November 6, 2017

RESEPI MANGGA ASAM BOI PALING RINGKAS DAN SENANG UNTUK DIBUAT

Ermmm dengar saja mangga asam boi, mulut dah meleleh air liur. Bagi peminat asam macam Feni ni memang tak boleh tengok atau dengar pun pasal mangga yang masam-masam tu.

Kebetulan dapat buah mangga kawan husban bagi, maka terjadilah mangga asam boi versi Feni. Meleleh ayaq liur.

Bahan-bahannya mudah saja :-

1. Mangga
2. Asam Boi
3. Cili Api Merah
4. Belacan
5. Gula secukup rasa


Feni suka kupas kulit buat mangga ni sampai licin. Sanggup naik motor pergi beli pisau di kedai. Haha sebab memang sangat-sangat menjimatkan masa berbanding guna pisau biasa.

Dah siap kupas, potong ikut suka. Feni suka potong halus-halus dan kecil-kecil supaya senang di ngap.

Kemudian masukkan cili yang dipotong-potong. Masukkan asam boi. Ikut suka kalau mangga banyak letak banyak sikit supaya rasanya ngammm.  Kemudian masukkan sedikit gula dan belacan. Kemudian gaul rata. Letakkan dalam peti ais untuk beberapa ketika supaya bahan-bahan tadi menyerap sekata. Jangan letak air untuk mangga asam boi ni sebab nanti mangga ni akan keluar air sendiri.

Maka dengan ini, terjadilah mangga asam boi yang paling sedap untuk tekak Feni. Ini adalah kali ke 3 Feni buat. First time buat untuk Feni dengan suami je. Kemudian buat untuk rakan-rakan opis. Kali ni untuk family je.

Tadaaa. Sedapnye. Nyum-nyum.

Nak ucap juga terima kasih kepada kawan abah yang bagi mangga ni. Nanti kami hantar mangga asam boi kat sana ya ?

Okey selamat mencuba. Kalau Feni open order agak-agak ada yang mau ke ? Hihihi

November 4, 2017

KULIT PUTIH GEBU DENGAN SET CANTIK SHAKLEE

Ramai betul yang nak sangat kulit cantik dan gebu sebab banyak sangat iklan-iklan di media sosial yang mengatakan putih gebu itu cantik. Ya, memang tidak dinafikan semua orang nak kulit cantik dan sihat.

Ada yang sanggup berhabis beribu ringgit sebab nak cantik. Buat pembedahan, suntik botox atau kolagen dan juga tak kurang pergi buat cuci darah. Cuci darah pula di tempat yang tidak diiktiraf.

Bagi Feni itu semua sangat bahaya sebab kita tak tahu jarum apa yang dia gunakan. Entah dibersihkan dengan betul atau tak. Nak cantik punya pasal sampai sanggup menggadaikan keselamatan diri.

Sudahnya Feni amalkan saja SET CANTIK SHAKLEE ni sebab dibuktikan dengan ujian yang terbukti selamat untuk diamalkan oleh manusia. Ianya siap ada landmark study lagi. So memang tak ragu-ragu nak cuba.

Untuk mereka yang baru first time nak cuba memang terkejut dengan saiz vitamin C yang agak besar. Namun itulah stardard yang sesuai untuk vitamin c. ESP pula dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh. Banyak sangat resepi yang boleh dicuba dengan ESP ni. Vitamin E pula dalam bentul capsule yang berwarna coklat gelap.

Antara kesan Set Cantik ni :-

Kulit menjadi lebih cantik dan gebu
Tona kulit menjadi sekata
Jerawat dan jeragat semakin berkurang
Memudarkan parut jerawat
Jerawat pun jarang nak tumbuh
Rambut menjadi lebih sihat dan kuat
Menguatkan kuku
Vitamin E yang kaya dengan antioksidan mengekalkan keremajaan (awet muda)



Berminat untuk mendapatkan SET CANTIK PUTIH GEBU nj jangan malu nak hubungi Feni ya ?

Safeni Feni : +601115672780

TESTIMONI ESP UNTUK KURUS

Tak sabar nak share kebaikan ESP. Salah satunya boleh buat badan kurus. Macam dalam group Shaklee Feni sekarang ni. Ramai sangat dah yang berjaya kuruskan badan dengan cara eat clean.

Antara produk Shaklee yang disarankan untuk buat eat clean ialah ESP. ESP ni sangat-sangat membantu sebab ianya mengenyangkan. Pengambilan ESP sebagai sarapan pagi dan minum petang mengelakkan kita mengambil makanan yang tinggi karbohidrat.

Sesuai untuk mereka yang ingin kurus atau sedang berdiet. Dengan buat eat clean ni, badan akan menjadi lebih ringan dan mudah untuk buat kerja.

Nak buat eat clean ni ada group yang akan bantu kita supaya kekal bersemangat untuk buat sampai habis. Kira macam group support la. Tau sajalah bila buat sorang-sorang ni mesti ada on off kan. Bila ada group support secara tak langsung kita pun akan kekal bersemangat.

KEBAIKAN ESP UNTUK KURUS

✿ Ia membekalkan tenaga berpanjangan.
✿ Mengenyangkan jadi membantu dalam proses untuk kurus.
✿ Ia adalah sumber protein yang terbaik dan sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan.
✿ Sesuai ketika berpuasa. Diambil semasa bersahur untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
✿ Untuk ahli sukan pula, protein ESP membantu dalam membina otot dan menjaga kesihatan otot.
✿ Bagi ibu-ibu yang sedang berpantang, ESP memang membantu dalam proses menurunkan berat badan serta memberi tenaga.

Jom tengok testimoni mereka yang amalkan ESP untuk kurus.

TESTIMONI ESP UNTUK KURUS





Jadi untuk yang ingin mencuba ESP sebagai produk yang membantu dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal boleh lah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

atau

November 3, 2017

SUSU BADAN MELIMPAH RUAH SEJAK MENGAMALKAN ESP

Bulan lepas ada promosi ESP. Ramai ibu menyusu yang mengalami masalah susu badan merudum berpuas hati sejak amalkan ESP sebagai milk booster.

Antara Kebaikan ESP untuk ibu menyusu ialah :-





Jom tengok testimoni pengamal ESP untuk Milk Booster






** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



TIPS UNTUK MENGHILANGKAN SENGGUGUT DI KALANGAN WANITA DAN REMAJA



Dalam menyebarkan kebaikan produk kesihatan dan kecantikan. Feni banyak terima feedback tentang kesan positif sejak amalkan suplemen ni. Antara feedback paling best ialah masalah senggugut hilang. Feni dulu pun memang tiap-tiap bulan kena senggugut. Bila kena sampai muntah dan tak boleh kerja apa. Jom Feni share beberapa tips untuk menghilangkan sengugut.. Tips ini juga berjaya buat sahabat yang mengamalkannya.

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN SENGGUGUT 

1. AMALKAN MINUM AIR SUAM 

Banyakkan minum air suam untuk mengelakkan badan kurang air dan kering. Perjalanan oksigen dan darah dalam tubuh juga memerlukan cecair. Jadi memang kena banyakkan minum air.


2. ELAKKAN MAKAN ATAU MINUMAN YANG SEJUK

Beberapa hari sebelum datang bulan, Feni akan cuab untuk tidak makan atau minum benda-benda yang sejuk macam minum ais ataupun makan makanan yang sejuk.


3. KURANGKAN MAKANAN YANG BERGARAM DAN BERPERISA

Feni akan kurangkan makanan yang berperisa dan bergaram untuk mengelakkan masalah kembung ketika datang bulan. Makanan segera seperti jajan memang Feni akan cuba elakkan.

4. BERSENAM 

Amalkan senaman untuk membantu melancarkan perjalanan peredaran darah. Senaman ni boleh dibuat ikut suka. Bagi Feni naik turun tangga dan lompat tali skipping dah cukup. Senaman ni boleh menguatkan jantung juga.

5. BERTUNGKU KETIKA HAID

Bertungku ketika datang bulan memang membantu melegakan sakit senggugut. Masa zaman sekolah dulu, Feni memang selalu kena senggugut. Bila kena Feni masukkan air panas dalam botol dan tungku guna air panas. Sekarang ni memang ada batu sungai sedia untuk guna bila rasa perut kembung atau macam ari-ari sakit.

6. MINUM AIR HALIA PANAS

Ini biasanya hari pertama Feni buat. Maklumlah masa ni kan perut terasa kembung dan banyak angin. Halia yang diketuk dan direndam dengan air panas. Sekarang ni lebih mudah boleh telan jer PEPPERMINT GINGER PLUS. Nak bancuh boleh nak telan macam tu pun okey sebab dibuat dalam bentuk tablet.

Biasanya Feni sebelum datang bulan akan mengalami mood swing beberapa hari tu. Jadi masa ni Feni akan banyakkan minum air suam untuk elakkan badan kurang air. Masa ni suplemen yang Feni selalu amalkan ialah Vitalea sebab Feni ni ada masalah tekanan darah rendah. Tak kena gaya memang akan rasa pening-pening macam nak pitam. Alfalfa pula memang tidak akan miss sebab memang sangat-sangat membantu melancarkan perjalanan darah keluar.


CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SENGGUGUT



Semua suplemen ini memang Feni akan amalkan supaya masalah senggugut dari zaman sekolah hilang. Kini anak dah 2, kesihatan makin baik dan bertambah sihat. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah sebab dipertemukan dengan produk yang baik ini.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee jangan malu untuk kontek Feni. 

Penghantaran produk adalah ke Seluruh Malaysia.

COD AREA HULU LANGAT, PLAZA PERMATA & HOSPITAL KUALA LUMPUR.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 2, 2017

SUPLEMEN TAMBAH TENAGA UNTUK IBU YANG AKTIF SETIAP HARI

Sebagai seorang isteri, ibu dan juga pekerja yang sangat dedaki macam Feni memang sangat-sangat perlukan tenaga yang maksimum setiap hari.

Pagi-pagi nak kena siapkan anak-anak dan keluarga dulu sebelum kerja. Hantar anak sekolah kemudian masuk pejabat. Jadi agak kelam kabut pagi-pagi sampai nak makan sarapan pun tak sempat. Jadi untuk sarapan segera yang mengenyangkan. Feni akan ambil ESP sebagai sarapan.


Antara resepi ESP yang paling Feni suka ialah ESP + milo tanpa gula. Rasanya yang lemak-lemak manis (tak manis sangat, just nice orang kata) memang best. Kadang-kadang rasa kenyang tu boleh sampai tengahari. So, jimat duit belanja untuk makan.

Selain ESP, Feni juga amalkan suplemen multivitamin iaitu Vitalea dan Vitamin C sebagai vitamin harian yang membantu dalam memberikan tenaga.


Vitalea dan Vitamin C memang Feni ambik sekali sebab vitamin c membantu menyerap iron dalam vitalea. Kalau sebelum ni Feni ada masalah HB rendah yang menyebabkan badan rasa letih, lemah dan lesu, sejak dok amalkan vitamin ni. Alhamdulillah badan makin bertenaga dan rasa sihat untuk buat kerja harian.

So, kalau ditanya soalan suplemen apa yang sesuai untuk mengatasi masalah letih dan lesu. Feni akan suggest korang amalkan suplemen shaklee yang ni.

Jadi kalau ada yang nak cuba suplemen ni jangan malu nak hubungi Feni ya. COD area Hulu Langat, Plaza Permata dan juga Hospital Kuala Lumpur.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com


CARA PALING MUDAH HILANGKAN PARUT CHICKEN POX DI MUKA


Feni kena chicken pox semasa unur 19 tahun. Ketika itu masih belajar di tingkatan 6. Masa kena chicken pox ni doktor bagi cuti 2 minggu 2 minggu. Jadi sebulan la semuanya. Chicken pox ni adalah salah atu penyakit yang berjangkit. Jadi memang kena ambik cuti.

Seksa betul bila kena chicken pox ni. Feni sampai malu nak pergi sekolah. Kawan-kawan pulak ada yang nakal, panggil Feni dengan gelaran dinosour. Masa tu memang sangat malu tapi pergi jugak sekolah sebab periksa dah nak dekat.

Nak pulihkan kulit yang bertompok-tompok ni memang mengambil masa yang lama. Dulu tak kenal pun suplemen-suplemen ni. Tau pergi balik sekolah je. 

Bila dah masuk alam pekerjaan parut chicken pox yang bertepek di atas dahi masih ada. Jenuh jugakla nak hilangkan. Feni pernah cuba beberapa petua untuk hilangkan parut chicken pox ni. Maklumlah malu nak jumpa orang.

Petua nak hilangkan parut :-

1. Gunakan kulit kayu manis

Ambil satu batang kulit kayu manis. Kemudian asahkan pada batu lesung jadikan serbuk. Ambil serbuk tadi bancuh dengan air kemudian digosokkan pada tempat berparut untuk membuang sel-sel mati. 

2. Soda bikarbonat dan garam

Yang ni Feni gunakan untuk buat scrub di muka. Seminggu dalam 2 kali buat. Bukan saja parut yang hilang malah black head dan white pun disental sekali.

3. Susu dan kunyit

Yang ni leceh sikit sebab Feni lebih sukakan kunyit hidup, bukan serbuk kunyit. Tumbuk lumat kunyit kemudian dicampur dengan susu tepung. Kemudian dilumurkan pada muka. Kulit akan menjadi lebih lembab dan nampak segar.

4. Gunakan Herbal Blend Shaklee

Dulu tak kenal pun krim ajaib ni. Sekarang ni bila dah kenal memang sangat-sangat memudahkan kerja Feni untuk kekal cantik. Ni Feni selalu gunakan untuk anak-anak. Bila luka ke kena gigit nyamuk ke, naik ruam ke cepat-cepat sapu herbal blend ni supaya parut cepat hilang.

5. Ambil Suplemen

Amalkan suplemen untuk membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan dan juga menghilangkan parut. Antara suplemen yang membantu ialah ESP dan Vitamin C.

Testimoni Herbal Blend 



TESTIMONI ESP DAN VITAMIN 



Selamat mencuba dan untuk order suplemen Shaklee mahupun Krim Ajaib Herbal Blend ni bolehlah menghubungi Feni melalui nombor di bawah :-

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...