July 27, 2016

6 Tips Ringkas Untuk Mengurangkan Bengkak Susu



Bengkak susu sering dialami oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Saya juga pernah mengalami masalah bengkak susu sampai demam. Bila dah demam susah la nak buat kerja. Nak-nak pulak anak kecik. 

Pernah juga ada wanita yang terpaksa di operate sebab  kelenjar susu tersumbat dan perlu dibuang nanahnya. Oh sungguh menakutkan.

Jadi jom saya share beberapa tips untuk mengurangkan bengkak susu.

1) Kerap direct feeding sehingga payudara betul-betul kosong.

2) Jika bayi menolak cuba pam. Ia akan merangsang pengeluaran susu dan kelenjar susu yang tersumbat.

3) Tuam bahagian yang sakit dengan botol air panas.

4) Buat urutan menggunakan sikat dari arah pangkal payudara ke nipple.

5) Letakkan kobis sejuk di dalam baju dalam untuk mengurangkan bengkak. Jangan menutupi bahagian nipple. Jangan letak kobis terlalu lama untuk mengelakkan penghasilan susu berkurangan. Sebaiknya letak kurang daripada sejam.

6) Ini yang paling best sebab saya pun amalkannya. Ambil lecithin dalam jumlah yang disarankan untuk melancarkan pengaliran darah dan pengeluaran susu dari kelenjar yang tersumbat. 


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 26, 2016

Kenali Warna Urin Kita

Sebagai salah seorang pengedar Shaklee, saya sering ditanya oleh pelanggan saya berkenaan dengan warna air kencing atau urin selepas mengambil vitamin terutamanya B-Complex. Jadi jom kita kenali warna urin kita.

Jom kita kenali warna urin


Jernih - Menunjukkan kita terlebih air dan biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air atau dehidrat. Dari segi ujian dadah, ianya boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam darah melalui lebih-hidrat.

Kuning atau kuning cair - Menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. Sesetengah ubat seperty rifampin dan pyridium boleh menukarkan air kencing menjadi kuning kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

Air kencing gelap atau perang - Mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

Air kencing kemerahan atau berwarna gelap - Dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan melanoma.

Air kencing kemerahan atau kelabu - Mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, keadaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow - Mungkin disebabkan oleh pemakanan vitamin tambahan terutamanya vitamin B.

Warna air kencing gelap - Biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidration).

B-Complex adalah tergolong dalam kumpulan vitamin yang larut air. Riboflamin adalah salah satu unsur yang terdapat dalam B-Complex. Jadi lebihan yang tak dapat diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui air kencing. Sebab tu warna urin menjadi kuning cerah.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 25, 2016

Alhamdulillah Settle Renew Insurans dan Roadtax Kereta Kesayangan

Hihi.. Sebenarnya semalam adalah tarikh last untuk Roadtax dan insuran kereta kesayangan kami sekeluarga. Tapi oleh kerana kekangan waktu kerja yang sangat banyak tu tak dapat renew awal. Haha alasan kan.

Sebenarnya banyak sebab tak renew awal tapi biarlah rahsia. Kekeke. Saya pilih etiqa insurans sebab senang. Boleh jer buat secara online atau pergi sendiri kat Etiqa. 

Tahun ni tahun yang ke empat renew. Jadi NCB bertambah so murah lah sikit. NCB (no claim bonus) sebab tiada claim untuk insurans sebelum ni. Alhamdulillah best kan ? Masih kuat dan utuh si putih berkhidmat untuk keluarga.

Sebelum ni saya add pemandu untuk 2 orang. Jadi bayarannya RM10 untuk setiap orang. Tahun ni adik ipar saya tak banyak bawak kereta jadi saya batalkan namanya dalam insurans. Jimat lagi RM10.

Saya juga dapat bonus diskaun atau rebate sebab pergi sendiri lebih kurang dalam RM8+.++ gitu. Sape nak bagi kan ? Kalau pergi buat dekat bank tak dapat rebat ni. Ngehngehngeh.

Saya juga suka nak share tentang Etiqa Insurance ni bila dah matang dia akan hantar surat untuk masuk duit kat kita. Keuntunggan apa entah. Macam tahun lepas saya dapat dalam RM7+.++ macam tu. Kalau dulu dia hantar cheque ke rumah sekarang dah pakai debit kat akaun terus. Tahun lepas dia hantar surat pastu tunggu duit masuk akaun bank. Yehaa sape tak suka kan. Tiba-tiba duit masuk. Rezeki jangan di tolak kan.

PMS Mengganggu Emosi Wanita

Premenstrual Syndrom (PMS) adalah sindrom yang sering dialami oleh wanita dan remaja wanita beberapa hari sebelum datang haid. Sindrom ini menyebabkan perasaan seseorang tidak keruan. Ini menyebabkan keadaan seseorang itu lebih sensitif ketika sedang mengalami PMS. 

Tidak semua wanita mengalami simptom PMS. Kebanyakan wanita dan remaja yang mengalami perubahan badan dan sikap atau perasaan beberapa hari sebelum kedatang haid. Simpton ini akan hilang setelah datang haid. Ketika ini mereka akan mengalami perubahan perasaan menjadi seorang pemarah dan sangat sensitif dengan perkara yang lebih kecil.

Ada juga wanita yang mengalami beberapa perubahan pada tubuh badan iaitu di otot dan payudara apabila disentuh. Ada juga mengalami keadaan "mengidam' untuk makan makanan yang diingini.

Salah satu faktor yang menyebabkan PMS adalah ketidakseimbangan hormon. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan PMS.

Memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian boleh membantu mengurangkan gejala PMS. Mengambil vitamin B tambahan seperti B-Complex sepanjang tempoh PMS. Wanita juga disarankan supaya melakukan senaman semasa proses PMS seperti berjalan, berlari atau berenang untuk mengurangkan gejala PMS.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Vitamin Yang Membantu Kurangkan Jerawat Dan Jeragat

Vitamin C

Sangat penting untuk pembentukan kolagen. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi vitamin C membantu pernghasilan  kolagen yang lebih baik


Vitamin E 

Sangat terkenal dengan vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta caroterie.



Protein (ESP)

Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit berjeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar untuk dihilangkan jika tidak mendapat protein yang yang cukup untuk membantu dalam penghasilan sel baru.



Testimoni Set Cantik (Vitamin C + Vitamin E + ESP)






Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

July 21, 2016

Join Maybank2u Application Dapat RM10

Hari ni saya dapat free RM10 kakak rimau bagi. Alhamdulillah. Kadang-kadang kita tak tahu pun rezeki kita nak dapat bila. Jadi jangan berputus asa dengan Allah.





Tadi cek maybank2u sebab ada payment masuk untuk pembelian 1 can ESP. Bila cek akaun tengok macam ada lebih je. hihi. Rupa-rupanya kakak rimau yang bagi. Alhamdulillah sape yang nak bagi duit free kan.


So korang yang dapat free duit macam mak jemah boleh download application Maybank2u dekat handphone korang. Mane tau kakak rimau nak bagi free duit jugak kan.


Korang boleh klik kat link dibawah untuk maklumat lanjut.

Maybank2u

Senang tau ada apps ni sebab boleh online banking kat mana-mana. Nak tengok duit masuk nak buat transfer duit pun semua boleh. Tambah-tambah lagi untuk peniaga online. Memang kena sentiasa up to date. Sebab kalau orang transfer duit masuk akaun kita terus boleh cek duit masuk ke tak.


Sekian. Selamat mencuba !



July 20, 2016

Penangan Produk Shaklee Menjadi Lebih Cantik

Menakutkan bila dok pakai produk-produk skin care yang belambak di pasaran sekarang ni. Kebanyakan harga memang boleh tahan berbanding beli produk di drug store. Bagi Mak Jemah yang memang mudah terpedaya dengan promosi muka glow glowing dan flawless ni, akan beli dan cuba. Nasib baik awal-awal lagi , muka dah tunjukkan kesan dengan cepat jadi cepat-cepat stopkan produk-produk yang tengah gunakan tu. Nampak sangat tak sesuai kot.

Benda macam ni tak berani nak ambil risiko. Alhamdulillah sejak dok amalkan produk Shaklee sebagai suplemen harian. Memang banyak beza. Dari zaman anak dara yang macam-macam masalah. Jerawat nak tumbuh tak ikut waktu. Sekarang nampak semakin baik. Bukan tak tumbuh langsung. Ada jugak waktu-waktu dia tumbuh tapi tak lama. Parut pun tak ambil masa yang lama untuk pudar. 

Orang kata nak cantik ni kena banyakkan minum air kosong banyak-banyak. Memang betul tapi ikut bodi juga. Kalau terlebih pun tak boleh juga. Apa pun kena refer doktor sebab doktor yang lebih arif.

Penggunaan suplemen yang betul hanya membantu dalam menjadikan kualiti kesihatan lebih baik. Kalau amalkan suplemen badan jadi makin teruk tak boleh juga sebab tu Feni lebih suka pilih Shaklee sebab ianya ada Land Mark Study dan diuji secara klinikal. 

Jom tengok testimoni pengguna Shaklee








Ternyata produk s boleh mengubah hidup lebih ceria dan lebih cantik. Cantik bukan saja untuk pandangan manusia tapi juga pandangan yang pencipta. Bila dah sihat, cantik dan kurus jadi mudahlah untuk buat amal ibadat. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee dan sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...