June 21, 2019

13 Cara Alami Yang Boleh Diamalkan untuk Masalah Sakit Kepala

Sakit kepala boleh menyebabkan rutin harian terganggu dan mengganggu emosi. Bila emosi terganggu, masalah lain pun banyak yang akan timbul. 



Jadi jom kita tengok cara alami yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan masalah sakit kepala.


1. Makan Makanan Yang Sihat

Awasi pengambilan makanan harian. Pastikan makan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk diet harian. Pengambilan makanan yang sihat dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan serta mengurangkan masalah sakit kepala.

2. Lakukan Senaman

Senaman memang penting untuk kesihatan. Bersenam setiap hari atau paling kurang 2 hingga 3 kali seminggu dapat mengurangkan tekanan yang kita alami. Kalau rasa tertekan, ada baiknya kita buat senaman ringan bagi mengurangkan tekanan. Bebanan tekanan yang terlalu banyak boleh membuatkan masalah sakit kepala.

3. Dapat Tidur Yang Secukupnya

Tidur yang cukup dapat membantu dalam masalah sakit kepala. Salah satu punca sakit kepala adalah tidak cukup tidur atau tidur yang tak berkualiti. Jadi pastikan masa tidur yang cukup dan selesa bagi mengurangkan rasa sakit kepala.

4. Elakkan Kafein
Kafein adalah salah satu bahan yang membantu dalam meningkatkan motivasi. Namun kalau terlebih kafein boleh menyebabkan sakit kepala. Jadi bagi mereka yang ingin mengurangkan sakit kepala, eloklah cuba untuk kurangkan/elakkan terus pengambilan kafein dalam diet harian.

5. Berhenti Merokok

Merokok adalah tabiat yang kurang sihat. Tidak merokok dalam sehari boleh menyebabkan pengamal mengalami tekanan dan sakit kepala. Untuk mengatasinya cuba untuk berhenti merokok.

6. Mengawal Tekanan

Kawal tekanan dengan menjaga emosi. Elakkan terlalu stress dengan melakukan aktiviti yang kita suka. Ambil waktu untuk bertenang.

7. Mudahkan Hidup Ini

Dalam hidup ini, terlalu banyak benda yang kita nak buat. Jadi mudahkan hidup sendiri. Berfikir secara positif. Jangan pening-pening dan stress.

8. Ambil Masa Untuk Berehat

Berehatlah untuk hidup lebih tenang. Bila kita dapat rehat yang cukup, kualiti hidup pun lebih indah. Ambil cuti dan berehatlah untuk menenangkan fikiran yang kusut. Fikiran yang kusut itu membuatkan kita selalu rasa sakit kepala.

9. Hembus Nafas

Kawal pernafasan untuk bertenang. Pernafasan yang betul dapat membantu dalam mengurangkan tekanan.

10. Ubah Sikap

Yang ni penting untuk masa depan. Kalau kita tak ubah sikap kita untuk menjadi lebih baik. Kita takkan berjaya sampai bila-bila pun. Kalau nak sihat, kena selalu amalkan gaya hidup yang sihat seperti makan ikut waktu, bersenam, elakkan merokok dan sebagainya. Segala usaha yang kita buat tak akan berhasil kalau kita tak ubah sikap.

11. Lepaskan (Let Go)

Belajar untuk lepaskan tekanan. Biarkan ianya berlalu. 

12. Regangkan Otot

Sakit kepala ketika berkerja ? Apa kata rehat sebentar sambil regangkan otot untuk seketika. 

13. Catat Masalah Sakit Kepala Harian

Untuk yang selalu mengalami masalah sakit kepala, eloklah mencatat di buku. Bagi masalah yang teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan.


June 20, 2019

Apa Yang Harus Ku Syukuri Hari Ini ?

Photo : Google

Alhamdulillah syukur. Apa lagi yang aku mahu syukuri hari ini ?

Hidup
Sihat
Anak-anak yang baik
Suami yang baik
Sahabat yang baik
Adik beradik yang baik
Bos yang baik
Masih ada kerja tetap
Terima gaji bulanan
Anak-anak sekolah dengan bagus sekali
Dapat beribadat dengan tenang
Boleh menutup aurat dengan bahagia
Rasa selamat


Terlalu banyak perkara yang perlu aku syukuri hari ini. Terlalu banyak sampai tak tertulis oleh jari jemari ini. Tak tercapai dek akal.

Hidup di Malaysia, bumi yang sangat bertuah ni. InshaAllah tidak akan sesukar hidup di dalam negara-negara yang bergolak. Makanya bersyukurlah pada yang Esa.

Kita ni selalu memikirkan yang banyak negatif berbanding yang positif sehinggakan kita jadi malas untuk berusaha. Takpelah dia boleh sebab dia banyak duit. Tapi kita tak tahu pun dia banyak ke tidak duit.

Makanya, bersyukurlah kita seadanya. Hiduplah sebahagia-bahagianya dengan cara kita sendiri. Kita susah, namun masih ada lag orang yang lebih susah di luar sana. Pandanglah semuanya dalam keadaan yang positif, maka hasilnya akan menjadi lebih baik dan indah.

Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Sentiasa berputar atas ke bawah dan bawah ke atas. Beringat selalu dan sentiasa buat yang terbaik. Jangan buat naya kat orang, inshaAllah hidup akan tenang.

Belajar berkongsi dan menghormati orang lain sebab kita hidup dalam masyarakat. Kena bertolak ansur dalam segala hal. Bercampur dan bergaul dengan orang sekeliling. Jangan sombong dengan nikmat yang Allah bagi. 

Petua hidup tenang.


June 19, 2019

Kenapa Beli Online Lebih Murah Dan Jimat Berbanding Beli Di Kedai

Ewahh hari ni Kak Feni nak share tentang belian online yang ternyata lebih murah dan jimat untuk golongan marheam macam Kak Feni ni. Alhamdulillah sejak beberapa tahun ni, Kak Feni lebih terbuka untuk buat belian secara online. Dulu agak sukar nak ubah mentaliti sebab selalu sangat terkena dengan seller online ni.

Sebenarnya tak cukup ilmu juga sebab tu takut lebih banyak. Kalau nak apa-apa kena tawaf mall semata-mata nak beli sesuatu barang. Bila dah celik sikit teknologi ni, alhamdulillah dah pandai shopping online. Tambah-tambah lagi sekarang ni, banyak apps shopping yang boleh kita download di handphone.

Sekarang ni banyak platform online yang buat jualan di alam maya ni antaranya Lazada, Shopee, Zalora, dan banyak lagi lah nak mention satu-satu, sampai esok pagi pun tak selesai. Huhu

Selalunya Kak Feni guna platform Shopee dan Lazada untuk shopping sebab harganya lebih murah dan jimat. Bila ada offer lagi berganda jimatnya. Namun kena hati-hati juga sebab nanti kalau duit dalam akaun kering sebab asyik shopping je dalam talian.

Kenapa Beli Online Lebih Murah Dan Jimat


1. Jimat Masa

Memang sangat-sangat menjimatkan masa sebab tak perlu pun nak keluar bersusah payah nak pandu kereta, masuk mall, nak jalan dalam mall dan sebagainya.

2. Lebih Murah

Kalau kita buat belian secara online, kita boleh bandingkan harga antara seller A dan Seller B. Sudah tentu kita akan pilih yang lebih murah.

3. Tak Perlu Keluar Rumah

Setelah belian dibuat, kita tak perlu pun nak bersusah payah nak keluar. Nak-nak pulak kalau yang jenis anak ramai. Nanti akan ada abang posmen / kurier hantar depan pintu. Bukankah itu lebih mudah dan selamat.

4. Selamat

Kalau kita ada apa-apa masalah semasa membeli, boleh je buat laporan kepada pihak berwajib. InshaAllah kalau saluran yang betul, kita akan dapat balik hak kita. Tapi sentiasa pastikan seller yang kita nak beli tu bebas dari kes penipuan (selalu terjadi bila guna akaun personal). Kalau trust seller tu, inshaAllah tak ada apa-apa.

Hari ni dah terjebak buat belian di Shopee lagi.

Ni lah padahnye bila Shopee selalu buat offer.

Minggu sudah pun dah berhabis jugak beli baju kurung melalui sahabat facebook. Hari ni baju dah sampai.


Lepas ni, kita kita pakat ketar kepala cari duit banyak-banyak pulak sebab nak shopping banyak-banyak lagi. Hahaha inshaAllah akan ada je rezeki yang Allah akan bagi. Yakin dan percaya je. Pasti Allah akan bagi.

#KakFeniStory


June 18, 2019

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Di Sekolah Abang Aus 2019

Meriah tahun ni sebab Abang Aus dah pun sekolah darjah 1. Teruja dan seronok sebab anak membesar depan mata. Alhamdulillah nikmat apa lagi yang mahu aku dustakan.

Hari Jumaat lepas sekolah rendah tempat Abang Aus belajar buat sambutan hari raya. Seronok sangat tengok anak-anak cantik dengan baju raya masing-masing. Semuanya comel-comel dan bergaya kalah orang dewasa ni ha.

Bila Cikgu hantar gambar dalam group whatsapps memang seronok dan teruja. Mesti tercari-cari wajah anak dalam gambar. Perasan ibu dan bapa kan. Seronok bila tengok anak-anak seronok. Ni ummi kongsikan photo-photo depa yang cikgu hantar. Esok-esok boleh tengok dan ingat kembali memori sambut hari raya di sekolah.

Kita dulu mana ada teknologi macam sekarang. Jadi yang ada hanya dalam ingatan untuk kenangan manis kita.









Ummi dengan abah akan lebih seronok bila anak-anak seronok. Cikgu suruh bawa pinggan dan gelas untuk jamuan makan. Jadinya ummi bekalkan pinggan plastik dan botol air plastik supaya senang Abang Aus nak jaga. Kalau jatuh pun tak mudah pecah, maklum sajalah anak lelaki ni kan.

Teringat ummi dulu masa sekolah rendah, bila ada jamuan makan dan cikgu suruh bawa pinggan. Bawa lah ummi pinggan kaca dan gelas kaca yang dibalut dengan surat khabar sebab takut pecah. Hahaha kalaulah jatuh tengah jalan. Langsung tak boleh makan tapi alhamdulillah segalanya dipemudahkan. 

Pergi sekolah dan balik pun pinggan dalam keadaan baik. Orang susah kan kena belajar hidup susah. Kalau ada apa-apa pun mesti akan guna apa yang ada. Tak macam anak-anak ummi sekarang, kalau tak cukup apa-apa mesti ummi dengan abah akan usaha carikan. 

InshaAllah semoga Abang Aus menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan hidup Abang. Abah,  ummi dan Adik Rayyan akan sentiasa sayang Abang sampai syurga. 

Settled Bayar Saman Trafik Untuk Suamiku

Semalam pagi-pagi dah bersedekah amal jariah kepada Polis Diraja Malaysia sebab abah kena saman trafik masa pergi Kuantan hujung tahun lepas. Kesnya sebab tak boleh nak renew roadtax dan insurans motor yang kami selalu guna untuk datang kerja ni ha.


Bab undang-undang ni baiklah kita selesai awal-awal sebab kita memang takkan tahu apa yang akan jadi pada esok hari. Lebih baik beringat dulu sebelum kena. Perjalanan kami jauh nak sampai ke opis. Hulu Langat ke Kuala Lumpur bukan dekat. 

Semalam nak buat roadtax dan insurans terus tak sempat sebab banyak hal kena buat. Jadi pagi tadi sebelum sampai opis singgah di Pejabat Pos Batu 9 untuk renew insurans dan roadtax. Fuhh nasib golongan marheam kan. Nak tak nak kena cari duit jugak untuk selesaikan semua ni.

Saman had laju yang tak boleh dibuat rayuan jadi kena bayar penuh RM300. Untuk cukai jalan dan insurans pulak tak sampai RM200. Jadi semua sekali bajet hilang kali ni dalam RM500. Hurmmm sabar jela. 

Berhati-hati di jalan raya. Kena saman takpe, kita boleh cari duit untuk bayar. Kalau hilang upaya kekal atau sewaktu dengannya. Kita tak dapat nak tukar segala organ-organ badan kita ni macam pergi je di kedai. Jadinya beringat selalu dan berdoa pada Allah agar segala perjalanan kita pergi dan balik dimudahkan dan selamat semuanya.

Bulan depan kereta pulak tunggu dengan penuh kesabaran. InshaAllah harap-harap masa tu Kak Feni dah kaya raya. Setakat nak bayar roadtax dan insurans kereta yang harga ratus-ratus itu, petik jari jela. Hahahaha (berangan jela dulu).

#KakFeniStory



June 17, 2019

Jom Jana Pendapatan Hanya Dengan Membaca - Cashzine

Alhamdulillah Kak Feni baru jer redeem RM1 dengan Cashzine ni sebab agak kurang yakin pada mulanya. Eh betul ke idak apps ni. Biasalah manusia kann ? Sentiasa ragu-ragu namun setelah cuba, memang dapat dan patut share dengan orang lain.


DAPAT DUIT SANTAI-SANTAI


Membaca tu kan amalan mulia, jadi apa kata sambil membaca artikel yang ada di CASHZINE ni, kita dapat collct duit.



Caranya mudah saja.


1)korang install je apps cashzine dkt playstore.
2)sign up macam biasa! Part ni senang je.
3)masokkan code so that korang boleh dapat 800 coins tau! Bnyak gila!..ni code untuk korang masokkan:1499796
Jangan lupa guna code ni sbab nk dpat bnyak coins.
4)baca ap2 articles,scroll sampai bulatan coin penuh and repeat..
Senang je kan??!..... yang penting, tidak perlukan modal langsung uols

Nak download CASHZINE mudah je di apps PLAYSTORE untuk android.



Ni adalah contoh untuk withdraw duit. Pilih Bank, masukkan no akaun dan nama untuk nombor akaun tersebut. Mudah sangat.


Semalam Kak Feni semak guna maybank2u duit dah masuk. Haha walau hanya RM1 sahaja, siapa nak bagi khen ??

Jom korang cepat-cepat install dan jangan lupa masukkan code referral : 1499796 untuk dapatkan 800 coins. Best best best ! Jom ajak kawan-kawan yang lain untuk dapat pendapatan sama macam kita.


June 14, 2019

Salam Jumaat 10 Syawal 1440 Hijrah

Alhamdulillah syukur sebab masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah yang indah ini. Setiap hari adalah peluang dan ruang untuk menambah nilai dalam kehidupan. 

Kadang-kadang kegagalan dan kekecewaan semalam menjadikan hidup kita lebih indah dan bahagia. Kalau kita tak hadapi kesusahan, kita tak tahu betapa bernilainya apa yang kita ada sekarang. Menghargai setiap apa yang Allah bagi dalam hidup ini menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur dan merendah diri.

Setinggi mana pun kita berada, jangan lupa untuk tunduk dan sujud pada yang Maha Esa kerana apa yang kita ada hari ini adalah atas nikmat dan kasih sayang Allah. Berusaha dan berdoa menjadikan kita hamba yang taat dan hina.

Photo : Kredit to OWNER

Hidup ini ajaib. Kadang-kadang apa yang kita mahu tak dapat namun Allah sentiasa bagi yang terbaik dan termampu oleh kita. Jangan dipersalahkan takdir hidup ini. Ada sebab kenapa begini dan begitu terjadi. 

Tanya pada diri sendiri, apa yang sebenarnya aku mahu dalam hidup ini. Adakah ingin mengejar dunia semata-mata atau pun ingin bahagia di alam sana. Kita sebagai muslim yang ada agama dan tuhan sentiasa ada Allah dalam hati. Berbalik pada Allah andai tersalah langkah. Perbetulkan kembali apa yang salah dan mulakan hidup baru setiap hari.

Kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Kena usaha dan berdoa agar dipermudahkan segalanya. Hiduplah seadanya dan bahagia. 




Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...