September 13, 2016

5 Risiko Hamil Pada Usia 35 Tahun Dan Ke Atas



Hamil pada usia 35 tahun dan keatas mempunyai beberapa risiko yang mungkin dihadapi oleh wanita dan pasangan.

Antara risiko hamil pada usia 35 tahun dan keatas yang sering dibicarakan ialah :


1) Kemungkinan mengalami keguguran

Risiko keguguran mungkin terjadi disebabkan oleh kualiti sel telur yang dihasilkan sudah menurun berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke bawah. Hal ini mungkin menyebabkan janin tidak dapat berkembang dengan baik sehingga boleh menyebabkan keguguran. 

2) Melahirkan Bayi Pra-matang

Masalah kelahiran sebelum waktunya dipanggil pra-matang dalam tempoh sebelum 37 minggu. Bayi yang lahir pra-matang akan mengalami banyak masalah terutamanya masalah kesihatan dan perkembangan. Ia memerlukan penjagaan yang rapi. Selalunya bayi pra-matang memiliki daya tahan tubuh yang lebih lemah. Ini akan menyebabkan bayi ini mudah dijangkiti penyakit.

3) Berat Bayi Lebih Rendah

Kemungkinan bayi yang lahir akan berada kurang daripada paras normal. Ini juga berkait rapat dengan bayi pra matang. Ibu hamil yang berumur 35 tahun ke atas perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat untuk perkembangan janin dalam rahim.

4) Bayi Mengalami Kecacatan Kromosom

Sel telur yang dimiliki oleh wanita berumur 35 tahun ke atas sudah mengalami penurunan. Salah satu penyebab dan risiko hamil pada usia lewat ialah bayi yang bakal lahir kemingkinan cacat atau kelainan kromosom. Hal ini disebabkan kualiti telur yang dihasilkan lebih rendah berbanding wanita yang berumur 25 tahun.

5) Gangguan Pada Kesihatan Ibu

Si ibu mungkin akan mengalami pelbagai masalah ketika hamil pada usia begini. Antaranya ialah kencing manis dan darah tinggi. Pada waktu kekuatan fizikal wanita menurun jika dibandingkan dengan waktu produktifnya.

Ini hanya beberapa risiko yang mungkin dialami oleh wanita yang berusia 35 tahun dan ke atas. Segala yang berlaku dengan izin yang maha ESA. Kita hanya mampu merancang dan berdoa supaya semua yang diharapkan berjalan dengan lancar.



Hari Raya Aidil Adha 2016


Gambar ini diambil berlatar belakangkan dengan lombong lama di belakang rumah seseorang. Alhamdulillah berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah.

Rezeki bila sahabat suami yang kami anggap macam abang dalam family MAOC menjemput kami untuk melawat bayi baru lahir di rumah adiknya di Taman Pinggiran Delima, Hulu Langat, Selangor. Tak jauh pun dari rumah kami. 

Mula-mula sampai rumah orang ni sangat teruja dan pelik. Ku sangkakan kedai makan berlatar belakang tasik rupanya rumah orang. Sungguh unik dan cantik. 

Ketika gambar di atas di postkan di FB dengan caption "Selamat Hari Raya Aidil Adha Dari Kami Sekeluarga From Tasik Kenyir ''
Ramai yang terpedaya dan menyangkakan ianya betul. Tiada niat nak menipu tapi itulah memang cantik dan nampak macam berada di Tasik Kenyir betul kan ? Hihi



Abang Aus menikmati bihun sup sementara menunggu abah pulang dari surau. Hari yang sungguh sibuk untuk abah sebab tahun ni ada 14 ekor lembu yang dikorbankan oleh penduduk. Alhamdulillah murah rezeki semua orang. 


Adik Rayyan bangun awal sebab nak pergi raya umah opah. Jadi mata mengantuk mengamuk nak tidur. Dapat masuk buai tidur dengan lena. Hari pulak mendung dan hujan renyai-renyai raya kali ni. Sejuk dan nikmat bila boleh tidur dalam buai.

Ya Allah, terima kasih dengan nikmat yang berikan kepadaku. Alhamdulillah syukur diberikan sebuah keluarga kecil yang bahagia ini. Semoga bahagia ini berkekalan hingga ke syurga. 

Alhamdulillah 
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Ummi sayang keluarga ummi sampai syurga. Walaupun kita tak kaya tapi Allah sentiasa mencukupkan apa yang kita perlukan. Masih hidup, masih bernafas, masih sihat, masih mampu untuk bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Alhamdulillah.

Bagaimana Ingin Hamil Semula Setelah Berhenti Makan Pil Perancang ?

Pil perancang adalah salah satu langkah yang boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mencegah kehamilan. Ada pasangan terpaksa menangguhkan kehamilan disebabkan masalah tertentu seperti masih belajar atau mengikuti aktiviti-aktiviti yang tidak dibolehkan untuk hamil.

Langkah-langkah persediaan untuk hamil yang boleh anda amalkan setelah merancang melalui pil perancang.

1) Berhenti Mengambil Pil Perancang
Perkara pertama yang perlu dibuat setelah keputusan untuk hamil ialah berhenti makan pil perancang. Merancang kehamilan akan datang dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat supaya dapat menyihatkan tubuh badan serta menstabilkan kembali hormon dalam badan.

2) Stabilkan Hormon Dalam Badan
Sistem endokrin berfungsi untuk mengawal hormon. Perancang kehamilan jenis hormon akan menyebabkan kecelaruan apabila pil perancang dihentikan. Kecelaruan ini sebenarnya adalah bersifat lazim kerana badan nak baiki semula hormon kepada seimbang dan normal. Berikan masa untuk tubuh badan kembali normal sebelum merancang untuk hamil.

3) Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat dan Kuruskan Badan
Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Melakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit untuk satu sesi tiga kali seminggu. Ini adalah untuk mengekalkan kesihatan dan juga membantu dalam menurunkan berat badan. Lemak yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan. 

4) Hidup Bertuhan
Berserah dan tawakal kepada Tuhan. Berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan untuk hamil. Segala perancangan adalah dengan izinNya.

Produk Shaklee Yang Boleh Diamalkan Untuk Menstabilkan Hormon Ialah :

1) B-Complex
Mengandungi gabunagn 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan, lengkap dengan asid folik untuk membina saraf tunjang bayi. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan tumbesaran bayi menjadi cacat. Membantu dalam proses kesuburan lelaki dan wanita. Suami dan isteri disarankan supaya mengamalkan B-Complex dalam tempoh kesuburan.

2) GLA Complex
GLA atau Gamma Linolenik Asid (GLA) merupakan sejenis lemak Omega 6 yang sangat membantu dalam menyeimbangkan hormon. Dihasilkan daripada minyak borage iaitu sumber GLA yang paling pekat dan minyak bunga matahari yang mengandungi vitamin E yang bertindak membantu penyerapannya. 

GLA ini digalakkan diambil oleh wanita dan gadis remaja yang mengalami masalah PMS seperti senggugut, sakit buah dada, sakit pinggang dan perubahan mood atau mood swing. Apabila hormon prostaglandin diseimbangkan terhasilah kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat dan cantik.

3) ESP
ESP terkenal dengan soya NON GMO iatu soya yang tidak diubah genetiknya. Merupakan sumber protein penting  dalam membekalkan nutrisi kepada tubuh badan. Mengandungi sumber phytoestrogen dan isoflavones yang menghalan hormon-dependent cancers seperti kanser payudara dan prostat. 

4) Omega Guard
Merupakan minyak ikan terbaik dunia yang mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu menyeimbangkan pengeluaran hormon dan memperbaiki respon selular terhadap insulin. Membantu dalam pembentukan otak yang lebih bijak untuk bayi dalam kandungan. 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com




September 12, 2016

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016

Alhamdulillah berlangsung dengan baik hari yang mulia kali ini. Kami tak balik kampung tapi tetap meriah dengan ahli keluarga sendiri.

Mek di kampung, pagi-pagi dah telefon ucapkan selamat hari raya dan minta maaf.

Syukur masih diberikan peluang untuk meraikan hari raya korban lagi tahun ni. Suami ceria bahagia menolong orang surau menyiapkan daging korban di surau.

Anak-anak pun seronok sebab dapat meraikan bersama. Paling best boleh tengok lembu.


September 11, 2016

Bawa Anak-anak Pergi Muzium Alam Semulajadi


Bila Achik Manjung dengan Pakcik Radhi datang hantar kereta kami pun tumpang sekaki boleh jalan kat Muzium Alam Semulajadi. Masa ni abah tak ikut sebab tak larat. Kami anak beranak tumpang Ayah Chik dengan Cik Ina je. Pergi satu kereta. Lagipun tak jauh mana.

Anak-anak paling seronok sebab boleh tengok haiwan secara lebih dekat. Walaupun hanya tengok replika atau haiwan yang telah diawet.

Selesa kat sini sebab tak panas sangat. Bayaran pun hanya RM2 sahaja. Jadi takdelah keluar belanja mahal-mahal. Sesuai untuk yang ada anak-anak ramai tu. Dalam ni boleh main dam ular tu. Abang Aus dan Abang Afan seronok sangat lawan. 


Lain kali boleh bawak anak-anak pergi tengok haiwan lagi kat sini. Best !


10 Kebaikan ESP Untuk Wanita


Kebaikan ESP untuk wanita

1) Menjadikan kulit bertambah cerah dan halus
2) Kulit menjadi sekata
3) Membantu dalam membentuk badan yang ideal
4) Sesuai untuk diet yang sihat kerana mengenyangkan
5) Membantu wanita yang hamil untuk membekalkan tenaga
6) Sebagai penggalak susu untuk ibu menyusu
7) Sesuai untuk wanita yang hampir monopous
8) Indeks glisemik yang rendah sesuai untuk pesakit diabetis
9) Mengekalkan kecantikan untuk gadis dan wanita
10) Sumber protein penting untuk keperluan nutrisi harian

Hubungi Feni untuk dapatkan ESP anda
Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com

September 9, 2016

Asid Folik Dan Kehamilan

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Jumlah Asid Folik Yang Dicadangkan Mengikut Usia Kehamilan :-

400 mcg – Perancangan untuk hamil
400 mcg – Tiga bulan pertama kehamilan
600 mcg – Enam bulan hingga Sembilan bulan kehamilan
500 mcg – Semasa menyusukan

Mengapakah wanita hamil perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 


B-Complex Shaklee

✔  Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.
✔ Kesemua 8 komponen ini perlu ada  pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan  keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
✔Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.
✔ Vitamin B adalah larut air. Sebarang lebihan tidak akan disimpan dan disingkirkan melalui sistem pencernaan.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...