May 16, 2018

SELAMAT HARI GURU DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah bertemu kembali tahun ini dengan Ramadhan yang mulia. Malam ni kita akan mula bertarawih. Feni hanya melakukan terawih di rumha sahaja. Balik dari kerja pun dah maghrib.

Hari ni ada sambutan hari guru di sekolah Abang Aus. Ummi bekalkan abang dengan sebiji kek dan sebekas bahulu saja untuk jamuan abang hari ni. Alhamdulillah pagi tadi masa hantar abang ke sekolah nampak macam banyak sangat barang makanan di kantin sekolah. Rezeki anak-anak syurga yang tidak pernah putus.

Tahun ni tahun kedua Abang Aus sambut Hari Guru. Tahun lepas Abang bagi hadiah 3 set cawan yang warna warni tu dekat cikgu. Tahun ni, ummi tak sempat nak belikan hadiah untuk hari guru abang. Semalam balik kerja ingat nak beli buah epal untuk jamuan hari ni. Pergi-pergi pasar, pasar dah pun tutup. Mujur dalam perjalanan balik tu nampak ada kedai kek. Jadi ummi belikan kek dan bahulu saja untuk majlis abang.

Cikgu jemput ibu bapa datang bersama bagi memeriahkan majlis, tapi ummi dengan abah tak dapat nak join sebab nak masuk kerja. Hari Isnin hari tu ummi dah cuti. Nanti bos marah pula sebab asyik ambil cuti. Macam ni lah nasib ibu yang bekerja. Maafkan ummi ya Abang.

InshaAllah dalam beberapa tahun akan datang ni. Hidup kita akan lebih baik. Ummi kalau boleh nak duduk rumah, jaga anak-anak sendiri tapi keadaan ekonomi keluarga belum mengizinkan. Kereta belum habis bayar lagi. Sewa rumah pun separuh dah gaji ummi. Nak harapkan gaji abah seorang memang kita tak mampu lah nak duduk sendiri.

Apapun bersyukur dengan rezeki Allah bagi.

Sementara yang ada kerja dengan gaji sendiri pun orang tak pandang. Inikan pula kalau tak bekerja. Apapun nak wish juga SELAMAT HARI GURU untuk semua guru-guru di seluruh dunia dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 1439 Hijrah.

Semoga amalan kita diterima Allah.


May 15, 2018

PENGALAMAN MENGUNDI PRU14



Ewah macam lah sebelum tak pernah kerja. Bos bagi cuti lama ditambah pulak dengan kerajaan baru umumkan cuti 2 hari. Isnin semalam pula terpaksa mengambil emergency leave sebab sakit perut yang teramat sangat. Muntah-muntah dan ceri beri. Adei mungkin kesan makan malam di Ampang.

Itulah kan, jangan terlalu gopoh nak makan. Disebabkan orang nak belanja kita pun pulun. Masa nak sampai kedai tu pun dah macam-macam cobaan dan dugaan dah tapi akhirnya sampai jugak. Setelah 4 kali berpusing-pusing tempat yang sama sambil terpaksa redah jem. Dengan anak-anak yang dok bergaduh dalam kereta sampai rasa putus angin nak makan. Series boleh mendatangkan mood yang kurang baik tapi berlapang dada jelah.

Sampai tempat makan pun dah takde mood nak makan. Satunya dah lewat makan, dua orang lain dah siap makan kita baru sampai memang spoil mood la. Kesian kat anak-anak sebab lapar nak makan. Jadi ummi dengan abah kena bertabahlah.

Kira macam hari ni hari pertama masuk kerja sejak kerajaan baru memerintah. Bak kata kawan aku, kita tetap macam ni jugak kan Feni. Kerja tetap kerja. Itulah kita golongan marheam.

Macam mana pun kalau tak kerja macam mana nak dapat sumber kewangan nak sara diri sendiri dan keluarga. Hidup perlu diteruskan dengan usaha yang lebih gigih.

TUJUH HARI BERCUTI


Apa yang aku buat selama 7 hari bercuti ?

Selasa : 08/05/2018

Hari ni masa berehat-rehat dengan anak-anak. Bos bagi cuti awal sehari sebab sangat bersemangat nak memangkah sempena PRU14. Suami kena kerja jadi tinggallah ummi dengan anak-anak duduk di rumah. Ummi siap-siap kemas beg dan siapkan diri serta anak-anak untuk pulang ke kampung. Oh ya kami mengudi di Gerik, Perak. Feni di ADUN Gerik dan suami di ADUN Lenggong.

Lepas maghrib baru en. suami sampai rumah. Masa tu kami anak beranak dah siap sedia untuk bertolak pulang. Tinggal abah saja untuk bersiap. Masa ni perut lapar sebab belum makan malam. Ingat nak makan dulu sebelum bertolak pulang.

Dalam pukul 9.00 kami bergerak dari Hulu Langat. Perjalanan dari Langat ke Tol Jalan Duta agak lancar, lepas je tol terus jam. Tak tahan rasanya bila kena jam ni. Sempat jugak buat live video di fb.



Masa ni memang sesak betul sebab ramai yang balik untuk mengundi. Meriah betul jalan raya. Nak sampai Rawang pun hampir 2 jam. Berhenti di R&R Rawang pukul 11.40 malam.



Sampai sini baru jumpa makanan. Menyesal pulak tak makan siap-siap sebelum bertolak tadi. Di R&R Rawang ni pulak kedai makan belum beroperasi lagi. Mujur ada lah beberapa food truck yang meniaga masa ni. Dapatlah kami makan ayam gunting dengan air teh tarik. Tu pun dah tinggal yang akhir-akhir sebab terlalu ramai orang beratur nak beli benda tu. Kami berhenti dalam setengah jam di sini. Cakap dengan En. Husban rugi pulak rasanya kita gerak awal. Dia cakap tak mengapalah kita jalan je.

Okey dalam pukul 12.15 kami meneruskan perjalanan. Sampai Slim River kami ambil keputusan untuk ikut jalan lama. Masa ni nak keluar pun memang padat dengan kenderaan. Perjalanan ikut jalan lama agak lancar walaupun banyak kenderaan. Kami masuk highway kembali setelah sampai di Simpang Pulai. Perjalanan masa ni dah semakin lancar hinggalah ke kampung.

Kami selamat sampai dalam pukul 5.00 pagi. Masa ni masjid dah mula pasang mengaji. Rindunya dengan suasana kampung. Semoga suatu hari nanti kami berpeluang menikmati nikmat kampung.


Rabu : 09/05/2018


Hari ni hari mengundi. Waktu mengundi adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Feni ambil keputusan untuk pergi tengahari sebab masa tu mungkin tak ramai orang. Namun anggapan Feni silap sebab masa pergi tu saluran 4, ramai sangat anak muda.


Ummi dengan abah berpecah sebab kami mengundi di pusat mengundi yang berlainan. Ummi di Sekolah Kebangsaan Adika Raja manakala En. Husban di Sekolah Kebangsaan Tawai. Ummi bawak anak-anak sebab nak ambik Cikni di Gerik.


Dakwat biru ni mula-mula nampak macam cair je. Bila lama-lama menjadi semakin hitam. Jenuh nak tonyoh bagi hilang.

Petang tu kami hanya lepak-lepak saja lah di rumah opah setelah habis mengundi sambil makan mempelam nyicah. Memang merecik habis.

Kami bertolak dari kampung selepas waktu maghrib. Sampai di rumah pukul 10.00. Perjalanan balik agak lengang sebab ramai yang belum balik agaknya.

Khamis : 10/05/2018


Kami bangun lambat hari ni sebab malam berjaga nak tahu keputusan PRU. Hahaha tunggu punya tunggu sampailah pukul 3.30 pagi. Masa ni baru rasa mengantuk. 

Bangun pagi dapat tahu keputusan PRU14 dan kerajaan baru istiharkan cuti umum dua hari. Makanya kami pun bergembira menikmati hari cuti.

Aktiviti hari ni dok melepak saja di rumah sambil layan anak-anak.

Jumaat : 11/05/2018


Hari ni ummi rajin memasak, hihi sebab Abang Aus request nak makan gulai ayam. Ummi masakkan gulai ayam versi Kelantan. Menu ringkas kami empat beranak hari ni ialah gulai ayam, ayam goreng, sambal hitam ikan bilis dan kicap. Takdak sayur sebab tak beli. Habis nasi satu periuk untuk hari ini.

Petang barulah keluar pergi rumah opah mereka. Lepak-lepak sana dan malam baru balik.

Sabtu : 12/05/2018


Hari ini abahnya kerja jadi tinggalkan kami tiga beranak. Aktiviti macam biasa, masak, mengemas, basuh baju, lipat baju. Rutin paling best ialah boleh tidur. Haha tapi cuaca agak panas sehingga tidur pun terganggu. 

Abah balik rumah selepas maghrib. Tayar motor pancit jadi ummi kena bawak kereta pergi rumah opah. 

Ahad : 13/05/2018


Aktiviti bergotong royong di rumah opah. Kemas-kemas belakang rumah hingga bersih dan simen baru. Mujur ada anak lelaki ramai. Boleh minta tolong. Kena kerah dulu baru jalan kerjanya.

Malam keluar makan beramai-ramai sampai aku sakit perut dibuatnya.

Isnin : 14/05/2018


Terpaksa ambik cuti kecemasan sebab tak tahan sakit perut. Dah bangun awal pagi bersiap untuk ke tempat kerja. Bila fikir-fikir buatnya sakit perut atas motor, dahlah jauh pulak satu ke satu petrol pump. Jadi makanya bertambahlah satu hari lagi cuti. Ruginya sebab kena tolak cuti. Nak berjimat cermat cuti ni. Kalau tak nanti kena unpaid leave macam tahun lepas.

Hari ini kembali bertugas sebagai pekerja yang paling berdedikasi. Huk huk huk.

Sekian cerita pengalaman mengundi PRU14 kali ni. Suka duka ini aku catatkan hanya untuk mengenangkan kembali memori di kemudian hari.


May 8, 2018

Kesan Berfikiran Positif Dalam Kehidupan


Siapa yang tak pernah ditimpa dugaan dalam hidup ni ? Semua orang pernah laluinya. Apa yang penting teruskan usaha. Jangan putus asa.

Banyak faedah berfikiran positif berbanding negatif. Kadang-kadang kita ni terlalu mengikut nafsu sehinggakan tak dapat nak bezakan yang baik dan yang buruk. Tambah-tambah pula hari-hari dok hadap benda yang sama. Sama juga pemikiran kita. Kalau asyik dok berkawan dengan orang yang negatif. Asyik cakap benda yang tak baik, kita pun secara tak langsung akan terikut-ikut.

Sebab tu dalam memilih kawan ni kita kena cari orang yang positif yang selalu tegur kita untuk kebaikan. Kalau kita pilih kawan yang jual minyak wangi, secara tak langsung kita pun akan jadi wangi. Jadi kena bijak memilih kawan.

Berkawanlah dengan ikhlas kerana Allah Taala. Setiap yang berlaku ni mesti ada hikmahnya. Janganlah kita sempitkan fikiran kita dengan berfikiran nagatif sehinngga merosakkan diri sendiri. Tambah lagi bila kita dah ada tanggungjawab ni. Hidup pun bukan untuk diri sendiri.

Jadilah insan yang lebih bertanggungjawab untuk diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa.

Bersyukur sekiranya kita dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang positif. Kadang-kadang teguran itu pahit untuk diterima. Ambillah masa untuk pulihkan keadaan. Kebenaran itu pahit untuk diterima namun masa boleh mengubahnya. Suatu hari nanti ia adalah kenangan yang indah untuk dikenang.

Sahabat ni kadang-kadang menegur untuk menjadikan kita lebih baik. Jadi berlapang dada. Yang menegur pula janganlah sampai menghina. Kita tak tahu apa perasaan dalaman orang. Nampak okey diluar tapi di dalamnya tak okey. Jadi berhati-hati dalam segala tindakan.

Update pakai handphone hari ni sebab bercuti. Sambil menunggu solat asar. Esok mengundi. Selamat mengundi semua. Jangan lupa bekalkan vitamin yang sesuai untuk perjalanan pulang.

May 7, 2018

ESOK BALIK KAMPUNG LAGI


Esok kami akan bertolak pulang ke kampung pada sebelah malam kerana suamiku masih bekerja di siang hari. Jadi selepas dia pulang kerja malam esok baru kami bertolak pulang.

Bos kami bagi cuti sempena PRU ni, bolehlah ummi bersiap-siap awal utnuk pulang ke kampung. Teringat minggu sudah masal balik kampung. Dah nak dekat pukul 12 malam baru gerak. Punyalah stress suami mak jemah sebab jalan jem dan kena siapkan kerja. Maklumlah nak cuti lama kan jadi kenalah siapkan kerja dulu.

Baju-baju pun pakai ambik dan sumbat-sumbat je dalam beg. Masa tu Abang Aus je yang tinggal. Adik dah selamat ikut angah dia balik dulu. Abang Aus pulak masa tulah dia nak suruh ummi bacakan buku cerita. Adeii ummi ni nak cakap pun dah tak larat.

Sebenarnya dia nak perhatian tu yang dia buat macam-macam. Adik pulak tak de. Selalunya dia main je dengan adik dia. Ni adik gerak balik dulu. Siap-siap baju untuk 4 hari pakai sumbat-sumbat je sebab takut lambat. Esok dah kenduri. Kotak goodies ada dengan kami sebab kereta kami besar. Jadi kami lah yang bawa balik. Kena sampai awal jugak sebab majlis akan bermula pukul 10 pagi. Majlis marhaban.

Malam tu jalan agak jam sebab mungkin ramai orang balik kampung nak sambut puasa. Angah sampai kampung dah pukul 3.30 pagi. Kami pun sampai lambat dalam pukul 5.30 pagi. Mata sangatlah mengantuk. Tak teman pun abah bawak kereta sebab penat sangat. Selalu tahan jugak mata, kali ni memang tak boleh.

Harap perjalanan balik kampung esok dipermudahkan. Janganlah jam sangat-sangat. Kami nak balik mengundi ni. Ummi rasa kena spare makanan siap-siap takut lapar. Anak-anak mungkin akan tidur je sebab balik malam kan. Best jalan malam sebab sejuk. Kalau siang panas dan mengantuk. Malam pun mengantuk juga tapi agak sejuk dan tenang. Tengok perjalanan kalau ramai yang balik malam esok maknanya jam lah.

Okey nanti kita sambung story lagi.

May 4, 2018

KESAN KEKURANGAN PROTEIN DALAM TUBUH BADAN



Mari kita sama-sama periksa adakah cukup protein dalam tubuh kita. Adakah kita mengalami masalah di bawah :-

✿ Kulit, rambut, kuku yang kering dan rapuh
✿ Imuniti yang lemah
✿ Penuaan kulit
✿ Penambahan berat badan
✿ Cepat letih
✿ Tulang yang lemah

Di atas adalah beberapa faktor yang menunjukkan badan kita kekurangan protein dalam tubuh.

SIAPA YANG PERLUKAN PROTEIN ?


1. MEREKA YANG KERAP BERSENAM

Protein yang mencukupi dapat membina semula dan memperbaiki otot kita.

2. GOLONGAN PERTENGAHAN USIA

Apabila kita memasuki usia pertengah, kadar pembentukan otot menjadi semakin rendah dan akan kehilangan otot yang sedia ada.

3. BAKAL IBU (WANITA HAMIL)

Ia adalah nutrien utama yang diperlukan untuk pembentukan sel badan untuk ibu dan bayi.

4. IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Mengambil jumlah protein yang mencukupi membantu mengekalkan kesihatan badan dan pengeluaran susu ibu.

5. PENGGEMAR MANISAN

Diet yang tinggi dengan protein menunjukkan bahawa ia dapat membantu untuk menstabilkan tahap gula dalam darah.

6. MEREKA YANG MENJAGA BERAT BADAN

Mengambil protein membantu merasa kenyang yang lebih lama dan mengawal jumlah makanan yang di ambil.


KENAPA ESP SANGAT BAGUS UNTUK DIAMALKAN




Jadi cukupkan keperluan protein harian dengan mengamalkan ESP setiap hari. Hubungi Feni untuk dapatkan ESP anda hari ini.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 3, 2018

6 TIPS UNTUK MEMILIH SERBUK PROTEIN YANG TERBAIK

Minum ESP sebagai minuman yang sihat kerana lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

KEBAIKAN ESP :-


✿ Membekalkan 9 asid amino perlu.
✿ Membekalkan 14g protein soya setiap sajian.
✿ Mengandungi 5 jenis vitamin B.
✿ Kaya dengan kalsium untuk tulang dan gigi yang kut.
✿ Tanpa kolesterol.
✿ Protein soya dengan indeks glisemik yang rendah untuk tenaga yang berkekalan.

Amalkan ESP untuk sarapan pagi.

Rasa lemah dan tidak bertenga untuk memulakan hari. Tingkatkan tenaga dengan ESP. Memberikan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari.

Minum Petang yang sihat

Elakkan amalkan snek yang berminyak, manis dan banyak garam. Pilih ESP sebagai minuman yang berprotein tinggi yang lebih sihat.

Makan Malam

Selalunya makan malam yang di ambil awal menyebabkan perut cepat lapar. Jadi boleh amalkan ESp untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Sebelum dan selepas senaman

Ambil ESP sebelum dan selepas melakukan senaman. 
Tips : Untuk hasil yang lebih baik, ambil ESP 20 minit sebelum latihan atau 2 jam sebelum latihan berakhir untuk mempercepatkan proses pemulihan otot.


6 TIPS UNTUK MEMILIH SERBUK PROTEIN YANG TERBAIK

1. DAPATKAN SOYA

Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif terhadap laktosa.
✿ Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol.
✿Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom monopos seperti kepanasan badan.
✿ 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.


2. TIADA GULA PASIR TAMBAHAN

Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan.
✿ Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.
✿ Membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.

3. MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH

Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar. Protein soya GI rendah membantu :
✿ Mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat.
✿ Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda kenyang lebih lama.
✿ Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.

4. LENGKAP DENGAN 9 ASID AMINO

Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan harian 9 asid amino penting untuk :
✿ Fungsi badan yang optimum.
✿ Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
✿ Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.

5. BUKAN GMO

Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber GMO memastikan :-
✿ Nutrien kekal dalam sumber makanan.
✿ Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat.

6. RENDAH LEMAK

Akhirnya, ESP adalah serbuk protein yang sihat dan rendah lemak.
✿ Membantu mengekalkan jisim otot.
✿ Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
✿ Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.

Untuk dapat ESP dan produk Shaklee boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

PROMOSI SHAKLEE MEI 2018

Lama dah tak update Promo Shaklee. Kali ni memang best giler promo kaw-kaw sebab sempena bulan puasa ni kan. Tak boleh lemau-lemau sebab puasa. Kena kuatkan diri untuk beramal ibadah di bulan yang mulia. Jadi sempena bulan ramadhan yang akan tiba ni jom kita prepare siap-siap vitamin dan suplemen yang boleh membantu dalam memberikan tenaga.


Jom kita kekalkan kecergasan sepanjang bulan ramadhan ni dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dapatkan kombo twin pack produk shaklee di bawah dengan diskaun sebanyak 10%. Pembelian twin pack ini juga layak mendapat Go Green back yang cantik itu PERCUMA.




Jom hadiahkan suplemen untuk yang tersayang.


Jom buat pesanan dengan menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...