September 5, 2019

Tutu Skirt Beli Di Shopee Dah Sampai !


Again barang beli dengan shopee sampai. Apa pula kali ni ? Tutu skirt untuk anak-anak.


Kak Feni sebagai personal shoper ni tolong belikan jer. Ambil upah tolong order. Kadang-kadang orang tak pandai nak beli online. Screenshoot apa yang dia nak dan whatapps kepada Kak Feni.

Alhamdulillah rezeki berniaga ni ada je. Kak Feni dah pesan dan inform awal-awal kalau nak beli dengan shopee ni kena sabar. Barang tak semua dah ada di Malaysia. Kadang-kadang dari oversea jadi kena tunggu lama. Kalau macam baju yang murah-murah tu selalunya dari China. Jadi kena tunggu kargo sampai.

Jadi janganlah 44 kali tanya bila nak sampai. Kena sabar bila beli online dan harganya jauhhh lebih murah.

Oh ya Shopee sekarang tengah ada promo free shipping sehingga 9 September 2019. Jadi kalau rasa kaya dan banyak duit boleh shopping nak jimat kos postage boleh la on apps shopee sekarang.

Kak Feni nak order penimbang pulak ni. Ada orang order. Alhamdulillah rezeki rajin menulis tetap ada.

Tq Allah.

September 4, 2019

35 Tabiat Boss Wanita Untuk Maju Bermula Dari Sekarang


1. Bangun awal pagi pada waktu yang sama setiap hari.

Rutin bangun awal pagi sangat membantu dalam menjalani rutin harian. Mula dengan bangun awal untuk memulakan tugas. Bagi umat Islam, seeloknya bangun awal pagi sebelum subuh untuk menunaikan solat sunat seterusnya solat subuh.


2. Bermuhasabah diri.

Bagun awal membolehkan kita ada masa untuk bermuhasabah diri. Masa ni kita akan fikir dimana kekurangan kita sebagai hamba. Harus sentiasa meminta dengan Allah untuk mendapatkan apa yang kita mahu di dunia dan akhirat.


3. Minum banyak air.

Banyakkan minum air kosong untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Air diperlukan untuk menghantar oksigen ke otak. Bila otak dapat berfikir dengan baik, kita pun dapat menghasilkan idea-idea yang lebih bernas.

4. Melafaz ikrar (affirmation) setiap hari.

Tulis ikrar untuk diri sendiri. Hafal dan cakap dengan diri sendiri. Kalau boleh cakap dengan cermin seolah-olah cakap dengan seseorang tapi diri sendiri. Cakap benda yang baik-baik dan hasilnya pasti akan baik-baik sahaja.

5. Buat kenyataan misi secara profesional.

Tulis misi hidup secara profesional. Misi ini kita akan gunakan untuk mencapai apa yang kita nak capat dalam hidup ni.

6. Bina SMART action plan untuk mencapai matlamat.

S - Specific
M - Measurable
A - Achievable
R - Relevant
T - Time-Bound

Nanti ada masa update kemudian tentang SMART ni.


7. Mula menyimpan jurnal.

Mula simpan jurnal untuk rujukan di kemudian hari. Kalau boleh catatkan apa isi penting. 

8. Plan aktiviti harian lebih awal.

Kalau boleh plan awal apa yang nak dibuat esok hari. Siap-siap rancang malam sebelum hari baru bermula. Plan ini membantu melancarkan perjalanan aktiviti harian dan tidak membuang masa begitu sahaja.

9. Pilih waktu yang sesuai untuk menyemak dan menjawab segala e-mail.

Pilih waktu yang sesuai dan tepat untuk menyemak dan menjawab e-mail. Kalau boleh awal pagi semak e-mail penting dan balas segala e-mail yang perlu dijawab segera.


10. Gunakan aplikasi yang sesuai untuk menghalang website yang tidak berfaedah.

Yang ni penting untuk mengelakkan kita membuang masa melayari website-website yang tidak berfaedah. Untuk komputer peribadi eloklah pasang aplikasi yang sesuai.

11. Masak lebih untuk makan sendiri.

Masak makanan untuk makan sendiri bagi mengelakkan membuang masa beratur membeli makanan di kedai makan.

12. Makan makanan yang tidak menggunakan daging sehari dalam seminggu (vegetarian).

Elakkan makan daging setiap hari. Tetapkan sehari dalam seminggu untuk ambil makanan yang tidak mempunyai daging.

13. Buat plan makanan untuk seminggu.

Sediakan jadual makanan untuk seminggu bagi memudahkan urusan. Bila dah plan siap-siap untuk seminggu, kita tak akan ada masalah untuk masak apa setiap hari.

14. Cari kawan untuk bersenam.

Bersenam dengan kawan adalah lebih baik dari bersenam sendirian. Kita akan saling memberikan motivasi untuk sama-sama sihat dan mendapat berat badan idaman.

15. Keluar berjalan selama 15 minit setiap hari.

Pastikan luang masa selama 15 minit sehari untuk berjalan bagi mendapatkan ketenangan emosi. Berjalan dapat mengurangkan tekanan yang sedang dihadapi.

16. Buat keutamaan sosial.

Terlalu banyak aplikasi media sosial yang kadang-kadang membuatkan kita berasa tertekan. Jadi buang atau hapuskan aplikasi yang kita tak guna. Kurangkan menggunakan media sosial untuk tujuan yang tidak bermanfaat.


17. Berhubung atau berkenalan dengan orang yang tidak sama dengan industri sendiri.

Berkenalan dengan orang baru dapat bertukar pendapat. Kadang-kadang berada dalam persekitaran yang sama membuatkan kita rasa bosan dan jemu sebab asyik buat benda yang sama. Bila kita cuba sesuatu yang baru memberikan kita satu pengalaman yang baru.

18. Tulis banyak nota tangan.

Ya, zaman sekarang zaman menggunakan telefon pintar. Namun menulis menggunakan tangan adalah lebih efektif. Menulis guna tangan lebih menguatkan ingatan. Nak hafal dan nak rujuk balik pun senang berbanding guna telefon pintar. Cahaya dari telefon pintar boleh merosakkan mata. Banyakkan menggunakan pen dan buku nota lebih bagus.

19. Jauhi penggunaan telefon bimbit sebelum tidur.

Tidurlah dalam keadaan yang selesa dan tenang. Elakkan melihat telefon sebelum tidur untuk dapat kualiti tidur yang lebih baik.


20. Tukarkan televisyen kepada buku yang lebih bagus.

Daripada menonton televisyen untuk perkara yang kurang bermanfaat lebih baik baca buku-buku yang dapat memberikan motivasi.

21. Dapatkan tidur yang mencukupi.

Pastikan tidur yang mencukupi untuk menjalani rutin harian yang padat. Tak cukup tidur boleh membuatkan kita moody dan stress sepanjang hari. Bila stress boleh membuatkan kita hilang daya tumpuan untuk lebih fokus.

22. Melabur untuk rumah.

Jangan lepaskan peluang untuk melabur dalam memiliki rumah sendiri. Bila kita ada perancangan untuk melabur. Rumah adalah aset yang sangat berguna di masa depan.

23. Semak penyata bank dengan kerap.

Semak penyata bank setiap kali wang keluar masuk. Ini dapat membantu kita tahu kemana aliran wang tunai kita keluar.

24. Kumpul barangan terpakai untuk didermakan.

Wanita dan membeli belah tidak boleh dipisahkan. Jadi untuk mengelakkan lambakan barang terpakai di rumah. Apa kata kumpul barangan terpakai itu untuk didermakan kepada mereka yang lebih memerlukan. Amalan ini bukan sahaja boleh mententeramkan jiwa. 

25. Daftarkan automatik debit untuk akaun simpanan.

Elakkan menggunakan kad kredit ketika membeli belah. Sebaiknya gunakan debit kad untuk membeli kerana ini boleh mengelakkan penambahan hutang.

26. Amalkan menerima pujian dengan ucapan "Terima Kasih".

Bila mendapat pujian ucapkanlah "Terima Kasih". Kembang hati orang yang memuji. Jangan bangga diri dan sombong. Tunjukkan jati diri yang baik-baik.

27. Ambil waktu untuk cas semula.

Luangkan waktu untuk recharge semula. Penat dan letih boleh menurunkan kualiti kerja. Kalau komputer pun kena refresh inikan manusia. Bukan robot, jadi ambillah waktu untuk berehat dan cas semula.

28. Belajar perkataan baru.

Sentiasa belajar benda baru. Belajar perkataan baru boleh meningkatkan ilmu pengetahuan.

29. Kenal pasti contoh idola profesional dan cuba untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Cari idola yang boleh kita ikuti untuk menjadi contoh. 

30. Tonton banyak rancangan bual bicara.

Rancangan bual bicara selalunya membincangkan tentang isu-isu semasa yang sedang melanda sekitar kita. Jadi pilihlah rancangan yang boleh menambah ilmu pengetahuan kita.

31. Sentiasa ada senarai idea-idea yang hebat di dalam telefon pintar.

Bila terlintas idea-idea menarik, terus catat di telefon pintar. Bila tak ada idea nak buat boleh rujuk balik senarai idea-idea yang telah kita catat di telefon. Ciri-ciri orang berjaya adalah membawa buku nota kemana sahaja dia pergi. Zaman ni, kalau tak ada buku nota pun, boleh guna telefon untuk mencatat.

32. Cipta Vision Board dan pamerkan dengan bangga.

Vision Board dalam bahasa Melayu ialah Papan Misi. Di sini kita gambarkan impian kita. Print dan tampalkan apa impian kita di VB. Hari-hari kita tengok dan usaha. InshaAllah sampai masa semuanya akan tercapai dengan izin Allah. Semuanya akan berlaku dengan hasil usaha kita sendiri.

33. Meraikan peristiwa penting dengan orang yang tersayang.

Dalam hidup ini, jangan lupakan orang-orang yang selalu bersama kita. Jika ada peristiwa penting berlaku, raikan bersama insan tersayang.

34. Cari mentor terdekat.

Untuk lebih berjaya, selalunya kita perlukan mentor untuk memberi tunjuk ajar. Cari mentor yang boleh mendorong kita untuk menuju kejayaan dan lebih berjaya.

35. Hapuskan pengaruh toksik.

Yang ni sangat penting. Hapuskan pengaruh toksik dan segala benda yang bertoksik. Toksik ni yang selalunya membunuh kejayaan kita. Ubah persekitaran yang lebih positif dan berada di kalangan positif boleh menjadikan kita insan yang lebih berjaya.




Al-Fatihah Untuk Sahabat


Semalam semalaman dok terkebil-kebil atas katil. Tak lena tidur sebab mendapat perkhabaran duka tentang pemergian Kak Gee kawan kakakku. Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan orang yang beriman. Beliau seorang sahabat yang baik bukan sahaja untuk kakakku malah kami sekeluarga kenal keluarga dia. Kalau ada apa-apa majlis mesti ada.

Kematian itu mengingatkan kita tentang hidup ini hanyalah pinjaman sementara. Sampai masa kita akan dijemput pulang. Allahuakbar mengenangkan terlalu banyak dosa ini. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah.

Sungguh aku malu denganMu. Aku tak layak untuk syurgaMu namun aku mohon matikanlah aku dalam "husnul khotimah". Pengakhiran yang baik-baik.

Semoga amal kebaikan kami diterima olehMu ya Allah. Angkatlah darjat kami sebagai hambaMu yang bertakwa. Janganlah Kau pesongkan hati-hati kami setelah Kau beri petunjuk.

Sementara diberi peluang nikmat hidup ni. Berbaktilah dan berimanlah kepada Allah. Berbuat baik kepada semua makhluk. InshaAllah Allah sayang hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh.

Jemputlah kami pulang dalam keadaan penuh kebaikan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Al-Fatihah (mohon baca) untuk Kak Fauziah.

September 3, 2019

Kembali Bertugas Setelah 4 Hari Bercuti

Ewah kau, orang lain 3 hari cuti kau tambah sehari.

Jumaat lepas ada emergency case tu yang kena EL. Urusan anak-anak memang tak boleh nak dielakkan. Hari ni kembali bertugas dengan list kerja yang sangat menimbun.

Cuti kali ni kami tak kemana pun hanya duduk dan lepak di rumah je. Habis baju basuh, sidai dan lipat. Lantai berkali-kali mop. Jadi suri rumah sepenuh masa untuk 3 hari. Jumaat tu duduk rumah mertua tunggu anak-anak sekolah.

Sabtu tu, lepak rumah layan anak-anak. Hari merdeka jatuh hari Sabtu, jadi abah dapat cuti. Anak-anak mula mengamuk nak keluar jalan. Kami tak tahu nak pergi mana sebab dah petang. Kami bawa anak-anak pergi karaoke. Masing-masing suka menyanyi ikut abahnya,





Nak menghilangkan rasa bosan. Anak-anak ni kalau tak bawa keluar mulalah jom kita pergi jalan-jalan. Entahlah tahun ni macam tak ada mood nak pergi bercuti. Tahun lepas puas jalan sana sini. Tahun ni banyak duduk rumah dan lepak dengan family je.

Tahun depan inshaAllah banyak plan nak jalan. InshaAllah jauh sikit. (semoga tercapailah).

Hadoii banyak benda nak kena plan ni. Banyak kerja yang nak kena buat. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

August 28, 2019

Review Minum Bizzi Boddy Satu Produk Dari AS Legacy

Mula-mula kita dapat free. Bila dah dapat free kita try. Try macam berkesan dekat diri ini. Seriously minum ni tak rasa lapar.

Kita pun grab sebotol. 1 botol ni ada 15 sachet. Harga RM79.90 Sahaja. Sesuai untuk orang yang nak diet. Haha boleh kawal nafsu makan.

Bila dah berumur ni metabolisma menurun. Berat badan mula naik. Nak kontrol makan pun susah. Jadi kita minum ni untuk kurangkan nasfu makan itu.




Produk : Bizzy Boddy
Harga : RM79.90
15 SACHET 1 Botol

Haha kita sambung sinilah. Nak menaip di ig guna hp rasa lenguh jari-jemari mulus Kak Feni ni. Sebenarnya dah lama dapat free tester dari sahabat Kak Feni. Dia bagi satu sachet untuk try lepas tu dia suruh bagi testimoni.

Mula-mula macam takpelah ! nantilah aku try ! Sombong nau sebab takde keinginan nak cuba. Tunggu, tunggu tibalah masa Kak Feni try. Ewah tu pun setelah sahabat lain yang cakap "eh aku minum benda ni tak rasa lapar la".

Masa tu tak percaya lagi. Betul ke ni. Takpelah nanti aku try.

Kak ipar Kak Feni pun ada cerita pasal Bizzi Boddy ni. Dia cakap nanti kalau dah minum Bizzi Boddy ni kita takkan rasa lapar. Masa tu baru teruja nak try. Haha nak kurus kan ?

Ni aku nak kurus tapi makannya ya ampun. Memang tak boleh nak kontrol langsung. Nak-nak pulak tengok makanan yang sedap-sedap. 

Okey, kita back to cerita asal. Isnin lepas, konon taknak makan tengahari. Makan pagi je. Memang ambil sarapan la. Makan nasi berlauk. Selalunya kalau dah ambil sarapan pagi memang akan makan juga tengahari. Hari Isnin tu try minum Bizzi Boddy ni.

Mula-mula rasa juga lapar tengahari tapi Kak Feni banyakkan minum air kosong. Bila dah petang pukul 4.00 petang selalunya masa ni Kak Feni akan bancuh air milo cicah dengan biskut. Hari tu memang tak rasa lapar dan teringin nak minum atau makan sampai kawan pun tegur '"eh mu tak minum petang ke hari ni ?"

Haha baru perasan. Yelah aku tak rasa lapar lah hari ni. Tengahari tadi aku minum Bizzy Boddy yang Elly bagi hari tu.

Memang tak rasa lapar dan bertenaga. Nak kata perut nak minta isi tu takde sangat. Nafsu makan pun macam disekat. Macam tak percaya ku boleh kontrol makan.

Baru satu sachet dah macam tu. Patutlah Fasha Sanda kurus, dia amalkan benda ni.

Baca juga : Kebaikan Bizzy Boddy Yang Membantu Dalam Mendapatkan Bentuk Badan Idaman

Rasa tak rugi Kak Feni cuba produk ni. Mana tahu boleh turunkan berat badan ni. Kak Feni dah overweight dah ni. Kalau tak kontrol awal-awal boleh kena obesiti 😥. Sangat menakutkan kalau badan naik teruk.

Nak kurus bukan nak cantik sahaja. Nak sihat, nak buat amal ibadat pun senang. Nak hidup lebih lama dan lebih sihat. Kalau hidup lama tapi tak sihat pun tak boleh juga. Jadi kena jaga kesihatan.

Nak order Bizzy Boddy boleh kontek no di bawah ya.

Elly - +60192232846 atau boleh ORDER SINI 

August 27, 2019

Dugaan 2019 - Tabahlah Kita Hadapinya

Gambar sekadar ingatan bersama


Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Sentiasa berputar mengikut peredaran waktu. Namun kita sebagai hamba Allah yang beriman harus terus redha dan pasrah dengan ujian Allah.

Semuanya adalah ujian Allah. Kita takkan selamanya tinggal di atas bumi tuhan ni. Sampai masa akan dijemput pulang. Suka atau tidak kita tetap akan dijemput pulang.

Benda ni boleh menginsafkan kita. Nak terus bersuka ria di atas bumi ini atau pun mempersiapkan bekalan kita untuk ke alam sana dan seterusnya.

Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Jadi jangan khuatir dengan ujian ini.

Adakalanya kita jatuh sampai rasa tak boleh bangun. Hakikatnya kita masih ada lantai untuk bersujud. Maka, sebagai hamba bersyukurlah dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah bagi.

Ujian Allah itu tandanya Dia sangat sayangkan hambanya. Dia uji kita dengan kesusahan supaya kita berdoa dan memohon apa yang kita mahu kepada Dia.

Dia uji kita dengan kesenangan supaya kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Dia beri.

Allah itu Maha Adil. Jangan pertikaikan apa yang Allah bagi. Siapa kita nak persoalkan apa yang Allah bagi ?

Kita hamba.

Allah dah janji,

Berinfaklah wahai anak Adam, nescaya Aku akan memberi infak kepadamu. (hadis Qudsi Riwayat Bukhari)

Kenapa Kak Feni menulis entri ni hari ni ?

Seorang sahabat Kak Feni yang Kak Feni sayang baru sahaja menghantar notis perletakan jawatan sebulan. Jadinya bila kira-kira cuti yang tinggal dalam 2 minggu je lagi dia akan meninggalkan pejabat.

Tak ada angin tak ada ribut terus hantar notis. Dah hantar baru dia cerita dengan Kak Feni. Allahuakbar, berat juga ujian yang dia hadapi. Kak Feni pun faham sangat apa yang dia rasa sebab Kak Feni pun pernah kena macam tu.

Teringat beberapa tahun lepas sebelum Kak Feni dapat kerja sekarang ni. Macam-macam pejabat sudah ku naik turun untuk mohon kerja. Bawa kereta ke hulu ke hilir sebab nawaitu utamanya nak kerja.

Masa tu anak sulung kecil lagi. Baru setahun lebih. Teringat anak ku gagahkan juga. Suami pula masa tu memang dah kerja tapi baru nak mulakan hidup, gaji takdelah besar. Hanya cukup-cukup makan je. Kami tinggal di rumah mertua (alhamdulillah dapat mertua yang sangat baik).

Kak Feni pula bukan jenis yang duduk saja tak buat apa. Nak juga cari duit sendiri sebab dah dari kecil suka kerja dan ada duit sendiri. Bila tak kerja boleh kemurungan. Down sangat!

Pernah kemurungan tapi takde sape pun yang tahu. Nasib baik Allah ada. Hari-hari berdoa dan mengadu dengan Allah. Aku nak kerja, aku nak bantu suami aku, aku nak berikan yang terbaik untuk anak aku.

Setelah beberapa bulan interview sana sini. Kak Feni dapat kerja sementara sebagai kerani akaun di syarikat elektronik di Ampang. Sementara sebab kerani akaun tu cuti bersalin. Sebulan Kak Feni kerja, alhamdulillah dapat panggilan masuk kerja di tempat sekarang ni. Kak Feni pun kerja sampai sekarang.

Bila orang tanya kenapa tak move to tempat lain ?

Allahuakbar bukan taknak cabar diri. Ku yang pernah rasa susahnya nak dapat kerja. Bila dah dapat yang selesa dan bahagia macam ni. Entah macam-macam yang ku fikirkan. Banyak benda nak fikir.

Tempat baru, nak kena belajar benda baru. Jumpa kawan baru. Suasana kerja yang baru.

Kak Feni lebih suka buat bisnes online yang boleh jana pendapatan. Lebih enjoy sebab flexible ikut masa kita. Alhamdulillah pendapatan melalui bisnes online pun tak putus. Dulu masa takde kerja, pernah terfikir nak buat bisnes online tapi tak tahu nak buat bisnes apa.

Gaji hakiki dah tentu untuk komitmen bulanan. Bisnes online ni membantu Kak Feni untuk dapatkan apa yang Kak Feni nak. Nak travel ke, nak beli apa yang Kak Feni suka. Kak Feni akan kumpul untung niaga.

Tu jela kot bebelan petang ni.

August 26, 2019

Dapat Cash Back Dengan Touch 'n Go E-wallet



Yayyy dapat cash back lagi dengan touch n go e-wallet.
.
Rezeki online. Bayar bil dapat cash back.
.
Sebelum seriously haram tak tahu guna apa touch n go ewallet ni.
.
Hari tu data on. Bayar tol guna kad touch n go. Tapi baki dalam touch n go tak cukup. Secara automatik dia tolak baki e-wallet.
.
Hahahahahaha baru ku tahu. Sebelum ni aku guna e-wallet ni untuk semak baki touch n go je. Rupanya boleh dapat duit balik dengan benda ni.
.
Lepas ni ku nak tonton movie pon akan ku guna touch n go e-wallet ni.
.
Korang kalau download apps touch n go e-wallet jangan lupa masukkan referral code "n445n5" untuk nikmati 5x rebate.
.
Aduiiii jangan tak masukkan tau. 5x tuuu. Sape nak bagi??



Servis apa lagi yang Touch 'n Go E-wallet ni tawarkan ?


Bayar bill (tertakluk kepada terma & syarat). Kak Feni bayar bill astro je sebab link yang astro bagi minggu lepas tak valid (hampeh betol astro ni). Tu yang cari alternatif nak bayar macam mana. Try guna apps ni tak sangka. Dapat cash back.

Nak booking atau nak ushar tiket flight pon boleh selain pergi dekat web masing-masing. Setakat nak survey harga tu boleh sangat guna apps ni. Mudah sangat kan ?

Lagi bil telefon prabayar (postpaid). Kak Feni guna U-mobile, boleh bayar guna apps ni. Tapi dia tulis "Please allow 3 days for payment details to be updated in your account". Nak cepat punya pasal takut kena bar. Kak Feni bayar direct guna apps u-mobile. Huhu rugi disitu. Lepas ni boleh bayar awal guna apps ni supaya dapat cash back. Hahaha (dasar mata duitan).

Banyak juga promosi yang ditawarkan. Kena selalu ushar untuk nikmati rebate yang depa tawarkan.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...