October 30, 2017

CARA BROADCAST WHATAPPS TERUS KEPADA CUSTOMER

Alhamdulillah hari ni 27/10/2017 berjaya blast wassap kepada semua kenalan di list wassap. Sebelum ni leceh sebab dok pm sorang-sorang.

Benda ni dah belajar lama dah tapi tak apply pun. Sangat rugi sebab ilmu yang bermanfaat tidak digunakan. So, hari ni buat ayat untuk promo ESP dan terus send ke dalam broadcast ni. So, nama-nama contact yang ada dalam broadcast tu akan terima la wassap kita. Dengan syarat contact nama tu dia pun save contact nama kita.

Tak penat la kita nak pm sorang-sorang. Sekali send 20 orang dapat. Samada dapat respon atau tidak itu terpulang. Yang penting, kita dah buat kerja kita.

Sebagai peniaga online yang sentiasa kena bersaing dengan orang lain. Kita perlu pantas dalam bab-bab teknologi ni. Kalau lambat kena tinggal.

Jadi sentiasalah berusaha untuk menjadi yang lebih kedepan dan terbaik. InsyaAllah tidak akan sia-sia segala usaha kita. Mana tahu dalam 20 orang contact nama yang kita blast promo tadi berminat. Bukan ke masyuk tu.

Mudah je nak buat broadcast ni. Sebelah kiri atas kan ada titik 3 titik. Klik situ akan keluar list macam dalam gambar.



Kemudian pilih New broadcast. Kemudian pilihlah nama contact dalam list tu. Kemudian bila ada promosi untuk produk yang kita jual tu bolehlah terus blast. Semudah abc kan.

Selamat mencuba !


BAHAYA HFDM KEPADA ANAK-ANAK DAN CARA MENCEGAHNYA

Semalam ada kelas bersama Cikgu Neesa. Alhamdulillah diberi pendedahan tentang bahaya penyakit ini. HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh merebak melalui sentuhan.


HFMD adalah topik paling HOT kalau di taska. Orang kata SERIAU la kalau taska suspect tiga kanak kanak HFMD TASKA akan ditutup selama sepuluh hari bekerja. 

Definisi HFMD? 

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan : 


* cecair hidung
* air liur
* lepuh (blister) 
* najis kanak-kanak yang dijangkiti 
* sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti :


* demam, 

* luka (ulcer) di mulut, 

* ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

* Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan

✅pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). 

✅Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya


Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga


* Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. 

* Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. 

* Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.

*  Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. 

* Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Langkah Pencegahan


💝Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. 

💝Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

💝Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

💝Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

💝Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

💝Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.

💝Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

💝Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda HFMD.

Produk Shaklee yang boleh digunakan ialah : 

-----------------------------------
1. Basic H untuk pembersihan. Titiskan beberapa titik Basic H ke dalam air mandian dan siram. Barang-barang mainan juga boleh dicuci dan dibilas dengan Basic H.

2. Nutriferon - Untuk meningkatkan antibodi anak-anak.

3. Meal shake - Membantu dalam memberikan tenaga dan mempercepatkan proses penyembuhan. Boleh dibancuh sebagai minuman penambah tenaga.

4. Vita C chew - Membantu meningkatkan kesihatan kanak-kanak. Menguatkan sistem imun dan membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan.

5. Herbal Blend boleh disapu pada ruam-ruam HFMD. Membantu ruam cepat kering dan mengelakkan kulit berparut.


Jom baca kisah Nurul Husna tentang HFDM.


Bercerita pasal HFMD lagi...
Dulu masa 1st time kakak kena HFMD..
Mula2 ingatkan ruam je...
Tapi bila cek ruam2 tu hanya ada kat tangan, tapak kaki dan dalam mulut..
Terus dapat agak tu adalah HFMD.

Cepat2 pergi klinik untuk dapat diagnos dari doktor..
SAH !!
Memang HFMD..


Banyak jugak la dapat ubat dari doktor..
Termasuk krim..
Masa tu dah jenuh fikir..

Macam mana la nak bagi kakak makan ubat..
Dia dahlah penakut makan ubat..
Dah telan pun dia boleh muntah balik..


So no solution..
Saya terpaksa abaikan ubat2 klinik..
Dan ikhtiar dengan vitamin shaklee sahaja iaitu nutriferon.
Alhamdulillah nutriferon banyak membantu..


Kali ke2 kakak kena masa tu baru balik dari bercuti..
Kalau dah pergi hotel..
Anak2 gerenti nak mandi kolam..


Mula2 nampak bintik2 merah dah stat baik kat kaki..
Badan dia makin lemah macam nak demam.
Cepat2 saya bagi nutriferon..

Bukan tak nak refer doktor..
Dapat ubat nanti memang sah2 dia tak makan..
Alhamdulillah esoknya bangun pagi terus aktif macam biasa..


Produk Shaklee adalah produk makanan tambahan yang semulajadi yang diuji selamat untuk diamalkan. Ia adalah alternatif untuk membantu dalam proses menyembuhkan. Ianya bukan ubat.

Nak cuba produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni +601115672780





SUPLEMEN MILKBOOSTER TERBAIK UNTUK IBU MENYUSU

Jenuh godek henpon nak cari gambar ni sebab semua gambar hilang bila handpon tiba-tiba hang dan jem beberapa hari lepas. Alhamdulillah jumpa juga.


Gambar ni selepas beberapa minggu amalkan ESP dan Alfalfa sebagai suplemen untuk MILK BOOSTER. Kerana 2 suplimen ni lah Feni terus jatuh cinta dengan Shaklee.


Sebelum tu memang stress gila sebab susu badan memang kurang sebab dah masuk kerja. Stok EBM di rumah pulak makin susut makin susut. Adik Rayyan pulak masa tu memang taknak susu lain selain susu badan. Sampai sekarang pun masih menyusu.

Macam-macam ikhtiar Feni buat untuk menambah susu badan. Ada yang okey dan ada yang tidak. Yang ingat selalu minum sayur betik memang milk booster terbaik. Tapi bila dah kerja keluar pagi balik malam kadang-kadang tak sempat nak buat.

Jadi mintak tolong kawan-kawan suggest suplemen untuk milk booster. Yang mudah dan tak rumit nak membuatnya. Banyak jugak kawan-kawan rekemen. Try and error.

Last-last berbalik dengan Alfalfa dengan ESP sebab sangat mudah dan senang bagi Feni yang sibuk dengan kerja ni. Feni ambil Alfalfa 10 biji sehari dan minum ESP sebelum, semasa dan selepas pam susu.

Dengan ilmu yang betul tentang breastfeed, alhamdulillah Adik Rayyan dapat susu badan sampai la umurnya lebih dari 2 tahun.

Sesiapa yang ada masalah susu badan merudum, stok ebm tiada, susu cair atau sama dengan Feni. Mehla kontek Feni. InshaAllah Feni bantu dengan ilmu yang ada.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


October 28, 2017

COACHING ONLINE DAN COACHING OFFLINE BANYAK BEZANYA

Alhamdulillah hari ni dipermudahkan segala urusan untuk bertemu dengan mentor kesayangan ramai. Pengalamannya dalam bidang networking sangat luas. Dia banyak mengajar kami dalam team bintang untuk buat bisnes shaklee secara online.

Dari jauh dia datang untuk jumpa dengan Mak Jemah. Banyak ilmu yang dia sampaikan. InshaAllah sangat Mak Jemah hargai.


Sambil makan, jumpa boleh kami buat plan untuk berjaya dalam Shaklee. Nak berjaya dalam Shaklee tak susah namun tak mudah sebab bukan senang nak senang. 

Dalam pertemuan ini, dia tanya adakah kamu sudah duplicate semua yang mentor buat? Kita dalam menjual ni tak boleh malu sebab kita jual produk yang baik. Bukan saja kesihatan malah dari segi kehidupan juga. Macam-macam tips yang dia buat untuk capai segala impian. 

Memang rasa susah sangat. Tapi bila kita dah capai apa yang kita impikan itu. Betapa manisnya. Dia cakap dulu mana ada shaklee2u macam sekarang. Orang order kita boleh terus klik klik. Kalau nak barang kena pergi branch. Beratur panjang nak buat order. 

Sekarang ni senang, nak signup member baru pun mudah je. Online pun boleh. 100% atas talian pun boleh buat duit. Surirumah pun boleh buat sebab masa nak bisnes shaklee ni memang flexible. Boleh ikut waktu kita.

Semuanya atas diri sendiri. Nak berjaya memang kena banyak berkorban. Kejayaan tidak datang sendiri. Kena usaha, kalau tak usaha adakah berkat apa yang kita perolehu itu.

Dalam Shaklee, kita kena berjumpa orang. Berinteraksi dengan orang. Kena touch hati mereka. Kita berniaga bukan sekadar touch and go. Kita akan sentiasa berhubung untuk kekalkan silaturahim.

Terima kasih Mak Bintang. Doakan kejayaan aku.

October 26, 2017

BELAJAR BUAT DUIT DENGAN BLOG BERSAMA DENGAN RAKAN-RAKAN BINTANG

Alhamdulillah semalam berlangsungnya kelas untuk info dan maklumat tentang kanser serviks yang telah dibentangkan oleh seorang sahabat Feni dalam #teambintang iaitu Suhana.


Nak tulis info berkenaan dengan masalah dan juga produk yang sesuai juga perlukan maklumat yang betul dan tepat.

Dibawah adalah list untuk kelas wassap yang akan kami bentang dan bincangkan dalam group. Bila dah ada info tentang sesuatu perkara itu bolehlah kami share dalam blog.


Best sangat menulis di blog ni sebab in case lah kedepan hari FB ke ig ke dibubarkan macam friendster atau myspace zaman-zaman remaja dulu. Atleast ada backup untuk cari makan lagi. Sebab tu lah kami dalam group memang tekankan banyak menulis di blog.

Antara sebab kenapa Feni suka menulis di blog berbanding di FB boleh BACA SINI.

Dalam group #TeamBintang juga kami banyak belajar tentang :

✔ Menulis untuk buat duit
✔ Menjadikan blog sebagai kedai online yang sentiasa open 24 jam sehari
✔ Menarik trafik supaya mengungjungi blog
✔ Entry yang berpengaruh
✔ Mesra Google


Berminat untuk menjadi sebahagian dari ahli #teamBintang bolehlah menghubungi Feni :

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


PRODUK SKINCARE TERBARU SHAKLEE

Sungguh teruja bila tau tak lama lagi Shaklee akan keluarkan produk Skincare yang lebih baik dan lebih bagus. Kalau sebelum sudah bagus yang akan datang nanti mesti lebih baik.

Produk NutriWhite dan Enfuselle dan habis stok dan tiada lagi di Malaysia. Kalau ada pun yang stok sendiri.


Jom tengok video. 


Tak sabar nak tunggu produk ni masuk Malaysia. Mungkin bulan depan atau bulan 12 atau bulan 1 tahun depan. Mak Jemah belum dapat info lagi. Tapi yang pastinya Mak Jemah memang tak sabar nak cuba dia punya BB cream. Kalau sekarang kulit muka dah nampak better and better. Lepas pakai BB cream mesti lagi better kan.

Ini rupa BB Creamnya.

Maklumlah bila dah semakin meningkat umur ni. Bab-bab nak jaga kesihatan dan kecantikan memang kena jaga. Rasa beruntung pulak bila amalkan produk Shaklee ni. Secara tak langsung boleh buat duit tambahan serta menjaga kesihatan diri.

Eh eh silap pulak. Bukan diri je tau. The whole family pun rasa best sangat produk Shaklee ni. Anak-anak memang amalkan MealShake & Omega sebagai suplemen harian diorang. 

Okeylah nanti masuk je Shaklee Youth Skincare ni terus Mak Jemah war-warkan di blog mahupun fb. Jangan risau mesti riuh rendah gen-geng Shaklee dok promot sebab excited.

Nak cantik, gebu gebas jangan malu nak kontek Feni ya ?

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

TANDA-TANDA KANSER SERVIKS DAN CARA MENGURANGKAN KOMPLIKASINYA



Serviks berada di bahagian bawah rahim yang bersambung dengan faraj. Ada jugak yang panggil kanser serviks ni kanser pangkal rahim. Keduanya adalah perkara yang sama.


Punca-punca kanser serviks :-

✿ Seks rambang
✿ Berat badan berlebihan
✿ Penggunaan pil perancang
✿ Genetik
✿ Merokok
✿ Imuniti badan yang lemah
✿ Kehamilan pertama pada usia muda
✿ Kehamilan jarak dekat


Cara menjaga kebersihan :


✔ Kerap menukar seluar dalam
✔ Kerap tukar pantyliner
✔ Kerap tukar pad
✔ Cuci dengan air bersih

Tanda-tanda kanser serviks


♀ Pendarahan pada faraj secara tidak normal
♀ Faraj mengeluarkan sesuatu cecair pekat ataupunlendir yang berbau
♀ Berasa sakit ketika melakukan hubungan seks
♀ Kesakitan yang berlarutan pada pelvis ketika haid
♀ Sakit ketika buang air kecil
♀ Tempoh haid yang lama dan pendarahan yang pekat dan banyak
♀ Kehilangan berat badan secara mendadak
♀ Badan terasa lemah dan lesu

Suplemen yang membantu mengurangkan komplikasi kanser serviks :-


Vivix - membantu pesakit untuk meningkatkan imunisasi selepas buat kimo

ESP - Protein yang membantu untuk pembinaan sel dalam badan dengan baik.

Vitamin C - Membantu melawan sel-sel kanser dan imunkan badan.

Carotomax - Meningkatkan rintangan terhadap infection dan bahan-bahan yang menyebabkan kanser.

Garlic Complex - Merencatkan keupayaan kuman dan bakteria untuk membesar dan berkembang.

Alfalfa Complex -  Memperlahankan dan seterusnya menghentikan penyebaran sel kanser.

Nutriferon - Pelindung imunisasi badan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk Shaklee dan suplemen bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...