October 28, 2017

COACHING ONLINE DAN COACHING OFFLINE BANYAK BEZANYA

Alhamdulillah hari ni dipermudahkan segala urusan untuk bertemu dengan mentor kesayangan ramai. Pengalamannya dalam bidang networking sangat luas. Dia banyak mengajar kami dalam team bintang untuk buat bisnes shaklee secara online.

Dari jauh dia datang untuk jumpa dengan Mak Jemah. Banyak ilmu yang dia sampaikan. InshaAllah sangat Mak Jemah hargai.


Sambil makan, jumpa boleh kami buat plan untuk berjaya dalam Shaklee. Nak berjaya dalam Shaklee tak susah namun tak mudah sebab bukan senang nak senang. 

Dalam pertemuan ini, dia tanya adakah kamu sudah duplicate semua yang mentor buat? Kita dalam menjual ni tak boleh malu sebab kita jual produk yang baik. Bukan saja kesihatan malah dari segi kehidupan juga. Macam-macam tips yang dia buat untuk capai segala impian. 

Memang rasa susah sangat. Tapi bila kita dah capai apa yang kita impikan itu. Betapa manisnya. Dia cakap dulu mana ada shaklee2u macam sekarang. Orang order kita boleh terus klik klik. Kalau nak barang kena pergi branch. Beratur panjang nak buat order. 

Sekarang ni senang, nak signup member baru pun mudah je. Online pun boleh. 100% atas talian pun boleh buat duit. Surirumah pun boleh buat sebab masa nak bisnes shaklee ni memang flexible. Boleh ikut waktu kita.

Semuanya atas diri sendiri. Nak berjaya memang kena banyak berkorban. Kejayaan tidak datang sendiri. Kena usaha, kalau tak usaha adakah berkat apa yang kita perolehu itu.

Dalam Shaklee, kita kena berjumpa orang. Berinteraksi dengan orang. Kena touch hati mereka. Kita berniaga bukan sekadar touch and go. Kita akan sentiasa berhubung untuk kekalkan silaturahim.

Terima kasih Mak Bintang. Doakan kejayaan aku.

October 26, 2017

BELAJAR BUAT DUIT DENGAN BLOG BERSAMA DENGAN RAKAN-RAKAN BINTANG

Alhamdulillah semalam berlangsungnya kelas untuk info dan maklumat tentang kanser serviks yang telah dibentangkan oleh seorang sahabat Feni dalam #teambintang iaitu Suhana.


Nak tulis info berkenaan dengan masalah dan juga produk yang sesuai juga perlukan maklumat yang betul dan tepat.

Dibawah adalah list untuk kelas wassap yang akan kami bentang dan bincangkan dalam group. Bila dah ada info tentang sesuatu perkara itu bolehlah kami share dalam blog.


Best sangat menulis di blog ni sebab in case lah kedepan hari FB ke ig ke dibubarkan macam friendster atau myspace zaman-zaman remaja dulu. Atleast ada backup untuk cari makan lagi. Sebab tu lah kami dalam group memang tekankan banyak menulis di blog.

Antara sebab kenapa Feni suka menulis di blog berbanding di FB boleh BACA SINI.

Dalam group #TeamBintang juga kami banyak belajar tentang :

✔ Menulis untuk buat duit
✔ Menjadikan blog sebagai kedai online yang sentiasa open 24 jam sehari
✔ Menarik trafik supaya mengungjungi blog
✔ Entry yang berpengaruh
✔ Mesra Google


Berminat untuk menjadi sebahagian dari ahli #teamBintang bolehlah menghubungi Feni :

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


PRODUK SKINCARE TERBARU SHAKLEE

Sungguh teruja bila tau tak lama lagi Shaklee akan keluarkan produk Skincare yang lebih baik dan lebih bagus. Kalau sebelum sudah bagus yang akan datang nanti mesti lebih baik.

Produk NutriWhite dan Enfuselle dan habis stok dan tiada lagi di Malaysia. Kalau ada pun yang stok sendiri.


Jom tengok video. 


Tak sabar nak tunggu produk ni masuk Malaysia. Mungkin bulan depan atau bulan 12 atau bulan 1 tahun depan. Mak Jemah belum dapat info lagi. Tapi yang pastinya Mak Jemah memang tak sabar nak cuba dia punya BB cream. Kalau sekarang kulit muka dah nampak better and better. Lepas pakai BB cream mesti lagi better kan.

Ini rupa BB Creamnya.

Maklumlah bila dah semakin meningkat umur ni. Bab-bab nak jaga kesihatan dan kecantikan memang kena jaga. Rasa beruntung pulak bila amalkan produk Shaklee ni. Secara tak langsung boleh buat duit tambahan serta menjaga kesihatan diri.

Eh eh silap pulak. Bukan diri je tau. The whole family pun rasa best sangat produk Shaklee ni. Anak-anak memang amalkan MealShake & Omega sebagai suplemen harian diorang. 

Okeylah nanti masuk je Shaklee Youth Skincare ni terus Mak Jemah war-warkan di blog mahupun fb. Jangan risau mesti riuh rendah gen-geng Shaklee dok promot sebab excited.

Nak cantik, gebu gebas jangan malu nak kontek Feni ya ?

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

TANDA-TANDA KANSER SERVIKS DAN CARA MENGURANGKAN KOMPLIKASINYA



Serviks berada di bahagian bawah rahim yang bersambung dengan faraj. Ada jugak yang panggil kanser serviks ni kanser pangkal rahim. Keduanya adalah perkara yang sama.


Punca-punca kanser serviks :-

✿ Seks rambang
✿ Berat badan berlebihan
✿ Penggunaan pil perancang
✿ Genetik
✿ Merokok
✿ Imuniti badan yang lemah
✿ Kehamilan pertama pada usia muda
✿ Kehamilan jarak dekat


Cara menjaga kebersihan :


✔ Kerap menukar seluar dalam
✔ Kerap tukar pantyliner
✔ Kerap tukar pad
✔ Cuci dengan air bersih

Tanda-tanda kanser serviks


♀ Pendarahan pada faraj secara tidak normal
♀ Faraj mengeluarkan sesuatu cecair pekat ataupunlendir yang berbau
♀ Berasa sakit ketika melakukan hubungan seks
♀ Kesakitan yang berlarutan pada pelvis ketika haid
♀ Sakit ketika buang air kecil
♀ Tempoh haid yang lama dan pendarahan yang pekat dan banyak
♀ Kehilangan berat badan secara mendadak
♀ Badan terasa lemah dan lesu

Suplemen yang membantu mengurangkan komplikasi kanser serviks :-


Vivix - membantu pesakit untuk meningkatkan imunisasi selepas buat kimo

ESP - Protein yang membantu untuk pembinaan sel dalam badan dengan baik.

Vitamin C - Membantu melawan sel-sel kanser dan imunkan badan.

Carotomax - Meningkatkan rintangan terhadap infection dan bahan-bahan yang menyebabkan kanser.

Garlic Complex - Merencatkan keupayaan kuman dan bakteria untuk membesar dan berkembang.

Alfalfa Complex -  Memperlahankan dan seterusnya menghentikan penyebaran sel kanser.

Nutriferon - Pelindung imunisasi badan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk Shaklee dan suplemen bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 25, 2017

MASALAH GASTRIK SEBAB ALERGIK UDANG KINI TIADA LAGI


Saya seorang ibu kepada 4 orang anak yg berumur daripada 10 hingga 4 tahun. Saya juga seorang guru yang berumur 42 tahun. Dan ini adalah kisah testimoni saya yang konsisten amalkan ESP, Vitamin B Complex, Vitamin C dan juga Alfalfa.
.

Saya mula-mula kena gastric semasa saya mengandung anak sulung (2007). Dan, gastric saya hanya menyerang jika saya ada makan udang. Sebelum kahwin saya takde masalah pun jika makan udang. Malahan, udang adalah makanan favorite saya, terutamanya udang sungai. Mungkin perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan badan saya tak boleh nak terima udang. So, pendek kan cerita, saya terpaksa berpantang makan udang.
.

Selepas melahirkan anak sulung, kira2 umur anak sudah lebih 6 bulan, saya cuba lagi makan udang. Sekali lagi saya diserang gastric yang teruk. Yang mana jika saya telan Trisilox pun tak jalan.
.

Mengerekot la saya kat tilam sepanjang hari. Last2 saya telan 2 biji panadol dan 2 biji Trisilok, barulah lega sikit sakit perut tu. Tetapi, dalam masa 2 hingga ke 3 hari tu, memang saya langsung tak boleh silap makan.
.

Contohnya, saya kena makan bubur..tak boleh makan nasi biasa. Itupun dlm kuantiti yg sedikit. Tak boleh juga makan makanan yg pedas dan juga berminyak. Kalo over makan atau tersalah makan, maka gastric akan kembali datang menyerang.
.

Oleh kerana sudah berasa serik dengan kesakitan gastric, maka saya lebih rela untuk berpantang daripada makan udang sampai bila2.
.

Semasa hamil anak ke 4 (2012), saya mula mengamalkan vitamin Shaklee. Antara yg saya amalkan masa tu adalah ESP, Vitamin C dan Vitamin B. Selepas bersalin hingga tamat berpantang, saya amalkan Alfalfa selain daripada vitamin 2 yg saya amalkan sebelum ini.
.

Apabila anak saya berumur 2 tahun, sekali lagi saya cuba untuk makan balik makanan kegemaran saya sejak dari zaman anak dara lagi. Dan, saya terkejut bila selepas makan tu perut saya okey je. Takde tanda2 diserang gastrik.
.

Selang seminggu kemudian, saya cuba lagi makan udang, pun masih sama, tiada lagi diserang gastric. So, dari situlah saya sedar yang vitamin Shaklee yang saya amalkan itu telah menyebabkan gastric saya sembuh walaupun pada awalnya niat saya utk amalkan Shaklee adalah utk breastfeeding.
.

Jadi, sampai hari ini, setelah anak no. 4 saya berumur 4 tahun, saya masih amalkan Shaklee. Dan, kepelbagaian vitamin yg saya dah cuba pun makin bertambah. Hampir semua vitamin Shaklee sudah saya cuba.
.

Malahan, anak2 dan suami pun saya suruh dorang amalkan vitamin Shaklee setiap hari. Dan, sehingga ke hari ini saya amat yakin dengan kualiti vitamin Shaklee. Terima kasih Shaklee.

KREDIT TO : Supermom Shaklee Story


ANDA JUGA BOLEH MENGHUBUNGI FENI BAGI MENDAPATKAN SUPLEMEN SEPERTI DI ATAS.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




SET MENOPAUSE UNTUK WANITA

SIMPTOM MENOPAUSE DAN SUPLIMEN YANG SESUAI

1. PENDARAHAN YANG BERULANG SEHINGGA MENYEBABKAN ANEMIA
Rata-ratanya inilah simptom utama yang berlaku kepada mereka yang bakal menghadapi menopause. Pendarahan ini bermula dengan kedatangan haid dan seterusnya darah akan keluar dengan banyak sehingga lebih daripada 7 hari.
Ini menyebabkan wanita yang mengalami simptom ini akan mendapat anemia dan ada yang mengalami tekanan darah rendah.
Suplimen : Vitalea

2.MUDAH MARAH, MENANGIS DAN SANGAT SENSITIF
Ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Apabila menghampiri menopause, wanita yang mengalaminya akan mudah terganggu emosi. Selalunya wanita ini akan mudah sangat sensitif walhal untuk perkara yang kecil sahaja.
Suplimen : B Complex

3. SALURAN KENCING MUDAH MENDAPAT JANGKITAN KUMAN
Bagi wanita yang telah menopause, saluran kencing sangat mudah mendapat jangkitan.Ini berlaku disebabkan hormon estrogen dah semakin berkurang.
Suplimen : Alfalfa

4. OTEOPOROSIS DAN REPUT TULANG
Kepadatang tulang akan semakin berkurang dan ini menyebabkan tulang akan cepat patah. Hati-hati untuk mereka yang dah menopause, anda sangat memerlukan kalsium
Suplimen : Osteoporosis

5.KULIT MENJADI KERING DAN CEPAT BERKEDUT
Disebabkan paras hormon estrogen semakin berkurang, ini menyebabkan kulit menjadi cepat kering. Kulit yang kering akan menyebabkan ia berkedut.
Suplimen : Vitamin C,Gla Complex


October 24, 2017

Kebaikan ESP Untuk Ibu Yang Sibuk

Tanggungjawab seorang ibu yang bekerja dan rumahtangga adalah sangat merumitkan. Komitemen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin harian. 

5 TIPS UNTUK MEMILIH SUMBER PROTEIN YANG BETUL

1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan

Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya dikalangan warga tua.


2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah

Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak

Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. jadi, Makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO vs bukan GMO ?

GMO (Organisma yang diubahsuai secra genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses ?

Sebolehnya mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.


Kebaikan ESP yang Memberikan Tenaga Berterusan, Yang Berasaskan Protein Tumbuhan yang Berkualiti Tinggi


✔ Membekalkan 14gram protein berasaskan tumbuhan.
✔ Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 - nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti.
✔ Mengandungi 9 jenis asid amino
✔ Tinggi dengan kalsium
✔ Tanpa KOLESTEROL
✔ Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.

*Jumlah proetin soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


5 KEBAIKAN ESP KEPADA IBU YANG SENTIASA SIBUK

1. MENINGKATKAN SERI KULIT

Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua asid amino perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.

2. MENGUATKAN RAMBUT DAN KUKU

Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamanya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.

3. MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN PERUT

Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat.


4. MENYOKONG KEHAMILAN SIHAT

Kesihatan sepanjang temph kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup umur.

5. MENGGALAKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimana, ibu yang sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.


Berminat untuk mendapatkan ESP anda hari ini ? Jom kontek Feni untuk order atau klik saja Order Sini.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...