Harga Termasuk GST. Produk ini tidak betujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
September 19, 2016
Bisnes Shaklee Dimana-mana
Peluang terbuka luas dengan Shaklee. Ramai orang telah membuktikan bahawa hidup mereka banyak berubah dengan menjalankan bisnes Shaklee. Termasuklah saya sendiri. Daripada tak tahu apa-apa tentang marketing, blog, fb, instagram dll.
Pelan perniagaan yang tidak terbatas hanya untuk setempat malah untuk seluruh dunia. Teknologi hari ini mampu memberikan pulangan yang lebih baik. Hanya dengan adanya internet dan gajet. Anda boleh memulakan perniagaan internet sendiri.
Hari ini ramai orang mencari peluang-peluang perniagaan untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar. Surirumah yang hanya duduk di rumah pun boleh memulakan bisnes Shaklee. Ramai surirumah telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu menjana kewangan sendiri dengan hanya berbisnes di rumah.
Bisnes ini tidak terbatas kepada surirumah sahaja malah untuk mereka yang bekerja juga mampu melakukannya.
Dapatkan info-info menarik tentang Shaklee melalui upline-upline dan sebarkan kebaikan kepada orang lain. Membantu diri sendiri dan orang lain dalam menambah nilai dalam kehidupan bukan sahaja memberi kepuasan malah membuatkan kita rasa bahagia.
Ramai orang mencari peluang dan ruang untuk membantu diri sendiri. Jadi rebutlah peluang itu. Kesihatan pun lebih baik dan produk yang digunakan dijamin selamat.
Produk Shaklee untuk pasaran Malaysia telah disahkan Halal oleh Islamic Services of America (ISA), iaitu badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jadi jangan takut untuk mencuba.
Hubungi Feni untuk dapatkan produk Shaklee atau ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee.
Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com
September 15, 2016
Siapa Saya Tanpa Mereka
Cinta hati saya sampai syurga. InshaAllah.
Abang Aus
Adik Rayyan
Kebahagiaan keluarga adalah satu nikmat untuk saya. Berkorban apa saja. Bersungguh-sungguh mengejar cita-cita untuk membahagiakan semuanya.
Hari ini saya belajar menjadi seorang isteri yang solehah. Seorang ummi yang misali untuk anak-anak. Menjadi anak dan menantu yang baik untuk ibu bapa. Alhamdulillah nikmat itu sungguh bermakna.
Terima kasih ya Allah kerana nikmatmu yang tidak terhingga. Semoga kami kekal bahagia sampai syurga.
Ummi sayang family ummi.
September 14, 2016
Kulit Cerah Semulajadi Apa Rahsianya ?
Hari ini ramai gadis dan wanita sungguh teruja untuk kelihatan cantik dan menarik. Ada yang sanggup berhabis beribu-riban setiap bulan hanya untuk cantik. Membeli produk-produk kecantikan yang harganya boleh tahan mahal. Ada juga yang sanggup menahan sakit dengan melakukan pembedahan untuk kelihatan cantik.
Suntik menyuntik juga sudah menjadi kebiasan untuk cantik. Ada produk yang dijual secara berleluasa melalui medium-medium online dan offline. Perkara ini sungguh menarik minat anak gadis dan wanita untuk mencubanya tanpa memikirkan risiko yang mungkin dihadapi mereka kemudian hari.
Produk yang dijual harus ada KKM dan disahkan selamat untuk digunakan. Kalau tersalah pilih produk bahaya menanti anda. Tambahan pula produk yang jauh lebih murah kerana kemungkinan produk tiruan.
Alhamdulillah setakat ini produk Shaklee masih selamat untuk diamalkan. Ini adalah rahsia besar oleh pengamal produk Shaklee. Kulit pulak gebu gebas, licin dan lembut saja.
Pesanan saya untuk dapatkan kulit yang cerah dan cantik secara semulajadi perlukan masa supaya ianya bermula dari dalam. Sihat dalaman maka sihat luaran.
Jom sihat, cantik dan menawan bersama saya dengan mengamalkan set cantik daripada produk Shaklee ni.
Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com
Tanda-tanda Awal Kehamilan
Setiap pasangan yang yang berkahwin mesti mempunyai keinginan untuk mendapatkan zuriat untuk menyerikan lagi rumah tangga. Saat-saat indah ini pasti ingin dirasai oleh pasangan.
Berikut adalah beberapa tanda-tanda awal kehamilan untuk pasangan yang baru berkahwin terutamanya wanita muda:-
1) Haid Lambat
Satu tanda ialah terlambat datang bulan atau haid tidak datang. Namun tak semua lambat haid boleh menyebabkan hamil. Mungkin juga disebabkan oleh faktor hormon. Haid yang lambat mungkin juga disebabkan oleh tekanan, diet atau masalah hormon yang tidak menentu.
2) Meloya dan Mual (Morning Sickness)
Peningkatan hormon HCG (Human Chorionic Gonodotrophin) menyebabkan rasa mual dan loya. Gejala ini sangat umum dengan wanita hamil terutamanya untuk tempoh trimester pertama. Gejala ini akan beransur pulih setelah masuk trimester kedua mengikut individu.
3) Kerap Membuang Air kencing
Wanita hamil akan kerap membuang air kencing kerana janin dalam rahim menekan kantung kencing.
4) Perubahan Bentuk Badan
Bentuk badan akan berubah mengikut tempoh waktu kehamilan. Bukan sahaja perut yang menjadi besar, malah bahagian lain turut mengalami perubahan seperti peha, dada dan lengan akan turut membesar.
5) Payudara Membengkak Dan Lembut
Payudara akan membengkak, berubah bentuk dan bersedia untuk menghasilkan susu. Payudara akan menjadi lembut dan sensitif untuk tempoh beberapa bulan. Warna bahagian aerola akan menjadi lebih gelap.
6) Perubahan Emosi
Wanita hamil memiliki emosi yang berubah-ubah. Ada masa berasa sangat bahagia dan adakalanya sangat sedih. Sangat penting untuk pasangan memahami tentang emosi si isteri ketika tempoh kehamilan ini. Ini adalah kerana tubuh wanita sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran hormon baru.
7) Mengidam
Anda merasakan ingin makan sesuatu tanpa alasan. Ini mungkin disebabkan oleh pembawakan bayi.
9) Sensitif Terhadap Bau
Sangat sensitif terhadap bau terutamanya makanan atau pewangi. Ada bau yang tertentu boleh menyebabkan rasa loya dan muntah.
10) Ujian Kehamilan
Ini adalah ujian untuk menentukan bahawa positif atau negatif hamil. Pregnancy Test boleh didapati di farmasi atau kedai-kedai serbaguna untuk melakukan ujian. Ini adalah untuk mengesan kehamilan. Pergilah ke klinik untuk membuat rawatan bagi ibu hamil.
Cerita Anis Dan Ikhtiar Untuk Hamil
Jangan lupa hubungi Feni untuk dapatkan suplemen Shaklee anda.
Khidmat nasihat secara percuma.
Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...



























