September 7, 2018

8 Cara Mudahnya Menjemput Rezeki

Semalam Kak Feni buka-buka youtube untuk dengar ceramah agama. Maklum sajalah Kak Feni ni kan jarang sangat boleh keluar. Boleh tengok online jela untuk menambah ilmu. Kak Feni kongsikan disini supaya sama-sama kita amalkan.

Menjemput rezeki itu lebih mudah dari mencari rezeki. Macam kita nak tangkap rama-rama, jenuh kita berlari sana sini. Tak dapat-dapat. Kalau kita tahu cara yang betul. InshaAllah rama-rama itu sendiri akan datang. Bagaimana ? Buat apa yang rama-rama suka. Apa yang rama-rama suka ? Bunga. Ya bunga. Tanamlah bunga banyak-banyak. Hias cantik-cantik. Dengan sendirinya rama-rama akan datang ke tempat kita. Begitulah ibaratnya cara kita menjemput rezeki.

Antara cara mudahnya menjemput rezeki ialah :-


1. Betulkan niat.

Perbetulkan niat kita untuk mendapatkan sesuatu. Contohnya kalau kita nak banyak duit. Duit tu untuk apa ? Kita kena niat untuk buat Allah sayang dengan kita. Macam dapat duit banyak supaya dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan. Nak banyakkan bersedekah dan berzakat. Bukan nak dapat duit banyak sebab nak bermegah di dunia ini.

2. Banyakkan Bersedekah

Sedekahlah dengan ikhlas hati untuk mendapat kasih sayang Allah. Ikhlaskan hati dan percaya bahawa Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Sesungguhnya "tidak akan miskin seseorang itu dengan bersedekah". Malah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Bersangka baiklah dengan Allah.

3. Solat awal waktu

Jaga solat kita. Bila kita jaga hubungan dengan Allah. Allah akan jaga kita. Kita akan rasa keberkatan waktu dengan solat awal. Terasa masa itu berlalu dengan perkara yang bermanfaat.

4. Amalkan Surah Al-Waqiah

Ajari diri untuk amalkan surah Al-Waqiah setiap malam. Anak-anak pun harus diajar untuk mengamalkan surah ini. Banyak kelebihan bila kita amalkan surah Al-Waqiah ini. Antaranya ialah memberi kekayaan bukan sahaja dunia malah akhirat.

5. Solat Dhuha

Lakukan solat sunat Dhuha 4 rakaat atau lebih setiap hari. Minimum 2 rakaat sehari, inshaAllah Allah akan cukupkan keperluan kita untuk hari itu.

6. Solat Tahajud

Bangun pada 2/3 malam untuk bersujud dan meminta agar Allah mengabulkan segala permintaan kita. Bangun solat 2 rakaat dan berdoa memohon diberikan kebaikan atas segala apa yang kita inginkan. Berbicaralah dengan Allah apa sahaja permintaan atau masalah yang kita hadapi.

7. Solat Sunat Hajat

Selepas solat tahajud lakukan solat sunat hajat untuk memohon bantuan dari Allah. Lagi banyak kita memohon kepada Allah lagi Allah suka. Allah suka kepada hambanya yang merayu dan memohon bantuan dariNya. Kita hamba dan DIA adalah tuhan kita.

8. Bertaubat

Kadang-kadang rezeki kita tersekat disebabkan oleh dosa-dosa kita yang lalu. Jadi bertaubatlah kepada Allah untuk memohon petunjuk dan hidayah dariNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambanya. Lakukan solat sunat taubat dan bertaubat nasuha untuk terus berubah menjadi insan yang lebih baik. Buat sesuatu kerana ingin mendapat cinta dan kasih sayang Allah.

Percayalah bila kita dekatkan diri dengan Allah. Buat apa yang Allah suka, inshaAllah akan terbuka banyak pintu rezeki dari sumber-sumber yang kita tidak sangka-sangka. Yakin dengan kasih sayang Allah melebihi dari kasih sayang sesama makhluk.




September 6, 2018

BERMUSAFIR DI BUMI TUHAN











SET BERSALIN SHAKLEE

SET BERSALIN SHAKLEE sangat terkenal dengan keberkesanannya. Ia mampu memberi tenaga kepada ibu berpantang supaya kekal cergas sepanjang hari. Maklum sajalah bila dah bersalin ni, banyak tenaga yang digunakan untuk meneran (bagi yang bersalin secara normal).

Tahun ni banyak promosi yang Shaklee tawarkan untuk pengguna. SET BERSALIN SHAKLEE 2018 lebih meriah dengan promosi. Ini adalah untuk membantu para ibu supaya dapat menyusukan bayi sehingga 2 tahun seperti yang disarankan oleh doktor. 

Antara suplemen yang terdapat dalam SET BERSALIN SHAKLEE ialah :

10131 Vita-Lea® Iron Formula
11003 ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
10104 Sustained Release Vita-C Plus™
10236 OmegaGuard™
10164 B-Complex
10128 OsteMatrix™


Suplemen dalam set bersalin ini boleh diamalkan sejak awal kehamilan lagi. Kadang-kadang ibu hamil mengalami perubahan hormon yang sangat ketara seperti cepat letih, lemah dan lesu. Nak-nak pula yang kena pula "morning sickness". Jadi boleh untuk kembalikan tenaga dan juga mencukupkan nutrisi ibu dan anak, suplemen ini sangat-sangat membantu.

SET BERSALIN SHAKLEE ini bukan hanya untuk bersalin normal. Untuk yang bersalin secara pembedahan atau czer pun boleh amalkan. 


Untuk mendapatkan SET BERSALIN SHAKLEE ini boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

September 5, 2018

PERTAMA KALI KE KLINIK KESIHATAN KUALA LUMPUR


Hari ni Kak Feni ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar untuk Adik Rayyan. Ni adalah pertama kali ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Sebelum ni kami ke HKL atau pun Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat. 

Oleh kerana abah terpaksa masuk kerja sekejap, kami pun terus ke HKL. Selesai kerja kami terus ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang terletak di  JALAN TEMERLOH, TAMAN TASIK TITIWANGSA,53200 KUALA LUMPUR. Klinik ni mula beroperasi sejak April 2017. Dah setahun lebih dah pun.

Kami buat pendaftaran pukul 11.00 pagi dan selesai pukul 12.20 tengahari. Memang cepat dan mudah sangat. Ubat-ubatan pun bagus .Oleh kerana Kak Feni dan suami tak berkerja di sektor awam, kami dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Kalau orang kerja kerajaan tiada cas dikenakan. 

Keadaan di sini sangat luas dan selesa. Banyak tempat dan khas untuk tujuan masing-masing. Kak Feni tengok ada klinik ibu dan anak, klinik pesakit luar dan macam-macam lagi tak sempat nak pusing habis sebab anak kurang sihat kan.

Di tengah-tengah ada taman permainan untuk anak-anak. Anak-anak Kak Feni pun apa lagi tak lepaskan peluang untuk bermain di situ. Larang pun tak guna sebab diorang ni memang pantang jumpa taman permainan, mesti nak main. Kak Feni dan suami pun kasi can la. Bukan apa Kak Feni risau dengan virus yang macam-macam sekarang ni. HFMD la, demam la, selesema la. Takut sangat. Lepas main Kak Feni pastikan diorang cuci tangan bersih-bersih. Nak keluar di pintu masuk tu ada guard yang jaga dan letakkan sanitizer. Jadi kami pasti sapu tangan sendiri dan anak-anak dengan sanitizer ni sebelum keluar.

Parking di sini banyak dan selesa. Lebih efisyen macam hospital swasta. Bayaran pun jauh lebih murah berbanding kita pergi klinik swasta. Alhamdulillah anak-anak Kak Feni serasi dengan klinik kerajaan ni. Kadang-kadang je terpaksa pergi swasta sebab kekangan waktu kerja. 

Klinik ni buka sampai pukul 9.30 malam. Jadi memang sangat-sangat membantu meringankan rakyat yang berpendapatan sederhana macam Kak Feni ni. 


September 4, 2018

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2018

Untuk promosi Shaklee bulan ni #ShakleeBaby masih sama dengan bulan lepas. Buy 1 free 1. Memang berbaloi-baloi untuk mama yang sedang mencari bahan mandian yang bebas bahan kimia bahaya serta paraben untuk anak-anak.


Jom becantik-cantik dengan produk SKIN CARE YOUTH. Sesuai untuk kulit wanita Asia. Ianya diuji secara klnikal dan selamat untuk digunakan.



Suplemen untuk kuatkan tulang, gigi dan juga kuku boleh amalkan Ostematrix. Banyak lagi kebaikan OSTEMATRIX untuk kesihatan. Rujuk sini.



Bagi ibu-ibu hamil yang memerlukan suplemen bagi menambah tenaga semasa hamil dan berpantang boleh amalkan PRENATAL SET.


Untuk info lanjut berkenaan dengan produk serta membuat pesanan boleh terus kontek Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Segmen Top Commentators Blog Niey



Jom support sahabat blogger kita. Klik link banner untuk join.

TERUJA NAK BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND LAGI

Assalamualaikum.

InshaAllah lagi 10 hari kami bertolak ke Cameron Highland. Lama dah kami book tempat penginapan sempena cuti banyak bulan September ni kan. Harapnya berjalan dengan lancar. Jadinya Kak Feni bertanggungjawab untuk membuat itinerary bagi percutian kami ni.

Untuk memudahkan Kak Feni membuat itenarary ni Kak Feni pun meluangkan masa meng"Google" tempat-tempat menarik di Cameron Highland. Walaupun berpuluh kali ke CH memang tak pernah puas dan serik nak pergi lagi.


Walaupun banyak tempat yang menarik di CH ni, kami mengambil keputusan untuk pergi beberapa tempat je sesuai dengan masa kami. Bukan apa, taknak rasa tertekan dan stress. Nak pergi bercuti nak rilek-rilek dan santai-santai je. Kalau pergi dengan tergesa-gesa nak kejar masa memang tak seronok dan stress. Jadi kali ni kami plan nak ke 6 buah tempat je.

Kali ni Kak Feni ke sana dengan keluarga mentua. Ni adalah kali kedua Kak Feni bercuti dengan mereka di CH. Kali pertama dulu masa Abang Aus berumur setahun dan baru boleh jalan.

Entah kali berapa dah kami pergi ke CH ni. First time Kak Feni sampai masa tingkatan 3. Tu pun dengan rombongan sekolah. Terasa seronok sangat bila dapat berjalan dengan kawan-kawan. Beli buah strawberi dan bunga segar. Rasa bangga sangat boleh pergi CH.

Seronok bila pergi dengan rombongan sebab boleh rilek-rilek dan tidur dalam bas. Bila pergi sendiri macam sekarang ni, takkan nak biarkan suami drive sorang-sorang (walaupun kadang-kadang terlena juga).

Cuaca di CH yang sejuk dan segar, penuh dengan kehijauan tanamannya memang sentiasa menggoda dan mendamaikan. Pergilah berjuta kali pun tetap menjadi pilihan hati. 

Ni kami nak pergi musim cuti sekolah (hari satu Malaysia) tak tahulah jalan macam mana. Kena bawa bekal siap-siaplah nampak gayanya. Buatnya jalan jam macam kami pergi dulu naya. 



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...