September 21, 2018

PANDAN CENDOL SEDAP SEDIA UNTUK DELIVERY

Siapa peminat cendol ???

Kak Feni suka cendol sebab ianya lemak manis. Kena ketika panas-panas memang terbaik sangat-sangat. Kami order di Pandan Cendol. Boleh tengok pamplet dia. Harga berpatutan. 




Pilihan Kak Feni ialah mee goreng mamak ayam dengan cendol biasa. 
Kak Diana pilih Rojak biasa dengan Cendol Special.
Kak Nor, Rojak Special dengan Cendol Special.
Datin pilih mee goreng mamak tambah telur mata.

Jumlah semuanya termasuk kos penghantaran = RM53.50
Kos penghantaran kami share bersama-sama. Bukan selalu makan yang delivery macam ni. Kalau ramai-ramai macam ni baru syok.


Untuk cendol Kak Feni bagi 5 bintang. Sedap dan secukup rasa. Kena dengan tekak. Mee goreng mamak pun sedap. Lain kali boleh order lagi. Habis sebungkus tersandor kekenyangan. Haha. Mee goreng kalau ada cili potong dengan kicap lagi terangkat. Yang ni dah takde walaupun telah direquest. 

Rojak pun sedap. Kuah dia bagi memang meriah betul. Satu plastik penuh. Kak Diana siap bungkus bawak balik makan di rumah. Yang Kak Nor pulak rojak special penuh dengan ayam, sotong dan ada mee kuning. Terkejut kawan sebab ada mee.

Akhirnya kenyanglah kami semalam dengan cendol dan mee goreng mamak. alhamdulillah.


September 20, 2018

Musim MoonCake dah tiba

Semalam aku dapat gift dari supplier. Alhamdulillah murah rezeki aku. Syukur !

Tahu tak apa dia ? MoonCake versi jelly macam gambar di bawah. Haha sebelum ni aku ingatkan benda ni hanya untuk hiasan rupanya memang boleh dibuat makan. Series weh cantik sampai sayang nak makan.

Aku share di fb. Ramai yang puji cantik (macam attention seekers pulak aku ni kan). Siap ada yang tanya "buat ke ?" hahahahaha aku senyum jela kan. Aku ni bab kuih muih memang tak la. Makan aku memang handal. Tak payah nak tunggu orang lain.






Dalam satu kotak ni dia letak 4 jenis mooncake. Aku tak tahu dia beli kat mana. Aku tanya dia tak jawab. Tugas aku ialah memotong dan bahagikan kepada semua orang. Oleh kerana 3 orang je staff yang ada di opis semalam. Dapatlah kami satu seorang. Baki satu, aku potong-potong pakat rasa sikit sorang. Adil la kan ?

Rasanya ... Sedap !!! kenyal-kenyal gitu. Manis ? Ofkos manis tapi just nice tak manis leting, orang Kelate kata. Lagi satu, bagi aku tak sesuai untuk anak-anak kecil sebab ianya terlalu kenyal. Mungkin boleh buat anak-anak tercekik. Kalau nak bagi rasa yang ada puding (bunga-bunga dia tu) okey sebab dah campur susu jadi lebih lembut.

Anak buah aku datang pun aku tak bagi sebab aku yang test dulu. Aku rasa untuk tekak aku okey. Untuk anak kecik tak sesuai sebab seperti yang aku tulis di atas. Korang kalau nak bagi terpulangla. Risiko memasing yang tanggung.. (ehhh !)

Photo. Aku malas nak edit nak bubuh watermark bagai. Terus share dari henpon. Rajin kan aku ni ?

Okey rahsia nak murah rezeki. Istiqamah dalam solat dhuha. InshaAllah rezeki akan datang dari sumber-sumber yang tidak disangka. Allah sangat Maha Pengasih weh. Series aku ni sesak sangat-sangat ni. Bab duit memang tinggal duit biru je dalam purse. 

Ni minggu depan nak fly lagi. Gaji belum masukkk. Hopefully Allah datangkan aku rezeki banyak lagi dari sumber yang tak pernah aku sangka. Huuuuuu


Kisah Aku Nak Kurus !

Jeles benor tengok orang lain yang berbadan kurus dan tinggi lampai. Nampak cantik dan menarik je di mata ni. Bagi Kak Feni yang dah berumur 32 tahun bagi tahun 2018 ni. Berat badan memang sangat merisaukan. Berat badan yang ideal untuk Kak Feni ialah antara 55-60 kg. Berat badan sekarang ni sudah mencapai 65kg. Sama berat ketika bersalinkan Adik Rayyan. 

Bukan tak cuba untuk kurus. Selalu sangat fikir aku nak kurus ! Aku nak kurus ! Siap tulis memo tampal di meja lagi untuk memotivasikan diri. Nak menaikkan semangat sendiri. Kalau sendiri tak semangat, macam mana nak berjaya kan.


Ini adalah salah satu bukti yang menunjukkan aku telah menampal kata-kata semangat untuk diriku. Jenuh aku godek fb nak cari gambar ni. Hahaha. Bila bos dapat tahu habis nye gelak sampai sepet biji mata. Dia kata muka aku ni boleh ke nak kurus ?? Whattt boss ! Sebab tu la badan aku makin lama makin naik dan seterusnya naik.

Bila geng boss pergi bercuti. Depa bawak balik coklat dan sebagainya. Aku pun dengan bahagianya membelasah segala apa yang ada.

Sekarang ni bila badan rasa semakin naik dan semakin gemuk sehingga dagu pun berlapis-lapis macam kuih lapis. Memang kena buat sesuatu. Tak boleh main-main dah. Kena buat sesuatu sebab aku kena kembalikan berat badan aku yang ideal.

Nak turun sekilogram pun bukan main susah. Bila badan dah gemuk la senang cakap kan. Mulalah perasaan malas itu datang. Malas nak bergerak, malas nak berfikir dan paling tak seronok malas nak beribadah. Bahaya ni. Sejak akhir-akhir ni Aku rasakan lutut ni pun semakin lama semakin sakit. Nak-nak pulak bila turun tangga. Baru umur 32 weh. Takkan dah kena sakit lutut. 

Nak tak nak aku kena berusaha untuk turunkan berat badan.

Perkara pertama yang aku harus buat ialah kurangkan manis dalam makanan atau minuman. Mula-mula ni memang rasa sakit sangat nak buang gula. Memang sampai pening kepala. Nak-nak pula dah hari-hari minum manis. Tiba-tiba nak terus berhenti memang terkejutlah badan ni. Jadi apa yang boleh buat. Kurangkan gula. Perlahan-lahan hari ke hari.

Apa yang aku perasan setelah kurangkan gula dalam makanan atau minuman ni. Perut yang buncit macam mengandung 5 bulan nampak makin kempis. Hahaha ini saja rahsianya. Ni tak, aku ni pantang orang offer terus aku grab.

Ni jumpa pulak tips cepat kurus di FB. Print lagi. Harapnya boleh kembali kurus dan sihat.




September 19, 2018

FILEM LANGSUIR : MALAM TAYANGAN PERDANA

Entri ni nak tulis minggu lepas tapi disebabkan kesibukan yang teruk maka tergendala. Kak Feni dapat jemputan khas dari Early Bird Production Sdn Bhd untuk hadir ke Tayangan Perdana filem Langsuir di MMCineplex E@Curve pada 12 September 2018, minggu lepas.

Lepas balik kerja terus bergegas ke sana. Majlisnya bermula pukul 8.00 malam. Kak Feni ke sana dengan menaiki MRT bermula di Bukit Bintang. Mudah sangat sebab ada pengangkutan awam ni. Kak Feni pergi sana dengan Kak La (kakak ipar Kak Feni). 

Sampai di sana dalam pukul 6.30 petang. Sementara menunggu waktu tayangan bermula, kami berehat dan melepak dulu di situ. Solat maghrib siap-siap di surau yang ada. Lepas siap solat baru kami masuk ke tempat artis berkumpul. Wahhh terasa macam VIP pulak sebab boleh jumpa artis secara live dalam tu. Ehekss.



Ni dia rupa tiket nak masuk dalam. Series tau, ni adalah first time Kak Feni dapat pergi preview filem. Memang teruja gila. Dah umur macam ni baru dapat merasa. Fans artis ramai gila malam ni Warna tema majlis malam ni ialah merah hitam. Motif ? Tak tahu. Ngeeee.. 








Tak banyak yang Kak Feni sempat ambik gambar dengan artis sebab Kak Feni ni kan sangat-sangat pemalu. Huwaaa nak panggil depa pun segan yakmat. Ambik gambar dari jauh jela. Huhu.

View dalam filem ni sangat cantik sebab bertempat di sebuah pulau di Langkawi. Mengisahkan 6 anak muda yang bercuti di sebuah pulau yang bernama Pulau Langsuir. Jiwa muda selalu nak cuba benda baru. Tidak mendengar pesan orang tua dan degil.

Esok dah mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara. Jadi nak tahu best ke tak best boleh pergi serbu panggung ya. Ada unsur seram, lawak, dan romantis.






September 14, 2018

Jika Aku Punya 100K Hari Ni ?



100K punya hal, Kak Feni pun nak tulis lah impian 100K Kak Feni.

Apa yang aku nak buat dengan 100K ni ? Bingung jugak ya nak buat apa dengan duit yang banyak macam ni. Haha sebab tu Allah lambat bagi lagi kot. Sebab aku belum bersedia. Ingat orang yang have-have tu senang ke nak handle duit banyak-banyak.

Okey jap nak kira total hutang piutang berapa ?
Jumlah kasar hutang (anggaran) : RM15,000.00. Okey yang ni memang nak setel siap-siap kalau tibe-tiba rezeki dari Allah datang kan.

Baki tinggal RM85,000.00.

Apa lagi aku nak buat dengan baki RM85K ni ? Hehe seronok kan berangan.

RM10,000.00 - Aku nak buat modal bisnes. Kira nak buat stok sikit-sikit. Pusing modal etc.

Jadi berapa baki yang tinggal ? 85,000 -10,000 = 75,000.

RM75,000.00 ni nak buat apa lagi ya ?

Aku nak belanja mek aku RM10,000.00 la. Ikut suka dia nak buat apa. Nak belanja diri sendiri ke, nak buat apa pun terpulang pada dia.

Berapa lagi bakinya ?

RM65,000.00. Apa lagi nak buat ?

Simpanan anak-anak. Aku nak simpan RM10K seorang. Anak ada 2 orang jadi kena bagi RM20,000.00 untuk simpanan mereka.

Baki yang tinggal ialah RM45,000.00.

Apa lagi nak buat dengan 45K ni ???

Haishhh pening pulak kalau banyak duit ni. Jadi bengong pulak sampai taktahu nak buat apa. Hahaha oklah oklah 5K untuk aku belanja la apa-apa. Nak beli apa dengan 5K ni ? Nanti aku fikirkan kemudian lah. Yang pastinya 5K ni aku nak buat belanja.

Kemudian... masih ada baki RM40,000.00.

Baiklahhhh untuk 40K ni. Aku akan simpan dalam bank/asb ke apa ke. itu sahaja.

Dalam 40K tu aku akan bahagikan juga untuk bahagian sedekah/zakat/derma. Tolong adik beradik dulu. Lepas tu tolong orang lain yang memerlukan. Rezeki kena kongsi bersama. Keluarga yang baik pun rezeki juga.

Banyak lagi impian akuuuu sebenarnya. Mungkin bagi orang lain RM100K macam sikit. Bagi aku yang tak berapa nak hado ni. Bulih 100k pun dah taktahu nak buat apa. Hehe. Apapun tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Selagi ada nafas dan kudrat untuk berkhidmat di bumi tuhan ni. InshaAllah akan terus berimpian dan selesaikan segala urusan yang belum selesai.

Semoga segalanya dipermudahkan. Biarlah bermula dengan yang kecil dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Apapun kembali kepada Allah. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk  itu dari aku sendiri.


LOBAK PUTIH BANYAKKAN SUSU BADAN


Susu badan mula merudum bila kita stress dan letih ketika menyusukan anak. Tambah-tambah lagi baru lepas bersalin. Emosi ibu berpantang ni sememangnya kena jaga betul-betul.

Salah satu penggalak susu terbaik untuk ibu menyusu ialah LOBAK PUTIH. Selalunya dibuat sup lobak putih dengan halia, bawang putih dan juga lada hitam. Dimakan dengan nasi panas-panas memang menyelerakan.

Khasiat lobak putih sebagai penggalak susu :

 Lobak adalah salah satu sayuran akar rendah kalori. Akar segar hanya menghasilkan 16 kalori per 100 gram. Meskipun begitu; Mereka adalah sumber antioksidan, elektrolit, mineral, vitamin, dan serat makanan yang sangat baik.

✿Lobak, seperti sayuran keluarga cruciferous dan Brassica lainnya, mengandung senyawa antioksidan isothiocyanate yang disebut sulforaphane. Kajian menunjukkan bahwa sulforaphane telah terbukti berperan melawan kanser prostat, payudara, kolon dan ovarium akibat penghambatan pertumbuhan sel kansernya, dan efek sitotoksik pada sel kanser.

✿ Lobak segar adalah sumber vitamin C yang baik; berikan sekitar 15 mg atau 25% DRI vitamin C per 100 g. Vitamin-C adalah antioksidan yang larut dalam air yang diperlukan oleh tubuh untuk sintesis kolagen. Ini membantu tubuh manusia melawan radikal bebas berbahaya, pencegahan dari kanser, pembengkakan dan membantu meningkatkan kekebalan tubuh.

✿ Selain itu, lobak mengandung kadar folat, vitamin B-6, riboflavin, thiamin dan mineral seperti besi, magnesium, tembaga dan kalsium.

✿Lobak, mengandung banyak fitokimia seperti indol yang merupakan agen detoksifikasi dan zeaxanthin, lutein, dan beta-karoten, yang merupakan antioksidan flavonoid. Kekuatan antioksidan total mereka, diukur dengan kapasitas absorbans radikal oksigen (nilai ORAC), adalah 1736 μmol TE / 100 g.

Nampak tak banyak sangat khasiat lobak putih ni. Ibu menyusu boleh dapatkan manfaat darinya. Bukan sahaja ibu malah bapa pun boleh tumpang juga sebab ianya boleh membantu mencegah kanser prostat yang selalu dihadapi oleh lelaki.

Petua orang dulu-dulu ada kata yang lobak putih ni sejuk. Tak sesuai untuk ibu berpantang. Namun bagi Kak Feni, terpulang pada pandangan masing-masing. Kalau badan boleh tahan, teruskan. Kalau badan rasa macam sejuk dan memudaratkan kesihatan sendiri lebih baik jangan teruskan. Jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Pengalaman Kak Feni menyusukan anak semasa dalam pantang memang lobak putih ni yang menjadi penggalak susu. Dimasak sup macam yang Kak Feni tulis di atas. Memang sedap sangat. Rasa dia pahit-pahit sikit tapi Kak Feni rasa okey. Lepas makan sup ni, tak sampai dua, tiga jam terus membengkak dan minta untuk di pam. Boleh simpan stok ebm untuk si manja.

Kalau ikut fakta sains moden sekarang ni, memang doktor suruh amalkan lobak putih ni. Kandungan nutrisi dalam lobak putih ni sangat bagus dan sesuai untuk anak yang ada jaundis (penyakit kuning). Penyakit kuning yang akan menyerang produksi sel-sel darah merah dalam tubuh dan lobak putih dapat memperbaiki ketidaknormalan ini dengan oksigen yang dibawa oleh zat – zat yang terdapat di dalam lobak putih. Selain umbinya, daun juga dapat digunakan sebagai obat penyakit kuning ini.

MILKBOOSTER UNTUK IBU MENYUSU

Untuk ibu-ibu yang sedang mencari MILKBOOSTER. Kak Feni nak kongsi satu produk milkbooster yang paling senang dan mudah untuk disediakan iaitu ESP Shaklee.

Apa itu ESP ? 

ESP ialah serbuk soya non-gmo yang sihat dan selamat untuk diamalkan. 



ESP membantu ibu-ibu menyusu supaya kekal cergas sepanjang hari serta membantu dalam menghasilkan susu yang berkualiti untuk anak. Anak kenyang ibu senang dan gembira.

ESP sangat terkenal sebagai MILKBOOSTER terbaik untuk ibu menyusu. Boleh rujuk sini untuk info lanjut KEBAIKAN ESP UNTUK MILKBOOSTER.

Untuk mendapatkan ESP yang super ohsem ni, boleh terus hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...