Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
September 5, 2016
15 Tips Untuk Mencapai Berat Badan Yang Ideal
Amalkan pemakanan dan gaya hidup secara aktif
1) Tetapkan matlamat anda, cuba kurangkan 10% daripada berat badan semasa anda dalam tempoh 6 bulan.
2) Penurunan yang selamat dan disyorkan ialah 1/2 kg seminggu atau 2 kg untuk sebulan. Turunkan berat badan secara konsisten.
3) Makan mengikut waktu yang betul dan tetap.
4) Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
5) Pilih snek iaitu makanan di antara waktu makan utama yang berkhasiat seperti buah-buahan.
6) Elakkan menyimpan makanan atau minuman ringan di rumah atau tempat kerja.
7) Kurangkan makanan yang bergoreng atau berlemak.
8) Kukus, rbus, atau panggang makanan anda.
9) Ambil 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari. Sayur dan buah rendah kalori dan tinggi serat menyebabkan kita berasa kenyang dengan lebih lama.
10) Minum air kosong 8 gelas sehari.
11) Tingkatkan aktiviti harian dengan berjalan 10,000 langkah sehari.
12) Pilih untuk gunakan tangga di tempat kerja atau dimana sahaja.
13) Lakukan aktiviti fizikal dengan intensiti sederhana sekurang-kurangnya 3 kali seminggu atau 150 minit seminggu.
14) Kurangkan aktiviti sedentari seperti menonton televisyen atau tidur lama di siang hari.
15) Lakukan sendiri aktiviti harian di rumah seperti menyapu sampah, mengemop lantai, berkebun dan sebagainya.
Penyakit Tidak Berjangkit Dan Risiko Anda
Penyakit Tidak Berjangkit Atau Non-Communicable Disease (NCD) merupakan masalah kesihatan yang utama di Malaysia. Jenis-jenis penyakit NCD yang utama adalah :
1) Penyakit kardiovaskular (seperti penyakit jantung, hipertensi dan strok)
2) Diabetis
3) Kanser
4) Penyakit respiratori kronik (seperti asma dan emfisema)
1) Penyakit Kardiovaskular
Penyakit Jantung
Seseorang dikatakan mendapat penyakit jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh saluran darah yang sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.
Ini terjadi kerana pengumpulan lemak yang melekat di dinding saluran darah lama kelamaan menyekat atau mengurangkan pengaliran darah ke otot jantung.
Strok
Strok berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan zat-zat makanan atau nutrien ke otak tersumbat atau pecah. Apabila bekalan oksigen ke otak terputus, sel-sel saraf secara perlahan-lahan akan mati. Ini menyebabkan bahagian badan yang terkawal oleh sel-sel saraf ini akan juga terlibat dan tidak dapat berfungsi.
Selalunya, kesan strok adalah kekal. Ini disebabkan sel-sel otak yang telah rosak atau mati tidak dapat diganti.
Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular
✿ Obes
✿ Diabetis
✿ Tekanan darah tinggi
✿ Pemakanan yang tidak sihat
✿ Kurang senaman atau tidak aktif
✿ Merokok
✿ Tekanan perasaan (stress)
2) Diabetis
Diabetis adalah sejenis penyakit kronik tidak berjangkit yang berlaku apabila paras gula dalam darah adalah tinggi disebabkan oleh kekurangan insulin dan bertindak balas dengan tisu-tisu tubuh. Insulin adalah hormon dalam tubuh kita yang akan mengawal paras gula dalam darah. Diabetis merupakan salah satu faktor risiko bagi penyakit jantung atau kardiovaskular.
Jenis-jenis diabetis :
1) Diabetis jenis 1
2) Diabetis jenis 2
3) Diabetis ketika mengandung
3) Kanser
Kanser adalah sejenis penyakit yang berlaku apabila sel bertambah secara tidak normal menyebablan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dibahagi kepada bukan kanser (benign) ataupun kanser tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Kanser pula boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain sekiranya tidak dirawat.
4) Penyakit Respiratori Kronik
Penyakit respiratori kronik adalah penyakit sistem pernafasan yang berlaku apabila terdapat penyepitan dan radang (inflamasi) pada saluran pernafasa.
Merokok adalah penyebab utama penyakit ini. Ia boleh menyerang sama ada lelaki atau wanita dan ia meningkat dengan usia.
Gejala Penyakit Respiratori Kronik
✿ Sesak nafas sewaktu melakukan aktiviti atau semasa rehat
✿ Sesak nafas terutama waktu pagi semasa bangun tidur
✿ Batuk berkahak berpanjangan
✿ Nafas berbunyi (wheezing)
✿ Simptom kegagalan paru-paru dan jantung bengkak dan bengkak kaki
✿ Sesak nafas terutama waktu pagi semasa bangun tidur
✿ Batuk berkahak berpanjangan
✿ Nafas berbunyi (wheezing)
✿ Simptom kegagalan paru-paru dan jantung bengkak dan bengkak kaki
PENYAKIT NCD BOLEH DICEGAH
✔ Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-0 minit setiap kali
✔ Makan secara sihat
✔ Kekalkan berat badan unggul
✔ Berhenti merokok
✔ Belajar menangani stress
✔ Periksa tekanan darah
✔ Periksa paras gula dalam darah
✔ Periksa paras kolestrol dalam darah
✔ Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
✔ Kekalkan berat badan unggul
✔ Berhenti merokok
✔ Belajar menangani stress
✔ Periksa tekanan darah
✔ Periksa paras gula dalam darah
✔ Periksa paras kolestrol dalam darah
✔ Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Promosi September 2016
Meriahnya bulan September tahun ni dengan promosi ESP dan Vitamin C. Suplemen untuk cantik.
ESP
Kepentingan protin untuk membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon dan enzim.
Kandungan lemak yang rendah dalam ESP sesuai untuk diamalkan oleh pengamalnya terutama bagi pesakit diabetis. Ibu yang hamil dan memerlukan tenaga juga disarankan untuk mengamalkan ESP ni.
Vitamin C
Berfungsi meningkatkan sistem imun. Tekanan atau stress memerlukan lebih Vitamin C. Perokok tegar dan mereka yang berada di sekelilingnya juga memerlukan vitamin C yang lebih banyak. Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi dan membina kolagen iaitu sejenis 'glu' yang melekatkan sel-sel, sangat penting untuk mencegah penyakit gusi. Ia juga membantu dalam memulihkan luka.
Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com
JALAN-JALAN PERABIH DUIT KAT PAVILION KUALA LUMPUR
Sabtu lepas teman my sister in law nak beli raket kat Pavilion. Hihi. Kami anak-beranak menyonget la follow. Paling best bila boleh makan free. Kekeke.
Tengok la tu. Semua muka happy sebab boleh makan sedap. Bila saya upload je pic ni kat ig & FB. Ramai yang komen. Kelas mak jemah makan kat PV.
Haha Ko hado ?
Rezeki jangan di tolak. Musuh jangan di cari. Tu la untung buat baik dengan semua orang. Hikhikhik.
Yang penting ikhlassss. Nak ikut kata orang susahla. Yang penting kita happy dan enjoy je idup ni.
En hubby takde masa ni sebab kerja. Dah la kerja pastu kena paksa di ambik barang kat branch pulak.
Rahsia Awet Muda Terbongkar Hanya Dengan Amalkan Set Cantik Shaklee
Teruja bila ramai duta-duta produk Shaklee buat sharing tentang #shakleeeffect mereka. Salah seorangnya akak cantik gojes ni. Saya kenal dia melalai FB je.
Sejak beliau mengamalkan SET CANTIK iaitu ESP, Vitamin C dan B- Complex kulit bertambah cantik dan gebu. Masalah bekas-bekas jerawat dan jeragat kat muka bertambah hilang dan pulih. Malah kulit pulak menjadi semakin sekata.
Paling best bertambah awet muda.
Nak jadi macam akak ni boleh cuba set cantik gojes ni.
Hubungi Feni untuk khidmat nasihat secara percuma.
Safeni FeniSMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780Email: feni8683@gmail.com
September 2, 2016
Program Niaga Air Telah Dibatalkan
Aduh tak tahu nak kabo macam mana. Mujur tak pergi shopping barang niaga lagi. Kalau tak aku nangis tepi bucu meja. Huhuhu.
Planning ahad ni nak berniaga air secara kecil-kecilan kat sebuah event dekat area sini la. Tapi tup-tup En. Hubby kata tak boleh berniaga sebab terlalu ramai manusia yang nak berniaga. Ok fine. Nasib tak beli barang lagi. Kalau dah beli ofkos la bersuka ria anak-anak aku membelasah segala yang di shopping untuk event tu. Haha
So tak payah pening-pening. Lapang fikiran. Hari event tu kita satu family pakat yuya-yuya jelah enjoy that day. Haha. So modal nak berniaga aku simpan tepi. Mana tau nak guna untuk buat apa-apa. Maybe ada hikmahnya. Just think positif la walaupun tak berapa nak positif kan. Kekeke
Okla. Rasa macam nak pergi shopping tudung la kat member. Next time kita jumpa lagi ya. Dada didi dudu.
Testimoni Set Cantik Gojes (Vitamin C + Vitamin E)
Kulit Muka Dah Tak Kering
*******************************
Testimoni hot from oven. Hihi.
Akak ni ambil Vitamin C & vitamin E untuk suplemen harian.
Tengok hasilnya. Kulit jadi lembab dan tak kering lagi.
Siap ada pesanan penaja lagi. Apa-apa suplemen pun pastikan anda minum air kosong banyak-banyak.
Safeni FeniSMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com
Email: feni8683@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...






