Alhamdulillah berlangsung dengan baik hari yang mulia kali ini. Kami tak balik kampung tapi tetap meriah dengan ahli keluarga sendiri.
Mek di kampung, pagi-pagi dah telefon ucapkan selamat hari raya dan minta maaf.
Syukur masih diberikan peluang untuk meraikan hari raya korban lagi tahun ni. Suami ceria bahagia menolong orang surau menyiapkan daging korban di surau.
Anak-anak pun seronok sebab dapat meraikan bersama. Paling best boleh tengok lembu.
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
September 12, 2016
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016
September 11, 2016
Bawa Anak-anak Pergi Muzium Alam Semulajadi
Bila Achik Manjung dengan Pakcik Radhi datang hantar kereta kami pun tumpang sekaki boleh jalan kat Muzium Alam Semulajadi. Masa ni abah tak ikut sebab tak larat. Kami anak beranak tumpang Ayah Chik dengan Cik Ina je. Pergi satu kereta. Lagipun tak jauh mana.
Anak-anak paling seronok sebab boleh tengok haiwan secara lebih dekat. Walaupun hanya tengok replika atau haiwan yang telah diawet.
Selesa kat sini sebab tak panas sangat. Bayaran pun hanya RM2 sahaja. Jadi takdelah keluar belanja mahal-mahal. Sesuai untuk yang ada anak-anak ramai tu. Dalam ni boleh main dam ular tu. Abang Aus dan Abang Afan seronok sangat lawan.
Lain kali boleh bawak anak-anak pergi tengok haiwan lagi kat sini. Best !
10 Kebaikan ESP Untuk Wanita
Kebaikan ESP untuk wanita
1) Menjadikan kulit bertambah cerah dan halus
2) Kulit menjadi sekata
3) Membantu dalam membentuk badan yang ideal
4) Sesuai untuk diet yang sihat kerana mengenyangkan
5) Membantu wanita yang hamil untuk membekalkan tenaga
6) Sebagai penggalak susu untuk ibu menyusu
7) Sesuai untuk wanita yang hampir monopous
8) Indeks glisemik yang rendah sesuai untuk pesakit diabetis
9) Mengekalkan kecantikan untuk gadis dan wanita
10) Sumber protein penting untuk keperluan nutrisi harian
Hubungi Feni untuk dapatkan ESP anda
Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com
September 9, 2016
Asid Folik Dan Kehamilan
Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Jumlah Asid Folik Yang Dicadangkan Mengikut Usia Kehamilan :-
400 mcg – Perancangan untuk hamil
400 mcg – Tiga bulan pertama kehamilan
600 mcg – Enam bulan hingga Sembilan bulan kehamilan
500 mcg – Semasa menyusukan
Mengapakah wanita hamil perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
B-Complex Shaklee
✔ Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.
✔ Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
✔Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.
✔ Vitamin B adalah larut air. Sebarang lebihan tidak akan disimpan dan disingkirkan melalui sistem pencernaan.
Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com
September 8, 2016
Vitamin Ibu Hamil
Wanita yang hamil memerlukan nutrisi lebih berbanding wanita yang tidak hamil. Ini kerana untuk membekalkan nutrisi penting untuk kedua ibu dan bayi yang dikandung.
Kalau kita pergi klinik kerajaan atau swasta pasti doktor akan bekalkan beberapa ubat penting untuk ibu mengandung supaya ibu-ibu dapat kekalkan kesihatan mereka dan bayi.
Ini adalah Set Hamil Shaklee yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil.
Trimester Pertama ( Bulan Pertama hingga Bulan Ketiga)
Suplemen yang disaran untuk ibu hamil ialah :
1) Vitalea
2) ESP
3) Vitamin C
4) B-Complex
Untuk Trimester Kedua dan Ketiga (Bulan Keempat hingga Bersalin)
Suplemen yang disarankan ialah sama seperti trimester pertama ditambah dengan Omega & Ostematrix.
1) Vitalea
2) ESP
3) Vitamin C
4) B-Complex
5) Omega Guard
6) Ostematrix
VITALEA
✔ Merupakan multivitamin pertama yang dicipta di dunia.
✔ Mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan.
✔12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
✔ Memberikan tenaga.
✔ Pelengkap nutrisi.
ESP
✔ Salah satu sumber protein ialah kacang soya.
✔ ESP dihasilkan daripada kacang soya non GMO.
✔Protein akan merangsang pertumbuhan fizikal dan mental, secara langsung menyebabkan bayi akan cepat membesar dan cerdik.
✔ Wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 70g protein sehari.
✔ ESP mengandungi hampir kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh.
Vitamin C
✔ Sangat penting untuk kesihatan gusi, gigi, tulang dan untuk pembentukan tisu baru.
✔ Ibu hamil yang tidak cukup vitamin akan mudah penat.
✔ Gusi berdarah dan jangkitan kuman pada gusi menandakan kekurangan vitamin C.
✔ Membantu menguatkan sistem imun untuk ibu dan bayi yang bakal lahir.
B-Complex
✔ Mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga.
✔ Asid folic, B6, dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.
✔ Vitamin ini bertindak pada tahap maksima apabila deberikan secara serentak. Namun kebanyakkan ibu-ibu hamil tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempoh hamil.
Omega Guard
✔ Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
✔ DHA adalah nutrien penting untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.
Ostematrix
✔ Ibu hamil memerlukan kalsium yang lebih untuk menguatkan tulang.
✔ Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur boleh memperbaiki masalah kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi untuk ibu hamil.
Hubungi Feni untuk dapatkan Vitamin untuk ibu hamil anda :
Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com
5 Faktor Yang Boleh Merendahkan Tahap Kesuburan Lelaki
1) Persekitaran yang panas seperti tempat kerja di kilang, komputer riba di atas riba dan pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat (suhu optima untuk buah zakar ialah 2°© lebih rendah dari suhu badan.
2) Kecederaaan atau jangkitan kepada satu atau kedua-dua buah zakar. Bengkak akibat dipukul atau jatuh. Jangkitan virus beguk (Mump) boleh melibatkan buah zakar.
3) Terdedah kepada bahan toksin seperti nikotin (daripada asap rokok), alkohol (dalam minuman keras) dan ubat-ubatan tertentu seperti ubat propranolol (digunakan untuk darah tinggi), cimetidine (ubat gastrik) dan maxolon.
4) Masalah ketegangan zakar atau mati pucuk.
5) Masalah pancutan air mani tak sempurna lewat atau gagal dan ejakulasi songsang (retrograde ejaculatio) ke dalam pundi kencing.
Masalah kesuburan boleh diatasi dengan memakai pakaian yang longgar terutamanya untuk bahagian alat sulit lelaki.
Mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat seperti makan makanan yang berkhasiat ditambah dengan suplemen yang membantu kesuburan lelaki seperti zinc complex, vitamin e dan Vivix.
Mengurangkan budaya merokok dan lakukan aktiviti senaman untuk kekalkan kesihatan dan kecerdasan.
7 Tanda Produk Kosmetik Mempunyai Bahan Kimia Terlarang
TUJUH TANDA KITA SEDANG GUNAKAN PRODUK KOSMETIK YANG MEMPUNYAI BAHAN KIMIA TERLARANG!
1. Krimnya berbau tajam dan teksturnya sedikit melekit apabila disapu pada kulit.
2. Tuangkan sedikit toner yang puan sedang gunakan itu pada kapas muka. Biarkan seketika terdedah dengan cahaya matahari.
Toner akan bertukar kepada coklat kehitam-hitaman. Itu salah satu tanda produk mengandungi bahan HIDROKUINON.
Apa itu HIDROKUINON? Ia sejenis bahan kimia yang membunuh sel dalam kulit yang menghasilkan pelindung semulajadi daripada panahan cahaya matahari,
Apabila sel ini dimatikan, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan putih dalam tempoh singkat! Cerah dan putih itu tidak asli.
3. Semak penutup toner atau krim malam puan. Jika terdapat kerak coklat atau hitam, maka hampir pasti produk puan mengandungi HIDROKUINON.
4. Apabila disapu krimnya (terutamanya krim malam), kulit muka terasa panas dan gatal.
5. Awal-awal penggunaan kulit muka akan terasa sedikit pedih dan kemerahan apabila terkena matahari.
6. Kulit menjadi putih kepucatan, macam mayat.
7. Kulit menjadi licin berkilat! Ia adalah hasil daripada matinya protein dalam kulit yang berfungsi sebagai perlindungan.
Tidak logik pun kulit seseorang wanita itu tiba-tiba jadi licin dalam masa yang terlalu singkat.
KESAN BAHAYA HIDROKUINON?
1. Kulit muka menjadi nipis kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari.
2. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan risiko tinggi untuk menjadi tompok-tompok hitam. Buat rawatan laser pun belum tentu boleh hilang. Jangan sampai tahap macam ini ya! Lebih baik stop dari awal.
3. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas dan mungkin koma.
4. Kulit muka yang putih itu lama-kelamaan akan berubah menjadi gelap dan seakan sunburn, wajah juga kelihatan lebih tua dari usia. Ngerikan?!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...










