May 5, 2017

Selesai Daftar Abang Aus Ke Sekolah Rendah 2019

Alhamdulillah hari ni ummi dengan abah selesai daftar Abang Aus ke tahun satu 2019 nanti. Bulan Ogos tahun dapan kene pergi sekolah lagi untuk buat pengesahan.

Minggu lepas dah pergi sekolah tapi sekolah nak sampul surat beralamat sendiri dan setem 80sen. Jadi terpaksalah keluar  balik ke pejabat pos dan beli sampul surat. Kedai tak buka lagi masa tu.

Kena balik ofis sebab dalam waktu kerja. Minggu ni abah kerja jadi tak dapat la nak pergi hantar borang. Bila pergi sekolah kerani tu cakap dah lambat. Apa hal pulak lambat ? Dalam tu dah tulis sila maklumkan pihak sekolah dalam masa dua minggu. Bengang jugak la mak jemah hari ni. Nasib baik dia buat jugak.

Ingat senang ke nak masuk lambat ke ofis. Bukan senang-senang nak keluar tau. Silap-silap haribulan kena spanar dengan bos. Kalau jenis bos yang faham takpe jugak. Bos pun ikut mood. Kalau mood okey alhamdulillah. Kalau mood tak okey. Naya la kauuuuu.

Hidup berkuli macam ni lah. Selagi kau bernama kuli kau akan tetap kena spanar. Hahaha jadi bertabahlah.

Apapun lega sebab dah selesai daftar sekolah Abang Aus. Abang Aus cepat betul besar. Ummi rindu abang aus yang kecil. Sekarang dah jadi kawan ummi dah abang. Suka tolong ummi buat kerja. Ummi sayang abang Aus sampai syurga tau.





10 PRODUK SHAKLEE PALING LARIS DIJUAL


Tahun ni tak dapat nak pergi NC. Tahun lepas dapat jugak pergi menyegeh di NC atas tiket sponsor by Mak Bintang. Tengkiu Mak Bintang. 

Tangga teratas telah dimiliki oleh Vivix. Tiada yang lebih bahagia kalau kesihatan baik. Jom Feni senaraikan produk apa yang hot sangat tu.

1. Vivix 

Vivix adalah tonik ajaib yang kaya dengan resveratrol membantu mengekalkan kesihatan bermula dari dalaman. Sangat sesuai untuk mereka yang pentingkan kesihatan dan kecantikan. Kajian menunjukkan mengamalkan vivix secara konsisten membantu melambatkan proses penuaan. Jadi jangan hairan kalau tengok mereka yang togok Shaklee ni lebih muda 25 tahun dari usianya. 

2. ESP

ESP ialah produk minuman yang berasaskan soya. Sumber kacang soya Non GMO yang bebas bahan kimia dan selamat digunakan. 30 kilogram soya diperlukan untuk menghasilkan 1 can ESP. 1 can ESP beratnya 850gram. ESP terkenal sebagai sumber protein yang membantu dalam mencantikkan kulit serta mempercepatkan proses penyembuhan.

3. Omega Guard

Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik dunia. Diekstrak daripada ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Omega Guard adalah lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mempunyai rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu kajian menunujukkan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega -3 EPA dan DHA.

4. Vitamin C

Vitamin C menduduki tangga ke 4 kali ni. Vitamin yang sangat baik untuk kulit. Ramai wanita menggemari Vitamin C kerana berkesan untuk mencantikkan kulit. Sebotol vitamin C mengandungi 180 biji dan boleh tahan sehingga 6 bulan. Kombinasi hebat bersama Vitamin E membantu wanita mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran. Dalam banyak-banyak set kesihatan Shaklee, Vitamin C adalah antara vitamin yang akan disarankan untuk mengambilnya. 

5. Ostematrix

Ostematrix sering dikenali sebagai pil kalsium. Perbezaan antara Ostematrix Shaklee dengan pil kalsium yang terdapat dalam pasaran ialah formulanya yang unik. Dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, forforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

6. Alfalfa Complex

Alfalfa dianggap sebagai raja kepada segala tumbuhan kerana khasiatnya. Alfalfa Complex dihasilkan daripada tanaman Alfalfa (Medicano Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Daun Alfalfa yang matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompress menjadi tablet. Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa.

7. Vitamin E

Dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisilogi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E paling lengkap dalam pasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu oto. Ianya juga penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

8. Vitalea

Vitalea adalah multivitamin pertama dunia yang dicipta. Asalnya dikenali sebagai "vitalize-Mineral" dan disingkatkan kepada sebutan "Vita-min". Perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90-an dahulu) kepada bentuk tablet dikenali sebagai "Vita-Lea". Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan. 12 vitamin dan 7 mineral penting seprtimana yang disarankan oleh RDA. 

9. Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder adalah suplemen kolagen yang sangat unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprientari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

10. Lecithin

Diekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, forforus dan lemak tak tepu. Lecithin dan Alfalfa merupakan gabungan terbaik untuk proses menurunkan berat badan dan juga inch lost. 

Jangan lupa dapatkan produk Shaklee anda hari ini. Hubungi Feni untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan produk dan khidmat nasihat secara percuma.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com





Wanita Ini Berkongsi Rahsia Cantik Bermula Dari Dalam




Assalamualaikum,

Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Mula kenal Shaklee pada tahun 2013 dan sah menjadi SID pada 3 September 2013 . Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee .. Tak pernah tau dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doctor Cun, Doc Nadia (Fb : Nadia Abdul Kadir) promot sikit kasi glemer lagi. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !
.
Ok dipendek2kan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex. 
.
Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!! 
.
Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee. 
.
Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.
.
Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee. 
.
Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua . 
.
Sharing dari hati .... 
.
Yang ikhlas,
Ummi Ussi



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com






May 4, 2017

7 BAHAN SEMULAJADI DALAM COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Masalah jeragat memang membantutkan penampilan. Ada wanita dan gadis terpaksa memakai mekap tebal-tebal untuk menutup cela dimuka.

Mekap pulak bukannya murah sekarang ni. Satu alat mekap dah cecah beratus ringgit. Kalau pakai yang murah-murah yang dijual di pasar malam pula makin teruk jadinya.

Bagaimana nak atasi masalah jeragat ini? Rawatan bermula dari dalam dengan mengamalkan Collagen Powder.

Collagen Powder dihasilkan daripada 7 bahan utama iaitu ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobaciluss acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B. Digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.







Antara manfaat utama Collagen Powder ialah :-

1. Membantu mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kedut.

2. Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.

3. Menguatkan kuku dan rambut.

4. Membantu mengurangkan parut.

5. Mengurangkan jeragat.

6. Membantu melambatkan penuaan.

7. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko tulang rapuh.

8. Membantu mengurangkan geseran pada sendi.

9. Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.


TESTIMONI COLLAGEN POWDER












Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com





PELUANG PERNIAGAAN

Sedang mencari peluang perniagaan yang bagus dan stabil ? Jom sertai keluarga besar kami.


Hubungi Feni dengan segera untuk mendapatkan no id anda dan memulakan bisnes Shaklee dengan mudah. Dapatkan nasihat mengenai perniagaan dan cara untuk memulakan perniagaan.



Keistimewaan sebagai Pengedar Shaklee

• Nikmati produk Shaklee pada Harga Pengedar.
• Hadir ke ceramah kesihatan, menerima pemeriksaan dan rundingan kesihatan oleh Pakar Pemakanan Shaklee.
• Berpeluang memperolehi Pendapatan Tambahan.
• Mengakses Majalah Shaklee Today versi digital, serta bahan sokongan dan sumber lain.


Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com

5 Langkah Mencegah Strecthmark Ketika Hamil


Strecthmark sering berlaku di kalangan ibu hamil. Strecthmark atau rekahan kulit adalah parut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat daripada kesan regangan kulit yang semakin membesar sewaktu hamil.

Rekahan ini sering terjadi di bahagian perut, payudara, punggung, pinggul, paha dan ada juga di bahagian lengan. 90% wanita mengalami kesan regangan semasa hamil. 

Antara langkah untuk mencegah strecthmark ialah :

1. Sapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera di bahagian yang mengalami kerekahan.

2. Waktu paling sesuai untuk menyapu losyen ialah selepas mandi supaya kulit sentiasa segar dan lembab.

3. Banyakkan minum air kosong untuk membantu melembabkan kulit. Elakkan minuman yang berkafein dan beralkohol yang menyebabkan kulit menjadi kering.

4. Makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt, susu segar dan sayur-sayuran supaya kulit mendapat khasiat untuk kekal sihat.

5. Melakukan senaman untuk membantu melancarkan peredaran darah dan membantu mengekalkan peredaran tersebut dalam keadaan stabil. Antara senaman yang disarankan ialah berjalan atau berenang.

Ibu yang sangat prihatin dan pentingkan kecantikan diri tidak mengambil mudah tentang rekahan ini perlu memulakan langkah awal supaya kesan strecthmark dapat dikurangkan. 

Tanpa langkah awal berkemungkinan ibu akan kekal dengan kesan rekahan sepanjang hidup.






May 3, 2017

SUPLEMEN UNTUK GOUT

Apa itu Gout ?

Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.


Punca gout antaranya ialah:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dgn kuantiti yg banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Stress yg tak terkawal.
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dan sebagainya.


Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.

Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi mengelakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout.

Antara cadangan suplemen untuk gout ialah :-



Suplemen ini bukanlah ubat namun makanan tambahan yang membantu dalam menigkatkan tahap kesihatan untuk hidup lebih sihat dan ceria. 

Sebarang pertanyaan atau untuk membuat pesanan boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...