August 9, 2016

SET KESIHATAN WANITA


Kerana wanita itu sungguh berharga. Ewah macam moto pulak kan. Tapi memang betul pun. Sempena meraikan wanita di seluruh dunia. Pihak Shaklee telah menawarkan Set Kesihatan Wanita untuk membantu memberikan nutrisi yang penting untuk keperluan wanita.

Jika anda berminat untuk mendapatkan set-set kesihatan wanita ni. Anda layak untuk mendapatkan 2 beg kertas #liveAmazing secara percuma dan Beg Jute dengan separuh harga iaitu RM12 sahaja. Harga asal bernilai RM24. Berbaloi-baloi. (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Jangan lupa dapatkan Set Kesihatan Wanita anda hari ini. Untuk suami yang sayangkan isteri, apa kata belikan satu set untuk isteri kesayangan anda sebagai hadiah kerana kesihatan itu sungguh bermakna.

Set ini hanya boleh didapati untuk bulan Julai sehingga September 2016 selagi stok masih ada.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 5, 2016

Testimoni Set Cantik Gojes


Teruja !

Itu perkara yang paling best untuk share. Bila customer kita contek kita dan bagitau pasal efek makan vitamin c dan vitamin e ni. Kulit muka pun makin gebu gebas. Nak mekap pun senang. Paling best bila dia cakap tak mekap pun nampak cantik. kehkehkeh.

Vitamin c dan vitamin e ni memang best sebab ianya sangat anti oksidan dan membantu untuk menegangkan kulit. Bukan saja untuk kulit muka malah seluruh tubuh turut terkesan dengan suplemen ni.

Kulit bertambah cerah. Kesan parut jerawat dan jeragat makin berkurangan. Muka pun nampak cerah berseri. Serta banyak lagi efeknya.

Suka juga saya ingatkan customer-customer saya supaya minum air kosong banyak-banyak ketika sedang amalkan makan suplemen ni. Sebabnya untuk membuang segala toksin dalam badan. Sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari atau lebih.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

15 Perkara Tentang Ostematrix




Soalan & Jawapan OsteMatrix
__________________________

1. Kalau kanak2 umur brp boleh start bg oste?
*Ostematrix dibuat utk individu dewasa (18 ke atas). Kanak2 ambik sumber kalsium drp mealshake. 16 tahun dah boleh ambik oste*

2. Adakah had maksimum untuk mengambil oste ?
*Bergantung kepada keperluan individu. RDA sarankan 1000mg sehari (4 biji). Jika ada masalah tulang/rapuh/slip disc/patah etc boleh ambik lebih.*

3. Berapakah pengambilan yang sesuai atau had untuk wanita hamil mengambil oste ?
*4 biji secara tetap setiap hari. Ambil lebih lebih bagus sebab ada banyak faktor badan tak dapat serap khasiat sepenuhnya kalsium tu. Ambil juga ESP.*

4. Warga emas makan ostematrix, dada sakit, apa tandanya?
*Kena tahu keadaan kesihatan dia. Ada ambil ubat hospital atau dah ada penyakit?*

5. Masa terbaik untuk makan oste.
*2 biji pagi. 2 biji malam*

6. Untuk kes accident yang patah2 tulang tu, sejauh mana oste blh membantu.
*kalsium akan masuk ke dalam tulang dan mineral lain akan bantu tambah ketumpatan tulang. Sama macam keadaan biasa juga*

7.Ada kaitan ke makan Ostematrix untuk bantu lancarkan edaran darah dan bantu dlm hubungan suami isteri?Ada suami yang ambil dan dapat kesan 'mengeras' di bahagian sulitnya.
*Positif atau negatif ni? Ya. Kalsium bantu utk kuatkan otot.*

8. boleh ke up kan dos pengambilan oste jika sakit gigi ketika hamil.

*ya. Boleh up kan dos. Ambil Vita C jgk.*

9.bagaimana Ostematrix ni bantu tido lena dan mudahkan pelawasan smpi org sembelit pun disarankan ambil Oste.
*Kalsium diperlukan oleh otot manusia dlm setiap pergerakan. Jika orang tu stress, oste bantu utk relief contraction of muscle. Dia tidur lebih lena.*
*Otot di bahagian usus tu yg kawal pergerakan najis. Najis tu tak berubah. Tapi otot tu yg lebih mudah dikawal. Maka, senang membuang*  
Banyakkan ambil makanan byk serat.

10. Ada tak kesan sampingan jika oste diambil secara berlebihan?

*Dah ramai pengguna Shaklee yg ambil lebih drp 4 biji/hari. Dah berpuluh tahun ambil. Mereka buat test, tiada masalah batu karang etc.*
*Shaklee ada landmark study utk pengguna yang dah lebih 20 tahun. Tiada masalah kesihatan.*

11. Bagaimana oste membantu dalam mengurangkan masalah gastrik.
*gastrik ni sebab acidity perut tinggi. Kalsium ni alkali. Ia akan meneutralkan perut. Ia juga legakan otot2 perut. Kalau gastrik, ambil Oste + ESP *

12. Doc maklumkan kepada cust saya, ostematrix shaklee akibatkan batu karang, adakah sebarang kajian dari shaklee ttg ini?
*mungkin doc maksudkan kalsium di pasaran secara keseluruhan. Rujuk gambar clinikal study/carta. Kalsium diserap oleh darah dan digunakan oleh badan. Kalau tak digunakan oleh badan, barulah ada masalah sperti jadi batu karang etc. Dalam kalsium Shaklee ada mineral lain yg bantu kalsium diserap sepenuhnya.*

13. Apakah vitamin yg TIDAK BOLEH diambil bersama-sama oste.
*semua boleh ambil. Makanan lain pun. Tapi elakkan ambil kafein serentak dgn kalsium.*

14. Jika hamil kembar, adakah ibu perlu upkan dos oste? Jika ya, brp?
*Ya. Boleh upkan dos. Maybe 6 biji sehari.*

15. Brp biji Oste perlu diambil bg ibu yg bf & hamil pada waktu yg sama?terutama kalau x amik sumber kalsium yg lain.
*Rujuk no 3*



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




August 4, 2016

Bila Adik Rayyan Dah Pandai Pakai Kasut Sendiri










































Bangga seorang ummi bila anak pandai pakai kasut sendiri. Tahniah adik. Kipidap dongibab. Bila orang tengah sibuk buat kerja-kerja kenduri. Dia pandai bawak diri cari kasut dan pakai sendiri. Bila dah pakai datang dekat ummi. Mi mi tunjuk dia pakai kasut. huhu ummi ni sensitip orangnya. Terus amik hanpon snap pic ni untuk kenang-kenangan bila adik besar nanti.

Ummi sayang anak-anak ummi sampai bila-bila. Permata hati ummi dan abah sampai syurga. Semoga jadi anak yang soleh yang boleh mendoakan ummi dan abah nanti untuk ke syurga Allah nanti.



July 28, 2016

Testimoni Vivix Untuk Epidural

Apakah itu suntikan epidural?

Suntikan epidura atau epidural adalah ubat tahan sakit yang dimasukkan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda melalui tiub halus. Ia dikenali sebagai anestetik sebahagian, bermaksud dadah disuntik sekeliling saraf yang membawa isyarat dari bahagian tubuh yang merasa sakit semasa bersalin. Hasilnya perut menjadi kebas, memberikan kelegaan kesakitan yang efektif.

Kebaikan Epidural untuk ibu hamil yang bersalin ialah dapat melegakan kesakitan semasa bersalin.

Namun ada juga keburukan epidural untuk ibu hamil iaitu seperti akan berasa lenguh-lenguh pada bahagian pinggang. Kesan ini akan terbawa sehingga lepas bersalin.

Antara ikhtiar untuk mengatasi rasa sakit kesan epidural ini ialah dengan mengamalkan Vivix sebagai suplemen kesihatan. 

Kandungan Vivix yang mengadungi 4 mekanisme  penuaan kepada sel iaitu :-

1) Melindungi dan membaiki sellular DNA.

2) Memberi impak positif kepada pengawalan genetik.

3) Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru0 mitochondria.

4) Melambatkan pembentukan protin AGE (Advance Glycation End products).

Alhamdulillah ada sinar baru untuk ibu-ibu yang terpaksa ambil epidural semasa bersalin. Orang kata sakit sangat bila terpaksa epidural ni. Sakit pinggang hanya tuhan yang tahu. Saya tak pernah kena epidural sebab kedua-dua anak saya bersalin secara normal. Jadi saya rasa saya perlu share benda ni.

Ini adalah testimoni seorang customer yang  mengalami sakit belakang akibat epidural. Dia amalkan vivix untuk kesihatan. Ternyata tindak balas vivix membantu untuk memulihkan sakit belakang yang beliau alami.

Tindak balas terhadap suplemen seperti sakit belakang dianggap proses pemulihan untuk memulihkan kesihatan. 

TESTIMONI VIVIX UNTUK SAKIT EPIDURAL




Sekiranya anda juga berminat untuk mendapatkan Vivix sebagai suplemen harian bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 27, 2016

6 Tips Ringkas Untuk Mengurangkan Bengkak Susu



Bengkak susu sering dialami oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Saya juga pernah mengalami masalah bengkak susu sampai demam. Bila dah demam susah la nak buat kerja. Nak-nak pulak anak kecik. 

Pernah juga ada wanita yang terpaksa di operate sebab  kelenjar susu tersumbat dan perlu dibuang nanahnya. Oh sungguh menakutkan.

Jadi jom saya share beberapa tips untuk mengurangkan bengkak susu.

1) Kerap direct feeding sehingga payudara betul-betul kosong.

2) Jika bayi menolak cuba pam. Ia akan merangsang pengeluaran susu dan kelenjar susu yang tersumbat.

3) Tuam bahagian yang sakit dengan botol air panas.

4) Buat urutan menggunakan sikat dari arah pangkal payudara ke nipple.

5) Letakkan kobis sejuk di dalam baju dalam untuk mengurangkan bengkak. Jangan menutupi bahagian nipple. Jangan letak kobis terlalu lama untuk mengelakkan penghasilan susu berkurangan. Sebaiknya letak kurang daripada sejam.

6) Ini yang paling best sebab saya pun amalkannya. Ambil lecithin dalam jumlah yang disarankan untuk melancarkan pengaliran darah dan pengeluaran susu dari kelenjar yang tersumbat. 


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 26, 2016

Kenali Warna Urin Kita

Sebagai salah seorang pengedar Shaklee, saya sering ditanya oleh pelanggan saya berkenaan dengan warna air kencing atau urin selepas mengambil vitamin terutamanya B-Complex. Jadi jom kita kenali warna urin kita.

Jom kita kenali warna urin


Jernih - Menunjukkan kita terlebih air dan biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air atau dehidrat. Dari segi ujian dadah, ianya boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam darah melalui lebih-hidrat.

Kuning atau kuning cair - Menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. Sesetengah ubat seperty rifampin dan pyridium boleh menukarkan air kencing menjadi kuning kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

Air kencing gelap atau perang - Mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

Air kencing kemerahan atau berwarna gelap - Dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan melanoma.

Air kencing kemerahan atau kelabu - Mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, keadaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow - Mungkin disebabkan oleh pemakanan vitamin tambahan terutamanya vitamin B.

Warna air kencing gelap - Biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidration).

B-Complex adalah tergolong dalam kumpulan vitamin yang larut air. Riboflamin adalah salah satu unsur yang terdapat dalam B-Complex. Jadi lebihan yang tak dapat diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui air kencing. Sebab tu warna urin menjadi kuning cerah.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...