October 13, 2016

ESP Boleh Banyakkan Susu Badan



Feni suka sangat share pasal ESP. ESP ni suplemen yang sangat penting untuk semua golongan terutamanya wanita. Terjebak dan jatuh cinta dengan Shaklee melalui ESP la. 

Kenapa Feni ambil ESP sebab susu badan merudum. 2 bulan cuti bersalin memang best. Anak pun direct breast feeding. Bila start kerja, susu badan kena pam. Mula-mula memang meriah susu badan. Bila dah banyak kerja, stress dan kadang-kadang makan pun tak ikut waktu, susu mula merudum. 

Cuba google apa yang boleh buat milk booster dengan mudah dan cepat. Maklumlah kita kan kerja mana ada masa sangat nak sediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri. Ada juga post status kat FB tentang masalah susu merudum. Ramai yang suggest macam-macam. Pernah juga cuba beberapa produk yang banyak kat pasaran tu. Harga pun lebih kurang je.

Last-last cuba 1 can ESP ditambah dengan Alfalfa. Alhamdulillah susu pun semakin banyak. Sekali pam dapat hampir 2 ke 3 botol. Syukur sangat dengan nikmat Allah bagi. Jadi bolehla buat simpan stok kat rumah untuk anak tersayang.

 

Hasil pam yang selalu dapat untuk setiap kali pam. Tapi harus diingatkan supaya jaga pemakanan dan amalkan minum air kosong yang banyak untuk ibu menyusu.

Antara khasiat lain ESP ialah :


ESP bukan sahaja untuk wanita malah seisi keluarga juga boleh amalkan. Pesakit diabetis memang sesuai amalkan diabetis. Ibu mengandung yang ada diabetis memang digalakkan ambil ESP kerana indeks glisemiknya sangat rendah. Membantu memberikan tenaga berpanjangan untuk si ibu dan mengekalkan kesihatan ibu.




Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com





October 12, 2016

Hidup Tak Pernah Puas

Penyakit tak puas hati dengan Template blog kembali lagi. Adoiii. Haha

Penyakit ni hanya aku yang rasa tau. Orang lain aku tak tahu. Bila dia datang geram rasa nak tukar time tu jugak. Kena sabar ! tak boleh gopoh gapah nanti semuanya hilang. Nak setting template bukan senang. Kena try and adjust.

Hanya orang yang sabar macam aku ajer boleh hadap. Nak baca coding template satu. Nak adjust center, left, right. Ikut hati boleh jer suruh orang buat. Tapi aku rasa aku boleh buat sendiri dan memang puas kalau dapat buat sendiri.

Nak-nak pulak apa yang kita nak jadi. Walahaiiii hanya tuhan je yang tau betapa bahagianya hidup. Macam dapat  makan ais kacang yang manis dan lemak-lemak time panas. Cenggitulah nikmatnya.


Nak buat benda ni kena ada minat dan kesungguhan. Kalau tak minat dan takde kesungguhan semuanya tak jalan. Hihi

Semoga aku boleh bersabar dengan dugaan untuk cipta template baru. Semoga tabah dalam menghadapi dan melihat template2 orang yang gempak2 tu. huhu

5 Tips Didik Anak Bijak Bermula Dari Kandungan


Setiap ibu bapa inginkan anak yang sihat dan cergas. Kita sering menyediakan barangan material untuk anak-anak sedangkan untuk mendapat anak yang bijak harus dimulai dari dalam kandungan lagi.

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk mendidik bayi bermula dari dalam kandungan ibu.


1) Memberikan sentuhan

Ibu bapa harus memberikan sentuhan lembut pada bahagian perut ibu. Janin dalam perut akan merasai kasih sayang ibu bapanya melalui sentuhan. Menenangkan bayi melalui sentuhan.

Bayi akan berasa tenang dan selesa berada dalam kandungan sehinggalah tiba saat untuk dilahirkan. Amalkan secara konsisten.

2) Memberikan rangsangan suara

Sebagai ibu bapa yang baik harus menunjukkan contoh yang baik untuk anak dalam kandungan. Berbicara dengan anak dalam kandungan bagi menunjukkan kasih sayang kepada bayi. Gunakan bahasa yang baik untuk merangsang otak bayi. Dengarkan alunan zikir atau bacaan al-quran untuk yang muslim dapat menenangkan bayi.

3) Memberikan rangsangan berfikir

Ibu boleh cuba membuat latihan matematik atau ujian IQ bagi merangsang otak dan kecergasan bayi dalam kandungan.


4) Merangsang menggunakan visual

Cara visual kerja yang menggunakan otak  kanan dapat memberikan pengaruh positif. Melatih otak kanan dengan cara mengambil gambar, melukis atau memandang pemandangan alam semulajadi sehingga bayi dapat merasakan apa yang anda rasakan. Ketenangan dapat meningkatkan IQ bayi.

5) Merangsang bayi menggunakan cahaya

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Journal of the America Academy of Child & Adolescent Psychology mendapati bahawa cahaya redup yang didekatkan pada ibu mampu merangsang bayi. Misalnya cahaya daripada lampu suluh.

Elakkan daripada menggunakan cahaya yang terlalu terang kerana ia boleh mengganggu ketenteraman bayi. Apabila anda merasakan ada gerakan yang terhasil daripada dalam perut itu menunjukkan bayi memberi tindakbalas terhadap rangsangan cahaya.

Keinginan untuk memiliki anak yang bijak memerlukan kerajinan ibu bapa sendiri. Ia mesti dimulakan sejak awal terbentuknya janin di dalam rahim ibu.

October 11, 2016

Abang Aus Dah Nak Masuk Sekolah

Sedar tak sedar Abang Aus dah nak masuk 5 tahun dah. Nak masuk sekolah dah. Hari ini ummi dan abah dengan adik pergi daftar sekolah Tabika Abang Aus. Abang Aus seronok sangat bila dia nak sekolah.

Semalam ummi print borang daftar masuk Tabika Kemas. Semuanya Download kat internet je. Alhamdulillah Allah permudah segala urusan. Syukur sebab masih ada tempat kosong. Ikut syarat tempoh untuh daftar dah bermula dari bulan Jun hingga Oktober. 

Pagi tadi sebelum pergi daftar kena pergi ambil gambar pasport Abang Aus dulu. Abah pun tumpang sekali sebab nak renew lesen GDL.

Semuanya ummi abadikan disini untuk tatapan suatu hari nanti. Anak sulung nak sekolah. Mesti teruja sangat. Semoga Abang Aus menjadi anak yang soleh, bijak dan berjasa untuk semua. Ummi dan semua orang sayang Abang Aus sampai syurga.


October 10, 2016

13 PERKARA PUNCA REZEKI


1) TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezki dari jalan yang tak disangka-sangka

2) TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan dia

3) SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki"

4) SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)

5) ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan

6) SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih

7) SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki

8) TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

9) NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

10) DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi

11) TILAWAH QURAN -kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya

12) ZIKIR PAGI PETANG - ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu

13) PEKERJAAN- berusaha di atas asbab

Perkara 1-12 terdapat perintah & jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.

Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir, ADA PERINTAH & JAMINAN REZEKI DARI ALLAH...dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung..tidak semestinya kerja over time dapat rezeki banyak...

NAMUN BUKAN BERMAKSUD TIDAK BEKERJA & USAHA...Di dalam surah al-Jumuah, Allah berfirman bahwa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat, DAN INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK semoga beruntung (al-Jumuah:10)...dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah.

Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1-12.




Sumber : Copypaste. Semoga penyebarnya mendapat rahmat Allah S.W.T selalu

9 Formula Pantas Seru Rezeki

9 Formula Pantas Seru Rezeki:



1. Sedekah RM1 sehari 
- waktu yg disarankan adalah selepas Subuh hingga pukul 11 pagi.


2. Lipatgandakan sedekah 
- apabila sudah istiqamah dgn sedekah RM1, tingkatkan nilai.

3. Istighfar
- disarankan istighfar 100 kali sehari.

4. Tahajud
- sebelum tidur niatksn dalam hati " Ya Allah, aku pohon bangunkan aku, dikala waktu terbaik untuk programkan diriku, mindaku dn beribadah".

5. Dhuha
- Lazimkan solat Dhuha.

6. Bersangka baik 
- Teruskan bersedekah. Tiada balasan terlihat bukan kerana Allah tidak balas. Allah PASTI membalas. Didik ikhlas dgn terus bersedekah.

7. Zakat 
-apabila kita peroleh pendapatan daripada perniagaan atau kerjaya, beranikan diri untuk berzakat. Ingat! setiap pendapatan yg kita dapat ada hak Allah dan ada hak orang lain. Zakat adalah hak Allah.

8. Syukur 
- catitkan 100 perkara yg disyukuri setiap hari. Biasakan diri ucap Alhamdulillah." Sujud syukur srlepas solat.

9. Ibu 
- Hantar sms atau seadainya lebih berani, telefon untuk "mohon maaf" dan " mohon maafkan" kesalahan diri.

Dengan izin Allah, 9 formula Pantas Seru Rezeki ini akan berkesan.

Testimoni Set Cantik Untuk Masalah Jerawat


Hanya 2 minggu mengamalkan Set Cantik Shaklee menampakkan kesan yang sunnguh memuaskan hati.

Kalau dulu terlalu merendah diri akibat kulit muka yang penuh dengan jerawat. Sekarang masalah dh selesai hanya mengamalkan suplemen dan pencuci muka Shaklee.

Antara produk yang diamalkan ialah :

1) Vivix
2) Collagen Powder
3) ESP
4) Vitamin C
5) Vitamin E
6) Mencuci muka dengan Pencuci Muka NutriWhite

Kulit nampak lebih sihat dan segar dengan amalan pemakanan suplemen yang betul. Hasilnya muka lebih berseri. Keyakinan diri untuk berdepan dengan orang lain juga bertambah baik.

Safeni Feni

SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780

Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...