September 8, 2016

Vitamin Ibu Hamil

Wanita yang hamil memerlukan nutrisi lebih berbanding wanita yang tidak hamil. Ini kerana untuk membekalkan nutrisi penting untuk kedua ibu dan bayi yang dikandung. 

Kalau kita pergi klinik kerajaan atau swasta pasti doktor akan bekalkan beberapa ubat penting untuk ibu mengandung supaya ibu-ibu dapat kekalkan kesihatan mereka dan bayi.

Ini adalah Set Hamil Shaklee yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil.


Trimester Pertama ( Bulan Pertama hingga Bulan Ketiga)

Suplemen yang disaran untuk ibu hamil ialah :

1) Vitalea

2) ESP

3) Vitamin C

4) B-Complex



Untuk Trimester Kedua dan Ketiga (Bulan Keempat hingga Bersalin)

Suplemen yang disarankan ialah sama seperti trimester pertama ditambah dengan Omega & Ostematrix.

1) Vitalea

2) ESP

3) Vitamin C

4) B-Complex

5) Omega Guard

6) Ostematrix


VITALEA 

✔ Merupakan multivitamin pertama yang dicipta di dunia. 
✔ Mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan. 
12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
✔ Memberikan tenaga. 
✔ Pelengkap nutrisi.
✔ Melindungi organ seperti fungsi buah pinggang dan hati.



ESP

✔ Salah satu sumber protein ialah kacang soya.
✔ ESP dihasilkan daripada kacang soya non GMO.
✔Protein akan merangsang pertumbuhan fizikal dan mental, secara langsung menyebabkan bayi akan cepat membesar dan cerdik.
✔ Wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 70g protein sehari.
✔ ESP mengandungi hampir kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh.
✔ Rendah lemak dan tidak mengandungi kolestrol sesuai untuk ibu hamil.



Vitamin C

✔ Sangat penting untuk kesihatan gusi, gigi, tulang dan untuk pembentukan tisu baru. 
✔ Ibu hamil yang tidak cukup vitamin akan mudah penat.
✔ Gusi berdarah dan jangkitan kuman pada gusi menandakan kekurangan vitamin C.
✔ Membantu menguatkan sistem imun untuk ibu dan bayi yang bakal lahir.
✔ Pengambilan 120mg vitamin C sehari bersamaan 2 tablet sehari sesuai untuk keperluan ibu hamil.


B-Complex

✔ Mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita makan kepada  tenaga.
✔ Asid folic, B6, dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.
✔ Vitamin ini bertindak pada tahap maksima apabila deberikan secara serentak. Namun kebanyakkan ibu-ibu hamil tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempoh hamil.


Omega Guard

✔ Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
✔ DHA adalah nutrien penting untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.


Ostematrix

Ibu hamil memerlukan kalsium yang lebih untuk menguatkan tulang. 
✔ Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur boleh memperbaiki masalah kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi untuk ibu hamil.



Hubungi Feni untuk dapatkan Vitamin untuk ibu hamil anda :

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




5 Faktor Yang Boleh Merendahkan Tahap Kesuburan Lelaki

1) Persekitaran yang panas seperti tempat kerja di kilang, komputer riba di atas riba dan pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat (suhu optima untuk buah zakar ialah 2°© lebih rendah dari suhu badan.

2) Kecederaaan atau jangkitan kepada satu atau kedua-dua buah zakar. Bengkak akibat dipukul atau jatuh. Jangkitan virus beguk (Mump) boleh melibatkan buah zakar.

3) Terdedah kepada bahan toksin seperti nikotin (daripada asap rokok), alkohol (dalam minuman keras) dan ubat-ubatan tertentu seperti ubat propranolol (digunakan untuk darah tinggi), cimetidine (ubat gastrik) dan maxolon.

4) Masalah ketegangan zakar atau mati pucuk.

5) Masalah pancutan air mani tak sempurna lewat atau gagal dan ejakulasi songsang (retrograde ejaculatio) ke dalam pundi kencing.

Masalah kesuburan boleh diatasi dengan memakai pakaian yang longgar terutamanya untuk bahagian alat sulit lelaki.

Mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat seperti makan makanan yang berkhasiat ditambah dengan suplemen yang membantu kesuburan lelaki seperti zinc complex, vitamin e dan Vivix.

Mengurangkan budaya merokok dan lakukan aktiviti senaman untuk kekalkan kesihatan dan kecerdasan.


7 Tanda Produk Kosmetik Mempunyai Bahan Kimia Terlarang

TUJUH TANDA KITA SEDANG GUNAKAN PRODUK KOSMETIK YANG MEMPUNYAI BAHAN KIMIA TERLARANG! 

1. Krimnya berbau tajam dan teksturnya sedikit melekit apabila disapu pada kulit. 

2. Tuangkan sedikit toner yang puan sedang gunakan itu pada kapas muka. Biarkan seketika terdedah dengan cahaya matahari.

Toner akan bertukar kepada coklat kehitam-hitaman. Itu salah satu tanda produk mengandungi bahan HIDROKUINON.

Apa itu HIDROKUINON? Ia sejenis bahan kimia yang membunuh sel dalam kulit yang menghasilkan pelindung semulajadi daripada panahan cahaya matahari, 

Apabila sel ini dimatikan, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan putih dalam tempoh singkat! Cerah dan putih itu tidak asli. 

3. Semak penutup toner atau krim malam puan. Jika terdapat kerak coklat atau hitam, maka hampir pasti produk puan mengandungi HIDROKUINON.

4. Apabila disapu krimnya (terutamanya krim malam), kulit muka terasa panas dan gatal. 

5. Awal-awal penggunaan kulit muka akan terasa sedikit pedih dan kemerahan apabila terkena matahari. 

6. Kulit menjadi putih kepucatan, macam mayat.


7. Kulit menjadi licin berkilat! Ia adalah hasil daripada matinya protein dalam kulit yang berfungsi sebagai perlindungan. 

Tidak logik pun kulit seseorang wanita itu tiba-tiba jadi licin dalam masa yang terlalu singkat. 


KESAN BAHAYA HIDROKUINON? 


1. Kulit muka menjadi nipis kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari.


2. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan risiko tinggi untuk menjadi tompok-tompok hitam. Buat rawatan laser pun belum tentu boleh hilang. Jangan sampai tahap macam ini ya! Lebih baik stop dari awal.


3. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas dan mungkin koma.


4. Kulit muka yang putih itu lama-kelamaan akan berubah menjadi gelap dan seakan sunburn, wajah juga kelihatan lebih tua dari usia. Ngerikan?!

September 7, 2016

40 Pelajaran Oleh Nabi Muhammad SAW

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Hantarkan pada yang lain, untuk mengingati mereka. Semoga Allah merahmati kamu In Syaa Allah Aamiin :)
--------------------------- َ

Aku Dan Suami


Sweet tak kami berdua ? Haha. Sape cakap aku pakai gigi palsu. Aku tumbuk muka dia laju-laju. Haha. Ni gigi original tau! Ade ke kata gigi aku gigi palsu. Asli dan tulen nih!

Ada orang kata muka kami sama. Aku iyekan saja. Muka murah rezeki ni. Ahaks jangan marah. 

Alhamdulillah dengan semua nikmat yang Allah bagi pinjam ini. Dengan nikmat keluarga yang bahagia. Masih mencari dan cuba memperbaiki diri kerana tiada yang sempurna.

Bahagia itu milik Allah. Dunia hanya pinjaman semata-mata.Semoga bahagia ini akan kekal sehingga ke Jannah.

September 6, 2016

APA PERKARA YG HARUS DI BUAT , JIKA BELUM BERJAYA DAN KONSISTEN KENA BUAT JIKA SUDAH BERJAYA?  (TIPS FROM DAO)

APA PERKARA YG HARUS DI BUAT , JIKA BELUM BERJAYA DAN KONSISTEN KENA BUAT JIKA SUDAH BERJAYA? 
(TIPS FROM DAO)

BERSYUKUR
Setiap perkara yang kita syukuri akan membawa nikmat yang lebih banyak dari Allah S.W.T 

BERSEDEKAH
Sedekah adalah hikmah Allah S.W.T untuk mengajar kita menzahirkan kesyukuran

SALAM
Memberikan salam kepada setiap muslim tidak kira kenal atau tidak . Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim Allah membuka pintu rezeki buat hambaNya 

SENYUM
Senyum pembuka pintu rezeki . Sebab senyum kan 1 sedekah

SUJUD
Sujud adalah saat seseorang hamba yang paling hampir dengan Allah S.W.T
Waktu sujud terakhir dalam solat , Berdoa lah padaNya , kerana doa pada saat sujud adalah antara saat doa yang paling makbul taw

SELAWAT
Selawat adalah rahsia besar untuk mencapai segala hajat dan memperbaiki hidup di dunia & akhirat , So Perbanyakkan lah selawat

SUMBANG
The more u give , The more u get , sumbang tenaga dan masa untuk membantu orang lain & jangan kedekut ilmu , share ilmu yang kita tahu dengan ikhlas pada orang lain

TAWAKKAL
Kita serahkan semua urusan kepada Allah S.W.T
Kita just buat sebagai level manusia hanya mampu doa , usaha , tawakkal Yang lain kita serahkan padaNya , Allah Tahu apa yang terbaik buat kita

SABAR
Sabar dalam segala situasi . cabaran atau ujian .
Sabar dalam doa , sabar dalam usaha . Sabar bukan bermakna TUNGGU tapi sabar adalah 

BERTENANG .
Allah kan suka pada hambaNya yang Penyabar

So Chill 

5 Fakta Tentang Kolestrol

APA ITU KOLESTROL?

5 fakta mengenai kolestrol yang perlu anda tahu: 

1. ▶Lemak tepu (saturated fat) daripada makanan adalah penyumbang utama kepada tingginya kolestrol dalam darah.

2. ▶Kolestrol boleh dikurangkan dengan mengurangkan pengambilan daging merah, kuning telur & juga kepala ikan.

3. ▶Kepekatan kolestrol dalam darah akan meningkat dalam wanita yang mula mengalami menopause. So bila dah berusia, diet tu kena jaga, jangan main belasah je makan

4. ▶Apakah simptom tingginya kolestrol dalam darah? Lemah badan, meningkatnya berat badan dan pening kepala BUKAN simptom tinggi kolestrol. Kolestrol tak ada simptom. Nak tahu kolestrol tinggi atau rendah perlu cek darah anda di makmal.

5. ▶Badan kita sangat perlukan kolestrol untuk sintesis hormon. Tapi harus diingat, kolestrol tersebut bukan datang daripada diet anda sebaliknya ia dihasilkan sendiri oleh badan anda.

Pengambilan Omega Guard secara berterusan membantu dalam mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Ia membantu mencairkan lemak-lemak jahat yang menyekat saluran darah. Melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...