September 5, 2018

PERTAMA KALI KE KLINIK KESIHATAN KUALA LUMPUR


Hari ni Kak Feni ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar untuk Adik Rayyan. Ni adalah pertama kali ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Sebelum ni kami ke HKL atau pun Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat. 

Oleh kerana abah terpaksa masuk kerja sekejap, kami pun terus ke HKL. Selesai kerja kami terus ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang terletak di  JALAN TEMERLOH, TAMAN TASIK TITIWANGSA,53200 KUALA LUMPUR. Klinik ni mula beroperasi sejak April 2017. Dah setahun lebih dah pun.

Kami buat pendaftaran pukul 11.00 pagi dan selesai pukul 12.20 tengahari. Memang cepat dan mudah sangat. Ubat-ubatan pun bagus .Oleh kerana Kak Feni dan suami tak berkerja di sektor awam, kami dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Kalau orang kerja kerajaan tiada cas dikenakan. 

Keadaan di sini sangat luas dan selesa. Banyak tempat dan khas untuk tujuan masing-masing. Kak Feni tengok ada klinik ibu dan anak, klinik pesakit luar dan macam-macam lagi tak sempat nak pusing habis sebab anak kurang sihat kan.

Di tengah-tengah ada taman permainan untuk anak-anak. Anak-anak Kak Feni pun apa lagi tak lepaskan peluang untuk bermain di situ. Larang pun tak guna sebab diorang ni memang pantang jumpa taman permainan, mesti nak main. Kak Feni dan suami pun kasi can la. Bukan apa Kak Feni risau dengan virus yang macam-macam sekarang ni. HFMD la, demam la, selesema la. Takut sangat. Lepas main Kak Feni pastikan diorang cuci tangan bersih-bersih. Nak keluar di pintu masuk tu ada guard yang jaga dan letakkan sanitizer. Jadi kami pasti sapu tangan sendiri dan anak-anak dengan sanitizer ni sebelum keluar.

Parking di sini banyak dan selesa. Lebih efisyen macam hospital swasta. Bayaran pun jauh lebih murah berbanding kita pergi klinik swasta. Alhamdulillah anak-anak Kak Feni serasi dengan klinik kerajaan ni. Kadang-kadang je terpaksa pergi swasta sebab kekangan waktu kerja. 

Klinik ni buka sampai pukul 9.30 malam. Jadi memang sangat-sangat membantu meringankan rakyat yang berpendapatan sederhana macam Kak Feni ni. 


September 4, 2018

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2018

Untuk promosi Shaklee bulan ni #ShakleeBaby masih sama dengan bulan lepas. Buy 1 free 1. Memang berbaloi-baloi untuk mama yang sedang mencari bahan mandian yang bebas bahan kimia bahaya serta paraben untuk anak-anak.


Jom becantik-cantik dengan produk SKIN CARE YOUTH. Sesuai untuk kulit wanita Asia. Ianya diuji secara klnikal dan selamat untuk digunakan.



Suplemen untuk kuatkan tulang, gigi dan juga kuku boleh amalkan Ostematrix. Banyak lagi kebaikan OSTEMATRIX untuk kesihatan. Rujuk sini.



Bagi ibu-ibu hamil yang memerlukan suplemen bagi menambah tenaga semasa hamil dan berpantang boleh amalkan PRENATAL SET.


Untuk info lanjut berkenaan dengan produk serta membuat pesanan boleh terus kontek Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Segmen Top Commentators Blog Niey



Jom support sahabat blogger kita. Klik link banner untuk join.

TERUJA NAK BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND LAGI

Assalamualaikum.

InshaAllah lagi 10 hari kami bertolak ke Cameron Highland. Lama dah kami book tempat penginapan sempena cuti banyak bulan September ni kan. Harapnya berjalan dengan lancar. Jadinya Kak Feni bertanggungjawab untuk membuat itinerary bagi percutian kami ni.

Untuk memudahkan Kak Feni membuat itenarary ni Kak Feni pun meluangkan masa meng"Google" tempat-tempat menarik di Cameron Highland. Walaupun berpuluh kali ke CH memang tak pernah puas dan serik nak pergi lagi.


Walaupun banyak tempat yang menarik di CH ni, kami mengambil keputusan untuk pergi beberapa tempat je sesuai dengan masa kami. Bukan apa, taknak rasa tertekan dan stress. Nak pergi bercuti nak rilek-rilek dan santai-santai je. Kalau pergi dengan tergesa-gesa nak kejar masa memang tak seronok dan stress. Jadi kali ni kami plan nak ke 6 buah tempat je.

Kali ni Kak Feni ke sana dengan keluarga mentua. Ni adalah kali kedua Kak Feni bercuti dengan mereka di CH. Kali pertama dulu masa Abang Aus berumur setahun dan baru boleh jalan.

Entah kali berapa dah kami pergi ke CH ni. First time Kak Feni sampai masa tingkatan 3. Tu pun dengan rombongan sekolah. Terasa seronok sangat bila dapat berjalan dengan kawan-kawan. Beli buah strawberi dan bunga segar. Rasa bangga sangat boleh pergi CH.

Seronok bila pergi dengan rombongan sebab boleh rilek-rilek dan tidur dalam bas. Bila pergi sendiri macam sekarang ni, takkan nak biarkan suami drive sorang-sorang (walaupun kadang-kadang terlena juga).

Cuaca di CH yang sejuk dan segar, penuh dengan kehijauan tanamannya memang sentiasa menggoda dan mendamaikan. Pergilah berjuta kali pun tetap menjadi pilihan hati. 

Ni kami nak pergi musim cuti sekolah (hari satu Malaysia) tak tahulah jalan macam mana. Kena bawa bekal siap-siaplah nampak gayanya. Buatnya jalan jam macam kami pergi dulu naya. 



September 3, 2018

JALAN-JALAN TENGOK BUNGA DI FLORIA PUTRAJAYA 02/09/2018

Alhamdulillah semalam hari terakhir Floria Putrayajaya. Kak Feni sempat pergi walaupun dah lambat. Kebetulan semalam ada kenduri di Kajang, makan tengahari. Lepas makan tengahari di tempat kenduri kami terus ke Putrajaya.



Kami sampai di Putrajaya dalam pukul 2.30 petang. Kami solat zuhur di masjid besi Putrajaya. Haha rasanya ni adalah kali pertama kami solat di sini. Selalu datang tapi tak masuk pun sebab dekat kan (dekat la sangat). Dulu zaman sekolah, datang Putrajaya dengan rombongan naik bas. Pergi beramai-ramai dengan kawan-kawan memang seronok.








Masuk pintu utama dah ramai orang maklumlah hari terakhir kan. Cantiknya bila jalan bawah kain warna-warni. Teruja sangat bila duduk bawah ni. 

Harga Tiket untuk Hari Minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) 

Dewasa :  RM15.00 (Warganegara) RM30.00 (Bukan Warganegara)
Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU : RM8.00 (Warganegara), RM16.00 (Bukan Warganegara)

Harga Tiket Untuk Hari Biasa :

Dewasa : RM15.00 (Warganegara) RM24.00 (Bukan Warganegara)
Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU : RM6.00 (Warganegara) RM12.00 (Bukan Warganegara)

Alhamdulillah, tiket Kak Feni dan keluarga dapat tiket pecuma (disponsor oleh Abang Chik dan Kak Ina). Depa beli lama dah di Matta Fair. Jadi dapat harga murah berbanding beli secara walk-in. Nak murah boleh juga beli secara online. Kalau pergi ramai-ramai boleh beli secara online.


Masa ni la nak spend time together-gether dengan family. Selalu sibuk dengan kerja kan. Sementara anak nak besar ni. Kita yang tua bangka ni pun seronok dan hilang segala tekanan dan stress bila tengok tempat yang cantik macam ni. Muka sengeh je sebab boleh berjalan. 






















Masa kami sampai cuaca dah mendung dan hujan dan mulai turun. Berkejaran kami ke tempat teduh. Cari tempat yang indoor. Mujur dalam ni luas dan besar. Banyak indoor dan outdoor. Bila dah hujan lebat selebat-lebatnya ni kami terpaksalah berpusu-pusu masuk ke tempat indoor. Banyak aktivit yang boleh di buat di sini. Seronok !

Kami ni bila dah kena hujan, mula lah ada yang sakit kepala. Bila dah sakit kepala mula lah spoil mood nak berjalan. Bawak anak-anak kecil memang mencabar sebab kalau mereka merengek memang tak boleh buat apa. Layan jela angin mereka dulu.

Hujan turun dengan selebatnya. Dekat sejam juga hujan turun. Dalam pukul 5.30 baru hujan beransur berhenti. Jadi kami pun dengan senang hati meneruskan perjalanan untuk menikmati pemandangan di sini. Teruja dan seronok, itu adalah gambaran yang Kak Feni boleh cerita. Mak Ude sarankan supaya kami lepak sampai malam. Mengenangkan kami ni, esok kerja jadi terpaksalah membatalkan niat itu. Hahaha.

Kami keluar dari Floria Putrajaya lebih kurang pukul 6.00 petang. Masa keluar pun masih ramai lagi yang tengah beratur untuk masuk ke dalam. Memang meriah betul last day ni sebab taknak lepaskan peluang untuk tengok pertunjukkan kapal berhias.

Tahun depan, ada rezeki kami pasti akan kembali lagi. 





August 31, 2018

6 CARA MELEGAKAN SAKIT KEPALA TANPA UBAT

Pernah tak kena serangan sakit kepala yang teramat sangat sampai ketap gigi ? Kak Feni selalu kena macam ni. Nak-nak pula kalau keadaan cuaca yang sangat panas, maklumlah cuaca di Malaysia ni tak menentu. Kadang-kadang sangat panas dan kadang-kadang hujan di tengahari tak kira waktu. Kak Feni memang tak tahan panas, bila kena panas memang kepala ni macam nak pecah rasanya. Antara cara melegakan sakit kepala tanpa ubat yang penah Kak Feni cuba dan buat memang berkesan untuk Kak Feni ialah :-

1. Minum Air Berkarbonat

Antara minuman berkarbonat yang serasi dengan Kak Feni ialah air 100plus. Kadang-kadang panas ni buat sakit kepala disebabkan angin naik ke kepala. Bila minum air berkarbonat atau air gas ni. Secara tak langsung dia membantu dalam mengeluarkan angin jahat dalam badan. Bila angin dah keluar, kepala pun semakin kurang sakit kepala. Namun harus diingatkan jangan selalu mengambil minuman bergas ini kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Sekali sekala bila perlu bolehlah.

2. Banyakkan Minum Air Kosong

Bila sakit kepala, banyakkan minum air kosong/suam untuk membantu dalam melancarkan pengaliran darah. Air kan membantu dalam mencairkan darah. Darah pun dalam bentuk cecair jadi memang memerlukan air yang secukupnya untuk berfungsi dengan baik.

3. Sejukkan Badan Dengan Berada di Tempat Yang Selesa

Berada di tengah panas lagi memburukkan keadaan. Jadi cari tempat yang lebih selesa seperti ke tempat yang ada penghawa dingin atau pun ada kipas angin untuk menyejukkan badan. Kalau cuaca panas, cuba elakkan diri dari melakukan aktivti luar rumah. Untuk melegakan sakit kepala boleh juga menggunakan air batu yang di tuam ke kepala bagi melegakan sakit kepala.

4. Amalkan Doa 

Doa untuk menghilangkan sakit kepala.

Kredit to : Blog Ummi Iman

Kena yakin dan percaya dengan kuasa doa. Penyakit itu datang dari Allah dan Dia juga yang Maha menyembuhkan. Jadi dengan mengamalkan ayat-ayat suci al-quran, kita pun semakin dekat dengan tuhan.

5. Minum Air Halia Suam

Yang ni antara paling sedap untuk badan bila terkena serangan sakit kepala. Minum air halia suam. Selain melegakan sakit kepala, ia juga sangat membantu dalam membuang angin dalam badan. Paling senang ambil 3 biji Peppermint Ginger Plus, kemudian di hancurkan dalam air suam kemudian minum. Sangat-sangat membantu dalam mengurangkan dan melegakan sakit kepala.

6. Minum Sedikit Kafein

Tahu tak kopi pun boleh menghilangkan sakit kepala dengan pantas. Ini kerana kafein dalam kopi berupaya untuk membantu melegakan sakit kepala. Jadi ambil sedikit kopi panas bagi melegakan sakit kepala. Harus diingatkan kafein juga boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara banyak dan berterusan. Ini adalah kerana kafein dalam kopi menganggu penyerapan nutrien yang terdapat dalam ubat-ubatan atau suplemen.

Cara ini digunakan untuk mengelakkan dari selalu bergantung kepada ubat-ubatan pil penahan sakit yang bukan selalu boleh amalkan. Kalau nak ambil pun kena dapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah dulu. Ubat tahan sakit bukan boleh sebarangan ambil kerana banyak kesan sampingannya.

Apapun sakit kepala ni bukan boleh dibuat main. Kalau berlarutan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-61 RAKYAT MALAYSIA

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menyambut hari Kemerdekaan Yang ke-61 bagi rakyat Malaysia. Bumi bertuah yang penuh dengan nikmat dan rahmat tuhan yang tidak terhingga.

Apa aktiviti kami hari ini ?

Bangun pagi bersiap-siap untuk ke sekolah Abang Aus. Ada majlis sambutan kemerdekaan di sekolahnya. Walaupun hari ini diisytiharkan sebagai hari cuti umum namun Abang Aus tetap bersemangat untuk menyambutnya. Guru sekolah bagi surat untuk ibu bapa supaya datang untuk memeriahkan majlis.

Ummi dengan abah cuti hari ni, jadi kami pun tak melepaskan peluang untuk bersama dengan Abang Aus. Ada pertandingan mewarna untuk anak-anak dan juga ibu bapa. Kami jarang dapat bersama dengan Abang Aus kalau ada majils yang dibuat. Bila ada peluang macam ni memang seronok sangat. Abang Aus pun suka kalau ummi dan abah ada bersama.

Majlis dimulakan dengan nyayian lagu-lagu kebangsaan. Kemudian melakukan perarakan anak-anak tabika. Seterusnya pertandingan mewarna bagi anak-anak dan ibu bapa. Ada 2 kategori. 







Pertandingan tamat pada pukul 11.00 tengahari. Sambil-sambil cikgu menilai lukisan yang kami warnakan. Kami dijemput untuk menikmati juadah yang banyak tersedia. Ada yang sekolah sediakan dan juga sumbangan ibu bapa. 

Sambil-sambil makan tu cikgu umumkan pemenang bagi pertandingan mewarna. Ummi dengan abang tak ada nombor pun.Hahaha sekadar dapat saguhati. Okey la kan. Alhamdulillah.

Lepas makan dan majlis penyampaian hadiah berakhir kami semua bersurai. 

Petang ni inshaAllah akan ke Floria Putrajaya pula untuk menikmati keindahan flora dan fauna. Bawa anak-anak berjalan sambil luangkan masa berkualiti dengan keluarga.

Selamat menyambut hari MERDEKA yang ke-61. Semoga negara kita terus aman dan bahagia selalu.




Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...