October 23, 2019

Jalan-Jalan Ikut Anak Tabika Ke Zoo Sunway & Kilang Coklat Beryl's

Semalam Kak Feni ikut Adik Rayyan pergi lawatan sekolah Tabika Kemas ke Zoo Sunway dan Kilang Coklat di Balakong. Bukan saja anak-anak yang seronok, mak-mak yang join ikut pun seronok sekali. Kak Feni dah apply leave lama dah sebelum tu sebab lawatan kali ni pada hari kerja.


Ummi dengan Adik Rayyan dah sampai awal kat tempat berkumpul untuk naik bas. Semangat sangat nak pergi lawatan.

Adik tak pernah ikut lawatan sekolah. Ummi tak harap sangat macam abang Aus dulu. Abang dulu, ummi lepaskan dengan cikgu jer sebab ummi tak banyak cuti. Abang ikut jer cikgu. Yang adik ni ummi tak harap sangat sebab memang dia tak tahu apa-apa. Nak pergi tandas ke nak makan pun tak pandai. Haiii baiklah ummi ikut.

Kami tiba di zoo Sunway pada pukul 9.30 pagi.





Biasalah kalau dah pergi rombongan dengan anak-anak ni memang kena jaga keselamatan anak. Guru, mak-mak dan penjaga kena sentiasa berjaga-jaga sebab macam-macam boleh berlaku. Kena utamakan keselamatan.

Kami beratur untuk masuk ke dalam zoo. Kena pakai tiket dulu sebelum masuk.



Anak-anak seronok dan teruja sangat bila dapat masuk sini. 




Kami tengok banyak haiwan kat sini. Yang best bila ikut rombongan anak-anak ni, akan ada renjer yang akan bawa pergi kepada setiap haiwan yang ada. Bila dah sampai tempat haiwan ini akan diberi penerangan tentang haiwan tersebut. Kalau kita pergi sendiri kena explore sendiri dan belajar sendiri.

Kami keluar dari zoo Sunway dalam pukul 12.30 untuk makan tengahari di KFC yang dijadualkan. 


Lepas makan kami meneruskan lagi perjalanan ke kilang coklat Beryl's di Balakong. Oh ya Zoo Sunway tu di Sunway Pyramid sekali dengan Sunway Lagoon.






Ini adalah lokasi terakhir kami untuk lawatan kali ni.

Masuk kilang coklat, kita tambah ilmu mengenai coklat. Jangan tahu makan je. Hihi.
Terdapat 3 jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat hitam. Yang paling sedap coklat susu, dan coklat yang sihat ialah coklat hitam. Ikut selera masing-masing yang mana nak sedap.

Sebelum balik kena shopping coklat dulu untuk guru-guru dan ibu/penjaga yang nak memborong coklat.


Di kilang ni, anak-anak dapat merasa coklat percuma. Kak Feni nampak ramai anak-anak dari sekolah lain yang datang untuk melawat kilang coklat hari ni. 

Kami bertolak pulang pukul 4.00 petang dan sampai di tempat berkumpul pukul 4.30 petang.



October 17, 2019

Kepentingan Kalsium Dalam Badan

Sempena promosi OSTEMATRIX bulan Oktober 2019 ni, Kak Feni nak kongsikan tentang kepentingan kalsium dalam badan supaya kita dapat cukupkan keperluan kalsium harian kita.

Apa itu Kalsium?


Kalsium adalah mineral penting untuk tubuh. Ia berperanan untuk mengawal tekanan darah, membina kekuatan tulang dan gigi. Kalau kalsium tak cukup boleh membuatkan badan menjadi lemah.


Tanda-tanda badan kurang kalsium

  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi dalam darah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Kekurangan kalsium dalam tubuh boleh menyebabkan perkara berikut :-

  • Penyakit osteoporosis
  • Pembentukan struktur normal sel
  • Masalah sistem saraf
  • Pembekuan dan tekanan darah
  • Fungsi otot dan untuk tekanan jantung yang normal
Manusia banyak kehilangan kalsium sebanyak 600gram setiap hari. Jadi kalau kita tak ambil kalsium yang secukupnya, kalsium dari gigi dan tulang akan diambil untuk kegunaan tubuh.

Kesan kekurangan kalsium 


  • Mudah mengalami cramp atau kekejangan - sering berlaku kepada ibu hamil
  • Sukar tidur (masalah imsomnia)
  • Masalah usus menjadi lemah dan sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka lambat sembuh dan darah lambat beku
  • Menurunkan kadar metabolisma
  • Meningkatkan risiko penyakit darah tinggi dan masalah jantung
  • Rambut gugur untuk ibu-ibu selepas bersalin

Kita boleh dapatkan kalsium dari makanan seperti dalam poster di bawah :- 


Bagi mereka yang perlukan kalsium tapi susah nak minum susu, makan buah, ikan dan sayur-sayuran macam dalam poster tu bolehlah cuba ambil pil kalsium + magnesium OSTEMATRIX sebabnya 1 tablet OSTEMATRIX bersamaan dengan segelas susu (276 mg kalsium).



BAGAIMANA OSTEMATRIX SHAKLEE MEMBANTU??


Mengikut kajian pengambilan Kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan Magnesium. Penyerapan Kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran Magnesium. Kekurangan Magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan Kalsium. Pengambilan Kalsium dan Magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Bagaimana nak memilih kalsium terbaik untuk anda?


i. Pastikan produk tersebut mengandungi Vitamin D dan Magnesium.
ii. Elakkan produk yang dihasilkan dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
iii. Elakkan produk yang mengandungi mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.



Shaklee menawarkan Ostematrix Shaklee dengan kandungan kalsium yang isinya paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan yang maksimum oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.




Jadi boleh ambil OSTEMATIX sebagai suplemen Kalsium. Sesuai untuk diamalkan oleh seisi keluarga.



Untuk mendapatkan Ostematrix bolehlah menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 15, 2019

Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin/Suplemen Untuk Lebih Sihat dan Cergas ?

Kadang-kadang rutin harian yang sangat sibuk dan mencabar membuatkan kita kurang mendapatkan nutrisi yang seimbang. Macam Kak Feni ni, seorang isteri, ibu, anak, adik dan pekerja. Bila terlalu banyak beban di bahu rasa macam tak terdaya nak hadap. Tambah-tambah lagi dengan aktiviti yang padat.

Terpulang pada pendapat masing-masing. Bagi Kak Feni suplemen/vitamin ni sangat membantu.



Kenapa kita perlu ambil Vitamin / Suplemen ?


1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang boleh menjejaskan kesihatan.


* Macam Kak Feni sendiri. 5 hari seminggu ulang alik dari rumah ke pejabat dan pejabat ke rumah dengan motosikal bukan kereta. Hari-hari memang kena habuk dan debu. Kalau tengahari pula kena panas matahari. Masa  perjalanan pula dalam 45 minit hingga sejam. Bayangkan bagaimana kulit dan badan Kak Feni terdedah pada radikal bebas. Kalau kena hujan pula, kepala dan badan mesti sakit-sakit. Dulu selalu ambil ubat tahan sakit untuk kurangkan sakit. Sejak amalkan vitamin/suplemen ni dan jarang sangat ambil ubat tahan sakit.

2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.


* Maklum saja makanan hari ni. Lebih banyak nak segera dan cepat. Terutama yang kerja macam Kak Feni. Keluar pagi balik malam. Kadang-kadang masa nak memasak/menyediakan makanan yang berkhasiat dan berkualiti tu sangat terhad. Jadi terpaksa beli je makanan di kedai takpun makan makanan segera. Paling best sekarang boleh order jer ONLINE.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.


* Yang ni memang banyak didedahkan untuk kita. Kadang-kadang makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lebih sihat tapi sebaliknya. Jadi macam mana nak dapat khasiat, Kak Feni pilih ambil suplemen.

4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan atau merokok.


* Ini memang dah jadi tabiat kebanyakan orang kita termasuk Kak Feni. Bila dah banyak duduk di kerusi buat kerja mula malas nak bersenam dan bersukan. Gaya hidup yang tak sihat ni perlu diubah.

5. Rutin pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang.


* Budaya orang kita yang suka makan sedap-sedap. Bermacam-macam jenis makanan yang timbul menggoda fikiran. Bila tengok orang makan cheese (keju) kita pun nak makan. Semua benda kita nak cuba.

6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.


* Penyakit banyak berpunca dari makanan, jadi untuk lebih sihat lebih baik kita tukar makanan yang tak sihat kepada makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang sangat bagus dibantu dengan pengambilan vitamin/suplemen meningkatkan lagi kualiti kesihatan.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya makan di kedai makan, restoran makanan segera kerana bahan masakan dimasak terlalu lama dan sebagainya.


* Sebaaiknya carilah makanan yang lebih sihat untuk menjaga kesihatan. Jaga makan untuk membantu meningkatkan kesihatan.

 

Pengalaman Kak Feni sendiri,


2 minggu sudah Kak Feni dan keluarga ada majlis konvo anak buah di Politeknik Behrang. Bila dah ada majlis macam ni dan semua ahli keluarga terlibat. Macam-macam agenda kami nak buat sama-sama.

Nak buat agenda yang macam-macam ni memang perlukan tenaga berpanjangan. Kak Feni ni pulak jenis yang cepat letih dan penat. Sakit kepala, angin segala bagai memang tak boleh lari. Jadi Kak Feni memang spare sebotol Ostematrix sebagai pengganti ubat tahan sakit.

Sebelum keluar, lepas breakfast hari konvo 5 haribulan Oktober 2019 Kak Feni telan siap-siap 2 tablet Ostematrix sebab mesti nak kena jalan jauh ni di majlis tu.

Bila dah sampai tempat majlis tu, parking memang jauh gila nak menapak. Siap majlis kami balik KL. Sampai di rumah pun dah senja nak masuk maghrib. Kalau tak larat macam mana nak hadap hari tu. Malam sebelum tidur telan lagi 2 biji ostematrix.

Esoknya 06/10/2019 - Bangun awal pagi untuk sediakan sarapan. Lepas sarapan kami terus ke Taman Botani Putrajaya bagi sesi fotoshoot jubah konvo (ewah). Masa ni Kak Feni ambil 2biji juga Ostematrix. Alhamdulillah perjalanan aktiviti fotoshoot gambar konvo di sini selesai dengan jayanya dan Kak Feni tak pancit. Haha

Lepas selesai sesi fotoshoot, kami pergi makan di Alamanda, Putrajaya. Masuk sini tak tawaf mall tak sah. Selesai makan dengan keluarga, kami ke Tanjung Malim untuk hantar kakak Kak Feni. Diorang parking kereta di Tanjung Malim. 

Lepas maghrib gerak balik Kuala Lumpur. Alhamdulillah hari berjalan dengan lancar dengan bantuan vitamin/suplemen yang Kak Feni ambil tu. (Semuanya dengan izin Allah).

Kak Feni rasa kalau tak ambil Ostematrix sebelum tu, belum tentu Kak Feni boleh jalan jauh direct seharian hari tu.

Oh ya tadi pun ada Kak Maria share pasal kenduri dia Sabtu lepas. Dia cakap "aku tak sempat makan pun lauk kenduri, penat dan tak lalu nak makan nasib baik pagi tu aku sarapan dan telan siap-siap multivitamin". Ha nampak tak disitu vitamin sangat membantu dalam meningkatkan kualiti hidup kita.

Kalau letih, lemau dan tak larat macam mana kita nak hadapi hari-hari kita yang padat dan penuh aktiviti ni?

Jadi ambillah suplemen yang sesuai untuk tubuh badan sendiri. Ia sangat membantu dalam meningkatkan kualiti kesihatan serta memberikan tenaga.

Bulan Oktober ni ada promosi OSTEMATRIX. Boleh order dengan menghubungi nombor di bawah.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com







October 14, 2019

Scrub Beras Lembutkan Kulit Dan Hilangkan Kulit Mati

Hari Jumaat yang lepas adalah sembang-sembang dengan rakan pejabat pasal nak lembutkan kulit. Maklum sajalah duduk dalam pejabat yang suhu aircond sangat sejuk. Bahaya bila duduk lama dalam aircond ialah air dalam badan pun kurang. Bila tak minum air kosong secukupnya mulalah kulit jadi kering dan macam bersisik.

Sembang-semang mulahlah keluar tips macam-macam. Orang tu bagi petua dan tips macam ni. Orang ni pun bagitahu macam tu. Haha jadi untuk tidak mengecewakan diri sendiri Kak Feni pun cuba buat sendiri.

Hari Ahad pagi semalam sebelum air paip takada ditutup oleh Air Selangor. Kak Feni sempatlah memanjakan diri dengan scrub badan dengan beras yang telah Kak Feni blender kering. Mudah sangat nak buat scrub ni. Kak Feni lupa nak ambil gambar. (nanti Kak Feni update yang bergambar kemudian)




Cara Buat Scrub Beras :- 


1. Ambil segenggam beras (ikut suka banyak mana, terpulang pada masing-masing). Ada orang dia suka goreng kering beras sebelum blender. Kak Feni tak buat pun.

2. Blender kering. Yang kecil tu.

3. Blender ikut suka. Kak Feni buat ada yang hancur sangat. Ada yang kasar-kasar sikit.

4. Simpan dalam botol yang bertutup.

5. Bila nak guna baru bancuh dengan air atau campurkan dengan lemon.


Bila lama sangat dah tak manjakan diri dengan menyental diri, dapat sental daki dan kulit mati dengan scrub beras ni. Rasa best sangat. Bila dah siap mandi bau wangi dan rasa lembut je bila pegang kulit sendiri. Haha nak pergi spa kena spare beratus-ratus jadi bagi yang kurang kemampuan macam Kak Feni ni jomlah kita buat sendiri dengan bahan-bahan yang ada di rumah je. Jimat pun jimat.

Yang bestnya scrub ni, Kak Feni lumurkan habis satu badan sampai muka pun Kak Feni sental. Bahagian rambut je tak sental takut lekat beras di kepala susah nak cuci. Lepas ni kita sental guna hampas kelapa pulak. (hurm bila dah start gila dengan bahan alami)

Nak cantik dan lawa ni kadang-kadang tak perlu pun berhabis cuma kita je kena rajin. Rajin jaga diri sendiri. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga. Yang ada suami tu, kena bersiap juga untuk suami. Mungkin suami tak cakap takut nak jaga hati isteri. Isteri sendiri yang kena pandai-pandai. InshaAllah suami pun sayang.

Haha tiber merepek sampai ke situ. Tapi memang betul pun kalau tak jaga diri ni, macam-macam alasan akan timbul. Bak kata kawan Kak Feni "saja cari modal". Hahaha okeylah selamat mencuba.


October 11, 2019

Rezeki Bisnes Online Hari Ni


Fuh bila dah sibuk dengan kerja hakiki ni memang tak cukup tangan nak buat semua kerja dalam satu masa. Nak-nak pulak kita ni wanita, isteri, ibu, anak, adik dan semua-semualah. Nak cerita satu-satu sampai lusa pun tak habis.

Okeylah antara benda yang paling best dan seronok dengan bisnes Online yang Kak Feni buat ialah Bisnes Shaklee. Rezeki alhamdulillah tak pernah putus. Walaupun ramai juga yang cakap bisnes ni susah dan payah. Bagi Kak Feni ikut suka koranglah. Bagi Kak Feni alhamdulillah so far tak membebankan dan Kak Feni pun suka consume suplemen dari Shaklee.

Benda paling penting yang Kak Feni sangat-sangat ambil berat adalah ianya mesti HALAL dan selamat untuk digunakan/ diamalkan. Bukan apa benda nak masuk dalam badan kita ni jangan buat main. Kadang-kadang kita tak tahu pun bahan apa yang orang masukkan untuk jadikan ia berkesan.



Sijil Halal untuk produk Shaklee. 


October 10, 2019

Kejadian Hari Ni

Okey hari ni kita tulis santai-santai je. Tak payah nak stress-stress nak ikut keyword bagai. Minggu ni agak penat agak letih dengan masalah peribadi dan juga masalah kerja. Alhamdulillah so far dah berlalu pun. Esok tak tahu apa nak jadi maka kita bersedia jelah.

Semalam satu hari kena dengan boss. Kisahnya ada surat saman sampai. Haha aku tak pernah handle pasal kes saman menyaman ni. Tak ada pengalaman. Jadi bila dah kena macam ni memang kena alert.

Gelabah bewak jugaklah semalam sampai mengigil lutut. Hahahhahaha ingat sekali lawak juga. Pengalaman dan pengajaran untuk aku yang dah buat silap sebab tak fotostate dan simpan yang original. Aku pass dekat boss. Tapi aku ada sebab kenapa aku tak fotostate, sebab dah banyak copy yang orang dah fax. Aku pun abaikan yang original. Haha lepas ni aku takkan bagi yang original dekat boss lagi. Biar dia ambil yang copy takpe sebabnya entah ke mana dia hilangkan dan aku pun minta maaf dan mengaku yang aku salah tak simpan dan fotostate yang original.

Okey pengalaman ni aku akan ingat sampai bila-bila. Nasib baik boss aku a.k.a my superior faham dan tak maki aku terok-terok. Kami sama-sama kena bambu dengan Big Boss. Haishhh nasib badan dan makanya bertabahlah kami bersama-sama.

Hari ni, sampai lagi satu surat saman untuk kes lain pulak. Nasib baik dah get ready. Prepare awal-awal sebelum kena bambu again. Haha hadoi buta hal betul lah. Lama dah tak se stress dan tertekan macam semalam. Ni dah timbul balik. Nasib badan.

2 3 hari ni banyak belajar benda baru. Tadi beli online di Shopee. Pastu salah alamat, google cara nak batalkan pesanan. Risau takut tak dapat balik duit. Burn macam tu jer, naya lah. Huhu. Google jumpa cara nak batalkan pesanan dan dia refund balik duit masukkan ke dalam Shopeepay. Alhamdulillah selamat semuanya. Kalau tak melayang duit ku.

Kita ni kalau tak cuba tak buat salah kita takkan tahu. Jadi jangan takut nak cuba.

Oh ya, pagi tadi pulak dapat wasap dari Kak, dia kata masuk duit dekat CDM, tapi CDM buat hal. Telan duit tapi resit keluar ERROR. Hadui gelabah bewak sekali lagi. Makanya, bersusah payah lah kembali untuk buat panggilan kepada customer service CIMB. Dan masa yang diambil untuk setel lebih setengah jam. Mujur masa tu tak bz tak tegang. Sempatlah aku setelkan hal CIMB ni.

Banyak benda berlaku hari ni.


Beli mop lantai je 3 batang untuk mek dan 2 orang kakak aku. Haha semuanya order guna mulut. Nak order sendiri tak reti. Sabor jelah.





October 8, 2019

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Grab Promo Ostematrix Shaklee Oktober 2019

Alhamdulillah harini dah banyak yang order Ostematrix bagi memenuhi keperluan kalsium harian. Bulan ni promosi 3 botol dapat diskaun sebanyak 5%.



Harga Asal untuk 3 Botol  : RM183.75
Harga Promosi untuk 3 botol : RM174.56 (diskaun 5%)

Jimat : RM9.19.

Jom kita tengok tanda badan kurang kalsium

Jadi bagi mereka yang ada tanda atau simptom seperti di atas, boleh cuba amalkan Ostematrix sebagai suplemen tambahan bagi mencukupkan keperluan kalsium harian.

Untuk info lanjut boleh rujuk : KEBAIKAN OSTEMATRIX UNTUK KESIHATAN





Bagi mereka yang ada masalah untuk minum susu atau tak suka dengan susu sebab tak boleh nak telan, boleh amalkan Ostematrix sebagai suplemen tambahan. Satu tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu. Dalam sehari disarankan untuk mengambil 4 tablet untuk mencukupkan keperluan kalsium harian.

Kalsium sangat penting untuk menguatkan tulang, gigi dan kuku. Ibu hamil memerlukan lebih banyak kalsium berbanding wanita yang tak hamil.

Jadi untuk mendapatkan suplemen Ostematrix boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...