November 18, 2019

Jalan-jalan KLIA2 Hantar Angah


Semalam bangun awal pagi sebab nak pergi jalan KLIA2 nak hantar Angah pergi JB je pun. Nak berjalan punya pasal mesti bersemangat waja.

Angah naik flight pukul 12.30 tengahari. Jadi nak kena ada di sana 2 jam sebelum untuk check-in luggage. Kami keluar dari Langat dalam pukul 9.15 pagi macam tu. Perjalanan dari Langat nak sampai ke KLIA2 mengambil masa dalam sejam kalau tak jem. Kalau jem akan bertambah-tambahlah masanya.

Kami sampai di KLIA2 dalam pukul 10.30 pagi. Kami masuk parking di Block A sebabnya nampak yang tu dulu. Haha kalau tanya Kak Feni. 10 kali pergi 10 kali Kak Feni lupa macam nak tuju. Mau aku berpusing-pusing 2 3 kali macam pergi TBS. Tapi sekarang TBS dah terror sebab tunggu jer di bawah tak payah naik atas.

Pukul 11.30 pagi Angah kena masuk tempat check-in tu. Jadi kami pun beramai-ramai gerak pulang tapi sempat singgah di Mitsui Premium Outlet. Cuci mata dan makan-makan.

Kalau ada banyak duit boleh shopping sini. Oleh kerana kami pergi di tengah bulan dan semuanya hanya nak cuci mata. Makanya kami just window shopping dan makan-makan jelah sambil berangan-rangan kalau aku ada duit aku nak ni aku nak tu. Hahaha.

Di Mitsui Premium Outlet ni, kami habiskan waktu selama 2 jam jugaklah. Lepas jalan-jalan dan makan-makan kami gerak balik. Sebelum sampai rumah kami singgah lagi makan cendol di Batu 10, Cheras. Lama dah tak layan cendol kat sini.



Macam ni lah kalau anak-beranak ramai. Sekali keluar penuh meja. Kalau lepak mamak, suka mamak sebab banyak untung. Kami ni perut dah kenyang, jadi layan cendol jelah. Anak-anak sedikit moody sebab baru bangun tidur. Semuanya masih mamai.


November 15, 2019

Belajar Niaga Guna Platform E-Dagang Shopee

Semalam Kak Feni cuba menjual produk FFD di laman e-dagang Shopee tapi tak tahu mana salahnya terus kena sekat. Hehe nilah akibatnya buat bisnes tanpa ilmu. Hari ni cuba lagi dan nampaknya lepas dan semoga Kak Feni dapatlah jana sales melalui shopee. Selalu dok beli barang jer dengan shopee.



Shopee berhantu tau, kalau buka mesti ada jer yang nak beli.

Kak Feni dah mula menjual dengan nama kedai JomBeli2019. Ingat nak tukar nama lagi hari ni tapi tak boleh sebab dia kata kena tunggu 30 hari baru boleh tukar. Jadi kita guna jelah apa yang hado.

Korang kalau nak beli produk FFD iaitu Aura Cinta yang tengah hot sekarang ni bolehlah klik Shopee.

Nanti Kak Feni update banyak lagi produk FFD kat situ. Baru upgrade jadi stokis sejak awal November hari tu. Banyak benda yang nak kena belajar dan mengajar. InshaAllah ada rezeki kelapangan masa boleh share di blog.

Hehe semalam dapat Degree oleh ministry of shopee.


Mula-mula tak faham pun ape benda semua tu. Bila ada kawan explain baru faram. Yang selalu buat belian di shopee dapat benda tu. Kehkehkeh Kak Feni pun sebagai personal shopper jer. Tunggu coin banyak baru shopping untuk diri sendiri.

New Years Giveaway By Eikin Sofi


Jom join GA ni. Mana tahu rezeki kita. Nak join just klik banner ye dan ikut syarat-syaratnya itu.

Kak Feni nak tag Elly, Ibu AnnurSyuhadah & Dana lah. Semoga u ols pun join juga ye.

November 14, 2019

Simple Birthday Celebration Untuk Boss

Haha aku simpan sinilah supaya jadi kenangan. Mana tahu kot-kot tahun depan aku dah resign dari tempat kerja ni ada jugak kenangan kan.

Happy birthday boss. Semoga dapat projek bilion-bilion agar dapat naikkan gaji aku dan bonus aku tahun depan lebat selebatnya. Ewahhh.. tadi kata nak resign kan.

Tahulah aku ni, nak cari kerja lain pun kalau dapat yang serabut kepala susah jugak. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni sukar untuk aku buat keputusan. Semoga yang datang kepada kita baik-baik jer.







Semalam aku belajar sesuatu yang membuatkan aku lebih sedar supaya terus berusaha dan jangan mengharapkan orang lain. Kadang-kadang orang yang rapat dengan kita ni bukan nak membantu kita pun. Istilah lain tak boleh nak tumpang.

Aku dah nampak hati masing-masing. Allahuakbar, semoga Allah berikan aku kekuatan untuk terus berusaha agar dapat membesarkan anak-anak dan menjadi orang yang berguna. Hidup ni ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Jadi bersiap sedialah mental dan fizikal. Jangan sesekali kita pandang rendah pada orang lain.

Semoga keluargaku dijauhkan dari sifat hasad dengki. Amin.

November 13, 2019

Masuk Order Alfalfa Botol Besar Hari Ni

Alhamdulillah sibuk sikit 2 3 hari ni sempena 11/11/2019. Sibuk dengan Shopee dan Lazada. Masing-masing berlumba nak perabih duit dan untuk seller pulak berebut nak kumpul sales. Kak Feni baru cuba-cuba nak menjual di Shopee tapi bukan produk Shaklee lah. Tak boleh jual produk Shaklee di laman web e-commerce. Kena baca T&C betul-betul. Kalau jual kat situ tak pasal-pasal id kena tarik dan diband seumur hidup dan sungguh merugikan diri sendiri.

Yeah nak cerita pasal order Shaklee masuk lagi, sekali masuk mengaumlah akaun bank. Ewah !. Tu untung buat Shaklee walaupun hanya suka-suka macam diriku ini.



Apa yang masuk order tu ?

Kali ni Alfalfa botol besar. Botol besar ni lebih jimat sebab harganya lebih murah berbanding ambil yang kecil. Botol kecil 330 tablet, harga jual nye RM57.50 manakala botol besar 700 tablet berharga RM102.50. Jadi memang berbaloi sangat ambil botol besar.

Kebanyakan sahabat atau customer Kak Feni yang pernah order Alfalfa mesti akan repeat order Alfalfa botol besar sebab lebih jimat. Boleh tahan sampai 2 bulan lebih kalau makan ikut dos yang ditetapkan. Kalau selang-selang atau skip tu lebih lama.

Boleh baca juga : 20 Kebaikan Alfalfa Shaklee Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Alfalfa ni bukan hanya untuk wanita malah lelaki pun boleh amalkan untuk masalah nak tambah tenaga, masalah sembelit dan juga resdung.

Kak Feni pun amalkan Alfalfa ni untuk masalah dalaman wanita. Biasalah kadang-kadang bila penat sangat, keputihan pun banyak. Sejak amalkan Alfalfa secara konsisten dan berbotol-botol ni masalah keputihan dan senggugut masa period pun dan kurang. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah.

Jadi kalau ada yang nak beli produk Shaklee atau nak tanya apa-apa berkenaan dengan Shaklee bolehlah hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 12, 2019

Program Majlis Khatam Iqra' Peringkat Sekolah 2019

Hari ni berlangsung Program Majlis Khatam Iqra' Peringkat Sekolah untuk tahun 2019 di sekolah Abang Aus. Alhamdulillah Abang Aus terpilih untuk menyertai majlis tersebut. Hari-hari kena pergi sekolah sebab ada latihan. Semalam jer dia tak dapat hadir sebab sakit perut.

Ustazah mohon supaya anak-anak yang terpilih bawa bunga telur 10 biji seorang. Haha jenuh jugalah ummi dengan abah mencari bunga telur. Kedai pengantin tak banyak di Langat ni. Kebetulan pulak hari Sabtu dengan Ahad lepas memang sibuk dan penuh dengan aktiviti kenduri dan macam-macam.

Mujurlah pagi semalam kami dapat beli bunga telur di kedai serbaneka. Adalah yang jual loose. 1 bunga RM1. Nak beli satu kotak, ingatkan membazir lupa pulak yang nanti nak buat pulut kuning sempena majlis khatan Abang Aus. Takpelah nanti kita beli lain.

Semalam balik kerja, kami kena patah balik ke pejabat abah sebab nak ambil beras. Dok pi mai pi mai sampai rumah dah dekat pukul 11.00 malam. Ummi cepat-cepat siapkan telur untuk direbus. Mujurlah abahnya suruh pergi beli lebih, yang ada kat rumah ngam-ngam 10 biji. Bila rebus ada yang pecah. Nak letak di bunga telur tak cantik kalau pecah.

Makanya, dekat pukul 12.00 baru siap semua. Gosok baju Abang Aus dan masukkan telur dalam bunga telur.



Tadaaa dah siap bunga telurnya. Pagi tadi ummi tengok ramai juga yang bawa bunga telur tapi isinya bukan telur, ada coklat, ada gula-gula dan macam-macam lagi lah. Ummi ikut jer apa yang ustazah nak. Letak telur, hihi.

Pagi tadi Abang Aus dan Adik Rayyan bangun awal dari biasa. Kalau tak nak pergi sekolah baru riuh rendah bangun. Selalunya abah hantar Abang Aus dulu baru balik ambil adik kemudian hantar ke sekolah adik. Hari ni kami semua keluar awal.


Pagi-pagi ummi siapkan cantik dan handsome jer. Abah ambil gambar dulu nak buat kenangan dan share dalam group family. Ummi nak hantar masuk tengok dewan pun tak bagi. Nak pergi sendiri tapi ummi masuk juga konon nak hantar bunga telur.

Ummi tengok ramai ustazah tengah siap-siapkan bunga telur dan barangan untuk majlis. Nampak macam meriah sungguh. Seronoknya anak-anak. Majlis ni hanya murid dan guru sahaja. Jadi ibu bapa tak perlu hadir.



Selesai majlis, ustazah ada share gambar anak-anak dalam group. Alhamdulillah, ummi sangat bangga dengan Abang Aus. Harapnya tahun depan masih kekal dengan prestasi cemerlang macam ni.



Semoga terus menjadi anak yang soleh, bijak dan cemerlang untuk diri sendiri, ummi, abah, adik, keluarga, agama dan bangsa. InshaAllah doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan hidup abang dan adik.

Tahun depan kita sama-sama usaha supaya lebih baik dan baik. InshaAllah.


November 11, 2019

Sambutan Hari Sukan Sekolah Adik Rayyan 2019

Semalam kamu semua bangun awal untuk bersiap ke sekolah Adik sebab ada samputan hari sukan sekolah. Seronok sangat bila dapat sertai sambutan kali ni. Kebetulan buat hari Ahad, jadi abahnya boleh join lah.




Cuaca agak panas semalam jadi kami balik semua sakit kepala. Nasib baiklah berbaloi sebab adik dapat banyak hadiah walaupun sekadar nombor 3. Jadilah kenangan tabika 5 tahun.

Tahun lepas sambutan hari sukan abang tak pakai kasut. Garisan untuk acara tu pun buat dengan tepung. Jadi ummi pun ingatkan sama dengan tahun lepas. Tak bawa lah kasutnya. Bila sampai tengok semua orang pakai kasut. Jadi ummi cepat-cepat suruh abah balik ambik kasut. Kesian kat adik.


Hihi abahnye kena jadi pemegang tali garisan penamat. Bukan selalu kan. Untuk anak-anak juga.





Majlis penyampaian hadiah sempena akhir tahun pun disekalikan. Jadi lepas penat bersukan, anak-anak bersiap pakai jubah untuk sesi terima hadiah.



Ummi jauh duduk belakang. Jadi tak boleh nak ambil gambar dengan clear. Huh nak harapkan abahnye yang dah sakit kepala. Hilang entah kemana. (hangin jugeklah rasanya).

Lepas majlis dapat hadiah 5 tahun dengan berpakaian jubah konvo. Majlis penyampaian hadiah untuk acara sukan.


Alhamdulillah hasil lari bawa bola pimpong dengan sudu. Adik dapatlah Tupperware. Hihi kalau nak beli mahal jugak tu. Rezeki anak ummi. Bila dapat join majlis macam ni, ummi pun tumpang seronok. Kalau buat hari kerja, ummi dengan abah susah nak dapat cuti.

Majlis berakhir pukul 12.30 tengahari selepas jamuan makan. Sempatlah kami makan sebelum balik. Alhamdulillah rezeki dan kami seronok sangat.





Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...