August 10, 2018

MOTIVASI HARI INI : 5 SIKAP POSITIF UNTUK BERJAYA


Bangun pagi, gosok gigi dan mulakan tugas harian dengan sempurna. Kadang-kadang ada juga suara jahat yang menyeru supaya jangan buat baik. Jangan solat subuh. Jangan pergi kerja. Duduk je di rumah. Rehat-rehatkan badan dan otak. Hahaha memang selalu sangat perkara jahat itu bermain di kepala.

Kita ni kalau nak buat benda baik memang rasa susah sangat. Payah bebenor nak konsisten dan terus buat baik. Kalau buat benda yang tak elok tu mudah je. Macam tu lah hidup ni. Kalau diri sendiri pun tak boleh nak kontrol apa yang kepala kita fikir memang mudahlah gagal hidup kita ni.

Macam mana kita nak kontrol diri dan minda kita ? Mudah je bersihkan fikiran dengan apa benda yang semak-semak di kepala. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan. Ulang sehingga betul-betul tenang. Kepala serabut memang tak boleh nak bertenang tapi kalau kita bijak mengawal, inshaAllah semuanya akan baik-baik saja.


Orang yang bijak mengawal perasaan dan hawa nafsu sendiri adalah orang yang berjaya. Bila dia yang kontrol emosi dia maknanya dia berjaya kontrol hidup dia.

5 SIKAP POSITIF UNTUK BERJAYA


1. Prinsip PMA (Positive Mental Attitude)

Kegagalan adalah satu proses kejayaan, tetapi yang paling penting adalah bagaimana dan berapa cepat kita bangkit dari kegagalan atau cabaran. Your respond matters.

2. Passion atau Enthusiasm

Bersemangat dan ghairah dengan apa yang dilakukan.

3. Tidak ada perkataan "TIDAK BOLEH" di dalam kamus hidup anda

Hendak seribu daya. TIDAK BOLEH bermaksud salah satu daripada 4 perkara di bawah :-
i) Saya tidak mahu melakukannya.
ii) Saya malas atau dah biasa malas.
iii) Tidak kisah (sikap -ve)
iv) Bukan masa yang sesuai (alasan)

4. Jika tidak ada tindakan, mana mungkin ada perubahan

Hanya dengan action (tindakan) maka akan ada equal reaction (tindak balas yang sama), itu kata Einstein. Tindakan kecil, hasilnya kecil. Tindakan BESAR ? Hasilnya BESAR !

5. Stickativity

Ia adalah daripada "Stick" + "Activity". Buat sesuatu sehingga habis. Orang yang buat sesuatu separuh jalan tidak akan nampak hasilnya.






August 9, 2018

PENGUMUMAN : CHEWABLE-C PLUS IS BACK


Dah lama sangat Chewable-C plus ni dihentikan penjualan stoknya bukan sebab tak bagus tapi tunggu nak buat baru. Memang menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak.

KEBAIKAN CHEWABLE-C PLUS 


✿ Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti-oksidan tubuh.
✿ Menyokong intergriti sel-sel.
✿ Menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang, gusi, otot-otot dan salur darah.

Dengan mengunyah Shaklee Chewable-C Plus, air liur akan memudahkan pemecahan vitamin C, menyediakannya untuk serapan sebaik saja ianya tiba di usus kecil. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan dengan mengunyah amaun kecil vitamin C setiap hari akan menghasilkan serapan yang tinggi.

PERBEZAAN SHAKLEE 


Bioflavonoid dan "Rose Hip" ditambah untuk mempertingkatkan fungsi vitamin C dan menghalang oksidasi vitamin C di dalam tubuh. Oleh keranavitamin C semulajadi di temui dalam makanan bersama-sama dengan faktor lain yang berkaitan, Shaklee meniru alam semulajdi dengan menambah Bioflavonoid dan "Rose Hip" antara sebatian yang mengandungi vitamin C yang berkait rapat sesama sendiri.



Hubungi Kak Feni untuk dapatkan suplemen Vitamin C hari ini.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

KEBAIKAN HERBAL BLEND SHAKLEE

Kak Feni nak cerita tentang satu krim yang sangat-sangat bagus untuk kulit terutamanya untuk kulit bayi yang sangat-sangat sensitif. Herbal Blend adalah satu krim yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang bebas bahan kimia bahaya. Ianya sesuai untuk kegunaan luar seperti terkena gigitan serangga, ruam-ruam gatal dan juga membantu dalam mengecutkan jerawat. Jadi memang patut simpan satu di rumah.


ANTARA KEBAIKAN HERBAL BLEND SHAKLEE 

✿ Membantu melegakan ruam-ruam pada bayi.
✿ Melembutkan tumit kaki yang kasar.
✿ Melegakan kulit gatal.
✿ Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox.
✿ Merawat kesan luka melecur.
✿ Menyejukan badan ketika demam
✿ Melegakan pijar lada.
✿ Boleh digunakan sebagai losyen harian.
✿ Masalah ekzema.



KENAPA HERBAL BLEND PERLU DIJADIKAN PILIHAN IBU-IBU ?

✿ Ekstrak herba semulajadi.
✿ Ianya halal dan selamat.
✿ Bebas paraben.
✿ Tanpa steroid.
✿ Rasa dingin pada kulit.
✿ Tidak berminyak dan melekit.
✿ Aroma yang menyenangkan.
✿ Mudah meresap ke dalam kulit.
✿ Ringan dan mudah di bawa kemana sahaja.
✿ Sesuai untuk semua golongan.
✿ Ianya mudah digunakan.


Tumbuhan Herba Dalam Krim Herbal Blend


Antara herba semulajadi yang terkandung dalam 1 tiub krim serbaguna herbal blend ni adalah:

✿ Horse chestnut (Aculus hippocastanum) – seed extract
✿ Sage (Salvia officinalis) – leaf extract
✿ Rosemary (Rosmarinus officinalis) – leaf extract
✿ Nettle (Urtica dioica) – plant extract
✿ Matricaria (Chamomilia recutita) – flower extract
✿ Lemon balm (Melissa officianalis) – plant extract
✿ Equisetum hyemale – plant extract
✿ Coltsfoot (Tussilago farfara) – leaf extract


Boleh juga rujuk TESTIMONI HERBAL BLEND.

Kalau dalam set kulit, Kak Feni akan sarankan ambil Herbal Blend ini sebagai kegunaan luar selain mengamalkan suplemen untuk kulit seperti ESP, Vitamin C, Vitamin E dan juga B-Complex mengikut kesesuaian keadaan dan bajet masing-masing.

Bagi ibu yang sedang sedang mengandung dan berpantang. Herbal Blend ni sesuai dijadikan pelincir ketika mengurut. Bukan sahaja untuk ibu malah bayi pun boleh merasai kebaikan Herbal Blend ni.

Untuk mendapatkan Herbal Blend Shaklee ni boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 8, 2018

7 KELEBIHAN KENAPA KITA PERLU MENGERJAKAN UMRAH



Kelebihan Mengerjakan Umrah Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah.

Di antaranya ialah :

1. MENJADI TETAMU ALLAH 


Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : "Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN 

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah : "Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH 

Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : "Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"

4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI 

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : "Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"

5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN 

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"

6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU) 

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah" Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : "Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah" (Al-Bukhari)

7. PENGHAPUSAN DOSA 

Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : "Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

๐Ÿ“ฎJoin Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

AMALAN HARIAN

AMALAN HARIAN
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
๐Ÿ”ด Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.
๐Ÿ”ด Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin.
๐Ÿ”ด Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.
๐Ÿ”ด Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).
๐Ÿ”ด Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.
๐Ÿ”ด Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’.
๐Ÿ”ด Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin.
๐Ÿ”ด Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah.
๐Ÿ”ด Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk.
๐Ÿ”ด Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
๐Ÿ”ด Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut.
๐Ÿ”ด Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.
๐Ÿ”ด Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh.
๐Ÿ”ด Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja.
๐Ÿ”ด Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, bagi perempuan mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’.
๐Ÿ”ด Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu.
๐Ÿ”ด Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin

Kak Feni copy paste. 

BACAAN GULA DALAM DARAH NORMAL

Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan mata, gingal, saraf dan saluran darah. Penting untuk kita dalam mengawal bacaan gula dalam darah supaya dapat mengelakkan dari terkena penyakit kencing manis.

KESAN KADAR GULA TERLALU RENDAH DALAM DARAH :-


☼ Kulit pucat
☼ Berpeluh
☼ Cepat letih
☼ Gelisah
☼ Kurang daya fokus
☼ Mudah marah
☼ Jantung berdebar
☼ Kekejangan
☼Tidak mampu berdiri atau berjalan

KESAN KADAR GULA TERLALU TINGGI DALAM DARAH :-


☼ Berat badan berkurang
☼ Nafsu makan meningkat
☼ Letih
☼ Dahaga
☼ Sering buang air kecil
☼ Mudah gelisah
☼ Penglihatan kabur
☼ Kulit kering, kemerahan dan terasa panas

SUPLEMEN YANG MEMBANTU DALAM MENSTABILKAN KADAR GULA DALAM DARAH



Cegah sebelum parah. Selain mengamalkan suplemen, kita juga disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, elakkan merokok dan minum minuman keras, bersenam dan berfikiran positif untuk kekalkan tahap kesihatan.

*suplemen bukanlah ubat, ianya makanan tambahan yang mencukupkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.



Berminat untuk mendapatkan SET DIABETIS atau produk Shaklee yang lain boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...