February 5, 2018

KEBAIKAN OMEGA GUARD UNTUK KESIHATAN










 Jom order Omega Guard dengan Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

February 2, 2018

Bila Abang Aus Menginjak Umur 6 Tahun

28 haribulan Januari 2012, pukul 1.50 petang Abang Aus selamat dilahirkan ummi. Namun uri abang taknak keluar, puas doktor cuba nak keluarkan uri abang tapi tak keluar juga. Masa tu ummi dah lemah dan tak kisah dah apa pun yang doktor nak buat.

Setelah beberapa doktor dan nurse mencuba untuk keluarkan gagal. Ummi terpaksa dikejarkan ke Hospital Ipoh. Nak tunggu prosedur untuk hantar ke Ipoh pun tunggu masa. 2 jam atas ambulance ke Ipoh bukan sesuatu yang indah untuk dikenang.

Sampai di Ipoh, beberapa doktor pakar cuba untuk keluarkan uri dalam perut ummi. Ambil masa juga untuk keluarkan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Sakit nak bersalin, sakit bersalin dan sakit nak korek uri. Beberapa jam kemudian tu baru uri ummi keluar. Doktor cuba yang terbaik. Dia cakap harap-harap uri tak pecah sebab kalau uri pecah ummi akan di operate. Bayangkan berapa kali ummi sakit.

Doa ummi tak putus-putus supaya dipermudahkan segalanya dan alhamdulillah lepas isya' baru selesai jahit semua. Masa jahit tu mentah-mentah dan sakitnya hanya tuhan yang tahu. Dekat pukul 10 baru ummi boleh jumpa dengan Abang Aus. Nak tolak ke wad pun ambil masa.

Alhamdulillah sekarang abang dah besar. Dah jadi abang untuk adik rayyan dah. cerdik dan bijak dah. Pandai sekolah dan mengaji. Syukur bila tengok anak membesar dengan sihat dan bijak.

Untuk kali ni, ummi dengan abah hadiahkan abang sebuah basikal sebab abang dah pandai mengaji dan membaca. Rajin pergi sekolah dan selalu tolong ummi. Abang anak yang baik dan tak banyak susahkan ummi. Selalu paham ummi kalau ummi susah.



Doa ummi selalu bersama abang. Semoga abang menjadi anak yang soleh untuk kami semua. Berjaya dunia dan akhirat.

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET VERSI MAK JEMAH

Hari Rabu kelmarin cuti public holiday. Jadi berpeluang untuk main masak-masak di rumah. Walaupun en hubby kerja, ummi dengan anak-anak nak kena makan jugak untuk isi perut kan. Abang Aus paling suka kalau ummi masak.

Jadi menu ummi hari Rabu tu cincai je. Ayam goreng kunyit, telur dadar dan sambal ayam penyet.







RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

Bahan-bahan :-

✿ Biji Cili Api
✿ Cili Merah
✿ Sebiji Bawang Merah besar (kalau suka bawang lebih boleh letak lebih)
✿ Sedikit Belacan
✿ Petis atau otak udang
✿ Garam dan gula secukup rasa

Caranya :-

Goreng bawang, cili dan tomato sehingga lebam-lebam. Jangan garing sangat. Toskan.





Kemudian ambil cabet(lesung batu) untuk kisar atau giling.

Masukkan semua bahan-bahan yang digoreng tadi. Kemudian lenyekkan dengan kayunya. Lenyek sehingga sebati. Agak-agak dah hancur masukkan belacan, petis, garam dan gula secukup rasa.

Resepi ni Feni belajar dengan kawan en hubby. Cabet ni pun dihadiahkan oleh kawan beliau. First time mencuba dan hasilnya "boleh tahan". Cukup kena dengan tekak sendiri. Hehe




Dah siap sambal ayam penyet Feni untuk percubaan pertama. Makan dengan nasi panas-panas, ayam goreng, taruk kicap sikit dan sambal ayam penyet. Memang boleh meleleh segala air mata, air hidung dan juga air peluh. 

Yang penting mesti rajin nok masok. Kalau dok gak tak berasap la dapur. Janji perut kenyang alhamdulillah.

Selamat mencuba !

January 26, 2018

Sakit Senggugut Sampai Nak Patah Pinggang Hilang Dengan GLA Complex

Lina mengambil GLA Complex untuk masalah hormon yang tidak stabil. Bila hormon tak stabil kitaran period menjadi tidak teratur. Doktor hanya bagi ubat tahan sakit bila period datang untuk menahan sakit datang bulan.

Google punya google, jumpala GLA-Complex yang sangat baik untuk wanita. Salah satu manfaat GLA-Complex adalah menstabilkan hormon. Bila hormon dah stabil period pun datang dengan teratur. Masalah bila period tak datang ni kepala sakit, angin, muntah dan paling tak tahan badan pun kembung je sebab darah kotor tak keluar.

Mari kita baca kebaikan GLA Complex Shaklee :
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf.
Jom kita tengok testimoni GLA-Complex yang membantu melegakan sakit pinggang semasa period 


Berminat untuk mendapatkan GLA COMPLEX boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Atau

January 25, 2018

Lagu Paling Best Untuk Aku


Cuba hayati betul bait-bait lirik lagu ini. Sungguh mengharukan.
Aku. Dilahirkan sebagai anak yang punyai bapa namun tidak pernah mendapat kasih sayang seorang bapa. Sehingga hari ini aku hanya ada mak dan adik beradik. 
Entahhh. Bila ditanya tentang ayah. Aku tidak tahu.
Teringat tentang karangan "hari bapa' masa dalam tingkatan 4, aku seorang yang pandai mereka-reka cerita. Karangan aku dapat A.
Entah apa la yang aku tulis masa tu. Mungkin aku selalu berangan itu ini.
Hahaha. Hidup ini memang penuh dengan dugaan.
Aku ni walaupun hidup tanpa kasih sayang seoarang ayah atau bapa, alhamdulillah jadi jugak manusia.
Adik beradik aku memang susah dulu. Sekarang pun susah juga tapi alhamdulillah tidak menyusahkan orang.
Bila senang sikit boleh tolong orang lain sebab kami pun pernah hidup susah.
Bukan senang diatas kesusahan orang lain.
Alhamdulillah.
Pengalaman banyak mengajar kami untuk terus hidup.
Jatuh berkali-kali kami tahu macam mana cara nak bangkit. Cuma masa saja yang menentukan.

Biarlah orang tak kenal kita asalkan kita tidak menyusahkan orang lain. Dalam hidup ini. Kalau kita susah takde sape nak pandang. Memang itu hakikatnya.

January 24, 2018

Hidup Ini Adalah Perjuangan

Selagi kau bernama manusia, kau sentiasa akan diuji dan terus diuji. Tertekan dengan urusan dunia membuatkan kita selalu rasa sedih dan kecewa. Namun ketahuilah disebalik segala kesusahan ini mesti ada hikmah disebaliknya.

Aku manusia yang selalu mendambakan petunjuk dari Allah. Jatuh bangun aku hanya untuk Allah. Kadang-kadang aku juga keliru dengan keputusan sendiri. Apakah betul jalan yang aku ambil ni ? Tertanya-tanya sendiri dan berperang dengan emosi sendiri adalah lebih parah dari kita berbalas kata dengan orang lain.

Mencari kekuatan diri untuk bangkit kembali bukan senang. Allah sentiasa ada untuk kita. Dunia ini hanyalah sementara. Persinggahan saja. 24 jam berlalu tanpa kita membuat kebaikan ke jalan Allah. Bukankah ianya sia-sia ?

Merenung ke luar jendela. Melihat dan mencari kebenaran. Muhasabah diri. Adakahsudah cukup amalan aku untuk kesana ?

Menitis air mata bila terkenangkan dosa-dosa sebab aku bukan insan yang sempurna. Aku insan yang sangat lemah dan sangat kerdil di mata Allah. Aku hamba tapi aku selalu lupa dan leka. Leka dengan nikmat yang Allah berikan. Aku rindu dengan kemanisan iman. Aku rindukan saat-saat aku selalu mengingati Allah.

Andai dapat ku putarkan waktu. Apa yang aku nak buat ?

Aku nak buat apa yang Allah suka. Dan sekarang aku tengah berusaha untuk ke arah itu. Kesempatan yang ada ini, ingin aku nikmati sepuas-puasnya. Aku sayangkan semua ahli keluarga aku. Aku, kalau boleh nak sentiasa bersama namun hidup ini perlukan pengorbanan. Aku kena berkorban untuk kesenangan masa depan.

Jika difikirkan hidup kami sekarang adalah lebih baik dari dulu. Anak-anak aku lebih senang dan bahagia berbanding aku yang hidup dalam tekanan dan cercaan. Bila kau susah, ada saja yang datang untuk menjatuhkan. Bukan orang lain sebaliknya orang-orang yang terdekat dengan kita.

Yela mak aku masa tu janda, anak pulak ramai. Adik beradik mak aku pulaukan dia sebab harta. Tempat yang dia duduk sekarang pun bukan atas nama dia. Kira macam mak aku menumpang lah. (okey habis sini).

Sebab kami ni susah, aku selalu jadi bahan modal untuk dihina. Aku anak mak aku dengan suami nombor 2. Mak dengan ayah aku berpisah semasa aku dalam perut lagi. Sungguh aku lahir dan hanya kenal mak aku dan adik beradik je. Adik beradik aku walaupun tak sama ayah tapi sangat sayangkan aku sampai sekarang. Kami jarang bergaduh.

Ayah aku dah 2 tahun meninggal dunia. Aku jumpa dia pun boleh kira dengan jari. Kisah hidup aku memang sangat-sangat complicated. Namun aku taknak semakkan kepala aku untuk berfikir tentang ini. Asal aku tak menyusahkan orang sudah.

Ada kisah sedih masa aku nak kahwin. Aku cari ayah aku sebab abang2 aku tak boleh jadi wali sebab kami ayah lain. Alhamdulillah segala urusan kawen dipermudahkan Allah. Walaupun banyak dugaan yang nak kena hadap tapi alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

Kenduri majlis akad nikah kami buat ala kadar saja. Kenduri di rumah mak aku di Kelantan, kami buat sekali dengan anak buah aku. Anak Abang Chik aku. Jadi kira macam share la. Abang Chik aku yang banyak keluar modal. Alhamdulillah janji ada kenduri ye dok ?

Masa dok kalut-kalut nak buat kenduri tu ada makcik aku berbunyi "kenduri pun tumpang kenduri akikah anak buah''. Masa tu aku tak tahu kenapa aku baik sangat tak menjawab. Hahaha takpelah aku telan pahit. Dalam hati aku jawab "at least aku kawin tak mintak duit kau".

Aku cakap dengan adik beradik aku. Kakak aku naik angin. Dia kata 'tak dengar kat aku, kalau aku dengar nak je aku jawab'. Aku cakap takpelah bior ler. Pastu entah lah aku dah lupa.

Hari ini dah hampir 8 tahun kejadian, tapi perkara pahit yang orang buat kat kita masih kita ingat walaupun kita cuba lupakan. Makcik aku tu dah insaf pun. Aku pun dah maafkan dia. 

Bila orang tanya aku, takde sedara mara ke ? Aku jawab ada tapi tak rapat. Dalam hidup aku, aku hanya ada mak dan adik beradik je.

Sekarang aku dah berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Alhamdulillah anak-anak aku disayangi oleh semua orang disekelilingnya. Carilah bahagia dengan cara sendiri. Kalau orang tak suka kita tak boleh nak paksa.

Lihat orang susah, kita tolong bukan lagi susahkan. Alhamdulillah terima kasih ya Allah untuk pengalaman dan pelajaran hidup ini.

Throwback gambar pelamin kat dewan. 

January 18, 2018

Minuman Berkhasiat Kesukaan Ramai

Eh dah pukul 2.43 petang. Lunch tadi tak sempat nak turun sebab sakit perut. Bila sakit kena angin memang boleh buat mood spoil. Nak turun pun rasa tak larat.

Bila dah lewat macam ni memang bad mood. Perut pulak kruk krap kruk krap berdondang sayang sebab lapar. Pagi tadi dah sarapan dengan nasi goreng dan minum milo tapi perut lapar lagi. Mujur Feni simpan stok ESP untuk masa-masa kecemasan ni.


Khasiat ESP untuk Feni yang tengah sakit perut dan berangin ni.

Bila lambat makan perut masuk angin dan mula rasa meloya dan nak muntah. Bila kena angin naik sampai ke kepala, semua kerja memang tak boleh nak hadap. Siapa yang ada masalah macam ni, kita geng.

Bancuh ESP dengan air suam sebab ESP memang tidak digalakkan bancuh dengan air panas sebab dikhuatir khasiat ESP akan hilang bila air terlalu panas. Jadi gunakan air suam-suam kuku just nice !

Feni akan minum ESP untuk mengurangkan masalah angin dalam badan. Ia juga sangat mengenyangkan dan memberi tenaga. Jadi kalau macam kena kerja banyak dan perlu stay back dah takde hal. ESP kira macam minuman tenaga.

Hihi teringat dulu masa duduk depan bilik LJ, selalu ambik dia punya power bar untuk mengatasi masalah kelaparan ni. Sekarang ni sejak dok amalkan ESP ni jarang nau ambik power bar dia.

ESP ni memang membantu memberikan tenaga serta menyihatkan.

KESAN PENGAMBILAN ESP SECARA BERTERUSAN

1. Awet muda dengan asid amino penting untuk membina rambut, darah, kulit, otot, kuku dan lain-lain.

2. Baik untuk hormon.

3. Memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan, juga baik untuk prostat.

4. Merangsang penghasilan semula kulit dan otot, mengembalikan radian kulit serta memudarkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun badan dan membantu cegah migrain.

6. Membaiki masalah rambut gugur/beruban.

7. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah sangat membantu mereka yang nak mengurangkan berat badan dan untuk menjaga kesihatan jangka panjang.

Jadi ESP ni memang boleh diamalkan oleh lelaki dan juga wanita.

TESTIMONI ESP 






BACA JUGA TESTIMONI ESP UNTUK KURUS DISINI.


Nak order Shaklee ? Boleh terus wasap Feni. KLIK SINI. atau

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...