November 15, 2019

New Years Giveaway By Eikin Sofi


Jom join GA ni. Mana tahu rezeki kita. Nak join just klik banner ye dan ikut syarat-syaratnya itu.

Kak Feni nak tag Elly, Ibu AnnurSyuhadah & Dana lah. Semoga u ols pun join juga ye.

November 14, 2019

Simple Birthday Celebration Untuk Boss

Haha aku simpan sinilah supaya jadi kenangan. Mana tahu kot-kot tahun depan aku dah resign dari tempat kerja ni ada jugak kenangan kan.

Happy birthday boss. Semoga dapat projek bilion-bilion agar dapat naikkan gaji aku dan bonus aku tahun depan lebat selebatnya. Ewahhh.. tadi kata nak resign kan.

Tahulah aku ni, nak cari kerja lain pun kalau dapat yang serabut kepala susah jugak. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni sukar untuk aku buat keputusan. Semoga yang datang kepada kita baik-baik jer.







Semalam aku belajar sesuatu yang membuatkan aku lebih sedar supaya terus berusaha dan jangan mengharapkan orang lain. Kadang-kadang orang yang rapat dengan kita ni bukan nak membantu kita pun. Istilah lain tak boleh nak tumpang.

Aku dah nampak hati masing-masing. Allahuakbar, semoga Allah berikan aku kekuatan untuk terus berusaha agar dapat membesarkan anak-anak dan menjadi orang yang berguna. Hidup ni ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Jadi bersiap sedialah mental dan fizikal. Jangan sesekali kita pandang rendah pada orang lain.

Semoga keluargaku dijauhkan dari sifat hasad dengki. Amin.

November 13, 2019

Masuk Order Alfalfa Botol Besar Hari Ni

Alhamdulillah sibuk sikit 2 3 hari ni sempena 11/11/2019. Sibuk dengan Shopee dan Lazada. Masing-masing berlumba nak perabih duit dan untuk seller pulak berebut nak kumpul sales. Kak Feni baru cuba-cuba nak menjual di Shopee tapi bukan produk Shaklee lah. Tak boleh jual produk Shaklee di laman web e-commerce. Kena baca T&C betul-betul. Kalau jual kat situ tak pasal-pasal id kena tarik dan diband seumur hidup dan sungguh merugikan diri sendiri.

Yeah nak cerita pasal order Shaklee masuk lagi, sekali masuk mengaumlah akaun bank. Ewah !. Tu untung buat Shaklee walaupun hanya suka-suka macam diriku ini.



Apa yang masuk order tu ?

Kali ni Alfalfa botol besar. Botol besar ni lebih jimat sebab harganya lebih murah berbanding ambil yang kecil. Botol kecil 330 tablet, harga jual nye RM57.50 manakala botol besar 700 tablet berharga RM102.50. Jadi memang berbaloi sangat ambil botol besar.

Kebanyakan sahabat atau customer Kak Feni yang pernah order Alfalfa mesti akan repeat order Alfalfa botol besar sebab lebih jimat. Boleh tahan sampai 2 bulan lebih kalau makan ikut dos yang ditetapkan. Kalau selang-selang atau skip tu lebih lama.

Boleh baca juga : 20 Kebaikan Alfalfa Shaklee Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Alfalfa ni bukan hanya untuk wanita malah lelaki pun boleh amalkan untuk masalah nak tambah tenaga, masalah sembelit dan juga resdung.

Kak Feni pun amalkan Alfalfa ni untuk masalah dalaman wanita. Biasalah kadang-kadang bila penat sangat, keputihan pun banyak. Sejak amalkan Alfalfa secara konsisten dan berbotol-botol ni masalah keputihan dan senggugut masa period pun dan kurang. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah.

Jadi kalau ada yang nak beli produk Shaklee atau nak tanya apa-apa berkenaan dengan Shaklee bolehlah hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 12, 2019

Program Majlis Khatam Iqra' Peringkat Sekolah 2019

Hari ni berlangsung Program Majlis Khatam Iqra' Peringkat Sekolah untuk tahun 2019 di sekolah Abang Aus. Alhamdulillah Abang Aus terpilih untuk menyertai majlis tersebut. Hari-hari kena pergi sekolah sebab ada latihan. Semalam jer dia tak dapat hadir sebab sakit perut.

Ustazah mohon supaya anak-anak yang terpilih bawa bunga telur 10 biji seorang. Haha jenuh jugalah ummi dengan abah mencari bunga telur. Kedai pengantin tak banyak di Langat ni. Kebetulan pulak hari Sabtu dengan Ahad lepas memang sibuk dan penuh dengan aktiviti kenduri dan macam-macam.

Mujurlah pagi semalam kami dapat beli bunga telur di kedai serbaneka. Adalah yang jual loose. 1 bunga RM1. Nak beli satu kotak, ingatkan membazir lupa pulak yang nanti nak buat pulut kuning sempena majlis khatan Abang Aus. Takpelah nanti kita beli lain.

Semalam balik kerja, kami kena patah balik ke pejabat abah sebab nak ambil beras. Dok pi mai pi mai sampai rumah dah dekat pukul 11.00 malam. Ummi cepat-cepat siapkan telur untuk direbus. Mujurlah abahnya suruh pergi beli lebih, yang ada kat rumah ngam-ngam 10 biji. Bila rebus ada yang pecah. Nak letak di bunga telur tak cantik kalau pecah.

Makanya, dekat pukul 12.00 baru siap semua. Gosok baju Abang Aus dan masukkan telur dalam bunga telur.



Tadaaa dah siap bunga telurnya. Pagi tadi ummi tengok ramai juga yang bawa bunga telur tapi isinya bukan telur, ada coklat, ada gula-gula dan macam-macam lagi lah. Ummi ikut jer apa yang ustazah nak. Letak telur, hihi.

Pagi tadi Abang Aus dan Adik Rayyan bangun awal dari biasa. Kalau tak nak pergi sekolah baru riuh rendah bangun. Selalunya abah hantar Abang Aus dulu baru balik ambil adik kemudian hantar ke sekolah adik. Hari ni kami semua keluar awal.


Pagi-pagi ummi siapkan cantik dan handsome jer. Abah ambil gambar dulu nak buat kenangan dan share dalam group family. Ummi nak hantar masuk tengok dewan pun tak bagi. Nak pergi sendiri tapi ummi masuk juga konon nak hantar bunga telur.

Ummi tengok ramai ustazah tengah siap-siapkan bunga telur dan barangan untuk majlis. Nampak macam meriah sungguh. Seronoknya anak-anak. Majlis ni hanya murid dan guru sahaja. Jadi ibu bapa tak perlu hadir.



Selesai majlis, ustazah ada share gambar anak-anak dalam group. Alhamdulillah, ummi sangat bangga dengan Abang Aus. Harapnya tahun depan masih kekal dengan prestasi cemerlang macam ni.



Semoga terus menjadi anak yang soleh, bijak dan cemerlang untuk diri sendiri, ummi, abah, adik, keluarga, agama dan bangsa. InshaAllah doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan hidup abang dan adik.

Tahun depan kita sama-sama usaha supaya lebih baik dan baik. InshaAllah.


November 11, 2019

Sambutan Hari Sukan Sekolah Adik Rayyan 2019

Semalam kamu semua bangun awal untuk bersiap ke sekolah Adik sebab ada samputan hari sukan sekolah. Seronok sangat bila dapat sertai sambutan kali ni. Kebetulan buat hari Ahad, jadi abahnya boleh join lah.




Cuaca agak panas semalam jadi kami balik semua sakit kepala. Nasib baiklah berbaloi sebab adik dapat banyak hadiah walaupun sekadar nombor 3. Jadilah kenangan tabika 5 tahun.

Tahun lepas sambutan hari sukan abang tak pakai kasut. Garisan untuk acara tu pun buat dengan tepung. Jadi ummi pun ingatkan sama dengan tahun lepas. Tak bawa lah kasutnya. Bila sampai tengok semua orang pakai kasut. Jadi ummi cepat-cepat suruh abah balik ambik kasut. Kesian kat adik.


Hihi abahnye kena jadi pemegang tali garisan penamat. Bukan selalu kan. Untuk anak-anak juga.





Majlis penyampaian hadiah sempena akhir tahun pun disekalikan. Jadi lepas penat bersukan, anak-anak bersiap pakai jubah untuk sesi terima hadiah.



Ummi jauh duduk belakang. Jadi tak boleh nak ambil gambar dengan clear. Huh nak harapkan abahnye yang dah sakit kepala. Hilang entah kemana. (hangin jugeklah rasanya).

Lepas majlis dapat hadiah 5 tahun dengan berpakaian jubah konvo. Majlis penyampaian hadiah untuk acara sukan.


Alhamdulillah hasil lari bawa bola pimpong dengan sudu. Adik dapatlah Tupperware. Hihi kalau nak beli mahal jugak tu. Rezeki anak ummi. Bila dapat join majlis macam ni, ummi pun tumpang seronok. Kalau buat hari kerja, ummi dengan abah susah nak dapat cuti.

Majlis berakhir pukul 12.30 tengahari selepas jamuan makan. Sempatlah kami makan sebelum balik. Alhamdulillah rezeki dan kami seronok sangat.





November 8, 2019

7 Tips Buat Vision Board Untuk Capai Impian

Semua orang ada impian termasuklah Kak Feni. Ada banyakkkkk sangat impian sampai tak tahu macam mana nak capai. Semalam Kak Feni ada kongsikan di entry sebelum ni tentang AZAM 2019 dah capai ke belum ? Dalam banyak-banyak yang Kak Feni tulis adalah yang berjaya capai. Jadi hari ni Kak Feni nak kongsikan dengan semua orang TIPS BUAT VISION BOARD UNTUK CAPAI IMPIAN.

Apa Itu Vision Board ?


Apa benda Vision Board ni ? Kak Feni lebih suka panggil VB lah senang. Vision Board macam panjang nau nak sebut. Vision Board ni adalah satu PAPAN VISI. Satu papan dimana kita tampal segala impian yang kita nak capai disitu. Itulah dinamakan Vision Board.



Macam Mana Nak Buat Vision Board ni ? Jom Kak Feni share.

1. TULIS SEMUA IMPIAN KITA DENGAN JELAS DAN SPESIFIK


Pertama sekali kita tulis segala benda yang kita nak. Tulis jer apa yang kita nak. Tulis dengan jelas dan spesifik. Jangan umum kena spesifik. Contohnya macam Kak Feni buat tahun lepas;-


  • Nak beli televisyen baru - Januari 2019.
  • Duit belanja Raya 2019 iala RM3,000 - Jun 2019.
Macam tu lah. Tulis jer selagi boleh. Capai ke tak capai jangan serabutkan kepala otak nak fikir dulu.

2. SETIAP IMPIAN KITA KENA NIAT DARI HATI


Nombor 2 kena ada niat dari hati. Mesti yakin yang aku boleh capai. Serahkan segalanya pada Allah bagi muslim. Kalau niat kita baik-baik belaka, inshaAllah Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, Dia pasti tolong. Yakin dengan pertolongan Allah. Hanya Allah tempat kita bergantung harap.

3. TENTUKAN TUJUAN KITA BUAT VISION BOARD


Kenapa kita nak buat Vision Board ni ? Tulis dan tulis kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? 
Contohnya : - "Aku nak beli televisyen baru seab televisyen yang lama dah rosak. Tak bole guna. Jadi aku kena beli televisyen baru untuk kemudahan mak aku. Bila dia datang rumah aku, aku pergi kerja dia bosan tiada apa nak hiburkan hati dia. "

Lagi contoh. "aku nak beli laptop supaya memudahkan kerja aku sebagai penulis dan juga peniaga online nak buat marketing". 

Lain-lain boleh fikir sendiri ikut kemampuan diri.

4. BRAINSTORM ! APA YANG KITA KENA BUAT UNTUK CAPAI VISION BOARD KITA ?


Yang ni memang susah memang payah namun struggle is real. Kita buat sampai jadi. Nak capai satu-satu impian itu bukan mudah. Banyak perngorbanan yang kita kena buat. 
Contohnya;-
Kak Feni nak capai komisyen travel agent sebanyak 4angka dalam masa sebulan. Nak capai tu kena usaha, follow up customer setiap minggu, lepas tu selang 3 hari, nak due tu sehari sekali. Hahahahaha nampak tak effort nak capai tu? Usahalah kan kalau kau nak dapat. Duduk saja tanpa keluar dari Comfort Zone memang tak akan dapat apa-apa. Ewah !

5. VISUALKAN IMPIAN KITA DALAM VISION BOARD


Macam mana nak visualkan VB kita ni ? Cari atau google lah gambar apa yang kita mahu. Contohnya, Kak Feni nak beli mesin jahit mini. Harga dalam RM300.00. Jadi google mesin jahit, simpan dan print. Lepas tu tampalkan di VB kita.

6. SUSUN GAMBAR CANTIK-CANTIK


Susun cantik-cantik dalam VB kita. Biar nampak terang dan sedap mata memandang. Kalau serabut dan caca marba, kita pun tak lalu nak tengok. Jadi susun dan hias cantik-cantik. Bukan untuk orang lain. Untuk kita juga kan ?

7. TAMPAL VISION BOARD


Kat mana nak tampal VB kita ni ?

Tampal tempat yang selalu kita tengok. Bilik tidur, SOHO, work place, atau hatta dapur sekali pun tak kisah asalkan kita mudah nampak.

Image result for vision board ideas
Photo : Google


KENAPA PERLU VISION BOARD ?


VISION BOARD ni penting bila kita rasa down, taknak buat, malas dan sebagainya. Kita tengok balik segala impian yang kita pernah bina. Tanya diri sendiri adakah aku patut berhenti sampai sini ?
Ia berfungsi sebagai penguat semangat untuk terus berusaha dan tak putus asa. Banyak benda yang kita kena lakukan bagi mencapai segala impian. Jadi VB adalah salah satu #Motivasi diri untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

Jadi sempena tahun 2020 ni, jom kita mulakan sekali lagi buat vision board agar apa yang kita impikan, yang kita harapkan dapat dicapai tahun depan. InshaAllah semuanya akan jadi dengan izin Allah.

November 7, 2019

Apa Azam 2020 dan Apakah Azam 2019 Sudah tercapai ?

Bismillahirahmanirahim. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. lebih kurang sebulan lebih saja lagi. Dan 54 hari jer lagi bermula esok.

Dah siap ke azam 2020?


Aku belum siap lagi. Baru nak tulis. Hurm tarik nafas dan tulis jer apa yang aku nak.



Apakah Azam 2019 tercapai ?


Kebanyakan yang Kak Feni tulis tercapai.

1. Nak beli TV baru (harga RM2K lebih) - Alhamdulillah tercapai.
2. Belanja Raya 2019 (RM3,000.00) - alhamdulillah tercapai.
3. Rumah cantik - rak baju, rak tv, sofa - alhamdulillah tercapai, sofa tu jer Kakak Ipar bagi. 
4. Dapat Komisyen sebagai ejen travel melebihi 4 angka - alhamdulillah tercapai walaupun sekali hehe.
5. Setelkan hutang mesin basuh - done.
6. Pendapatan bisnes melebih 1k sebulan. - kadang-kadang dapat kadang-kadang tak.
7. Nak cuci gigi - setel.

Ada banyak lagi benda yang kak feni tulis tapi belum capai dan sedang nak capai. InshaAllah dengan izin Allah semuanya. Tak sia-sia kalau kita terus berusaha dan berdoa.

Dulu Kak Feni tak tahu pun nak tulis azam atau impian ni. Kalau tulis pun sekadar tulis. Tulis pun secara umum tak spesifik. Bila dah tahu tips nak tulis impian ni alhamdulillah banyak membantu.

Impian ni sebaiknya kita buat secara spesifik. Kalau ada gambar, print dan tampal di tempat yang senang kita nampak. Bila kita rasa nak give up ke kemurungan ke, boleh tengok balik impian yang kita tampal tu. Ini secara langsung menaikkan semangat kita untuk terus berusaha.

Kak Feni pun tak sempurna dan masih banyak yang perlu belajar. Nak share benda yang Kak Feni tahu tu inshaAllah boleh jer. 

Misi atau azam tahun depan banyak nak capai dan kalau boleh nak lebih baik dan lebih bagus dari tahun ni. Azam personal macam nak solat awal waktu, nak dhuha everyday, nak mengaji minimum 2 mukasurat sehari tu alhamdulilah dah semakin konsisten. Sebab tu kena tulis. Kena gunakan otak kita supaya sentiasa fokus dengan apa yang kita nak. Kalau kita tak fokus, kita akan membuang masa dengan perkara yang sia-sia.

Tahun ni, banyak kenangan manis untuk Kak Feni. Abang Aus masuk darjah satu. Adik Rayyan masuk tadika. Minggu depan Abang Aus layak masuk Khatam Iqra. Hanya 3 orang jer terpilih dalam kelas dia. Sebagai ummi, Kak Feni bangga dengan Abang Aus. Walaupun mula-mula dia taknak sekolah Agama. Dia buat perangai. Alhamdulillah sekarang dia dah seronok ke sekolah.

Kak Feni ada cerita di BILA ABANG AUS TAKNAK SEKOLAH.

Semoga tahun 2020 menjadi lebih indah untuk kita semua. Hidup lebih bermakna dan terus menjadi hamba Allah yang taat. Amin.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...