September 11, 2019

Penting Untuk Sediakan "List Things To Do" Untuk Mudahkan Aktiviti Harian


Sebenarnya dah lama Kak Feni buat benda ni untuk memudahkan kerja-kerja harian yang boleh dikatakan agak sibuk dengan tugas seharian. Bila ada kawan tanya macam mana nak uruskan masa supaya nampak tenang dan tak stress.

Kak Feni share macam mana nak buat list ikut urutan.

1. Penting & Segera.
2. Penting tapi tak segera.
3. Perlu buat.
4. Tak segera.

Bila kita dah senaraikan segala tugas yang kita perlu buat hari ni. Jadi kita takkan buang masa macam tu sahaja. Setiap saat yang berlaku itu ada nilainya. Bagi orang yang bekerja dan buat bisnes online macam Kak Feni ni.

Banyak benda yang kita kena belajar untuk menambah nilai dalam kehidupan kita sendiri.

Buat ikut kemampuan diri dan push diri untuk mencapai kejayaan. Kalau kita tak push diri kita siapa lagi yang nak tolong kita.

Sediakan juga "Sticky Notes" untuk memudahkan kita ingat apa yang perlu kita buat dalam sehari. Macam Kak Feni yang selalu menjadi pembantu boss, dia minta untuk remind apa-apa. Kita tulis nota guna sticky notes ni dan tampal pada tempat yang mudah nampak macam dalam photo di bawah.


Biar kita buat kerja kita nampak lebih kemas dan tersusun. Do the things right. Ewah !

Tu jela kot sedikit tips dari diri sendiri untuk memudahkan perjalanan aktiviti hidup seharian tak kira di pejabat mahupun di rumah. Tips ini juga berguna untuk surirumah yang kadang-kadang blur tak tahu nak mula dengan buat apa pada pagi hari hingga malam hari.

Kak Feni pun kadang-kadang bingung bila hujung minggu bermula. Nak basuh kain, nak sidai, nak lipat, nak masak, nak sapu sampah, nak mop lantai, sapu sawang, ehhh boleh jadi bingung tak tahu nak mula yang mana. Bila kita dah buat list ni. Kita akan rasa puas bila setiap kerja kita yang siap, kita tandakan dengan "DONE". 

Ianya boleh dijadikan terapi untuk diri sendiri. Hilang stress dan hidup jadi lebih indah dan bahagia. 

September 10, 2019

6 Perkara Yang Perlu Kita Lakukan Bila Rasa Lemah

Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk berkongsi di ruangan blog kesayangan ini. Tentang rasa lemah atau paling senang bila kita rasa "down" dengan keadaan sekeliling kita. Kak Feni menulis pun untuk rujukan diri sendiri juga sebab kita semua tak sempurna. Selagi ada waktu dan peluang yang Allah bagi, mari kita sama-sama berkongsi benda yang baik untuk kita amalkan.



1. Memupuk Diri Sendiri


Minum secawan teh panas.
Pakai pakaian yang lembut dan selesa.
Mandi buih.
Mandi yang lebih lama.
Pergi berurut.
Pergi buat rawatan cantikkan kuku.
Baca majalah.
Cuci rambut.
Selimutkan diri dengan baju panas untuk musim sejuk.
Buat rawatan pembersihan muka.
Mewarna buku warna.
Bermain dengan "Play Doh".
Meniup belon.
Menyalakan lilin.
Membaca buku kanak-kanak.
Membuat makanan ringan.
Bernafas.
Menyanyi atau mendengar muzik.
Duduk dibawah sinaran matahari.
Tonton video yang lucu.
Tonton cerita yang bagus.
Baca buku-buku kelakar.
Bermain dengan haiwan peliharaan.
Memandu dalam keadaan tingkap terbuka.
Ikat tocang rambut.

2. Buat Perkara Yang Melibatkan Otak


Bermain teka-teki.
Buat penyelidikan tentang suatu topik.
Main permainan perkataan.
Menyusun sesuatu.
Mendengar ceramah motivasi.
Tulis cerita.
Belajar kemahiran baru.
Mengunjungi kedai buku atau perpustakaan.
Merancang sesuatu.
Membaca buku yang bagus.
Buat jurnal.

3. Bergerak


Berjalan.
Membasuh pinggan mangkuk.
Melukis.
Menari di dalam bilik.
Menggosok pakaian.
Menanam pokok.
Memasak sesutu yang sedap.
Bersihkan habuk dalam bilik.
Beli bunga.
Memandu ke bandar yang baru.
Buat senaman hula hoop.
Buat latihan lompat setempat.
Bermain bola keranjang.
Buat video senaman.
Jogging di sekitar blok.
Memotong rumput.
Mengubah suai susun atur dalam rumah.
Berenang.
Buat senaman dalam air.
Berjalan-jalan di dalam pasaraya.
Basuh kaki.
Mengayuh basikal.
Belajar seni mempertahankan diri seperti karate.
Berjalan di taman.
Pergi bermain bowling.

4. Bersosial


Menghubungi rakan-rakan.
Berikan hadiah untuk seseorang.
Menulis kad ucapan terima kasih.
Menulis surat atau nota.
Jumpa kawan untuk makan tengahari.
Melawat hospital.
Memberi nasihat kepada orang lain.
Memberi sedekah.
Menyusun permainan kad.
Mengajak seseorang untuk berbelanja.
Membuat kek untuk jiran tetangga.
Menghantar emel kepada rakan-rakan.

5. Jadi Lebih Kreatif


Melukis /mengecat.
Bermain dengan alat muzik.
Buat video.
Lukis kartun.
Buat kelainan dalam pemakaian harian.
Melawat muzium kesenian.
Buat projek kraftangan.
Tulis lagu atau puisi.
Masak resepi baru.
Dekorasi rumah.


6. Buat Amalan Rohani


Solat awal waktu.
Solat fardu 5 kali sehari.
Baca Al-quran dan fahami maksudnya.
Berdoa.
Berzikir.
Bermuhasabah diri selepas solat.
Mengunjungi surau atau masjid.
Berjemaah di surau atau masjid.

Bagi kita umat Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Perasaan lemah itu adalah ujian untuk kita supaya sabar dan tabah dalam menghadapinya. Pasti akan ada hikmah disebalik ujian yang Allah turunkan. Lebih utama untuk kita tahu adalah Ujian itu tanda Allah rindu dengan hambaNya.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan Allah S.W.T selalu. InshaAllah.

AMALAN PADA 10 MUHARAM

AMALAN PADA 10 MUHARAM
(UTK KALENDAR MASEHI 2019; BERSAMAAN SELASA 10 SEPTEMBER 2019)

1. Berpuasa
2. Memperbanyakkan  sedekah
3. Berselawat
4. Mandi sunat (shj aku mandi sunat krn Allah)
5. Membaca Al Fatihah
6. Beristighfar
7. Bertaubat
8. Berdoa dgn doa2 Nabi yg terdapat dalam Al Quran
9. Menziarahi orang2 sakit
10. Menziarahi orang2 alim
11. Membaca surah2 Al Ikhlas, Al Falaq & An Nas (3 Qul)
12. Membaca Ayat Qursi
11. Menyapu kepala anak yatim
12. Menyediakan makanan utk org berbuka puasa.
13. Berbelanja kpd keluarga melebihi hari biasa
14. Bertasbih,tahmid n tahlil.
15. Membaca.. حسبی الله ونعم الواکیل نعم المولی  ونعم النصیر
       (70x hasbiallahu wani'mal wakiil ni'mal maula wani'mannasir..)
16. Bercelak mata

C&P

Semoga kita dapat menambah tabung amalan soleh kita dgn melakukan sunnah2 Rasulullah saw dgn penuh keikhlasan lillahi taala demi memperoleh redha Illahi.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

September 8, 2019

Testimoni Nutriferon Yang Membantu Meningkatkan Imun Badan

Belum terlambat untuk Kak Feni share tentang Promosi Shaklee bagi bulan September 2019.

Bulan ni sangat baik sebab promo Nutriferon. Bagi Kak Feni, Nutriferon ni sangat laris bila musim virus menjelma. Maklumlah sekarang ni macam-macam penyakit muncul.

Bila virus selesema, demam, batuk dan denggi ramai mula cari altenatif untuk mencegah virus ini dari merebak. Salah satu suplemen yang boleh dijadikan perisai untuk virus ini ialah Nutriferon.

Baca juga : Kebaikan Nutriferon.

Jom kita tengok beberapa testimoni pengamal yang telah mengamalkan Nutriferon ini.









Jadi untuk order Nutriferon ni boleh hubungi Kak Feni. Promosi September 2019 ialah beli 2 kotak dapat 5% diskaun. Manakala 9 kotak pada harga 8 kotak. 

KAK FENI : 01115672780




September 6, 2019

30 Peraturan Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Hidup Ini

Hidup tanpa peraturan ibaratkan hidup tanpa tujuan. Mari kita lihat 30 Peraturan Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Hidup Ini.

1. Buat Senarai Keutamaan


Tulis perkara-perkara penting dalam hidup. Tulis ikut hati sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa. Gunakan senarai ini untuk rujukan. Bila kita berada dalam keadaan tertekan dan terlalu penuh boleh rujuk balik senarai untuk apa aku buat semua ni.

2. Cari Masa Untuk Kesihatan Mental


Luangkan masa untuk kesihatan mental dengan berdoa, membaca, meditasi, yoga, terapi atau berbual dengan sahabat untuk merangsang minda serta meningkatkan kesejahteraan hidup. Hidup dalam tekanan boleh membuatkan kita hidup dalam depress. Bahaya depsress ni hanya mereka yang pernah alaminya sahaja yang tahu.

3. Buat Perancangan


Tulis segala temujanji, tarikh akhir, majlis dan perkara yang penting adalah cara terbaik untuk menggunakan masa kita. Ini boleh mengurangkan tekanan disebabkan oleh penangguhan atau kelalaian. Jangan lupa juga untuk jadualkan masa untuk diri sendiri.

4. Lakukan 10-Minit Pembersihan Setiap Hari


Bila kita buat pembersihan rumah 10 minit setiap hari, kita akan menjimatkan masa membersih keseluruhannya pada hujung minggu. Jadi masa untuk pembersihan itu kita boleh gunakan untuk aktiviti lain seperti membaca, bersenam atau bersama keluarga di hujung minggu.

5. Tiada Media Sosial Untuk Sejam Sebelum Dan Selepas Tidur


Berikan masa untuk mulakan dan akhiri harian kita dengan tenang tanpa berita, tajuk utama artikel dan juga iklan.

6. 1 Beg Besar Untuk Barang Terpakai


Satu cara cepat untuk memudahkan perkara di rumah ialah dengan bekerjasama dengan diri sendiri untuk dermakan ataupun buang barangan terpakai dalam satu beg besar. Kumpul dan serahkan kepada pihak yang berkenaan.

7. Minta Bantuan


Minta bantuan dengan pihak tertentu untuk membantu dalam hidup. Contohnya kita perlukan rehat yang secukupnya pada hujung minggu setelah penat bekerja keras, kita hantar anak-anak ke pusat jagaan harian untuk dijaga.

8. Berikan Masa Untuk Diri Sendiri 


Beri masa untuk diri sendiri sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Cari aktiviti yang sesuai dengan diri kita sendiri untuk kita lakukan bagi membuatkan kita rasa ceria dan bahagia.

9. Kemaskan Ruang Kerja Apabila Selesai


Yang ni sangat penting sebab kita akan rasa tenang dan selesa bila nak mulakan sesuatu tugasan baru. Bila ruangan kerja kita nampak lapang dan tenang tanpa gangguan. Kerja dalam keadaan kusut dan serabut boleh menambahkan tekanan di kepala.

10. Luangkan Masa Untuk Alam


Cara terbaik untuk tenang dan damai adalah berhubung dengan alam. Ambillah cuti untuk berehat di tempat yang sunyi dan hijau seperti di resort atau balik kampung yang penuh dengan kehijauan.

11. Memudahkan Dengan Rutin Pagi


Mulakan aktiviti pagi dengan perkara yang lebih produktif dapat membentuk hari yang lebih indah.

12. Bersantai dengan Tenang Sebelum Tidur


Membaca buku, berdoa, tutup lampu, jangan tengok telefon pintar atau minum secawan teh. Tidur malam yang berkualiti adalah cara terbaik untuk meremajakan diri.

13. Baca Bahan Motivasi


Membaca bahan motivasi tidak kisah ianya melalui buku, blog, atau artikel berita. Dengan motivasi dan positif dapat membantu membina hidup yang lebih berkualiti.

14. Lakukan Sedikit Aktiviti Fizikal Setiap Hari


Jika kita rasa aktiviti senaman kita terlalu keras, boleh mudahkannya dengan berjalan-jalan di sekitar taman atau blok perumahan atau lakukan aktiviti regangan selama beberapa minit. Cara lain yang lebih mudah ialah dengan bergerak setiap hari.

15. Meditasi


Bagi yang beragama Buddha, mereka percaya bahawa meditasi dapat membantu meningkatkan kualiti hidup. Bagi umat Islam pula, kita boleh amalkan dengan cara mendekatkan diri dengan tuhan. Berdoa dan lakukan apa yang Allah suruh dapat menenangkan jiwa.

16. Lakukan Tugas Kegemaran Terlebih Dahulu


Buat sesuatu yang kita suka sebelum kita buat sesuatu yang lebih sukar. Ini tidak membuang masa dengan membuat sesuatu yang sukar.

17. Kurangkan Menonton Televisyen


Kurangkan menonton televisyen dan gantikan dengan aktiviti yang lebih produktif.

18. Buat Belanjawan Dan Bayar Hutang


Hutang merumitkan banyak benda dalam hidup. Membangunkan rancangan dan perbelanjaan mungkin nampak seperti satu kerja namun hakikatnya ia akan menyelamatkan kita dari masa, tekanan dan juga dana untuk masa akan datang. Mengurangkan hutang boleh membuatkan kita hidup lebih tenang.

19. Kurangkan atau Kitar Semula


Bila kita memilik barang yang sikit, jadi kita tidak akan risu untuk menukar atau berbelanja untuk berlebihan. Mengurangkan barang adalah salah satu jalan untuk mengurangkan tekanan dan kerisauan.

20. Katakan Tidak Untuk Berlebihan


Bukan bermaksud tidak bersosial sebaiknya buatlah sesuatu yang mampu kita lakukan ikut kemampuan diri sendiri. Katakan tidak bila kita tidak mampu untuk lakukan semuanya dalam satu masa.

21. Hapuskan Orang Yang Bertoksik Dalam


Tinggalkan mereka yang tidak membantu dalam hidup ini supaya kita dapat hidup lebih tenang dan bahagia. Kalau kita bersama mereka pun bukan membantu malah lebih menjatuhkan kita. Hidup terlalu singkat untuk bersama dengan orang yang beracun.

22. Ambil Masa Rehat


Ambil masa untuk keluar bila berada di tengah ketegangan. Jika terasa macam kepala sudah terlalu sarat dengan masalah, ambil masa untuk rehat. Kembali masuk kerja apabila keadaan kembali tenang dan pandangan yang berbeza.

23. Jadikan Rumah Tempat Ketenangan


Hiasi rumah untuk nampak cantik dan tenang. Pilih susunan yang tenang dan lapang untuk dinikmati bila pulang dari tempat kerja.

24. Kerap Bersama Dalam Kumpulan Yang Kecil


Bersama dengan berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

25. Pilih Hobi Yang Sesuai


Reka cipta, buat kek, menulis atau membaca ada hobi yang boleh di pilih. Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai hobi dapat menjadikan mereka lebih bahagia dan juga membantu untuk hidup lebih lama.

26. Sentiasa Menghargai Masa Sendiri dan Juga Orang Lain


Menghargai masa kita bermakna menghargai orang penting di sekeliling kita.

27. Kurangkan Melihat Berita 


Semak berita dunia tidak lebih dari sekali sehari. Ini juga bermaksud kurangkan melihat newsfeed di Facebook, menonton televisyen atau perbualan dengan rakan lain.

28. Mengurangkan Hipotesis


Berurusan dengan fakta dalam keadaan yang tertekan boleh membantu mengurangkan kebimbangan, kemarahan dan kebencian terhadap orang.

29. Pandu Perlahan Atau Keluar Awal


Keluar awal untuk bertenang semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat. Terburu-buru boleh membuatkan kita rasa tertekan dengan keadaan.

30. Jangan Melabur Di Luar Kemampuan


Pilih pelaburan untuk membantu masa depan bukan untuk menambah tekanan. Hidup akan jadi lebih kucar kacir bila jangkaan kita tidak seindah yang diimpikan.

September 5, 2019

Tutu Skirt Beli Di Shopee Dah Sampai !


Again barang beli dengan shopee sampai. Apa pula kali ni ? Tutu skirt untuk anak-anak.


Kak Feni sebagai personal shoper ni tolong belikan jer. Ambil upah tolong order. Kadang-kadang orang tak pandai nak beli online. Screenshoot apa yang dia nak dan whatapps kepada Kak Feni.

Alhamdulillah rezeki berniaga ni ada je. Kak Feni dah pesan dan inform awal-awal kalau nak beli dengan shopee ni kena sabar. Barang tak semua dah ada di Malaysia. Kadang-kadang dari oversea jadi kena tunggu lama. Kalau macam baju yang murah-murah tu selalunya dari China. Jadi kena tunggu kargo sampai.

Jadi janganlah 44 kali tanya bila nak sampai. Kena sabar bila beli online dan harganya jauhhh lebih murah.

Oh ya Shopee sekarang tengah ada promo free shipping sehingga 9 September 2019. Jadi kalau rasa kaya dan banyak duit boleh shopping nak jimat kos postage boleh la on apps shopee sekarang.

Kak Feni nak order penimbang pulak ni. Ada orang order. Alhamdulillah rezeki rajin menulis tetap ada.

Tq Allah.

September 4, 2019

35 Tabiat Boss Wanita Untuk Maju Bermula Dari Sekarang


1. Bangun awal pagi pada waktu yang sama setiap hari.

Rutin bangun awal pagi sangat membantu dalam menjalani rutin harian. Mula dengan bangun awal untuk memulakan tugas. Bagi umat Islam, seeloknya bangun awal pagi sebelum subuh untuk menunaikan solat sunat seterusnya solat subuh.


2. Bermuhasabah diri.

Bagun awal membolehkan kita ada masa untuk bermuhasabah diri. Masa ni kita akan fikir dimana kekurangan kita sebagai hamba. Harus sentiasa meminta dengan Allah untuk mendapatkan apa yang kita mahu di dunia dan akhirat.


3. Minum banyak air.

Banyakkan minum air kosong untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Air diperlukan untuk menghantar oksigen ke otak. Bila otak dapat berfikir dengan baik, kita pun dapat menghasilkan idea-idea yang lebih bernas.

4. Melafaz ikrar (affirmation) setiap hari.

Tulis ikrar untuk diri sendiri. Hafal dan cakap dengan diri sendiri. Kalau boleh cakap dengan cermin seolah-olah cakap dengan seseorang tapi diri sendiri. Cakap benda yang baik-baik dan hasilnya pasti akan baik-baik sahaja.

5. Buat kenyataan misi secara profesional.

Tulis misi hidup secara profesional. Misi ini kita akan gunakan untuk mencapai apa yang kita nak capat dalam hidup ni.

6. Bina SMART action plan untuk mencapai matlamat.

S - Specific
M - Measurable
A - Achievable
R - Relevant
T - Time-Bound

Nanti ada masa update kemudian tentang SMART ni.


7. Mula menyimpan jurnal.

Mula simpan jurnal untuk rujukan di kemudian hari. Kalau boleh catatkan apa isi penting. 

8. Plan aktiviti harian lebih awal.

Kalau boleh plan awal apa yang nak dibuat esok hari. Siap-siap rancang malam sebelum hari baru bermula. Plan ini membantu melancarkan perjalanan aktiviti harian dan tidak membuang masa begitu sahaja.

9. Pilih waktu yang sesuai untuk menyemak dan menjawab segala e-mail.

Pilih waktu yang sesuai dan tepat untuk menyemak dan menjawab e-mail. Kalau boleh awal pagi semak e-mail penting dan balas segala e-mail yang perlu dijawab segera.


10. Gunakan aplikasi yang sesuai untuk menghalang website yang tidak berfaedah.

Yang ni penting untuk mengelakkan kita membuang masa melayari website-website yang tidak berfaedah. Untuk komputer peribadi eloklah pasang aplikasi yang sesuai.

11. Masak lebih untuk makan sendiri.

Masak makanan untuk makan sendiri bagi mengelakkan membuang masa beratur membeli makanan di kedai makan.

12. Makan makanan yang tidak menggunakan daging sehari dalam seminggu (vegetarian).

Elakkan makan daging setiap hari. Tetapkan sehari dalam seminggu untuk ambil makanan yang tidak mempunyai daging.

13. Buat plan makanan untuk seminggu.

Sediakan jadual makanan untuk seminggu bagi memudahkan urusan. Bila dah plan siap-siap untuk seminggu, kita tak akan ada masalah untuk masak apa setiap hari.

14. Cari kawan untuk bersenam.

Bersenam dengan kawan adalah lebih baik dari bersenam sendirian. Kita akan saling memberikan motivasi untuk sama-sama sihat dan mendapat berat badan idaman.

15. Keluar berjalan selama 15 minit setiap hari.

Pastikan luang masa selama 15 minit sehari untuk berjalan bagi mendapatkan ketenangan emosi. Berjalan dapat mengurangkan tekanan yang sedang dihadapi.

16. Buat keutamaan sosial.

Terlalu banyak aplikasi media sosial yang kadang-kadang membuatkan kita berasa tertekan. Jadi buang atau hapuskan aplikasi yang kita tak guna. Kurangkan menggunakan media sosial untuk tujuan yang tidak bermanfaat.


17. Berhubung atau berkenalan dengan orang yang tidak sama dengan industri sendiri.

Berkenalan dengan orang baru dapat bertukar pendapat. Kadang-kadang berada dalam persekitaran yang sama membuatkan kita rasa bosan dan jemu sebab asyik buat benda yang sama. Bila kita cuba sesuatu yang baru memberikan kita satu pengalaman yang baru.

18. Tulis banyak nota tangan.

Ya, zaman sekarang zaman menggunakan telefon pintar. Namun menulis menggunakan tangan adalah lebih efektif. Menulis guna tangan lebih menguatkan ingatan. Nak hafal dan nak rujuk balik pun senang berbanding guna telefon pintar. Cahaya dari telefon pintar boleh merosakkan mata. Banyakkan menggunakan pen dan buku nota lebih bagus.

19. Jauhi penggunaan telefon bimbit sebelum tidur.

Tidurlah dalam keadaan yang selesa dan tenang. Elakkan melihat telefon sebelum tidur untuk dapat kualiti tidur yang lebih baik.


20. Tukarkan televisyen kepada buku yang lebih bagus.

Daripada menonton televisyen untuk perkara yang kurang bermanfaat lebih baik baca buku-buku yang dapat memberikan motivasi.

21. Dapatkan tidur yang mencukupi.

Pastikan tidur yang mencukupi untuk menjalani rutin harian yang padat. Tak cukup tidur boleh membuatkan kita moody dan stress sepanjang hari. Bila stress boleh membuatkan kita hilang daya tumpuan untuk lebih fokus.

22. Melabur untuk rumah.

Jangan lepaskan peluang untuk melabur dalam memiliki rumah sendiri. Bila kita ada perancangan untuk melabur. Rumah adalah aset yang sangat berguna di masa depan.

23. Semak penyata bank dengan kerap.

Semak penyata bank setiap kali wang keluar masuk. Ini dapat membantu kita tahu kemana aliran wang tunai kita keluar.

24. Kumpul barangan terpakai untuk didermakan.

Wanita dan membeli belah tidak boleh dipisahkan. Jadi untuk mengelakkan lambakan barang terpakai di rumah. Apa kata kumpul barangan terpakai itu untuk didermakan kepada mereka yang lebih memerlukan. Amalan ini bukan sahaja boleh mententeramkan jiwa. 

25. Daftarkan automatik debit untuk akaun simpanan.

Elakkan menggunakan kad kredit ketika membeli belah. Sebaiknya gunakan debit kad untuk membeli kerana ini boleh mengelakkan penambahan hutang.

26. Amalkan menerima pujian dengan ucapan "Terima Kasih".

Bila mendapat pujian ucapkanlah "Terima Kasih". Kembang hati orang yang memuji. Jangan bangga diri dan sombong. Tunjukkan jati diri yang baik-baik.

27. Ambil waktu untuk cas semula.

Luangkan waktu untuk recharge semula. Penat dan letih boleh menurunkan kualiti kerja. Kalau komputer pun kena refresh inikan manusia. Bukan robot, jadi ambillah waktu untuk berehat dan cas semula.

28. Belajar perkataan baru.

Sentiasa belajar benda baru. Belajar perkataan baru boleh meningkatkan ilmu pengetahuan.

29. Kenal pasti contoh idola profesional dan cuba untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Cari idola yang boleh kita ikuti untuk menjadi contoh. 

30. Tonton banyak rancangan bual bicara.

Rancangan bual bicara selalunya membincangkan tentang isu-isu semasa yang sedang melanda sekitar kita. Jadi pilihlah rancangan yang boleh menambah ilmu pengetahuan kita.

31. Sentiasa ada senarai idea-idea yang hebat di dalam telefon pintar.

Bila terlintas idea-idea menarik, terus catat di telefon pintar. Bila tak ada idea nak buat boleh rujuk balik senarai idea-idea yang telah kita catat di telefon. Ciri-ciri orang berjaya adalah membawa buku nota kemana sahaja dia pergi. Zaman ni, kalau tak ada buku nota pun, boleh guna telefon untuk mencatat.

32. Cipta Vision Board dan pamerkan dengan bangga.

Vision Board dalam bahasa Melayu ialah Papan Misi. Di sini kita gambarkan impian kita. Print dan tampalkan apa impian kita di VB. Hari-hari kita tengok dan usaha. InshaAllah sampai masa semuanya akan tercapai dengan izin Allah. Semuanya akan berlaku dengan hasil usaha kita sendiri.

33. Meraikan peristiwa penting dengan orang yang tersayang.

Dalam hidup ini, jangan lupakan orang-orang yang selalu bersama kita. Jika ada peristiwa penting berlaku, raikan bersama insan tersayang.

34. Cari mentor terdekat.

Untuk lebih berjaya, selalunya kita perlukan mentor untuk memberi tunjuk ajar. Cari mentor yang boleh mendorong kita untuk menuju kejayaan dan lebih berjaya.

35. Hapuskan pengaruh toksik.

Yang ni sangat penting. Hapuskan pengaruh toksik dan segala benda yang bertoksik. Toksik ni yang selalunya membunuh kejayaan kita. Ubah persekitaran yang lebih positif dan berada di kalangan positif boleh menjadikan kita insan yang lebih berjaya.




Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...