ke 3 botol. Syukur sangat dengan nikmat Allah bagi. Jadi bolehla buat simpan stok kat rumah untuk anak tersayang.

 

Hasil pam yang selalu dapat untuk setiap kali pam. Tapi harus diingatkan supaya jaga pemakanan dan amalkan minum air kosong yang banyak untuk ibu menyusu.

Antara khasiat lain ESP ialah :


ESP bukan sahaja untuk wanita malah seisi keluarga juga boleh amalkan. Pesakit diabetis memang sesuai amalkan diabetis. Ibu mengandung yang ada diabetis memang digalakkan ambil ESP kerana indeks glisemiknya sangat rendah. Membantu memberikan tenaga berpanjangan untuk si ibu dan mengekalkan kesihatan ibu.




Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com





October 12, 2016

Hidup Tak Pernah Puas

Penyakit tak puas hati dengan Template blog kembali lagi. Adoiii. Haha

Penyakit ni hanya aku yang rasa tau. Orang lain aku tak tahu. Bila dia datang geram rasa nak tukar time tu jugak. Kena sabar ! tak boleh gopoh gapah nanti semuanya hilang. Nak setting template bukan senang. Kena try and adjust.

Hanya orang yang sabar macam aku ajer boleh hadap. Nak baca coding template satu. Nak adjust center, left, right. Ikut hati boleh jer suruh orang buat. Tapi aku rasa aku boleh buat sendiri dan memang puas kalau dapat buat sendiri.

Nak-nak pulak apa yang kita nak jadi. Walahaiiii hanya tuhan je yang tau betapa bahagianya hidup. Macam dapat  makan ais kacang yang manis dan lemak-lemak time panas. Cenggitulah nikmatnya.


Nak buat benda ni kena ada minat dan kesungguhan. Kalau tak minat dan takde kesungguhan semuanya tak jalan. Hihi

Semoga aku boleh bersabar dengan dugaan untuk cipta template baru. Semoga tabah dalam menghadapi dan melihat template2 orang yang gempak2 tu. huhu

5 Tips Didik Anak Bijak Bermula Dari Kandungan


Setiap ibu bapa inginkan anak yang sihat dan cergas. Kita sering menyediakan barangan material untuk anak-anak sedangkan untuk mendapat anak yang bijak harus dimulai dari dalam kandungan lagi.

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk mendidik bayi bermula dari dalam kandungan ibu.


1) Memberikan sentuhan

Ibu bapa harus memberikan sentuhan lembut pada bahagian perut ibu. Janin dalam perut akan merasai kasih sayang ibu bapanya melalui sentuhan. Menenangkan bayi melalui sentuhan.

Bayi akan berasa tenang dan selesa berada dalam kandungan sehinggalah tiba saat untuk dilahirkan. Amalkan secara konsisten.

2) Memberikan rangsangan suara

Sebagai ibu bapa yang baik harus menunjukkan contoh yang baik untuk anak dalam kandungan. Berbicara dengan anak dalam kandungan bagi menunjukkan kasih sayang kepada bayi. Gunakan bahasa yang baik untuk merangsang otak bayi. Dengarkan alunan zikir atau bacaan al-quran untuk yang muslim dapat menenangkan bayi.

3) Memberikan rangsangan berfikir

Ibu boleh cuba membuat latihan matematik atau ujian IQ bagi merangsang otak dan kecergasan bayi dalam kandungan.


4) Merangsang menggunakan visual

Cara visual kerja yang menggunakan otak  kanan dapat memberikan pengaruh positif. Melatih otak kanan dengan cara mengambil gambar, melukis atau memandang pemandangan alam semulajadi sehingga bayi dapat merasakan apa yang anda rasakan. Ketenangan dapat meningkatkan IQ bayi.

5) Merangsang bayi menggunakan cahaya

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Journal of the America Academy of Child & Adolescent Psychology mendapati bahawa cahaya redup yang didekatkan pada ibu mampu merangsang bayi. Misalnya cahaya daripada lampu suluh.

Elakkan daripada menggunakan cahaya yang terlalu terang kerana ia boleh mengganggu ketenteraman bayi. Apabila anda merasakan ada gerakan yang terhasil daripada dalam perut itu menunjukkan bayi memberi tindakbalas terhadap rangsangan cahaya.

Keinginan untuk memiliki anak yang bijak memerlukan kerajinan ibu bapa sendiri. Ia mesti dimulakan sejak awal terbentuknya janin di dalam rahim ibu.

October 11, 2016

Abang Aus Dah Nak Masuk Sekolah

Sedar tak sedar Abang Aus dah nak masuk 5 tahun dah. Nak masuk sekolah dah. Hari ini ummi dan abah dengan adik pergi daftar sekolah Tabika Abang Aus. Abang Aus seronok sangat bila dia nak sekolah.

Semalam ummi print borang daftar masuk Tabika Kemas. Semuanya Download kat internet je. Alhamdulillah Allah permudah segala urusan. Syukur sebab masih ada tempat kosong. Ikut syarat tempoh untuh daftar dah bermula dari bulan Jun hingga Oktober. 

Pagi tadi sebelum pergi daftar kena pergi ambil gambar pasport Abang Aus dulu. Abah pun tumpang sekali sebab nak renew lesen GDL.

Semuanya ummi abadikan disini untuk tatapan suatu hari nanti. Anak sulung nak sekolah. Mesti teruja sangat. Semoga Abang Aus menjadi anak yang soleh, bijak dan berjasa untuk semua. Ummi dan semua orang sayang Abang Aus sampai syurga.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...